Sabtu, Ogos 16, 2014

Sultan titah Khalid tidak buat kenyataan sehingga 27 Ogos!


Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor sebentar tadi:

DYMM SULTAN SELANGOR NASIHAT DATO’ MENTERI BESAR TIDAK MEMBUAT KENYATAAN SEHINGGA 27 OGOS INI

Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014.

Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda.

Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: