Jumaat, Ogos 15, 2014

2 Adun PAS yang belot ancam keluar parti?


Dua ADUN PAS yang belot mengancam keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib berkata demikian ketika menjawab soalan media hari ini.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya dipetik Malaysiakini

Beliau diajukan soalan tersebut berikutan tindakannya dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terbuka terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.



Tindakan dua ADUN parti PAS itu dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang sebelum ini sebulat suara menyokong Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

Beliau meminta supaya semua ahli dapat bersabar menjelang mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: