Khamis, Ogos 14, 2014

Panasss....!!! Wan Azizah tulis surat kepada Sultan akui dapat sokongan 30 Adun?


Adun PKR Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menulis surat kepada Sultan Selangor memaklumkan beliau mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Surat kepada Sultan Sharafuddin Irdis Shah itu disertakan nama, tanda tangan dan akuan bersumpah 30 Adun pakatan rakyat sudah dihantar ke istana jam 11.30 pagi Khamis.

Wan Azizah dalam sidang media di Subang Jaya berkata, surat itu ditanda tangani beliau sebagai calon menteri besar dan Presiden PKR.

Katanya, hanya nama beliau dipersetujui PR Selangor sebagai calon menteri besar. Wan Azizah mendakwa dapat sokongan 13 Adun PKR, 15 DAP dan dua daripada PAS.

Dua Adun PAS dari Ulu Kang dan Morib, Shaari Sungib Klang dan Hasnul Baharuddin turut serta dalam sidang media tersebut.


Jumlah keseluruhan kerusi DUN Selangor 56 dengan Wan Azizah kini memperolehi 30 kerusi.

Wan Azizah berkata, beliau juga mohon menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan keperluan speaker memangil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memuktamadkan proses penukaran menteri besar.

Beliau turut menasihatkan Khalid meletakkan jawatan kerana hilang sokongan majoriti dan menghormati undang-undang serta proses demokrasi.

Menjawab soalan sama ada nama lain akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor memandangkan namanya dikatakan tidak mendapat sokongan PAS, Wan Azizah berkata, ” Biar istana jawab dahulu (sekiranya nama beliau ditolak)”.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: