Rabu, Ogos 20, 2014

Misi ke GAZA : Pasukan misi kemanusiaan Malaysia ditahan tentera Mesir?




Ratapan Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha selepas tentera Mesir tetap berkeras tidak membenarkan pasukan misi kemanusiaan Malaysia memasuki Gaza cukup meruntun sanubari. Hanya beliau yang bersama-sama misi tersebut serta Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari serta Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibenarkan melintasi sempadan Mesir-Palestin. Seramai 72 sukarelawan Malaysia, sebahagian daripadanya doktor pakar, terkandas.




Kita dapat bayangkan betapa rahmatnya jika doktor-doktor pakar itu dapat ke Gaza kerana di sana lebih 10,000 rakyat Palestin yang cedera menunggu bantuan. Sudah pasti dalam keadaan sedemikian kehadiran doktor amat ditunggu-tunggu. Setidak-tidaknya, sukarelawan Malaysia tersebut dapat meringankan kesengsaraan dan penderitaan serta kesakitan yang ditanggung oleh rakyat Palestin, sebahagian besarnya kanak-kanak dan wanita, yang dizalimi Zionis itu.

Yang pasti, kekejaman dan serangan ganas Israel ke atas Gaza sejak awal Ramadan lalu telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin. Selain harta benda, lebih 1,900 orang dilaporkan maut. Kecederaan tidak lagi terperi. Keperitan bertambah apabila bantuan antarabangsa sukar menembusi halangan-halangan di sempadan selain ancaman serangan tentera Israel.

Apa pun, usaha berterusan perlu dilakukan untuk membantu mereka yang sedang dizalimi. Sokongan masyarakat antarabangsa amat perlu.








Ketika UMNO dan Kelab Putera 1 Malaysia sibuk membantu rakyat Palestin di Gaza, Pakatan Rakyat yang HARAM pula sibuk dengan perebutan kuasa Menteri Besar di Selangor yang tak berkesudahan? Inilah perbezaannya kerajaan BN dan PR..!!!

Selanjutnya sila baca di sini dan sini?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: