Sabtu, Ogos 16, 2014

Kedaulatan Pulau Pisang - Perlukah lagi Singapura kawal selia rumah api di pulau tersebut?



Seorang anggota TLDM yang pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang memberitahu, Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, dimana penduduk asalnya telah berpindah ketanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga. Ia terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura.

Persoalannya mengapa kita yang telah lebih 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut! Adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya. Disini beliau ingin memaklumkan yang selama penugasan beliau di pulau tersebut, mereka tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki kedalam rumah api. Maka sepanjang penugasan beliau di sana, mereka hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk, tidak lebih dari itu.


Merujuk kepada kemenangan Malaysia keatas kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah atas dasar pembangunan dan kawal selia Malaysia di pulau tersebut, begitu juga kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura juga atas alasan yang sama.

Tidakkah kerajaan Malaysia berasa risau dengan kedudukan Pulau Pisang yang mungkin akan dituntut haknya oleh Singapura pada masa akan datang (tidak sekarang, mungkin 50 tahun akan datang. Tuntutan keatas Pulau Batu Puteh pun dilakukan setelah puluhan tahun ia mengawal selia pulau tersebut). Ada atau tidak perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang jelas menyatakan bahawa kehadiran Singapura di Pulau Pisang hanya mengawal selia rumah api sahaja.


Apakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini. Tidakkah PAT terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini. Mahukah kita buah pisang berbuah dua kali? Kehilangan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita.

Sebelum nasi menjadi bubur, penulis amat berharap dapat memanjangkan persoalan ini kepada Menteri yang berkenaan untuk tindakan lanjut!

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

W@žìér berkata...

dah boleh ambik semula. ni.. biar kita sendiri yg jaga..

SolitaireHunter berkata...

Dulu Mat Mazlanlawat pulau tu apa cer. Dia degan Singapork dah kowtim ker?. Gani Patail gerenti lulus!

usin berkata...

Baik halau cepat. Sok x pasal2 spore mengaku dia punya. Diplomasi begini amat merugikan. Cuba bawa masuk tentera yg agak ramai dan cuba masuk ke rumah api tersebut. Meteka tiada hak halang sbb ini tanah tumpah darah