Rabu, Ogos 13, 2014

Gelar Anjing Kepada Anwar, Tanda Kemarahan PAS Pada Anwar Ibrahim?


“Bagai melepaskan anjing tersepit,” selar Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilaman Facebook miliknya, Faizul Abas.

Senario tersebut dilihat berlaku apabila Anwar semalam secara mengejut membuat perjumpaan dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang seolah-olah cuba untuk mendapatkan ‘pertolongan’ dan mencari jalan keluar bagi isu menteri besar Selangor.

“Sejak dulu, PAS sangat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ramai di kalangan rakan pakatan menyerang dan menyalahkan PAS.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘bagai melepaskan anjing tersepit (menolong orang yang tidak tahu membalas jasa),” tulisnya.


Keadaan PKR kini dilihat semakin meruncing apabila calonnya, Dato’ Sri Wan Azizah Wan Ismail yang cuba untuk merebut jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat bertambah sukar apabila Abdul Khalid telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam untuk terus mentadbir negeri tersebut.

Faizul di entrinya dilihat turut membuat kenyataan balas dengan menyindir tindakan Anwar sebagai membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

“Orang bodoh ialah orang yang membelakangkan ulamak. Macam Allah sebut gelagat orang munafik, di belakang Nabi S.A.W mereka kata ‘Adakah kami nak ikut orang-orang bodoh itu”,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar dikatakan berjumpa dengan Abdul Hadi bagi mengetahui pendirian PAS yang masih belum menyatakan sokongan kepada PKR terhadap presidennya , Wan Azizah dan dilihat cukup berpuas hati selepas pertemuan tersebut.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: