Selasa, Jun 30, 2015

Parti cauvinis..?


Kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang baru-baru ini bahawa parti itu sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik kecuali yang cauvinis, menarik perhatian. Walaupun tidak menyebut nama mana-mana parti tetapi ramai tahu ia merujuk kepada DAP.

Sememangnya apa yang Hadi cakap tidak dapat disangkal lagi. Buatlah apa pun, imej DAP sebagai parti rasis masih tebal. Sepanjang kerjasama pakatan selama ini, peranan Pas sedikit sebanyak dapat membantu 'memulihkan' persepsi dalam kalangan sebahagian orang Islam ke atas DAP.

Kini dengan terburainya muafakat antara kedua-dua parti itu, DAP terpaksa bergantung kepada usahanya sendiri selain PKR untuk mendampingi dan meyakinkan orang Melayu.


Kita dapat tahu, langkah-langkah sedang diperhebatkan untuk mempengaruhi golongan muda Melayu terutama yang liberal, dengan apa sahaja cara.

Apatah lagi parti itu ke hadapan dan menguasai pengolahan permainan persepsi dalam isu-isu semasa. Mudah untuk menangguk di air keruh termasuk bagi menjadi juara kepada orang Melayu.

Sudah berulang kali terbukti dalam mendapatkan sokongan Melayu, DAP bersandiwara. Sejarah tidak pernah menipu. Dari dulu lagi, para pengasas parti itu sanggup bersongkok, bersimpuh di tangga surau dan 'menjiwai' Melayu seperti di Singapura.


Begitu juga dengan generasi baru DAP yang sanggup menggunakan ayat suci al-Quran dan Hadis serta jolokan tokoh pejuang Islam silam. Apabila sokongan diperoleh dan kemenangan dalam pilihan raya dicapai, kepentingan Islam dan Melayu dinafikan, dihina, dibiarkan terpinggir dan lemah.

Lihatlah juga apa berlaku di Pulau Pinang. Slogan demokratik, kebebasan dan keadilan untuk semua, adalah muslihat semata-mata tetapi akhirnya DAP lebih menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

Buatlah kajian tentang kedudukan dan kuasa dalam parti itu hinggalah soal pendirian, polisi dan rekod perjuangannya. Aneh, DAP mendabik dada sebagai parti pelbagai kaum tetapi Melayu, India dan etnik lain sekadar picisan malah menjadi alat untuk mengabui masyarakat.


Rata-rata orang Melayu dalam DAP akan keluar dengan penyesalan. Itulah hakikatnya. Seperti kata bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor, harga Melayu kepada DAP hanya 50 sen. Adalah amat memalukan, dunia telah lama berubah tetapi DAP masih di takuk lama.

Keterbukaan yang ditunjukkan untuk menarik ramai Melayu hanyalah kosmetik tetapi lebih kepada menjayakan agenda agung satu kaum. Jadi, belum terlewat untuk Pas bangkit tersedar sebelum mudarat lebih besar.

Kita setuju dengan Hadi, yang meyakinkan lagi kita padahnya berkawan dengan parti yang cauvinis.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Jun 29, 2015

Antara ramadan dan bola?


Entah kenapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana pada bulan Ramadan. Sukar hendak faham. Sebab itu, kita setuju dengan pandangan beberapa persatuan bola sepak negeri yang meminta FAM menangguhkannya.

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, sepatutnya FAM lebih sensitif dalam hal tersebut. Di negara Islam lain termasuk jiran Indonesia, tiada aktiviti liga bola sepak utama berlangsung pada Ramadan.

Ketika umat Islam dituntut lebih beribadat termasuk solat sunat tarawih, adalah kurang wajar para pemain yang juga kebanyakannya beragama Islam dibiarkan beraksi di stadium. Sudahlah mereka berpuasa pada siang hari, agak keletihan untuk bermain lewat malam selain tidak dapat memberi tumpuan pada ibadat.


Penonton pun tidak ramai. Sedangkan ia sekadar sukan bola sepak yang masih boleh diubah jadual, tidak seperti urusan tanggungjawab sebagaimana tugas tentera, polis dan lain-lain yang mendesak keperluannya termasuk pada Ramadan.

Seandainya, ia melibatkan penganjuran oleh badan bola sepak dunia seperti FIFA, kita boleh faham tetapi ia di bawah kuasa FAM. Lagipun, terimalah realiti sukan bola sepak kita bukan seperti di Brazil, Sepanyol, Jerman, England dan Itali.

Pencapaian skuad negara juga makin merudum dengan penganjuran liga yang ada tidak banyak membantu. Negara-negara Arab termasuk Palestin yang membelasah Malaysia 6-0 baru-baru ini, tetap hebat walaupun tiada liga pada bulan Ramadan.

Kita sebenarnya menyokong pengurusan FAM di sebalik banyak kritikan yang dilemparkan kebelakangan ini tetapi usahlah proaktif ke arah negatif.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Jun 28, 2015

Justo pencetus spekulasi - Apabila maklumat 'diuli' fitnah bertebaran?

Polis Thailand berjaya menangkap dan akan mendakwa warga Switzerland Xavier Andre Justo yang juga bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd.

Penangkapan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo di Thailand awal minggu ini merungkai di sebalik serangan bertali arus pihak tertentu terhadap syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo terang-terangan menceroboh maklumat yang dikategorikan sulit. Perbuatan mendedahkan atau menceroboh pangkalan data bertentangan dengan undang-undang syarikat dan negara.

Tindakan kerajaan Thailand terhadap Justo membuktikan pelanggaran undang-undang telah berlaku.
Sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) yang dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap sumber data yang disiarkan di internet mengesahkan kesahihannya.

Siasatan itu mendedahkan bukti jelas Justo mencuri secara sistematik data sulit syarikat sebelum meninggalkan PetroSaudi. Ia juga menunjukkan data tersebut diubah setelah dicuri dari PetroSaudi.

Dipercayai, kebanyakan data yang diubah ini kemudian disiarkan di Sarawak Report. Data itu seterusnya bertindak sebagai 'tulang belakang’ kepada portal itu terhadap dakwaan konon wujudnya salah laku 1MDB.

Sarawak Report dikatakan menyiarkan petikan daripada e-mel yang didakwa dihantar oleh pihak terlibat. Namun e-mel itu tidak mempunyai penghantar yang mana menurut 'forensic Wiki’ adalah 'garis metadata dilampirkan pada setiap e-mel yang mengandungi banyak maklumat yang berguna kepada penyiasat forensik’.

Dalam aspek ini, alamat IP penghantar dan penerima e-mel, tanda tangan, kepala surat telah hilang.

Dalam konteks ini, kita wajar melihat penangkapan Justo secara lebih objektif mengenai 1MDB. Iaitu, tentang bagaimana sesuatu maklumat itu harus diperoleh dengan tepat dan betul. Bukannya, separuh benar atau 'separuh masak’ yang kemudian 'digodam’ atau diuli menjadi 'fakta’.

Justo tentu sekali meraih keuntungan peribadi terutama kewangan tanpa sedikit pun memikirkan nama baik 1MDB dan Malaysia.

Di sebalik kelibat Justo, penglibatan Sarawak Report dengan menyiarkan e-mel dan dokumen daripada hasil cubaan peras ugut warga Switzerland ini sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB sebenarnya bukan baharu. Apa lagi di Sarawak.

Sarawak Report, yang pengasasnya, Clare Rewcastle Brown sejak sekian lama terlibat mendedahkan agenda 'daripada apa yang dipercayainya tidak betul’ dilakukan kepemimpinan negeri Sarawak semasa era pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kini Tun).

Antaranya, dakwaan-dakwaan seperti kekayaan melimpah-ruah Abdul Taib dan anggota keluarganya, salah guna kuasa pemimpin negeri, projek diserahkan kepada kroni, penguasaan tanah dan projek yang diraih.

Laporan portal ini menjejaskan reputasi kepimpinan Sarawak waktu itu. Kuasa melapor pada Sarawak Report dipergunakan sewenang-wenang.

Penganalisis politik Sarawak, Dr. Jeniri Amir turut mengesahkan kepada Mingguan Malaysia bahawa tindak-tanduk keterlaluan Sarawak Report ketara sejak pilihan raya negeri Sarawak 2010 lagi dengan melakukan serangan terhadap Abdul Taib dan keluarganya.

“Syarikat tertentu dikaitkan dengan penguasaan pemimpin dengan matlamat untuk memusnahkan imej pemimpin berkenaan termasuklah 'pembunuhan karakter’. Tidak ada etika penulisan dan laporan yang seimbang dalam Sarawak Report,” katanya.

Namun, tindak balas daripada Abdul Taib ke atas Sarawak Report ketika itu tidak banyak. Tidak kedengaran isu saman kerana mungkin pemimpin itu yang kini Yang Dipertua Negeri sedar sebahagian laporannya tidak tepat.

Seperti mana kredibiliti suspek yang ditangkap di Thailand, Justo sememangnya sedar akan 'pengaruh’ Sarawak Report. Justo percaya sesiapa yang memetik laporan Sarawak Report, pasti 'menjadi viral’, yang kemudian bertali-temalilah dakyah itu.

Mengulas isu ini, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, inilah masanya untuk semua pihak terbabit menilai sejenak asas kepada pelbagai tuduhan kerana fitnah itu hanya membahayakan negara.

“Pembangkang merujuk laporan Sarawak Report untuk menyerang kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu 1MDB. Kini terbukti maklumat itu sudah 'diuli’.

“Ia kemudian diuar-uarkan oleh The Edge, Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Akhbar dan portal-portal ini tidak patut tegakkan benang basah sehingga ada sesuatu dapatan baharu oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” kata Shahrir, dipetik dari portal http://www.bnbbc.my.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut membidas Kumpulan Media The Edge berhubung laporan berkaitan 1MDB yang dianggap sebagai satu laporan spekulasi keterlaluan.

“Kenapa The Edge sangat taksub dengan 1MDB, terutamanya dengan mengambil kenyataan daripada Sarawak Report,” kata Ahli Parlimen Kota Belud itu menerusi akaun Twitter miliknya, yang turut mengecam akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang membuat liputan penahanan Justo dan serangan berterusan terhadap 1MDB.

Kalau ada wacana dari rentetan penangkapan Justo, elok ditekankan tentang begitu pentingnya keperluan sesuatu maklumat itu mesti bersumberkan data, statistik dan testimoni laporan kewangan ekonomi dunia.

Dalam konteks 1MDB, maklumat yang disalurkan mengenai syarikat itu mesti tepat, jujur dan telus. Bukannya kenyataan tempelan tanpa dalil-dalil yang konkrit.

Selain testimoni, statistik serta kutipan-kutipan pakar berwibawa, teknik penerangan retorik yang efektif juga memainkan peranan utama.

Dalam soal ini, bukan patos (emosi) tetapi logos atau logik serta wibawa etos seseorang yang bercakap mengenai 1MDB itu penting. Etos, menurut ahli falsafah ulung Yunani, Socrates, bererti membangunkan kredibilitinya dalam hal tertentu sehingga membuatkan khalayak percaya.

Dia yang menjelaskan sesuatu isu, mestilah tidak diragui karakternya. Bukan sebarang orang atau individu boleh bercakap, melainkan dengan integriti tinggi yang dimilikinya.

Seterusnya, logos adalah isi yang menyangkut pengumpulan fakta. Hal ini menjadi alasan mengapa tindakan harus dilakukan oleh pendengar.

Logos atau boleh dikatakan juga ilmu, memberikan pemikiran dan pengertian. Dengan begitu, khalayak akan memahami alasan logik (masuk akal) mengapa sesuatu tindakan itu dilakukan.
Akhirnya, khalayak boleh memahami sesuatu tindakan itu, sekali gus menjadikan tindakan itu miliknya.

Logos seharusnya lebih tinggi (daripada patos dan etos) kerana majoriti berkehendakkan maklumat yang dipenuhi hujah-hujah konkrit. Tetapi bukan berdasarkan patos atau retorik kosong.

Apa yang dilakukan kepimpinan kerajaan waktu ini dalam mengendalikan isu 1MDB memang baik.
Cuma, jangan lagi menyerang peribadi lawan. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin lepas, seandainya ada, tidak perlulah diungkit. Kalau ini berlaku, ia akan menjerat diri.

Dan jika akhirnya laporan 1MDB oleh PAC dan audit betul, mereka yang membuat tuduhan liar tentu akan buka mata.

Sarawak Report dan pihak-pihak yang membidas Perdana Menteri serta pegawai 1MDB tidak akan peduli kepentingan untuk meneliti semula kesahihan dokumen.

Mereka lebih gemar mencemarkan pihak kerajaan walaupun mempunyai ruang untuk menghubungi pihak terlibat.

Mengapa? Siapa di sebalik kempen yang berniat menjatuhkan Perdana Menteri?-UMO

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Jun 27, 2015

Sarawak Report cabar NST buktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi?


Laman pendedah maklumat Sarawak Report mencabar akhbar New Straits Times Press (NSTP) membuktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi International yang dilaporkannya dalam berita penangkapan bekas pengarah syarikat itu, Xavier Andre Justo.

Menurut Sarawak Report, dokumen yang dimaksudkan NSTP dalam laporannya adalah persembahan slaid "JV Structure Steps Plan", yang setakat ini cuma menunjukkan ia pernah dibuka Justo yang menggunakan nama pengguna "xavierj" pada 17 Januari 2013.

"Bagaimanapun, tiada bukti apa pun bagi menyokong dakwaan yang Justo mengubahsuai atau menukar dokumen asal – beliau sekadar membuka dan menyalin dokumen itu," kata Sarawak Report.

"Bagaimana kami boleh tunjukkan tiada pengubahsuaian (oleh Justo)?

"Kami boleh lakukannya kerana seperti PetroSaudi sendiri, kami menyimpan semua versi dokumen ini dari salinan bahan di pelayan mereka," kata Sarawak Report.

Berdasarkan semakan mereka, satu-satunya pengubahsuaian yang dilakukan dibuat firm guaman White & Case, pembikin asal dokumen itu yang menggunakan nama "WC users" pada 22 September 2009.


"Perubahan yang dilakukan sekadar menambah nama satu syarikat Jersey yang diperbadankan beberapa jam selepas mereka menerbitkan power point itu pada 21 September 2009.

"White & Case mengedarkan kemaskini itu dengan emel penjelasan yang versi kemaskini pada 22 September 2009 ini sama dengan yang dimuat naik ke Sarawak Report," katanya lagi.

NSTP menyiarkan penangkapan Justo pada muka hadapan akhbar itu, Rabu lalu.

Bagaimanapun, mereka meragui tindakan akhbar itu menghantar wartawan mereka ke Bangkok pada hari Selasa bagi melaporkan "wayang" penangkapan Xavier yang disebut sebagai sumber kepada emel dibekalkan kepada Sarawak Report.

"Kami boleh sahkan tiada bukti dikemukakan setakat ini bagi menyokong dakwaan 'putar belit' yang dibuat NSTP sejak 48 jam lalu dan dipetik beberapa media, penulis blog dan ahli politik Umno," katanya. – TMI

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Jun 26, 2015

Nizar 'Lambai' patut lepas jawatan Ketua Pembangkang DUN Perak?


IPOH – Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur membantah pendirian DAP negeri yang mahu mengekalkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan bekas Menteri Besar itu tidak lagi memegang sebarang jawatan utama dalam Pas.

Ketuanya, Salman Saleh berkata, situasi semasa dalam pakatan pembangkang memperlihatkan kewajaran supaya jawatan Mohammad Nizar itu diserahkan kembali kepada DAP kerana parti itu mempunyai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding Pas dan PKR yang masing-masing hanya mempunyai lima wakil di DUN.

“Sehubungan itu, kami mendesak supaya Badan Perhubungan Pas Perak menasihatkan agar Mohammad Nizar yang juga ADUN Changkat Jering melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak.

“Pas Perak perlu membuat pendirian supaya menolak jawatan Ketua Pembangkang setelah episod ‘serangan’ DAP terhadap Presiden dan Majlis Syura Pas sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming sebelum ini dilaporkan bersetuju untuk mengekalkan Mohammad Nizar selaku Ketua Pembangkang DUN Perak biarpun gabungan pakatan pembangkang telah berakhir.

Menurut Kor Ming, keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa DAP negeri baru-baru ini dengan alasan Mohammad Nizar memiliki kewibawaan untuk terus mengetuai pembangkang di negeri ini.

Dalam pada itu, Salman berkata, DAP perlu menghormati pendirian Pas dalam perkara tersebut berikutan tindakan mengekalkan Mohammad Nizar bukanlah merupakan jalan terbaik bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.

“Tohmahan yang selama ini mengatakan Pas adalah ‘boneka’ kepada DAP akan menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar dikekalkan.

“Sekiranya DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang kekal kepada Pas, biarlah Pas sendiri atau majlis pakatan pembangkang yang menentukan siapakah paling layak untuk mendudukinya,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Jun 25, 2015

SEBAB APA UMNO - PAS PERLU BEKERJASAMA?


British menjajah Semenanjung Tanah Melayu daripada orang Melayu.

Orang Cina dan India datang dengan ramainya, mula-mula untuk mencari kekayaan dan pulang ke negera asal, tetapi akhirnya terus tinggal di Tanah Melayu. Orang Melayu bersatu menentang Malayan Union, ancaman pengganas komunis dan menuntut “kemerdekaan tanah air”.

Orang bukan Melayu menyertai pergerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka nampak kemerdekaan akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka selepas Merdeka.

Pas ditubuh apabila Haji Ahmad Fuad Hassan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra, mulanya sebagai satu cabang UMNO tetapi kemudiannya bertanding dalam PRU-1955.

Semasa Perlembagaan Persekutuan sedang digubal, Pas menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan “Negeri Melayu” (bersultan) untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Parti Komunis Malaya (majoriti orang Cina) mengangkat senjata untuk menubuh sebuah kerajaan Komunis ala-China.

Parti Buruh (majoriti orang Cina) menuntut supaya “Negeri-Negeri Melayu” dihapuskan untuk mengelak “Malaya” yang merdeka menjadi sebuah “Negara Feudal”.

Orang Cina mahukan dua warganegara (dual-citizenship), Malaya dan China dengan warganegara China sebagai warganegara utama. Ada satu kumpulan orang Cina di Pulau Pinang yang tidak mahu Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu. Mereka mahu kekal di bawah jajahan British seperti Hong Kong.

Oleh sebab British menjajah Tanah Melayu daripada orang Melayu, logiknya ia dipulangkan kepada orang Melayu (seperti Brunei). Tetapi, orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Hasil tolak ansur persetujuan dicapai. Kandungannya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, kerakyatan diberi kepada orang bukan Melayu.

Beberapa perkara yang dituntut oleh orang Melayu seperti, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, jaminan mengenai “hak keistimewaan orang Melayu” (Perkara 153), Regimen Askar Melayu dan Tanah Simpanan Melayu juga dipersetujui dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam PRU 1955, kawasan majoriti pengundi Melayu diberi kepada calon bukan Melayu daripada parti komponen Perikatan untuk bertanding bagi melebihkan bilangan ahli Parlimen bukan Melayu. Amalan ini berterusan untuk memastikan mereka mencapai kemenangan, sebab jika mereka bertanding dalam kawasan majoriti bukan Melayu (Cina), mereka akan kalah.

Sebaliknya, Perikatan atau Barisan Nasional tidak pernah meletak calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu, sebab pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi calon Melayu. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu merdeka.

Pada malam itu warganegara bertambah sekali ganda, akibat orang bukan Melayu menjadi warganegara mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya, jika dalam Pilihan Raya Umum 1955, pengundi Melayu adalah sebanyak 84.2 peratus, dalam Pilihan Raya Umum 1959, hanya dua tahun selepas merdeka, pengundi Melayu jatuh kepada 57.1 peratus.

Pas menentang penubuhan Malaysia, apatah lagi Singapura, kerana khuatir akan menjejas hak orang Melayu dan kududukan agama Islam. Selama lebih kurang tiga dekad selepas penubuhannya, Pas telah memainkan peranan yang berfaedah kepada bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Pas tidak terlalu besar untuk menjadi ancaman kepada UMNO di peringkat Persekutuan. Pengaruhnya tertumpu di Pantai Timur. Tidak ada perbezaan kepada orang Melayu dan agama Islam sama ada UMNO atau Pas memerintah Kelantan. Lagi pula, adanya Pas menyebabkan UMNO lebih berhati-hati berkenaan isu Melayu dan Islam.

Selama lebih kurang lima dekad semenjak merdeka, kecuali dalam 1969, tidak ada cabaran serius terhadap hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Sebabnya, sebilangan besar orang Melayu menyokong UMNO, kerajaan Persekutuan teguh di bawah Barisan Nasional dan UMNO dapat mengawal parti-parti sekutunya daripada membuat tuntutan-tuntutan yang melampau.

Negara aman dan makmur. Semua orang menikmati taraf kehidupan (standard of living) yang lebih tinggi.Keadaan berubah dalam masa lebih kurang sepuluh tahun kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah tiga.

Melihat keadaan itu, orang Cina yang memang pandai membuat perkiraan dan pakatan, bersatu di belakang DAP. PKR dan Pas setuju bekerjsama dengan DAP. Akibatnya, pengundi bukan Melayu menjadi suara penentu dalam pilhan raya.

Merasai mereka telah kuat, orang bukan Melayu, terutama sekali orang Cina, mula membuat tuntutan-tuntutan yang melampau dan mencabar hal-hal mengenai agama Islam, termasuklah khutbah Jumaat.

Mereka tidak puas hati dengan “keistimewaan” yang dinikmati oleh orang Melayu. Mereka mahu semuanya dibahagikan secara “sama rata”. Mereka tahu jika dibuat demikian, merekalah yang akan membolot segala-galanya kerana mereka mengawal ekonomi, kaya dan lebih maju dalam semua bidang. Sebenarnya mereka mahu hak orang Melayu tanpa mengorbankan hak mereka.

Jika Pakatan Rakyat (termasuk Pas) dapat menubuh kerajaan di peringkat Persekutuan, DAP yang akan menjadi parti dominan. PKR tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipandang serius oleh DAP.

Pas lagilah tidak akan “didengar” oleh DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Orang Cina bersatu di belakang DAP kerana DAP menjanjikan sesuatu yang lebih dan kerana mereka mahu lebih daripada yang mereka peroleh di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Dari mana bahagian “yang lebih” itu akan datang? Semestinya daripada bahagian orang Melayu.

Mungkin mereka tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja (di mana diperlukan) untuk meminda Perlembagaan. Sambil itu kita mesti waspada tentang kemungkinan mereka akan melakukan perubahan kepada kawasan Parlimen dengan menambah bilangan kerusi di kawasan Cina yang padat penduduknya.

Namun demikian, perlu diingat bahawa hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam boleh dihakiskan secara pentadbiran sahaja.

Sebagai misalan, peruntukan mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan hanya memberi manfaat jika dan apabila kerajaan yang memerintah melakukan sesuatu untuk meletakkan agama Islam di tempat yang sesuai dengan kedudukan itu.

Apa yang kita lihat hari ini, baik universiti-universiti, institusi-institusi dan jabatan-jabatan Islam; institusi-institusi kewangan Islam dan pembangunan perbankan dan kewangan Islam; pengajaran mata pelajaran agama Islam dari tadika hingga ke universiti, masjid-masjid, rancangan-rancangan agama di televisyen dan radio dan serta lain-lain adalah hasil daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selama ini. Jika tidak dilakukan, tidak akan ada apa-apa, hanya peruntukan dalam Perlembagaan.

Manfaat

Demikian juga dengan peruntukan mengenai hak-hak orang Melayu. Jika kerajaan yang memerintah tidak berbuat apa-apa, tidak ada apa yang akan dinikmati oleh orang Melayu.

Kita menikmati faedahnya hari ini kerana kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai rancangan seperti Dasar Ekonomi Baru dan menubuhkan pelbagai badan seperti Permodalan Nasional Berhad, Skim Amanah Saham Nasional, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Mara, Felda, RISDA, Felcra, UDA, Pernas, DARA, Jengka, Ketengah, Kesedar dan lain-lain.

Kerajaan juga telah menetap dan melaksanakan dasar mengenai pemberian biasiswa, pengambilan pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain. Tanpa ini semua, peruntukan-peruntukan itu tidak bermakna.

Semenjak merdeka, melalui dasar dan tindakan kerajaan Perikatan dan, kemudiannya Barisan Nasional, orang Melayu/Islam telah menikmati faedah peruntukan-peruntukan itu. Saya tidak fikir kerajaan Pakatan Rakyat akan atau akan dapat melakukan perkara yang sama.

Ertinya, hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam akan terhakis jika kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tumbang.

Demi mengelak perkara itu berlaku, kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan mestilah dipertahankan. Pada pendapat saya cara yang paling mudah ialah: Jika selepas PRU-14, didapati kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan akan tumbang, Pas hendaklah menyertai kerajaan Barisan Nasional, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan untuk menyelamatkannya.

Pas mesti sedar bahawa kerjasama dengan DAP dan PKR akan mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Pas perlu sedar bahawa, dalam konteks Malaysia, apa yang menguntungkan orang Melayu akan menguntungkan umat Islam dan apa yang merugikan orang Melayu akan merugikan umat Islam. Demikian juga, apa yang menguntungkan umat Islam akan menguntungkan orang Melayu dan apa yang merugikan umat Islam akan merugikan orang Melayu,

Sebenarnya, pada masa ini, antara UMNO dan Pas sudah tidak ada apa-apa perbezaan ideologi lagi untuk menghalang kerjasama itu. Yang menjadi penghalang hanyalah kekhuatiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong masing-masing jika kerjasama itu akan menggugat kepentingan diri mereka.

Selain daripada itu adalah isu-isu yang dipolitikkan kerana mudah, murah dan popular untuk membezakan UMNO dengan Pas dan memancing undi, misalnya assabiah dan hudud.

Pas telah memerintah Kelantan selama lebih kurang 40 tahun. Apa bezanya Kelantan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia? Undang-undang yang dipakai di Mahkkamah Syariah di Kelantan seperti Enakmen Acara Mal, Enakmen Acara Sivil dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dibuat semasa pemerintahan Barisan Nasional dan saya menjadi Penasihat Undang-Undangnya.

Memang ia telah diganti tetapi, dari segi isi kandungannya, itu hanya pengemaskinian yang dilakukan untuk menyelaraskan dengan undang-undang yang dipakai di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Jika Kelantan “lebih Islam” daripada negeri-negeri lain dan orang Kelantan mahu berada dalam sebuah “negara Islam”, mengapa orang Kelantan yang paling banyak berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari makan?

UMNO juga perlu menangani masalah persepsi rasuah yang tinggi dalam kalangan pemimpinnya, faktor utama mengapa orang Melayu “bencikan” UMNO, sama ada persepsi itu betul atau tidak.

Maka, pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas yang sama-sama Melayu dan Islam, yang sama-sama untung dan rugi, perlulah menumpukan perhatian kepada ancaman besar yang berada di hadapan mereka, orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka patutlah mengetepikan dahulu perbezaan yang diada-adakan untuk tujuan politik dan menumpukan usaha untuk menyelamatkan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Dengan cara yang saya cadangkan ini, UMNO dan Pas masing-masing boleh kekal seperti sekarang sebagai parti politik yang berasingan. (Saya tidak nampak kemungkinan Pas menyertai Barisan Nasional dalam masa yang terdekat.) Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, Pas patut keluar dari Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat merugikan orang Melayu dan umat Islam. Di peringkat negeri, Pas boleh bertanding bersendirian. Pas boleh memerintah negeri-negeri yang dimenanginya secara bersendirian.

Tetapi, untuk mengelak sesebuah negeri terjatuh kepada DAP dan PKR, misalnya Perak, Pas patut bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menubuh kerajaan campuran. Di peringkat Persekutuan, Pas boleh memilih untuk menyertai Kabinet dan duduk bersama wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di Parlimen.

Atau, mereka tidak menyertai Kabinet dan duduk berasingan di Parlimen seperti ahli-ahli “bebas” tetapi, dalam isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, mereka akan menyokong kerajaan Barisan Nasional.

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD - PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara

Suara Politik
Belantan

Rabu, Jun 24, 2015

Krisis Pas - DAP : Azmin bincang dengan Sultan Selangor?


SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin hari ini me­ngadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain mengadakan perbincangan dengan ba­ginda di Istana Bukit Kayangan di sini, ketika pentadbiran pakatan pembangkang termasuk negeri ini sedang berhadapan kemelut politik akibat pergeseran di antara Pas dan DAP.

Mohamed Azmin sebelum itu hadir di istana berkenaan bagi me­ngiringi baginda sempena istiadat penyerahan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Selangor; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor; Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Se­langor dan para Pendaftar serta Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Bagaimanapun, Mohamed Az­min kemudiannya menghadap dan mengadakan perbincangan hampir satu jam dengan Sultan Selangor selepas istiadat tersebut selesai kira-kira pukul 12 tengah hari ini.


Namun, tidak dapat disahkan sama ada perbincangan tersebut melibatkan isu politik semasa yang melanda pakatan pembangkang ketika ini atau sebaliknya. Pada 18 Jun lalu, Mohamed Azmin menegaskan adalah tidak adil untuk mengheret institusi ke­sultanan dalam krisis politik kerana beliau tidak ada keperluan untuk menjelaskan isu tersebut kepada baginda.

Kenyataan itu dibuatnya selepas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada Khamis lalu menyatakan Menteri Besar Selangor itu akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR itu susulan krisis dalam pakatan pembangkang.

Menurut Rafizi, ia membolehkan penjelasan sebenar situasi politik diberi dengan teliti kepada Sultan Selangor selain untuk pengetahuan rakyat negeri ini susulan DAP sebelum ini mengumumkan bahawa ikatan politik pakatan pembangkang yang dimulakan pada 2008 sudah tidak lagi wujud, berikutan usul muktamar Pas lalu yang memutuskan hubungan dengan parti itu.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Jun 23, 2015

Ada kemungkinan kah Pas dan DAP akan 'merujuk' semula?


Masihkah ada sinar di sebalik 'awan hitam' yang menyelubungi Pas dan DAP?

Persoalan ini pastinya antara perkara yang bermain diminda rakyat khususnya pemerhati politik ekoran kemelut yang melanda PR ini kian parah, sekali gus menyaksikan Pas dan DAP 'berpatah arang, berkerat rotan'.

Hubungan yang dibina sejak 1 April 2008 atas nama PR dengan tujuan untuk 'membela kebajikan rakyat' kini lumpuh. Ia seakan-akan kehilangan nakhoda, selepas ketiadaan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Seperti yang diketahui banyak pihak sebelum ini, keutuhan dan kesepaduan serta masa depan PR sebenarnya banyak bergantung kepada Anwar, yang memainkan peranan sebagai orang tengah kepada Pas dan DAP khususnya dalam membina kepercayaan antara kedua parti itu.

Sebelum ini, Pas dan DAP pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) pada 1999 bersama dua parti lain iaitu Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Lantaran tidak bersetuju dengan dasar Pas memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001 manakala Keadilan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.

Kini nasib yang sama bakal dilalui PR seolah-olah mengulangi episod hitam yang pernah berlaku semasa BA.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata sesebuah pakatan yang dibentuk tidak sepatutnya tertumpu kepada ketokohan seseorang pemimpin semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai matlamat akhir yang sama.

"Dalam konteks PR, memang benar Anwar adalah gam yang menyatukan tiga parti dan tanpanya, pakatan akan berpecah. Persoalannya, sampai bila nak guna Anwar?," katanya.

Keretakan bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan Pas di Sabah dan Sarawak ekoran isu hudud dan kemudiannya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi masih kekal bekerjasama dengan Pas.

Pas kemudian menerusi satu usul tergempar Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal bersama pakatan pembangkang. Usul itu kemudiannya diterima tanpa bahas pada Muktamar tahunan Pas ke-61 pada awal bulan ini.

Rentetan itu, pada 16 Jun Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa PR tidak lagi wujud. Guan Eng berkata keputusan muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu.

Terpaksa menelan pahit keputusan rakan sekutunya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada keesokan hari mengakui PR tidak lagi berfungsi secara formal.


Penganalisis politik berpendapat bahawa kewujudan PR yang longgar belum mampu membentuk pakatan atau gabungan yang mantap untuk menjadi parti alternatif kepada BN.

Mohd Izani berkata, kemungkinan untuk Pas-DAP 'berbaik' itu ada kerana ia melibatkan soal strategi politik yang akan menentukan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Jika kemungkinan 'berbaik' itu ada, apakah yang berlaku ketika ini satu drama sekadar untuk menarik perhatian umum?

"Pas menerima hakikat bahawa kerjasama politik adalah penting dan sebab itulah walaupun mereka memutuskan hubungan dengan DAP, (tetapi) mereka masih nak kekal bekerjasama dengan PKR.

"Pas juga tidak mustahil bekerjasama semula dengan DAP sekurang-kurangnya dengan membentuk pakatan pilihan raya untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara (BN, Pas dan DAP)," katanya kepada Bernama.

Ibarat cinta tiga segi, pastinya yang tersepit dalam hubungan ini ialah PKR yang sudah tentu memerlukan Pas dan DAP untuk memastikan parti itu terus mendapat laba hasil daripada kerjasama politik itu.

Bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali pada 18 Jun lepas dilapor sebagai berkata Pas tidak boleh bergerak sendirian jika tidak bersefahaman dengan rakan pakatan pembangkang lain untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN, lantas merampas Putrajaya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lepas menegaskan PR masih wujud dan belum berkubur biar pun rakan sekutunya DAP mengisytiharkan pakatan itu tidak lagi wujud.

Pensyarah itu berkata apa jua keputusan yang dihasilkan ketika muktamar cerminan suara akar umbi Pas.

"Jangan pandang rendah terhadap mereka (akar umbi). Mereka ini sangat mengambil berat akan hala tuju dan jati diri Pas," katanya.

Mohd Izani melihat sekali pun diwujudkan pakatan pembangkang yang baharu, jika konsep 'equal partner' masih lagi digunakan, ia tidak akan mampu membentuk pakatan yang kukuh.

'Equal partner' merujuk kepada pemberian kerusi menteri besar kepada PKR dalam konteks Selangor meskipun kerusi Dun tertinggi dimiliki Pas dan DAP, masing-masing memiliki 15 daripada jumlah keseluruhan 56 kerusi Dun.

PKR pula hanya memiliki 13 kerusi, BN (12) dan Bebas (satu). Selain Selangor yang diterajui PKR, Kelantan dikemudi oleh Pas dan Pulau Pinang ditadbir DAP.

Bagi Dun Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, DAP menguasai 19 kerusi, PKR (10), BN (10) dan Pas (satu) manakala Dun Kelantan yang mempunyai 44 kerusi, 31 daripadanya dikuasai Pas, BN (12) dan PKR (satu).

"Ternyata konsep equal partner tidak berjaya dalam PR," kata Mohd Izani.

Beliau menegaskan bahawa meskipun tanpa Pas, cadangan penubuhan sebuah parti politik baharu oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertai idea pembentukan pakatan pembangkang yang baharu oleh DAP tidak mampu membentuk pakatan yang jitu.

"PasMa adalah parti serpihan Pas dan tidak akan boleh bertahan lama. Ia sekadar mampu menjadi platform mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas sahaja.

"PasMa memang mudah untuk menjalinkan kerjasama, tetapi persoalannya, bagaimana pula dengan akar umbi Pas? DAP dan PKR pun sangat bergantung dengan jentera dan tenaga kerja Pas. Sebab itu pakatan pembangkang perlukan model kerjasama politik yang kukuh," katanya.

Beliau menegaskan walaupun amat sukar diterima, hakikatnya DAP masih memerlukan Pas memandangkan teras politik negara adalah orang Melayu.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Jun 22, 2015

Najib akan panggil Palanivel beri penjelasan?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC, G. Palanivel kerana menyalahkannya dalam krisis parti India itu.

Najib melalui tulisan terbarunya di akaun Facebook miliknya sebentar tadi memberitahu Palanivel tidak sewajarnya menyalahkan mana-mana pihak dalam masalah dalaman parti itu.

Sebaliknya tulis Perdana Menteri lagi, pemimpin India itu perlu patuh kepada keputusan mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan parti itu.

"Saya akan panggil Datuk Seri Palanivel untuk menjelaskan komennya yang dilaporkan di PWTC.

"Beliau (Palanivel) sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain, dan perlu menerima keputusan mahkamah dan ROS," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Semalam, Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyalahkan Najib kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Jun 21, 2015

Berapa lama kerajaan Selangor mampu bertahan?


Perceraian antara Pas dan DAP yang menghancurkan hubungan kerjasama dalam pakatan rakyat setakat ini tidak menjejaskan kedudukan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, namun kelangsungan pemerintahan kerajaan pimpinan PKR itu masih berdepan cabaran besar.

Kerajaan Selangor dilihat tetap boleh berfungsi seperti biasa tetapi hanya dengan pentadbiran yang kurang efektif.

Demikian pandangan beberapa penganalisis politik dengan situasi politik semasa di Selangor lebih-lebih lagi dengan Pas dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi dalam Dun, sedangkan PKR hanya dengan 13 kerusi.

Apabila Pas dan DAP tidak lagi mampu duduk semeja, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, kini perlu lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya untuk menguruskan kerajaan campuran ketiga-tiga parti politik itu.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PKR perlu bijak membuat percaturan bagi memastikan ia terus mendapat sokongan untuk menerajui pentadbiran Selangor.

"Ramai melihat kedudukan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar tidak mungkin terjejas dengan berakhirnya riwayat pakatan. Namun, adalah tidak mustahil bahawa pilihan raya negeri mungkin tidak dapat dielakkan di Selangor," katanya kepada Bernama.

Dun Selangor mempunyai 56 kerusi, Pas (15), DAP (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1). Kerajaan pimpinan PKR kini dibentuk dengan 43 kerusi gabungan DAP, Pas dan PKR.

Dr Mohd Azizuddin berkata, jika Azmin terpaksa membuat pilihan di antara DAP atau Pas dan beliau memilih untuk bersama DAP, dan menerima anggota serpihan daripada Pas yang mungkin beralih arah, maka beliau akan mengeruhkan hubungan PKR dengan Pas.

“Jika semua 15 wakil rakyat Pas memutuskan untuk tidak menyokong pimpinan Azmin kerana tidak lagi boleh 'bertentang mata' dengan wakil rakyat DAP, kerajaan pimpinan PKR akan hilang majoriti.

“Situasi ini boleh berlaku kerana gabungan kerusi DAP dan PKR hanya berjumlah 28, sekaligus menyamai jumlah kerusi pembangkang BN dan Pas termasuk kerusi milik bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini berfungsi sebagai Adun Bebas yang menyokong BN.

Sekiranya senario itu berlaku, Mohamed Azmin perlu mendapatkan kembali sokongan untuk membentuk kerajaan sekurang-kurangnya dengan majoriti mudah, iaitu mendapatkan sokongan 29 Adun.

"Keadaan Azmin juga akan terjejas sekiranya ada wakil rakyat yang bertindak membawa usul undi tidak percaya terhadap pimpinannya di Dun dan jika usul itu diterima, kedudukan beliau akan goyah kerana situasi itu memungkinkan adanya pilihan raya negeri," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kerajaan PKR Selangor masih boleh berfungsi jika wakil rakyat kedua-dua parti bertelagah itu masih kekal di dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

"Namun oleh kerana tiada lagi permuafakatan di antara DAP dan Pas, wakil rakyat kedua-dua parti itu mungkin bergerak sebagai individu dan tidak menyuarakan pandangan yang mewakili parti masing-masing," katanya.

Beliau berkata, apabila keadaan itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi kurang efektif kerana setiap keputusan bukanlah secara kolektif seperti ketika ketiga-tiga parti itu berada di dalam pakatan. – Bernama

Suara Politik
Belantan

Krisis DAPas : 'Game' DAP bunuh PR?


DAP yang memulakan permainan politik ini dan parti itu juga yang membunuh PR, kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Menurutnya, DAP terus memfitnah Pas meskipun semua isu yang dibangkitkan termasuk berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan sudah dijawab parti Islam itu.

"DAP telah membuat keputusan bahawa PR sudah tidak lagi wujud atau mati. Saya melihat ini satu ‘game’ yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi PR serta berterusan menyerang peribadi Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Dakwaan kerjasama dengan Umno, pertukaran Menteri Besar Selangor serta implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan...menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh Pas.

"Namun DAP masih terus memfitnah Pas dan Presiden secara khususnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Katanya, susulan tindakan melampau DAP selama ini, Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Parti tersebut juga telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 24 Mac lalu.

"Kemudian, DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang muktamar yang lalu.

"Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama Pas Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam PR. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Masjlis Syura Ulama," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan DAP gopoh dan terburu-buru dalam menyerang Pas.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Jun 20, 2015

Kit Siang pelik Hadi kata PR masih wujud?


Penasihat DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa pelik apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PR masih wujud sedangkan pemimpin parti Islam itu yang ‘merosakkan’ perikatan pembangkang itu.

Menurutnya, kerana sikap Abdul Hadi yang mengkhianati kerjasama mereka selama ini telah menyebabkan PR tidak berfungsi dengan baik sejak setahun lalu.

“Tapi saya pelik apabila Hadi dakwa PR masih wujud apabila beliau telah merosakkan PR dengan mengkhianati kerangka kerjasama PR juga dasar konsensus PR.

“Hasilnya, Majlis Pimpinan PR tidak dapat berfungsi setahun lalu menyebabkan PR hanya wujud pada nama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Abdul Hadi Awang menyifatkan PR masih lagi wujud apabila masih ada kerjasama di antara Pas dan PKR, walaupun DAP mengisytiharkan gabungan tersebut sudah berakhir kerana pakatan itu ditubuhkan atas dasar kerjasama dan kesepakatan tiga parti dan apa sahaja keputusan perlu dicapai secara bersama, bukannya secara bersendirian.

Dalam kenyataan sama, Kit Siang memberitahu meskipun tiada lagi PR, matlamat rakyat Malaysia dapat dicapai dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya tidak mahu membincangkan secara terperinci kerana kami mahu teruskan perjuangan dan berpegang pada harapan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan bagi memastikan walaupun tiada lagi PR, kerangka kerjasama PR untuk perpaduan negara, keadilan dan kemakmuran rakyat Malaysia kekal dicapai dalam PRU14,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Jun 19, 2015

Benarkah Pas tidak akan tinggalkan kerajaan PKR Selangor?


Pas tetap dengan pendirian untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan kerajaan PKR Selangor meskipun parti itu kini telah terputus hubungan dengan satu lagi sekutunya, DAP.

Bekas Setiausaha Agung Pas yang kini Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, semua pemimpin Pas terutama Exco negeri itu telah diarah supaya jangan sekali-kali meninggalkan kerajaan negeri, sebaliknya akan terus bersama mentadbir Selangor.

Malah jelas beliau, Pas sejak dahulu lagi terutama sewaktu krisis Menteri Besar Selangor di bawah pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim masih bersama-sama dalam kerajaan negeri, sekali gus berjaya menyelamatkan kerajaan Selangor.

“Pendirian Pas Pusat sendiri mahu supaya Pas Selangor jangan tinggalkan kerajaan Selangor dan Pas tak pernah tinggalkan kerajaan Selangor. Dulu pun ketika semasa Tan Sri Khalid pecat semua Exconya, Pas masih dalam Exco dan mereka selamatkan kerajaan Selangor.

“Kalau Pas tinggalkan Selangor dan tiada dalam kerajaan itu (Selangor), tiada lagi kerajaan,” katanya dalam sidang media khas di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu di sini hari ini.

Ada pihak membayangkan jika Pas dan DAP masih bersama dalam kerajaan Selangor dan PKR mengambil jalan selamat dengan terus bekerjasama dengan kedua-duanya, keadaan itu boleh mencetuskan suasana politik tidak stabil dan penuh hipokrit.

Ketika Pas mengumumkan pendiriannya itu, timbul desas-desus bahawa kemungkinan sebilangan pemimpinnya akan ‘beralih arah’ jika parti alternatif diwujudkan bagi menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang.

Mustafa berkata, keadaan di Selangor berbeza dengan di Pulau Pinang kerana Pas hanya mempunyai satu kerusi dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP, menyebabkan mereka boleh diperlekehkan.

Beliau memberitahu, DAP lebih bergantung kepada PKR dan bukan Pas untuk memerintah Pulau Pinang dan atas faktor itu, DAP tidak boleh sewenang-wenang mengambil mudah terhadap sokongan PKR.

“DAP jangan pula cakap mereka tak bergantung kepada PKR, jangan. Kalau PKR pull out kerajaan (Pulau Pinang) jatuh. Dengan Pas bolehlah cakap (DAP pandang rendah Pas) sebab Pas ada satu kerusi saja,” katanya.

Beliau seterusnya berpendapat, Pas masih dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dalam meneruskan perjuangan politik hasil hubungan melalui pembentukan Barisan Alternatif pada 2001.

“Berdasarkan pengalaman dalam Barisan Alternatif pada 2001, Pas dengan DAP masih berjalan. Tapi DAP tak nak dah dan kita tak boleh paksa orang yang tak nak. Oleh kerana DAP dah putuskan semua sekali dengan Pas maka macam mana kita nak kahwin kalau orang tak nak dengan kita,” katanya.

Mustafa turut mengakui Pas tentu berdepan kesukaran sekiranya bergerak bersendirian PKR manakala tiada parti mampu memerintah negara tanpa bantuan dan kerjasama parti-parti lain.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia bergabung dengan UMNO selepas ini, beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak berbangkit apatah lagi ketika ini UMNO dilanda kemelut dan konflik kepemimpinan.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Jun 15, 2015

Teguran saya dapat maklum balas kasar dari menteri?


JOHOR BAHRU - Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia, ujar Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor berkata, dia hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, sebaliknya dirinya diserang kerana peringatan itu.

"Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

"Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

"Anda seorang menteri tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Johor Southern Tigers di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, dalam aturan dunia yang baru, dia membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.

"Namun keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

"Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada ALLAH, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.

"Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi," katanya.

Beliau berkata, akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Katanya, semua rakyat Johor akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

"Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka.

"Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda," katanya.

Tunku Ismail mengakui boleh hidup dalam dunia dan kehidupannya yang selesa tanpa memikirkan permasalahan rakyat, namun memilih itu berbuat perkara sebaliknya.

"Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.

"Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri," katanya.

Tunku Mahkota Johor turut menegaskan agar tiga menggunakannya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain.

"Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti," katanya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Jun 14, 2015

DAP terus tekan Pas?


DAP sekali lagi memberi peringatan kepada Pas dengan menegaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil Pas dalam kerajaan negeri.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, wakil Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dilantik atas kesudian bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri dan berikrar de­ngan setia akan menerima arahan serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya, keputusan pimpinan baharu Pas memutuskan hubungan dengan DAP akan menyentuh prinsip tersebut yang mempunyai impak terbesar ke atas empat wakil Pas yang me­rupakan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

"Ini disebabkan mereka akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Ketua Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Chow Kon Yeow," katanya dalam satu ke­nyata­an di sini hari ini.

Kenyataan terbaharu itu dilihat seolah-olah gesaan berterusan DAP supaya pimpinan baharu Pas mengarahkan ahli mereka me­letak­kan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan agensinya.

Perkara itu berikutan tindakan Muktamar Pas ke-61 baru-baru ini yang meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan de­ngan DAP.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan Dewan Ulama Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar parti itu pada awal bulan lalu telah ‘membunuh’ pakatan pembangkang.

Pada masa sama, beliau turut menyanggah dakwaan DAP yang menjadi punca pakatan itu kini sudah berada pada tahap kebinasaan.

“Selepas Muktamar Pas, pakatan pembangkang sudah ‘dibu­nuh’. Sekarang kita dalam peringkat kebinasaan dan apa kedudukan kita dalam pakatan, lihat bagaimana kebinasaan ini berlaku,” kata kepada pemberita di Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Kit Siang berkata, pakatan pembangkang perlu memperbetulkan kembali kuasa politik bagi meneruskan agenda perpaduan Malaysia agar negara terus makmur dan rakyat mendapat keadilan sewajarnya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Jun 12, 2015

Memang saya punca krisis 1MDB, kata Tun M?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tuduhan Perdana Menteri yang mendakwa beliau penyebab berlakunya krisis pada hari ini sebagai satu cubaan Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua pihak menerima episod kehilangan wang berbilion ringgit serta menganggap sebarang salah laku tidak dilakukan.

Menurutnya, kehilangan wang disebabkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya, pihak yang bertanggungjawab perlu diadili.

“Perdana Menteri kata Dr M (sayalah) di sebalik krisis ini. Saya akan akui bahawa saya di sebalik ‘krisis’ ini. Saya di sebaliknya kerana wujud ketakutan dalam negara ini.

“Dengan menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib cuba mahu kita menerima kehilangan wang berbilion Ringgit dan berlagak seperti tiada salah laku dilakukan. Dari kepentingan dan kebimbangan yang ditunjukkan orang ramai atas kerugian dialami 1MDB, perkara ini tidak boleh diabaikan. Orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum.

“Krisis mungkin akibatnya tapi adakah kita wajar membiarkan pencuri mencuri berbilion ringgit hanya kerana mahu mengelakkan krisis?,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.


Sebelum ini, Najib berkata Dr Mahathir telah mendakwa beliau menimbulkan ‘masalah lebih besar’ terhadap negara sedangkan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri termasuk serangan dan laungan pembohongan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, banyak pihak mengetahui kehilangan wang berbilion ringgit yang itu disebabkan 1MDB namun mereka takut tindakan yang bakal menanti daripada pihak kerajaan.

“Mereka tahu kerana melihat bukti kehilangan itu tapi mereka takut akan tindakan yang bakal dikenakan oleh kerajaan terhadap mereka. Mereka mungkin hilang kerja, kontrak atau pangkat dan sebagainya.

“Jadi, mereka datang jumpa saya dan minta saya buat sesuatu. Untuk sekian lama saya senyap sebab saya tahu jika saya dedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan perdana menteri disoal siasat. Saya cuba buat senyap-senyap tapi tak ada kesan. Saya beritahu perdana menteri, saya tidak lagi menyokong dia. Tiada kesan.

“Jadi, saya kena dedahkan secara publik. Najib telah musnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan seluruh negara akan huru hara tiada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara. Jadi, saya putuskan untuk dedahkan salah laku 1MDB di mana perdana menteri adalah ketuanya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir akui krisis ini boleh diselesaikan sekiranya Najib meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan penuh dijalankan terhadap wang RM42 bilion yang dipinjam 1MDB.

“Adakah krisis itu ada? Ia ada. Ia disebabkan perdana menteri mencipta 1MDB meminjam jumlah wang yang besar dan kehilangan berbilion ringgit. Krisis ini boleh ditamatkan segera jika perdana menteri meletakkan jawatan dan benarkan siasatan penuh. Selagi perdana menteri di situ, tiada siasatan yang sempurna dapat dijalankan.

“Kita lihat sendiri, bukan sahaja laporan polis terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan tukang buat laporan juga disahkan bankrap, rumahnya disita dan dijual. Malah dia sendiri disiasat atas penggubahan wang haram dan membiayai pengganas. Mahkamah telah putuskan dia tidak bankrap.

“Jika tiada jenayah dikesan dan semua wang dipulangkan, Najib boleh kembali sebagai perdana menteri dan memimpin BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan bakal memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi pada awal Ogos bagi memberi keterangan berhubung isu 1MDB setelah gagal hadir untuk memberi keterangan bulan lalu.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Jun 11, 2015

Nasa nafi dunia berakhir pada September?


PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar planet bumi pada bulan September tahun ini.

"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa, awal minggu ini.

"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.

Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.

Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.

Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari Tuhan.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Jun 10, 2015

'Nudist' Canadian siblings to be charged in court?


KUALA LUMPUR - The long arm of the law has finally caught up with two Canadian women accused of stripping naked on Mount Kinabalu on May 30.

Lindsey Petersen, 23, and Danielle Petersen, 22, have been barred from leaving Malaysia and they will be brought to face the Ranau Native Court, the Borneo Post reported today.

They are being summoned under the Native Court Enactment 1992 and police will be brought in should they fail to show.

Presided by ten community leaders, comprising of Ranau district chief, Orang Kaya Kaya (OKK) Mohd Din Salingong and nine native chiefs, who will decide on the penalty to be imposed on the siblings.

A meeting had convened at 2pm Monday, but a decision has yet to be made.


According to Kota Kinabalu district chief, OKK William Majimbun, the native court should be the authority to handle the case of the 10 foreigners who stripped naked and posed for photos at the peak of Mount Kinabalu.

He explained, as the case happened in Kundasang, the Ranau Native Court should preside over the case because each district has its own customary practices.

"There should be a trial in the Ranau Native Court, and the Native Court will decide on what should be done to right the wrong," William said.

On May 30, a group of 10 foreign tourists had stripped naked and urinated on the summit of Mount Kinabalu, leading Deputy Chief Minister Tan Sri Pairin Kitingan to say that the act had caused the 6.0-magnitude quake to strike the state.



William said, whether or not it was true, foreigners visiting Sabah and Sarawak should adhere to local customs and cultures.

"These customs have been practiced for generations by our ancestors and that's why we still hold a ceremony to appease the spirit of the mountains to ensure the safety of climbers," he added.

Penampang District chief, OKK Brayan Matasing meanwhile opined the 10 foreigners had breached the customary laws of the local Kadazan/Dusun, who considered the mountain as sacred ground.

"They should be penalised for 'sogit' which is a penalty payment involving the sacrifice of animals such as buffalo, chicken or pigs followed by a ritual to appease the spirit of the mountain," he said.

According to The Board of Trustees of The Sabah Parks Chairman, Datuk Seri Tengku Zainal Adlin, there were strict rules climbers attempting Mount Kinabalu have to adhere to.

"You are not even allowed to shout, what more urinate and strip naked. This is the first such incident that has happened in the last 50 years.

"Their behaviour is unacceptable and they have shown no respect to anyone. If you are a Christian, would you urinate in your church? Or if you are a Muslim, would you strip naked in a mosque?

"In this case, they had stripped naked and urinated on Mount Kinabalu which is revered as sacred by the Kadasan Dusun," he said.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Jun 09, 2015

'Sudah cerai talak tiga, tak boleh sebantal'?


SHAH ALAM – “Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti,” demikian Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim mengibaratkan hubungan kerjasama politik antara DAP dan Pas Selangor.

Menurutnya, sekiranya Pas ingin mengekalkan jawatan dalam kerajaan negeri, maka minoriti wajar mematuhi majoriti dan jika tidak boleh terima ketetapan itu, berpisah adalah jalannya.

“Sekiranya Pas masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam Kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat bahawa parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar, sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR.

“Jika Pas tidak boleh menerima hakikat ini, cara terhormat dan bermaruah ialah meletakkan jawatan dalam Kerajaan Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan menegaskan, memandangkan Pas membuat keputusan melalui resolusi memutuskan hubungan dengan DAP, pilihannya terhad.

Dalam pada itu, ketika ditanya potensi Pas dan Umno bergabung bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Adun Sungai Pinang itu menyifatkan tindakan berkenaan taktik paling keji kerana Umno ialah parti yang ditolak rakyat dalam pilihan raya.

“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun Pas yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan Pas dan Umno di Selangor. Gabungan Pas dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Selangor tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PR termasuk DAP.

Beliau menegaskan Exco Pas negeri itu akan terus melaksanakan tugas dan tidak berhasrat meletakkan jawatan.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Jun 08, 2015

Lelaki Bogel di Gunung Kinabalu Hina Rakyat Sabah di Facebook?


Salah seorang pelancong lelaki yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah menghina rakyat Sabah termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Pelancong yang menggunakan nama Monkeetime di laman sosial Facebook telah memuatnaik dengan mengeluarkan kenyataan : "Masidi Manjun, anda adalah si *****, bukan Menteri Pelancongan," tulisnya.

Emil Kaminski turut memuatnaik beberapa foto bogelnya di puncak gunung di beberapa lokasi di luar negara.

"Saya tersekat di sini (Tawau) untuk beberapa hari sehingga isu pelancong bogel ini reda.

"Nasib baik mereka di sini tiada internet," katanya lagi.


Tindakan beliau yang kini menjadi viral di laman sosial berkenaan turut dikecam ribuan Malaysia.

"Halang lelaki ini dari masuk Malaysia!," kata Raj.

"Kemana kamu pergi, kamu perlu hormat. Tiada siapa halang kamu untuk pergi ke mana-mana atau panjat gunung (Kinabalu). Tetapi jangan bertindak sesuka hati di gunung ikut suka kamu," kata Swann, seorang warganegara Singapura.

"Minda warganegara barat memang berbeza. Pada mereka (berbogel) ini normal. Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kamu perlu hormat," kata Darren.

Pada 5 Jun lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pelancong tersebut dari meninggalkan Sabah.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Jun 07, 2015

Tahaluf siyasi mesti diteruskan?


UMNO sukses kerana politik Perikatan dan Barisan Nasional. Pas, pada mulanya, mengharamkan tahaluf siyasi Umno, MCA dan MIC tetapi akhirnya - lama kemudian - kerana realpolitik mengikut teladan Umno apabila Pas berpakat dengan Semangat 46 dalam PRU7 dan berjaya menghancurkan Umno Kelantan hingga sekarang - sudah 25 tahun.

Tahaluf siyasi Pas dengan DAP dan PKR dalam PRU12 dan PRU13, saya anggap amat berjaya walaupun tidak seperti diharapkan oleh ketiga-tiga parti. DAP yang meletak bilangan calon terkecil memenangi lebih bilangan kerusi dari PKR dan Pas yang menurunkan calon seramai Umno. DAP meletak calon di kawasan yang dilihat winnable yakni peluang kemenangan besar. Apa pun jika Pas mahu berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR di Putrajaya, suka-duka, kerjasama dengan kedua-dua parti mesti tidak putus.

Keputusan Pilihan Raya Presiden Pas seperti diramal dibolot oleh puak ulama - terang tanpa perlu disuluhkan lagi - manifestasi kebangkitan semula agama bukan politik. Pas dengan kepimpinan ulamanya akan memberi Pakatan Rakyat kekuatan baru, sekali gus implikasi baharu dan dimensi besar dalam PRU14. Kerana Pas di bawah kepimpinan Tok Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - akan kemudikan perahu hudud Pas tanpa ragu, takut dan segan lagi, dalam atau di luar Pakatan Rakyat. Sekutu Pas, DAP mungkin tidak selesa dalam perahu bersama dengan Hadi dan Tuan Ibrahim. DAP ada dua pilihan: turun dari perahu itu atau terus duduk bersama. Apa pun keputusan yang diambil oleh DAP camaraderie (semangat persahabatan) dalam Pakatan Rakyat tidak lagi seperti dahulu.


Dominasi puak ulama atas puak politiking yang berimaginasi keterlaluan adalah hasrat perwakilan Pas dan akar umbinya. Kini pengundi Melayu Islam senang membuat pilihan: menyokong Umno atau Pas dipimpin ulama yang mendahulukan agama dari segala-galanya. Apa pun kita juga perlu ambil kira realpolitik, geopolitik, globalisasi dan masyarakat dan kehidupan pelbagai bangsa dan agama di negara kita dan gaya hidup yang kontemporari serta sesuai dengan tuntutan zaman.

Saya boleh mendakwa mengenali - bau bacang - dengan Ustaz Ahmad Awang, ulama tegar dan veteran Pas yang dikalahkan oleh Hadi terang dan nyata. Sebagai Ketua Pas Perak Ustaz Ahmad menolak bulat-bulat pembentukan kerajaan Pas / Umno di Perak selepas pilihan raya 2008. Apa pun sebabnya lain kali kita bercerita.

Saya lebih kenal Tok Guru Haji Hadi daripada Ustaz Ahmad. Saya puji Ustaz Ahmad yang pernah bertugas bersama dengan saya di Jabatan Perdana Menteri satu masa silam kerana menyemarakkan proses demokrasi dalam Pas setelah sekian lama presiden parti menang tanpa bertanding. Ustaz Ahmad sedar amat sukar untuk mengalahkan seorang incumbent atau penyandang.

Satu peringatan apa lagi jika penyandang itu seorang perdana menteri. Bukan mudah dan banyak risikonya. Tidak mustahil penyandang boleh ditewaskan jika rekod dan tindak-tanduknya itu tidak bermanfaat dan merugikan sangat.

Bercakap tentang Parti Islam terutama yang berjaya, siapa pun tidak akan lupa Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) di bawah kepimpinan Recip Tayyip Erdogan yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan profesional dan separa profesional Pas yang sedih rata-rata gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pilihan presiden Pas pada Khamis. Semoga mereka yang berbakat dan berpotensi antara yang kalah dan juga tidak bertanding diberi peranan oleh kepimpinan baharu.

Erdogan sudah berkuasa selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri dan kini Presiden. Jika AKP memenangi PRU Turki hari ini dan diramal begitu, Erdogan akan muncul sebagai Charles de Gaulle atau Vladamir Putin negara itu. Kenapa Erdogan dan AKP berjaya? Mungkin sebagai iktibar kepada Pakatan Rakyat, Pas khususnya.

Erdogan “menjinakkan” musuh dan bakal musuhnya termasuk jeneral dan ketua institusi sekularis Turki. Terpenting Erdogan berjaya antaranya membawa kemakmuran, kestabilan politik dan ekonomi serta dasar luar yang proaktif. Dalam kalangan kita belum berkuasa sangat lagi pun telah pun menakut-nakutkan rakyat biasa, Melayu dan bukan Islam. Pujuk dan jinakkan mereka terlebih dahululah!

Potensi Pakatan Rakyat menang dalam PRU14 cerah jika kepimpinan Pakatan Rakyat disenangi. BN bukan kuat sangat. Umno nampak tidak popular tetapi masih teguh dan siapa underestimate Umno tidak bijak. Pakatan Rakyat tidak ada muka baharu sebagai alternatif kepada Najib Tun Razak; kata Speaking, kepimpinan Pakatan Rakyat adalah “lack-lustre”.

Kenapa tidak ketengahkan Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zairil Khir Johari, Liew Chin Tong, Tony Phua, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah? Pakatan harus timbulkan ramai lagi pemimpin yang benar-benar muka baharu - bersih dari skandal dan bakal gosip - barulah Umno terpinga-pinga! Saya suka lihat parti saya tercengang-cengang dengan pendekatan baru Pakatan Rakyat.

Jika ini berlaku, Pakatan Rakyat dengan kepimpinan ulama dan profesional daripada PKR dan DAP akan memberi cabaran terhebat pada parti pemerintah. BN bahkan Umno bukan kebal, kedua-dua tidak harus dibiar dengan impunity seperti sekarang.

Apa pun awasi nasihat saya ini - Umno banyak pengalaman barangkali belum dilalui Pas, DAP dan PKR, justeru mengalah BN di Sabah dan Sarawak serta di luar bandar dan di majoriti kampung tradisional Melayu di Semenanjung, adalah satu perkara yang amat sukar tetapi tidak mustahil.

Pakatan Rakyat mesti lebih fokus dan strategik dalam kempen mereka menentang parti pemerintah. Begitu juga Umno mesti lebih fokus, pintar dan strategik dalam menggunakan kuasa serta largesse dan pork - barrel politiknya dengan lebih adil dan saksama serta lebih menyeluruh.

Oleh : TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Suara Politik
Belantan

Belanda, Rusia mahu dalang tragedi MH17 dihukum?


AMSTERDAM – Menteri Luar Belanda, Bert Koenders dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov mengadakan perbincangan untuk melancarkan usaha memburu dan menghukum suspek yang terlibat dalam kes menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Julai tahun lalu.

Koenders berkata, secara dasarnya, Lavrov bersetuju dan menyokong resolusi yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru masyarakat dunia untuk membawa dalang tragedi tersebut ke muka pengadilan.

“Sudah menjadi tugas kepada kerajaan Belanda untuk melakukan apa saja bagi memastikan masyarakat dunia memberi perhatian kepada insiden MH17.

“Itu adalah kewajipan kami kepada mangsa dan ahli keluarga mereka,” kata Koenders dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Kementerian Luar Belanda.



Senada dengan Koenders, Lavrov mengulangi pendirian Moscow yang mahu siasatan secara bebas, komprehensif dan global dilaksanakan terhadap tragedi tersebut.

Pesawat MH17 yang membawa 298 krew dan penumpang, kebanyakannya rakyat Belanda, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut, menyebabkan Ukraine dan Rusia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Kerajaan Belanda mengetuai siasatan kes itu dan berikrar untuk membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan walaupun kes berkenaan merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah dan bakal memberi cabaran dari sudut undang-undang dan politik untuk membicarakan suspek.

Laporan penuh yang membongkar punca sebenar pesawat itu terhempas dijangka didedahkan pada Oktober ini oleh Lembaga Keselamatan Belanda. – REUTERS

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Jun 05, 2015

Pro Ulama kuasai pemilihan PAS, PASma bakal tubuh parti baru?



KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi. Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi. Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi.

Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.



Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. Turut tewas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).

Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya, Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Golongan proulama juga menguasai jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.


Kemenangan pro ulama dijangka memperkukuhkan dasar perjuangan Islam Pas dan membuka ruang kepada parti itu untuk lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sokongan padu kepada golongan pro ulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.

Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan pro ulama dan profesional.

Suara Politik
Belantan