tag:blogger.com,1999:blog-65355386299999292352024-03-06T10:47:51.858+08:00BelantanAsas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.comBlogger3471125tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-69414416043272820762017-04-10T00:30:00.000+08:002017-04-10T00:30:18.493+08:00ISYARAT UNTUK UMAT ISLAM

WAKIL Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Lim Kit Siang mencelah sebelum Abdul Hadi Awang membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, kelmarin. Pembentangan oleh Presiden Pas itu tertangguh hampir 35 minit apabila beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan menggunakan pelbagai hujah memetik Peraturan Mesyuarat bagi menghalang pembentangan itu.

APABILA Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Rang Undang-undang (RUU 355) diluluskan untuk perbahasan pada sidang dewan yang akan datang, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan bagaikan ‘terkena histeria’ dan bersikap seperti kanak-kanak tadika.

Mereka menjerit ke arah Pandikar yang sedang meninggalkan dewan persidangan dengan pelbagai kata-kata termasuk menyatakan sidang hari itu hanya untuk Pas dan UMNO. Ternyata mereka tidak dapat menerima hakikat akhirnya Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membentangkan rang undang-undang tersebut.

Selama beberapa bulan sejak awal tahun lalu lagi, pembangkang khususnya DAP dan PAN tidak dapat ‘tidur lena’ apabila isu RUU 355 dibangkitkan. Mereka melakukan pelbagai usaha untuk menggambarkan bahawa pembentangan RUU itu bertujuan membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Walaupun amat menyedari RUU 355 bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah dan melibatkan hanya orang Islam, tetapi puak-puak DAP dan PAN sengaja menutup mata dan memekakkan telinga bagi menerima fakta tersebut.

Sehubungan itu mereka mempertingkatkan ‘serangan’ ke atas Pas, UMNO dan memburuk-burukkan RUU 355 sebaik sahaja Abdul Hadi membentangkannya kali pertama pada 26 Mei 2016. Bagaimanapun perbahasan ditangguhkan dan beliau membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.

Berikutan itu parti-parti dalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP cuba mencari helah bagaimana mahu menggagalkan pembentangan dalam sesi sidang Dewan Rakyat kali ini, mereka ‘berpesta’ apabila Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan membentangkan rang undang-undang itu sebaliknya menyerahkan kepada Abdul Hadi berbuat demikian.

Keputusan BN itu dianggap detik terbaik untuk mereka menyebarkan propaganda politik bahawa Pas ditipu oleh UMNO dan RUU 355 adalah hipokrasi politik tertinggi kedua-dua parti berkenaan.

Namun dalam keghairahan tersebut mereka terlupa firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 54 yang bermaksud: “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya).”

Akhirnya tepat pukul 12 tengah hari kelmarin, Abdul Hadi bangun membentangkan rang undang-undang berkenaan selepas segala usaha terakhir beberapa ahli Parlimen khususnya daripada DAP dan PAN menghalang pembentangan berkenaan gagal.

Beberapa ahli Parlimen daripada Pas dilihat sebak dan menitis air mata. Perasaan itu wujud memandangkan mereka terpaksa menempuh pelbagai kesukaran dan ranjau sebelum RUU tersebut dibentangkan.

Semua itu berlaku bukanlah kerana RUU 355 boleh menghuru-harakan negara, tetapi ia ‘dihuru-harakan’ oleh sikap tidak bertanggungjawab DAP dan PAN yang cuba mengaitkannya dengan pelaksanaan hukum hudud. Malang sekali demi kemaruk undi dan bimbang kehilangan sokongan politik, parti-parti tersebut sanggup memutarbelitkan fakta.

Namun begitu apa yang membanggakan dalam kalangan ahli Parlimen beragama Islam khususnya UMNO mereka memberi sokongan padu kepada pembentangan Abdul Hadi manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khususnya Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menunjukkan sikap positif.

Berdasarkan senario politik di sidang Dewan Rakyat itu, ia seharusnya memberi isyarat dan pengajaran kepada seluruh umat Islam di negara ini, itulah akibatnya apabila kita berpecah-belah.

Perasaan hormat dan gerun kepada ahli politik dan parti yang bertunjangkan orang Melayu serta Islam sudah semakin terhakis. Kalaulah RUU 355 yang jelas-jelas ‘eksklusif’ melibatkan umat Islam ditentang habis-habisan bagaimanakah dengan soal-soal lain yang menyentuh kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya?

Apa yang mendukacitakan, tentangan itu diketuai oleh DAP - sebuah parti yang cukup berkuasa dalam Pakatan Harapan. Mereka disokong penuh oleh ‘pak turut-pak turut’ dalam PAN. Pemimpin kedua-dua parti ini sehati sejiwa untuk bangkit bersama menentang RUU 355.

Atas sebab itulah, ‘drama’ di sidang Dewan Rakyat tersebut seharusnya menyedarkan sebahagian orang Melayu mengenai perangai sebenar DAP dan bagaimana pula mereka memanipulasikan sepenuhnya perpecahan dalam kalangan umat Islam khususnya akibat berbeza fahaman politik.

Umat Islam tidak harus melihat RUU 355 sekadar satu pembentangan atau membuat andaian jahil bahawa ia mainan politik UMNO dan Pas. Biarlah tafsiran ini hanya dilakukan oleh puak-puak atau parti yang sanggup ‘menyembah’ DAP demi mahu meraih secebis kuasa.

Sebaliknya umat Islam perlu melihat ia sebagai peringatan daripada Allah SWT untuk menyedarkan kita betapa dahsyatnya natijah jika terus berpecah-belah hanya kerana memiliki ideologi politik berbeza.

Seperkara lagi, RUU 355 juga adalah ujian kepada seluruh ahli Parlimen beragama Islam untuk membuat pilihan sama ada mereka akan menyokong usaha memartabatkan mahkamah syariah atau terus mengikut rentak politik DAP.

Majoriti ahli Parlimen Islam adalah golongan cerdik pandai dan ada antara mereka mempunyai latar belakang undang-undang. Oleh itu janganlah memperbodohkan diri dengan bersekongkol dengan DAP.

Abdul Hadi sudah menjelaskan segala-galanya ketika membentangkan RUU berkenaan. Oleh itu bukalah minda dan lapangkan hati untuk menyokong rang undang-undang tersebut.

Janganlah biarkan fikiran terus dibelenggu oleh politik kepartian yang sempit dan menjadi ‘alat’ kepada puak lain untuk melemahkan agama Islam.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-23159755489848502942017-04-10T00:21:00.000+08:002017-04-10T00:21:56.900+08:00Azmin sedia disiasat semula berhubung kes pemilikan harta?

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang dimilikinya sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.

Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemilikan harta itu.

“Terpulang kepada mereka (sekiranya mahu menyiasat semula). Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun ia telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997.

Baru-baru ini pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan munasabah.- BERNAMA

Suara Politik

Belantan

Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-7243116317297074142017-01-13T20:39:00.000+08:002017-01-13T20:39:20.168+08:00Abang Johari sah Ketua Menteri Sarawak keenam.

KUCHING 13 Jan. - Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, secara rasminya dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri sebelum ini, mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan disaksikan oleh barisan menteri kabinet negeri serta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Astana Negeri pada pukul 4.09 petang ini.

Anak bongsu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama, iaitu Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapa’iee itu dipilih mengisi kekosongan jawatan ekoran kematian Adenan akibat kompilasi jantung, kelmarin.

Perlantikan beliau dipilih sebulat suara menerusi mesyuarat PBB yang diadakan di kediaman Abdul Taib di Demak Jaya, Jalan Bako di sini, pagi ini.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-91136901419240093692017-01-12T20:20:00.000+08:002017-01-12T20:20:21.703+08:00Perginya pemimpin berkarisma.

Pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke rahmatullah dalam usia 72 tahun 1.30 petang semalam tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Seribu kedukaan buat rakyat Sarawak. Sarawak bukan sahaja kehilangan seorang pemimpin yang berintegriti tetapi lebih daripada itu memiliki aspirasi tinggi untuk membawa Bumi Kenyalang ke tahap pembangunan lebih baik.

Allahyarham seorang ikon yang berjaya mengubah Sarawak dalam banyak segi dengan pendekatan dan perwatakan beliau sebagai seorang strategis.

Bak lilin yang membakar diri, beliau sebelum ini sedar dirinya berdepan penyakit jantung yang serius. Tetapi dalam kesakitan itu demi Sarawak, Adenan gagahkan diri.

Penulis sendiri yang berpeluang membuat liputan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 sekitar Mei tahun lalu hairan dengan kesanggupan arwah berbuat demikian.

Beliau hadir dalam kebanyakan majlis kempen Barisan Nasional (BN) biarpun dalam keadaan sakit. Bukankah itu menambah lagi kesakitannya?

Semua ini menyerlahkan keazaman tinggi dan kekentalan semangat Allahyarham untuk mentransformasikan Sarawak serta mengotakan segala janji kepada rakyat negeri itu.

Mac tahun lalu, Adenan berkongsi pengalaman dengan media saat-saat apabila beliau hampir meninggal dunia akibat sakit jantung tiga tahun lalu. Dan bagaimana beliau ‘bersedia untuk kembali’ kepada Pencipta.

“Tiga tahun lalu, saya memang sakit. Saya berada di IJN (Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur) dan di Singapura. Pada masa itu saya menyangkakan yang saya akan pergi. Saya panggil semua saudara saya, anak dan cucu saya.

“Mereka semua datang dan anda tahu bila anda panggil semua anak-anak dan cucu anda, kamu sudah pasti tahu apa sebabnya. Saya sudah bersedia untuk pergi. Namun Allah itu maha hebat dan saya pulih dan kembali normal,” katanya.

Adenan yang mengambil alih teraju Sarawak daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014 dalam pertemuan itu bersyukur apabila Tuhan memberi nafas baharu - yang Dia seolah-olah menyampaikan mesej sebagai satu bayangan mengenai “apa yang patut saya lakukan”.

Hasilnya dua bulan kemudian dalam PRN ke-11, 7 Mei 2016, BN yang diterajui Team Adenan menang besar menguasai 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Ini sekali gus suatu tsunami ke atas pembangkang yang menerima tamparan apabila terlepas sebahagian besar kerusi bandar pada PRN 2011.

Penulis dimaklumkan daripada sumber kerajaan negeri, sejak November lalu lagi tahap kesihatan Adenan agak merosot. Banyak program dan acara rasmi tidak dapat dihadirinya dan diserahkan kepada timbalan dan menterinya.

Bahkan, pada November, beliau sepatutnya hadir dalam satu majlis perjumpaan dengan belia di Kuching tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Dalam ketegasan Adenan mentadbir Sarawak, tersembunyi hatinya yang murni tetapi mudah tersentuh.

Rakyat Sarawak tidak akan lupa bagaimana beliau membuat tuntutan autonomi daripada Persekutuan terhadap hak-hak negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Adenan menghapuskan tol (tiada plaza tol lagi di Sarawak), cukai pintu serta berjanji dalam tempoh dua tahun (selepas BN menang) menyuntik RM2 bilion untuk pembangunan luar bandar Sarawak. Di bawah pentadbirannya, tiada lagi lesen baharu diberikan kepada syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak. Lebih 30 syarikat pembalakan ditutup.

“Saya ingin hentikan pencabulan terhadap hutan-hutan kami. Saya ingin hentikan kemusnahan terhadap alam sekitar kerana isu ini mempunyai kaitan dengan rasuah,” kata Adenan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, September lalu.

Hasrat beliau tinggi untuk mengubah Sarawak secara drastik dengan beliau sendiri ‘menghitung’ bulan dan tahun.

Pemerhati politik Sarawak, Dr. Jeniri Amir yang turut dihubungi penulis semalam menyatakan rasa hairan dari mana Adenan mendapat kekuatan untuk bekerja.

“Beliau juga suka menyanyi dan menghiburkan rakyat. Allahyarham suka makan di mana yang beliau suka tanpa protokol. Juga tidak mahu gelaran panjang-panjang, simple sahaja,” kata Jeniri.

Allahyarham memahami aspirasi rakyat Sarawak, maka tidak hairanlah BN berjaya menterjemahkan sehingga 85 peratus sokongan rakyat Bumi Kenyalang.

Adenan pemimpin ikhlas, merendah diri. Beliau menjadi ikon politik baharu dan meninggalkan legasi yang akan dikenang sampai bila-bila.

Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang soleh.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-2351782668820246862017-01-07T16:40:00.001+08:002017-01-07T16:40:19.387+08:00Notis usul Guan Eng, Li Koon didengar 7 Feb.?

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Februari ini bagi mendengar permohonan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas peguam Li Koon, Datuk V. Sithambaram memaklumkan notis usul untuk permohonan itu telah difailkan oleh pihaknya, dua minggu lalu manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng turut memfailkan notis sama hari ini.

Pada prosiding itu, Hakim Hadhariah berkata, akta pencegahan rasuah sudah lama wujud dan tiada sesiapa boleh sewenang-wenangnya meminda akta berkenaan.

Pada masa sama, beliau menegaskan, tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Guan Eng dan Li Koon yang dijadualkan bermula pada 27 Mac ini dan dijangka berakhir 21 Julai tetap dikekalkan kerana kes itu sudah lama tertangguh melebihi enam bulan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng, 56, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi beliau dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya negeri ini kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Pertuduhan tersebut didakwa dilakukan Ahli Parlimen Bagan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang negeri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 18 Julai 2014.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua pula, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu mengetahui bahawa Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Guan Eng di rumah banglo terlibat pada 28 Julai 2015 dan untuk itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Li Koon, 44, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk Guan Eng lot tanah dan rumah banglo terlibat pada tarikh serta tempat sama dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-52343640141709502772016-12-27T19:21:00.000+08:002016-12-27T19:22:20.948+08:00Khairuddin gesa Muhyiddin bersihkan nama?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti membersihkan namanya daripada dakwaan terlibat dalam skandal dengan isteri orang.

Bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, parti itu tidak boleh kelihatan seolah-olah mengamalkan dasar pilih kasih.

“Sekiranya Anina Saadudin tidak dilantik ke jawatan Ketua Srikandi PPBM disebabkan oleh viral kes skandal seks beliau, ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dahulu.

“Selaku Presiden PPBM, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya dalam isu sama yang membelenggu imejnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah menggesa Muhyiddin memfailkan saman terhadap peguam, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Datuk Nika Gee Siew Yee kerana membabitkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes perceraian berprofil tinggi pasangan berkenaan.

Terdahulu pada 2 Jun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today, www.malaysia-today.net mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah (SD) berhubung skandal antara Muhyiddin dan isterinya.

Sementara itu, berhubung isu Anina, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh menjelaskan, parti berkenaan masih belum menubuhkan sayap Srikandi.

Beliau memberitahu, penubuhan sayap adalah di bawah bidang kuasa Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM justeru isu kedudukan Anina sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya ditimbulkan.

“Anina kekal sebagai Ahli MPT PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi,” katanya.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan, Anina mendakwa beliau disingkirkan daripada jawatan tersebut berikutan isu perbualan intim dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-67965813481374524402016-12-16T22:00:00.000+08:002016-12-16T22:02:42.756+08:00Sultan Muhammad V solat Jumaat di Masjid Negara?

Sultan Muhammad V yang baharu melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Selasa lalu, hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.

Ia diimamkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bertindak sebagai khatib. Turut menyertai Sultan Muhammad V menunaikan solat di situ ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kira-kira 10,000 jemaah yang lain.

Ketika menyampaikan khutbah khas bertajuk 'Yang di-Pertuan Agong: Tonggak Kedaulatan Islam', Asyraf Wajdi berkata institusi raja di negara ini mendapat tempat istimewa dalam strata masyarakat kerana ia menjadi tonggak kepada keadilan dan kestabilan hidup rakyat.

Raja, katanya, diumpamakan sebagai 'pohon' yang memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan mereka.

"Rakyat pula disamakan dengan 'akar' yang bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada raja dan tidak sesekali menderhaka selama mana mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya," katanya.

Asyraf Wajdi berkata keunikan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah di negara ini.

Malah, menurutnya, struktur kepimpinan negara dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik daripada sesetengah negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya huru-hara.

"Raja berperlembagaan bukan saja menjadi lambang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga lambang perpaduan rakyat berbilang kaum," katanya.

Dalam khutbahnya, Asyraf Wajdi turut melahirkan keyakinan terhadap pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan sebagai Ketua Negara dan agama untuk terus memperjuang kedaulatan agama Islam. Institusi raja juga, kata Asyraf Wajdi, adalah sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan serta memberikan kecintaan dan taat setia.

"Marilah kita bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi raja berperlembagaan serta memainkan peranan dalam agenda perpaduan.

"Tanamkanlah di dalam jiwa kita rasa tanggungjawab untuk memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah negara.

"Marilah kita merafak sembah, menjunjung kasih taat setia kepada baginda sepanjang takhta pemerintahan. Semoga Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan," katanya.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin lalu.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-3503780084692281232016-12-15T22:00:00.000+08:002016-12-15T22:00:14.752+08:00Permohonan semakan Anwar ditolak?

Mahkamah Persekutuan berpendirian bahawa tidak berlaku salah laksana keadilan dalam rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, disemak dan diketepikan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, keputusan panel terdahulu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau yang mengetuai panel lima hakim bersidang berpendapat, hujahan pembelaan tiada merit apabila menyatakan bekas Ketua Pembangkang itu tidak diadili secara saksama apabila PMO bertindak mengedarkan kenyataan media sejurus selepas keputusan diumumkan.

Menurutnya, afidavit yang diikrarkan oleh Pengarah Bahagian Media PMO, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad tidak menunjukkan wujud komunikasi di antara pejabat itu dengan Mahkamah Persekutuan yang membolehkan tanggapan umum dibuat bahawa keputusan telah diketahui lebih awal.

Kata beliau, sama ada PMO bertindak betul mengeluarkan kenyataan media sejurus selepas keputusan diumumkan, bukan terletak di bawah kawalan mahkamah untuk menghalangnya.

Sehubungan itu, mahkamah tertinggi negara tidak perlu mengambil pendirian yang bercanggah dengan panel terdahulu yang menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar, 69, disabitkan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ketika membacakan penghakiman bertulisnya selama 45 minit, Hakim Zulkefli turut berpuas hati bahawa mahkamah tidak bertindak berat sebelah berhubung tindakan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan membuat jerayawara (road show) mengenai kes itu.

Menurut beliau, pelantikan Muhammad Shafee selaku pihak ketiga oleh Peguam Negara, menolak dakwaan bahawa Jabatan Peguam Negara mengamalkan pendakwaan terpilih.

Hakim Zulkefli menyatakan demikian sewaktu menolak permohonan Anwar agar kuorum berkenaan menggunakan budi bicaranya menyemak dan mengetepikan keputusan terdahulu di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Penghakiman itu diumumkan dalam mahkamah yang penuh sesak dengan ahli keluarga dan penyokong Anwar yang hadir mengikuti prosiding tersebut. Kes liwat itu berlarutan selama lapan tahun ekoran laporan polis yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Walau bagaimanapun, Hakim Malanjum tidak hadir hari ini kerana menghadiri urusan keagamaan berikutan kematian ibu saudaranya di Kota Kinabalu, Sabah.

Oleh yang demikian, Anwar kekal dipenjara lima tahun dan perlu menghabiskan baki hukuman selama tiga tahun dua bulan (38 bulan) sejak mula menjalani hukuman pada 10 Februari tahun lalu selepas rayuannya ditolak oleh panel terdahulu.

Walau bagaimanapun, bekas wakil rakyat pembangkang itu hanya menjalani hukuman selama setahun enam bulan lagi dan dijangka dibebaskan sekitar Jun 2018 selepas mendapat remitan satu pertiga daripada tempoh hukuman asal.

Di bawah sistem pelaksanaan hukuman di penjara, seseorang banduan layak mendapat remitan (diskaun) iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara Malaysia berpuas hati dengan tahap pemulihan banduan ketika menjalani hukuman.

Anwar dalam reaksi ringkasnya kepada pemberita sejurus mahkamah menangguhkan sidang berkata, keputusan tersebut bukan pengakhiran kerana beliau akan berbincang dengan para peguam untuk mengambil langkah perundangan lain bagi mengetepikan keputusan tersebut.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-8490703842721590002016-12-13T22:04:00.000+08:002016-12-13T22:09:59.600+08:00Sultan Muhammad V lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong

Sultan Muhammad V berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara hari ini.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam.

Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-60131694075431272002016-12-12T20:14:00.002+08:002016-12-12T20:15:59.602+08:00Ramai Pemimpin DAP Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan? Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara.

DAP patut buka kelas berbahasa kebangsaan bukan beli alat terjemah bahasa. Lagu DAP sudah dipuji oleh Mahathir. Alangkah baik kalau DAP ajak semua ahli ahli PPBM mengajar DAP berbahasa Melayu.

Tidak ada guna kalau lagu sahaja berbahasa Melayu tetapi ahli ahli DAP dan pemimpinnya tidak pandai bercakap dan faham bahasa Melayu. Lagu itu hanyalah alat propaganda semata mata. Lagu itu hanyalah alat untuk dapat undi sahaja.

Kalau sekadar beli alat terjemah, itu sesuatu yang memalukan. Bagaimana ahli ahli parlimen DAP hendak bercakap dalam Dewan Rakyat? Bahasa kebangsaan harus diucap dalam Dewan Rakyat bukan menggunakan alat terjemah bahasa.

Bukan sekadar tidak boleh bercakap, malah tidak faham bahasa kebangsaan. Ini sesuatu yang serius untuk seseorang yang bergelar warganegara Malaysia. Bahasa adalah jambatan perpaduan.

Ini buktinya DAP tidak berminat untuk belajar bahasa kebangsaan. Tidak minat untuk bercakap dan bertutur bahasa kebangsaan. Memalukan sungguh. Tidak layak seseorang itu menjadi ahli dewan rakyat jika tidak tahu bahasa kebangsaan.

Parlimen harus tidak membenarkan mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa kebangsaan menjadi ahli parlimen. Undang undang dan syarat kelayakan menjadi calon parlimen harus dipinda. Apa guna jadi rakyat Malaysia, kalau tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan.

Suara Politik

Belantan

Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-1255989263551606032016-12-10T19:22:00.001+08:002016-12-10T19:25:29.904+08:00Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

SHAH ALAM, 8 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-71.

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini dengan disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Majlis isitiadat turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, anggota kerabat Diraja Selangor, barisan Exco Negeri dan dif kehormat lain.

Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Sultan Selangor bakal menyambut Hari Keputeraan ke-71, pada 11 Disember ini (Ahad).

Suara Politik

Belantan

Taminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-40291318430542000482016-06-25T23:58:00.000+08:002016-06-25T23:58:04.550+08:00Muhyiddin, Mukhriz dipecat, keahlian Shafie Apdal digantung?

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal digantung keahlian daripada parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti.

“Lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan bersama mereka dan menyerang pimpinan serta parti.

“Maka, itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti dan berdasarkan kelakuan tersebut, MT UMNO secara sebulat suara mengambil keputusan memecat kedua-dua pemimpin tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, Muhyiddin dan Mukhriz digantung semua jawatan dalam parti 26 sejak Februari lalu berikutan tindakan mereka menyerang kepemimpinan parti.

Berhubung tindakan disiplin terhadap Mohd. Shafie, Najib memberitahu, penggantungan berkuat kuasa sehingga laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO.

“Ini adalah kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO belum menyerahkan laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan serta MT parti,” jelasnya.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-75542441282383150532016-06-13T20:42:00.001+08:002016-06-13T20:42:13.557+08:00Jatuhkan Najib: Hadi akui ditemui Tun M?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincangkan rencana menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Hadi berkata, beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

“Pas tidak menentang individu, tidak menentang orang tetapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.

Sekiranya orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi walkabout di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau makan 'dedak' Najib, Presiden Pas itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.

“Kerana Pas tidak makan dedak maka dengan itu Pas boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan Pas berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran...kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi walkabout itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak pelincir motor secara percuma.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. – BERNAMA

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-61518526392915906322016-05-30T20:45:00.001+08:002016-05-30T20:45:31.170+08:00Ancaman ultra kiasu kepada Islam?

Apa-apa sahaja berkaitan dengan hal ehwal Islam, yang tidak ada kaitan langsung dengan bukan Islam, mesti ditentang oleh ultra kiasu, sama ada berada dalam Barisan Nasional (BN) atau di luar. Kalau dahulu mereka bersatu dalam senyap.

Hari ini menjadi lebih berani, bersatu secara terbuka. Puncanya, mereka tahu umat Islam tidak mungkin bersatu atau menjadi kuat. Apatah lagi dengan bilangan 50-50, berpecah kepada lebih lima kumpulan. Tidak mustahil 10 kumpulan.

Tidak mustahil satu hari nanti, Peribumi tidak memerintah, tetapi diperintah. Bukti-bukti sebegini sudah banyak berlaku kepada negara lain, sama ada kita mahu mengambil pengajaran atau tidak. Janganlah diambil Singapura dan Fiji sebagai contoh, kerana semua sudah sedia maklum. Carilah negara lain yang saya tidak perlu sebut di sini.

Akta 355 bagi memperkasakan peranan mahkamah syariah yang dibentangkan oleh Presiden Pas, mendapat tentangan yang amat hebat daripada ultra kiasu, walaupun tiada kaitan langsung dengan mereka. Orang Islam makan cili, ultra kiasu terasa pedas.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta. Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut. Mahkamah syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup dan undang-undang, apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini? Sudahlah kekayaan ekonomi dibolot oleh orang lain. Sampai ke peringkat nak dapatkan cara hidup sendiri pun tidak dibenarkan.

Apakah mereka sudah lupa bahawa negara ini berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam? Peliknya, dalam kalangan kita sebagai umat Islam, tidak ada yang berani melawan ultra kiasu. Ke manakah hilangnya semua telur itu?

Kenapa kita boleh menerima cara hidup dan undang-undang barat serta komunis tetapi begitu memandang hina kepada Islam? Pernahkah umat Islam atau pemerintah Islam mengambil hak bukan Islam selama ini? Buktikan kepada saya berapa kes orang Islam menzalimi bukan Islam?

Pergilah ke negara Islam, buatlah kajian bagaimana bukan Islam membina empayar kekayaan mereka di negara Islam tanpa diganggu-gugat oleh pihak berkuasa Islam.

Agama Islam sangat jelas dalam hal ini. Kita dilarang sama sekali merampas hak bukan Islam. Hak berekonomi, hak peribadi, hak melakukan ibadat dan berbagai hak lagi. Hatta, nak berjudi dan minum arak, dibenarkan, asalkan tidak menimbulkan mudarat kepada khalayak.

Sehinggakan dalam peperangan sekalipun jika berlaku. Rasulullah menegaskan, jangan lakukan beberapa perkara berikut terhadap bukan Islam. Jangan membunuh orang tua, wanita, kanak-kanak dan memusnahkan rumah ibadat mereka kerana mereka ada hak ke atas itu.

Apa lagi yang bukan Islam mahu? Apakah pernah kita merampas kekayaan mereka? Apakah kita pernah merobohkan rumah ibadat mereka tanpa alasan? Fakta membuktikan kekayaan mereka berlipat kali ganda. Begitu juga rumah ibadat mereka. Mereka menguasai ekonomi, orang Melayu masih ramai lagi merempat.

Hari ini kita hanya memohon, benarkan kami sebagai umat Islam, hidup di bawah cara hidup dan undang-undang kami. Itu pun tidak dibenarkan. Apakah Peribumi perlu meminta izin daripada penghijrah?

Apakah ia terlalu kuno dan hina? Tidakkah undang-undang Barat telah menjadikan manusia lebih hina? Jika tidak kenapa negara China mengharamkan lima media sosial seperti Google, Instragam, Twitter, Facebook dan Snapchat, kalau bukan mahu mengekang pengaruh Barat daripada merosakkan mereka. Kenapa ultra kiasu tidak bantah kerajaan negara China bertindak sedemikian.

Kerajaan kita terlalu baik. Tidak boleh dibayangkan jika kerajaan Malaysia bertindak seperti negara China. Ketika itu akan riuh-rendah atau roboh Parlimen dengan hiruk-pikuk suara ultra kiasu ini.

Saya bersetuju dengan kata-kata Presiden Pas sebelum ini lebih baik berkawan dengan lembu daripada babi. Ternyata sudah kebenarannya. Apakah kita perlu membaca atau menonton kembali filem animasi babi, Animal farm, karangan George Orwell? Four legs good, two legs bad (or better). All animals are equal, but some animals are more equal than others. Adakah ultra kiasu berasakan mereka lebih superior daripada Peribumi?

Justeru, tidak perlulah berdolak-dalik. Berterus teranglah. Jika tidak ada pilihan antara terpaksa memilih lembu dan babi. Jawapannya sudah pasti, Melayu pilih lembu, ultra kiasu memilih babi. Sudah tentunya saya memilih lembu.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah,

Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-70050169471167388382016-05-30T02:17:00.000+08:002016-05-30T02:17:20.700+08:00Pakatan dikatakan tarik 'handbrake’ bantu Pas?

Dengar khabar kerajaan PKR Selangor diketuai Mohamed Azmin Ali tarik ‘handbrake’ sebaik sahaja Pas mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Rani Osman sebagai calon di Sungai Besar.

Timbalan Presiden PKR itu nampaknya ‘sentap’ habis.

Bukan sahaja jentera kerajaan negeri difahamkan tidak akan digunakan untuk membantu calon Pas, bahkan organ rasmi pakatan pembangkang di negeri itu, Selangorkini dan TV Selangor pun terpalit sama.

Dikatakan jika sebelum ini tempat penginapan untuk petugas di Sungai Besar telah disediakan. Namun bila Pas tidak mempedulikan ‘arahan’ pucuk pimpinan pakatan jangan letakkan calon, kemudahan itu ditarik balik. Terpaksa berulang alik? Betulkah?

Mohamed Azmin nampaknya ‘berpatah arang’ dengan Pas. Ugutannya sebelum ini yang mahu memecat tiga Exco Pas pun tak jalan bila tempoh yang ditetapkan Isnin lalu berlalu.

Pakatan pembangkang dikatakan hanya merestui PAN atau PKR bertanding di Sungai Besar.

Tetapi yang lebih ‘dekat di hati’ DAP adalah PAN kerana bukan sahaja hubungan baik ketuanya, Mohamad Sabu dengan ‘dinasti Lim’ tetapi demi memecahkan sokongan pengikut Pas.

Difahamkan, sama ada Mohamad Sabu atau calon Pas Parlimen Kuala Selangor yang tewas 460 undi pada 2013, Dr. Dzulkefly Ahmad akan diumumkan 1 Jun ini, sekali gus memasuki senarai calon dalam persaingan tiga penjuru nanti. Kalau PAN masuk, adakah Selangorkini dan TV Selangor dapat balik apa yang ‘hilang’?

Mohamed Azmin tidak dapat ‘beri muka’ kepada Pas yang meletakkan kedudukannya sekarang (jawatan menteri besar) kerana kedudukannya pun ‘tersepit’. Di sebelah kanan, Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memerhati manakala di sebelah kiri, DAP yang anti-Pas meneliti gerak gerinya.

Tiga hari lepas Mesyuarat Biro Politik PKR dipengerusikan Wan Azizah memutuskan agar Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli melaporkan dakwaan wujud habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan Kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pening kepala Mohamed Azmin.

Itu belum lagi isu banjir, rumah terbakar yang menyebabkan rakyat Selangor susah hati.

Setakat ini Mohamed Azmin bernasib baik. Semua itu Kerajaan Pusat yang terlebih dahulu selesaikannya. PKR hanya ambil nama sahaja.

Isu-isu yang melanda Mohamed Azmin sebelum ini pun juga tiada satu pun yang dijawab secara tepat. Isu melibatkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan ‘kehilangan’ dana penstrukturan air sebanyak RM7.6 billion, apa kesudahannya?

Itu belum lagi isu berhubung agihan zakat, DEIG, kos cat pintu gerbang Selangor yang memakan belanja RM9.7 juta dan balak. Apa ceritanya?

Pilihan raya kecil Sungai Besar akan menjadi ‘tanda aras’ kedudukan Mohamed Azmin.

Dan keputusannya paling ditunggu oleh Wan Azizah - orang yang masih ‘gigit jari’ untuk mengisi jawatan menteri besar.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-8026924802128335162016-05-29T03:38:00.000+08:002016-05-29T03:38:17.745+08:00DAP ‘meroyan’, Azmin tertekan?

Sepatutnya DAP mengimbas kembali bagaimana layanan mereka terhadap Pas sebelum ini. Kenapakah pentingnya Pas difikirkan apabila mahu menghadapi pilihan raya sahaja?

DAP tiba-tiba melatah apabila menyatakan pakatan pembangkang tidak boleh lagi bergantung harap kepada Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar atas alasan kecenderungan parti itu untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Malah DAP turut menyifatkan Pas sebagai sekutu sulit kepada UMNO dan BN kerana enggan berunding berhubung kedua-dua kerusi itu.

Persoalannya, sejak bila pula DAP pandai berunding dengan Pas? Kenapa apabila Pas sudah tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, baharulah parti itu dilihat berharga kepada pakatan tersebut? Sepatutnya DAP mengimbas kembali bagaimana layanan mereka terhadap Pas sebelum ini. Kenapakah pentingnya Pas hanya difikirkan apabila mahu menghadapi pilihan raya sahaja?

DAP seharusnya menghormati Pas kerana kedua-dua kerusi itu sememangnya kerusi tradisi Pas, lagipun bukankah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri sudah menyatakan parti itu tidak berminat bertanding di situ, oleh itu kenapa DAP hendak menyibuk menyerang Pas? Paling dikesalkan, DAP juga mengeluarkan hujah dangkal apabila mengaitkan sikap Pas itu dengan BN. Tak pasal-pasal BN dikaitkan sedangkan masalah yang berlaku melibatkan perbalahan dan pertelingkahan antara parti-parti pembangkang.

Kalaupun DAP berhasrat mencari modal politik atau terus mahu menjadi ‘taiko’ dalam pakatan pembangkang, tidak payahlah hendak mengaitkan BN atau UMNO dalam soal perbalahan mereka dengan Pas. Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang bukanlah salah BN, tetapi salah DAP yang bersekongkol dengan PKR melayan Pas bagaikan sebuah parti tidak bermaruah ketika Pas berada dalam pakatan pembangkang dahulu.

UMNO tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pendirian Pas untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu. Lagipun hubungan antara kedua-dua parti lebih kepada persefahaman antara sesama Islam dan bukannya politik, maknanya mereka tetap akan bertarung sesama sendiri dalam pilihan raya.

Selama ini yang menjadi pujaan DAP bukannya pemimpin-pemimpin Pas tetapi pemimpin-pemimpin PAN, bukankah DAP bagaikan berpesta apabila PAN ditubuhkan? Justeru berilah kepercayaan kepada PAN untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Pas dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun kita boleh faham kenapa DAP ‘meroyan’ dengan sikap Pas, ini kerana mereka sama sekali tidak yakin dengan PAN yang terbukti sekadar ‘penyendal’ dalam pakatan pembangkang. DAP tahu sejauh mana kekuatan Pas apatah lagi dalam berhadapan dengan pilihan raya.

DAP mungkin terpaksa bersuara selepas PKR sendiri terpaksa turun ke gelanggang PRK khususnya di Sungai Besar dalam keadaan penuh kepincangan. PKR kini sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang menyaksikan pertembungan antara kelompok Menteri Besar, Selangor yang juga Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan puak yang diketuai oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Perbalahan antara mereka bukan lagi secara tertutup sebaliknya sudah menjadi rahsia umum. Mohamed Azmin yang sebelum ini begitu lantang mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan itu menjadi MB, kini semakin memahami betapa hebatnya politik dalam PKR dan betapa ‘panasnya’ kerusi MB tersebut.

Dari semasa ke semasa, Mohamed Azmin terus menerima tekanan termasuklah dalam isu habuan wang dan perempuan yang dinafikan secara tegas oleh beliau. Gesaan beliau supaya pihak yang melakukan tuduhan mengemukakan bukti juga seolah-olah tidak layan. Penulis diberitahu oleh beberapa rakan dalam PKR, asakan demi asakan akan terus dilakukan sehinggalah Mohamed Azmin berundur daripada jawatan MB.

“Dari segi kekuatan dalam PKR, Mohamed Azmin sebenarnya keseorangan. Kalau adapun tidaklah seramai kelompok yang mahukan beliau berundur,’’ kata salah seorang rakan kepada penulis. Selain isu perbualan habuan wang dan perempuan dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mohamed Azmin juga dikatakan gagal untuk menangani perbalahan dengan Pas berhubung PRK Sungai Besar.

Walaupun Mohamed Azmin menafikan memberi kata dua kepada tiga exco Pas untuk meletakkan jawatan jika parti itu bertanding di kawasan Parlimen berkenaan, namun kenyataan Dewan Ulama Pas yang mengesahkan Mohamed Azmin memang berbuat demikian menyebabkan kredibiliti Menteri Besar Selangor itu semakin dipertikaikan. Oleh itu, Mohamed Azmin akan mengepalai jentera PKR turun ke Sungai Besar dalam keadaan pincang.

Situasi yang sama juga dijangka berlaku di Kuala Kangsar, apabila pembangkang akan turun dalam keadaan berantakan, namun begitu ini bukanlah satu situasi yang bermaksud, jentera BN di kedua-dua kawasan tersebut boleh bersenang-lenang.

Ketika cabaran pembangkang mungkin agak lemah berikutan konflik yang berlaku, cabaran dalaman mungkin jauh lebih hebat atau bahasa mudahnya sabotaj oleh jentera parti sendiri. Justeru pucuk pimpinan Pusat perlu memastikan keadaan itu tidak berlaku terutamanya sebaik sahaja nama calon diumumkan pada Jumaat atau Sabtu ini. Mana-mana pemimpin yang dilihat berpotensi melakukan sabotaj kepada jentera pilihan raya sama ada di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar perlu ‘dijauhkan’ dari kawasan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-41157710405465958972016-05-29T03:27:00.000+08:002016-05-29T03:27:12.307+08:00PKR: Didakwa cipta isu untuk alih perhatian?

Perbalahan kepemimpinan PKR mengenai dakwaan wujud habuan wang dan perempuan jika mahu berurusan dengan kerajaan Selangor semakin hangat apabila timbul tuduhan ia sengaja dicetuskan oleh seorang pemimpin kanan parti itu sendiri.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, dakwaan sedemikian sengaja disebarkan untuk mengalih perhatian ahli parti itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemimpinnya yang dikatakan telah membocorkan surat dalaman di antara Anwar Ibrahim dengan kepimpinan PKR.

"Majoriti ahli parti (PKR) percaya surat dalaman parti itu disyaki dibocorkan sendiri oleh 'orang yang menguruskan pentadbiran parti' kepada media. Bagi mengalihkan (isu) kebocoran surat itu, maka tuduhan rasuah wang dan perempuan ini sengaja disebar.

"Saya berpandangan jika benar wujudnya dakwaan sogokan seperti itu, sepatutnya individu terlibat menyiasat sepenuhnya dahulu dan tidak perlu 'melambung ke seluruh dunia' dakwaan itu sedemikian rupa. Sebaiknya ia perlu dibawa ke pengetahuan majlis pimpinan pusat dan dibincangkan di sana sebelum sesuatu keputusan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shuhaimi tidak mendedahkan identiti pemimpin kanan PKR terbabit yang dikatakan mencetuskan dakwaan tersebut termasuk membocorkan surat Anwar sebelum ini yang difahamkan mengenai kebimbangan Penasihat PKR itu mengenai penglibatan PKR dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri bersama-sama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerusi laporan akhbar semalam mengakui menulis mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai habuan wanita dan wang jika mahu berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang menjadi viral.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui ‘Kak Zu’ yang disebut dalam perbualan kumpulan WhatsApp Solidarity For Anwar adalah merujuk kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Bagaimanapun selepas dakwaan tersebut menjadi viral, Rafizi menafikan tuduhan itu ditujukan kepada mana-mana wakil rakyat pakatan di Selangor, sebaliknya mendakwa perbualannya itu merujuk kepada individu tertentu yang tidak dinamakan.

Dalam pada itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan motif dan tujuan sebenar pemimpin kanan PKR yang terlibat membangkitkan dakwaan habuan tersebut dalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

"Pastinya ada maksud (niat) yang tertentu. Salah satunya ialah supaya kesilapan yang disyaki dilakukan oleh beliau dengan membocorkan surat Ketua Umum (Anwar) itu dapat dialihkan.

"Saya fikir apa jua alasannya sangat tidak sesuai pemimpin parti bertaraf pimpinan kanan melakukan tuduhan sebegini. Ia sangat merosakkan selain mencalar sedikit imej kerajaan negeri dan kakitangan awam di Selangor.

"Bahkan, ia juga merobek imej pimpinan terlibat. Reputasinya dan niatnya mula dipersoalkan," ujarnya.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-56235019468515197422016-05-28T03:21:00.000+08:002016-05-28T03:21:50.800+08:00Sah Azmin beri kata dua kepada Exco Pas!

Dewan Ulama Pas mengesahkan dakwaan tiga Exco Pas Selangor diberi kata dua agar meletakkan jawatan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali adalah benar.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya mempunyai maklumat jelas mengenai perkara itu dan menyifatkan penafian Mohamed Azmin kepada pihak media kononnya kata dua tersebut tidak berlaku adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada pemimpin pakatan pembangkang dan Mohamed Azmin menjadikan Pas sebagai ‘modal’ untuk melepaskan diri.

"Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan Exco Pas letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ (sah) dia arah Exco Pas meletakkan jawatan jika Pas terus bertanding di Sungai Besar," katanya sebagaimana dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Mohd. Khairuddin Aman Razali

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairuddin kesal dengan kenyataan Mohamed Azmin yang dilihat menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, ketika menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi antara Pas dan PKR.

"Walau bagaimanapun, Pas mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Mohamed Azmin, malah memahami situasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu. Kita maafkan Azmin atas kecelaruan fikiran dia akhir-akhir ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Pas Selangor seolah-olah ‘mencabar’ Mohamed Azmin apabila berkata, fokus Pas sekarang adalah untuk menang PRK Parlimen Sungai Besar.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-428178761353041962016-05-22T21:14:00.000+08:002016-05-22T21:14:35.886+08:00Skandal 'rasuah' PKR - Azmin minta bukti?

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meminta pihak yang mendakwa kononnya berlaku amalan meminta ‘wang dan wanita’ sebagai habuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri mengemukakan bukti supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak berkenaan.

Selagi dakwaan sedemikian tidak disusuli dengan bukti katanya, maka ia kekal sebagai, tindakan ‘bacul’, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini, beliau menyifatkan, dakwaan yang dikatakan timbul menerusi penyebaran transkrip perbualan kumpulan WhatsApp yang turut mengaitkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli itu sebagai satu kempen fitnah terancang yang sengaja dicetuskan untuk melemahkan kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

“Ini merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.

“Dalam melaksanakan serangan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri,” katanya.

Semalam, portal berita propembangkang, www.malaysiakini.com melaporkan wujud satu dakwaan terhadap pentadbiran Selangor yang mendakwa selain wang, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri ini.

Menurut laporan itu, dakwaan berkenaan disebut dalam perbualan WhatsApp yang bocor dan Rafizi didakwa berkata, beliau ada menerima aduan mengenai perkara berkenaan.

Berdasarkan laporan berkenaan, Rafizi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut namun mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR yang mempunyai potensi untuk memusnahkan parti itu.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, beliau sedia berbincang dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penentuan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun pintu rundingan dikatakan sudah ditutup.

Katanya, hasrat beliau itu adalah atas tanggungjawab bersama di antara PKR, DAP dan PAN.

“Harap semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari sebelum tarikh penamaan calon pada 5 Jun ini,” katanya.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-1176056879296205002016-05-21T23:56:00.000+08:002016-05-22T00:33:56.067+08:00Skandal habuan wanita dan wang - Rafizi mengaku?

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mengaku menulis mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai habuan wanita dan wang jika mahu berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang menjadi viral.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui ‘Kak Zu’ yang disebut dalam perbualan kumpulan WhatsApp Solidarity For Anwar adalah merujuk kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Bagaimanapun selepas dakwaan tersebut menjadi viral, Rafizi menafikan tuduhan itu ditujukan kepada mana-mana wakil rakyat pakatan di Selangor, sebaliknya mendakwa, perbualannya merujuk kepada individu tertentu yang tidak dinamakan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa tuduhan itu adalah khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum. Tuduhan iaitu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat atau kakitangan jabatan di bawah kerajaan Selangor.

“Walaupun tidak enak membicarakan tuduhan salah laku terhadap anggota atau pimpinan PKR sebegini, saya selalu menegaskan bahawa penyakit tamak dan korupsi ini tidak mengenal sempadan atau parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Transkrip perbualan Rafizi dalam kumpulan WhatsApp tersebut mula didedahkan portal The Malaysian Miror semalam dan kandungan mesej sebahagiannya adalah seperti berikut:

“Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide (berniat baik) bahawa selain dari wang, sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan). Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat.

“Cakap-cakap mengenai wang dan kini perempuan dll (dan lain-lain), yang menyebabkan orang dalam dan luar bercakap mengenai ‘dedak’. Kalau saya dah mula lantang ke depan dan di luar, maksudnya saya ada bukti dan saya bagi nasihat kepada Kak Zu supaya berhati-hati dan sampaikan nasihat saya.

“Kerana saya ada had sebelum saya expose (dedah) mengenai parti sendiri. Saya tidak takut mengenai kata-kata saudara/saudari di sini, saya takut dosa. Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.

“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri), sejak saudara Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) jadi MB (Menteri Besar) untuk minta atau bincang sesuatu.”-UMO

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-25896713283957621212016-05-21T14:23:00.003+08:002016-05-21T14:23:23.999+08:00Exco Pas diminta berundur?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar mula mencetuskan konflik dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor apabila tiga Exco Kerajaan Negeri daripada Pas dikatakan menerima tekanan meletakkan jawatan jika parti mereka membuat keputusan untuk bertanding di kawasan tersebut.

Tiga Exco berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Walaupun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan desas-desus tersebut, namun kenyataan beberapa pemimpin kanan Pas seolah-olah mengesahkan tekanan tersebut berlaku.

Biarpun tidak merujuk secara langsung apa yang sedang berlaku di Selangor, mereka menyifatkan politik ugutan yang diamalkan oleh pakatan pembangkang sebagai perilaku samseng.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, politik ugutan sangat tidak harmoni untuk diamalkan dalam orientasi politik negara apatah lagi yang dipraktikkan terhadap pihak rakan.

“Justeru politik ugut ini sebahagian daripada perilaku samseng politik dan juga adalah peribadi pembuli politik. Andai amalan sebegini dijadikan budaya dalam politik maka pincanglah peradaban kita,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya, di sini hari ini.

Difahamkan tekanan ke atas tiga Exco Pas yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu mula tercetus apabila parti tersebut melalui kepemimpinan kanan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas bahawa Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi parti itu.

Oleh itu mereka menolak sebarang rundingan sama ada dengan PKR, DAP mahupun PAN berhubung perkara tersebut.

Mohamed Azmin sebelum ini mencadangkan supaya Pas berunding dengan pakatan pembangkang berikutan kekalahan teruk pakatan itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali turut mengingatkan semua pihak supaya tidak perlu menjadi samseng politik dengan mengambil tindakan ugut-mengugut.

“Insya-Allah, Pas tetap bertanding di kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Itu keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat minggu lepas.

“Bertawakallah kepada Allah. Pas membawa mesej dakwah dan politik Islam. Tidak ada orang yang rugi jika membawa mesej ini,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula meminta pakatan pembangkang menghormati parti itu.

‘‘Hormati kami jika kami menola rundingan ‘mi segera’ yang sekadar memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi pilihan raya umum 2013.

“Kalau masing-masing mahu tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan. Bulan adalah rawatan alam daripada sekelian kejadian di bumi tuhan,’’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Azmin yang diminta mengulas desas-desus berhubung perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri menegaskan, dakwaan beliau mengugut tiga exco Pas itu adalah tidak benar.

“Tidak benar. Perkara itu tidak berlaku (ugut singkir Exco Pas). Sekarang ini fokus kita bincang kerusi dulu. Perbincangan juga masih berjalan dan saya ada jumpa PAN hari ini,” katanya.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-6561850635833645642016-05-21T00:28:00.001+08:002016-05-21T00:28:09.484+08:00Pas menang ‘nasib’, wajar beralah – PAN?

Pas tidak seharusnya mendakwa kemenangan mereka di beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu adalah kerana calon parti itu, sebaliknya manifesto pakatan pembangkang yang membawa kejayaan itu.

Dakwaan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad itu seolah-olah mahu menyatakan yang kemenangan Pas selama ini adalah disebabkan sokongan daripada parti-parti lain dalam pakatan berkenaan, bukannya atas kekuatan mereka sendiri.

Sehubungan itu, jelas beliau, Pas sepatutnya beralah dan memberi laluan kepada calon daripada parti lain yang dirasakan sesuai untuk bertanding termasuk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

“Dalam PRU-13, sokongan pengundi kepada kita (pakatan pembangkang) adalah kerana manifesto, maka tiada mana-mana parti boleh mendakwa kemenangan mereka atas kapasiti sendiri.

“Perkara ini perlu difahami oleh semua supaya Selangor terus kekal diperintah oleh pakatan pembangkang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Laporan yang memetik sumber dalaman Pas itu mendakwa, kata dua tersebut dibuat Mohamed Azmin selepas mesyuarat Exco semalam.

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-77588290837209964842016-05-21T00:05:00.004+08:002016-05-21T00:05:53.910+08:00Adenan umum 18 menteri muda.

Sebelas daripada 18 menteri muda Kabinet negeri Sarawak bergambar selepas istiadat mengangkat sumpah menerima pelantikan masing-masing di hadapan Abdul Taib Mahmud di Dewan Lapau, Bangunan DUN, Kuching, semalam.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem melengkapkan senarai penuh Kabinet negeri yang diterajuinya bagi penggal kedua dengan mengumumkan nama 18 menteri muda hari ini.

Barisan menteri muda yang dipilih kali ini menyaksikan enam muka baharu manakala dua anggota Kabinet lama iaitu Datuk Abdul Wahad Aziz dan Datuk Mong Dadang digugurkan.

Muka baharu yang dilantik ialah Dr. Abdul Rahman Junaidi, Dr. Abdul Rahman Ismail, Dr. Annuar Rapaee, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Malcom Mussem Lamoh dan Datuk Dr. Penguang Manggil.

Sementara itu, 12 muka lama yang dikekalkan ialah Datuk Mohd. Naroden Majais, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Francis Harden, Datuk Talip Zulpilip, Datuk Lee Kim Shin, Liwan Lagang, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Dr. Jerip Susil, Datuk Julaihi Narawi, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Rosey Yunos dan Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Daripada jumlah itu, dua adalah calon langsung Barisan Nasional (BN) yang menang di kawasan masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei lalu iaitu Rosey dan Jerip.

Jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang kosong berikutan pelantikan Roland Sagah sebagai menteri muda pula diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran, Adenan turut memperkenalkan portfolio tambahan baharu di bawah beberapa kementerian, menjadikan jumlah portfolio bagi menteri muda kini bertambah kepada 21 berbanding 19 sebelum ini.

Portfolio baharu diperkenalkan ialah Menteri Muda Undang-undang Adat Pribumi dan Adat, Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Pedalaman) dan Perladangan, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pantai) dan Perikanan; Menteri Muda Tanah, Pengangkutan Udara dan Keselamatan, Menteri Muda Pengangkutan Sungai dan Keselamatan serta Menteri Muda Kesenian dan Kebudayaan.

Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan, Menteri Muda Perpaduan, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) serta Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi).

Dalam pada itu, portfolio Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) yang dipegang oleh Datuk Ir. Daud Abdul Rahman sebelum ini, tidak disenaraikan dalam portfolio Kabinet baharu berkenaan.

Menurut Adenan, kesemua 12 menteri muda yang dipilih menganggotai Kabinet negeri yang baharu ini mempunyai kekuatan tersendiri dan berpengalaman untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

“Walaupun terdapat pertambahan kerusi dimenangi oleh BN pada PRN-11 iaitu 71 berbanding 52 kerusi sebelum ini, namun kita tidak bercadang untuk mewujudkan kementerian baharu negeri,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini hari ini.-UMO

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-46401434045623107812016-05-17T02:21:00.003+08:002016-05-17T02:21:38.031+08:00Pakatan harapan dah jadi macam ‘Keluarga 69’?

Macam sudah jadi ‘Keluarga 69’ pula dah parti-parti yang ‘berpakat’ dalam pakatan harapan ini.

Sana sini gaduh. Bukan lagi ribut dalam cawan.Inilah agaknya ‘ketulahan’ kesan kekalahan teruk DAP yang cuma menang tujuh daripada 31 kerusi ditandingi dalam pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu.

Ketika sekutu kuatnya, PKR masih berupaya mengekalkan tiga kerusi di sana, DAP sudah tidak mampu lagi menanggung rasa bimbangnya terhadap masa depan pakatan.

PAN diketuai Mohamad Sabu yang diharapkan menggantikan Pas, rupa-rupanya hanya ‘lebih sudu dari kuah’ sahaja. Ada hati pula nak ‘rampas’ calon kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar daripada Pas.

Beberapa hari selepas gagal di Sarawak, di negeri penguasaan DAP, Pulau Pinang pula berkocak.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana dikatakan menentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu projek penambakan laut, difahamkan ditekan untuk mengubah pendirian mereka.

Bimbang dengan perpecahan pakatan itu di Pulau Pinang yang menjadi ‘pangkalan satelit’ DAP, lima ADUN PKR terbabit dipercayai ‘diperingatkan’ supaya patuh dengan kerajaan atau dipersalahkan atas perpecahan pakatan.

ADUN-ADUN PKR yang memutuskan berkecuali berhubung usul oleh UMNO mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang November lalu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr. Norlela Ariffin (Penanti) dan Dr. T. Jayabalan (Batu Uban).

Akibat tidak sehaluan ini jugalah pada Februari lalu, Chin Wen ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Kah Peng pula ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Dan barangkali kerana menyedari PKR dan PAN bukanlah gandingan secocok untuknya memulihkan imej yang tercalar teruk, DAP terpaksa menjilat kembali ludah sendiri mengajak Pas ke meja rundingan.

Ini semata-mata demi menjayakan hasrat DAP mencalar imej BN di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar setelah baru sahaja menang bergaya di Sarawak.

Namun, mahukah Pas kembali melutut kepada DAP, setelah bermacam-macam penghinaan, tohmahan dan kecaman diterima oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada Guan Eng dan konco-konconya.

Kecaman yang Abdul Hadi ‘bercakap tidak serupa bikin’ dan Presiden itu disifatkan Guan Eng sebagai ‘pengkhianatan bersiri’ serta ketidakupayaannya untuk mengotai janji-janjinya masih segar.

Dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serasi, DAP semakin pening kepala. Adakah hubungan Guan Eng-Mohamed Azmin demikian juga?

Pakatan harapan bergelora.

Tanpa Pas, pakatan berkecamuk.

Hilang arah tuju. Hanyut ke laut lepas.

‘Keluarga 69’ pakatan harapan

Suara Politik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6535538629999929235.post-79210756345830528082016-05-15T20:56:00.001+08:002016-05-15T20:56:19.622+08:00ADUN DAP persoal slogan CAT?

Seorang wakil rakyat Kerajaan DAP Pulau Pinang mempersoalkan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang sering diuar-uarkan kerajaan negeri.

Malah, Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) turut mempersoalkan slogan Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat (PPBHJ) berikutan cadangan tambak laut yang memberi impak kepada rakyat dan dibimbangi memberi keuntungan hanya kepada golongan kaya.

Menurutnya, beliau tertanya-tanya sama ada slogan tersebut yang dilaungkan sejak kira-kira lapan tahun lalu benar-benar dipraktikkan oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, jelas beliau, apa yang dapat dilihat rakyat khususnya penduduk di kawasan yang diwakilinya, masih terdapat banyak kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Sebagai contoh, banyak aduan rakyat di kawasan saya tidak diambil peduli, jalan raya selalu ada kemalangan maut dan kebersihan kawasan saya juga tidak dijaga dengan memuaskan,” katanya dalam sidang DUN di sini.

Ong Kok Fooi

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah jawapan lisan Datuk Mohd. Rashid Hasnon (PKR-Pantai Jerejak) berhubung sejauh mana keberkesanan slogan PPBHJ yang diamalkan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Kok Fooi turut melahirkan rasa bimbang dengan kenyataan Mohd. Rashid yang mana kerajaan negeri tidak meletakkan apa-apa sasaran atau indeks petunjuk pretasi (KPI) pelaksanaan slogan tersebut dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Apakah Kerajaan DAP Pulau Pinang mencapai prestasi polisi-polisi itu jika dibuat perbandingan dengan kawasan pulau dan Perai?

“Saya memerlukan jawapan ini untuk disampaikan kepada penduduk kerana pada hakikatnya ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati,” katanya.

Suara Poltik

BelantanTaminsarihttp://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com0