Ahad, November 30, 2014

'Kumpulan pemuda halang kami bertemu Najib'?


Tindakan berani Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk 'bersemuka' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menyerahkan memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu terbantut apabila mereka mendakwa disekat sekumpulan pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Rombongan mereka yang bermula daripada Masjid Pekeliling terhenti apabila rombongan mereka 'disambut' oleh kumpulan itu di pintu belakang PWTC.

Ekoran itu berlaku suasana tegang antara kedua-dua kumpulan, bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan.

Ketika itu, Abdul Malik Ab Razak( gambar diatas ) yang juga merupakan Presiden Gamis, enggan menyerahkan memorandum kepada ketua kumpulan itu kerana mahu menyerah sendiri kepada Perdana Menteri.

Namun tindakannya menimbulkan perasaan kurang senang kepada ketua pemuda yang mendakwa dia mewakili Perdana Menteri.

"Saya bersumpah akan serah kepada Perdana Menteri memorandum ini," kata ketua kumpulan itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairul Najib Hashim yang turut menyertai Gamis berkata, pihaknya akan menunggu sampai Perdana Menteri memberi respons dalam Perhimpunan Agung Umno mengenai isu ini.

"Jika beliau tidak respons... kami akan hadir sekali lagi bagi memastikan suara dan memorandum kami sampai ke tangan beliau," katanya menerusi SMS kepada pemberita.

Antara kandungan tuntutan yang dinyatakan dalam memorandum itu adalah mereka mendesak supaya kerajaan menghentikan pencerobohan tanah rizab Melayu dan kampung warisan.

Tuntutan lain adalah mengembalikan 50 peratus tanah rizab Melayu seperti wasiat Raja-raja, menggesa penubuhan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu dan mewujudkan polisi khas atau undang-undang bagi melindungi perkampungan tradisi dan juga menjaga kebajikan peneroka bandar.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 29, 2014

UMNO jamin kelangsungan solidariti untuk pastikan negara aman - Najib!


Solidariti atau perpaduan menjadi penekanan utama dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 hari ini apabila mengucapkan perkataan itu sebanyak lima kali dalam tempoh 15 minit pertama ucapannya.

Perdana Menteri berkata, UMNO selaku komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan kelangsungan solidariti kerana ia adalah aset penting yang dapat menjamin keamanan serta keharmonian Malaysia.

"Ini satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh kerajaan kerana ia aset paling mustahak demi survival UMNO, BN dan negara tercinta," katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib berkata, solidariti yang dipupuk melalui kontrak sosial oleh kepimpinan UMNO terdahulu menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dahulu hingga kini dan selama-lamanya.

"Jika kita teliti bapa-bapa pimpinan yang terdahulu dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan.

"Langkah terawal yang diambil oleh pemimpin kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ialah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui apa yang dinamakan kontrak sosial.

Najib berkata, kejayaan itu menuntut pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang Melayu serta Bumiputera dan kontrak sosial itu menjadi satu wahana dalam mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai solidariti, Najib berkata keputusan untuk menyambut Hari Kemerdekaan hanya pada 31 Ogos setiap tahun adalah contoh jelas semangat solidariti dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, selain 'membawa' semangat bapa kemerdekaan negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

"Ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi seluruh Malaysia. Jawapannya adalah solidariti. Tapi jangan bimbang cuti umum pada 16 September masih tetap kita raikan.

"Malah, lebih mustahak perlu diketahui itulah hasrat Tunku Abdul Rahman yang menghendaki sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada tanggal 31 Ogos," katanya.

Aura Almarhum Tunku Abdul Rahman dirasai setiap perwakilan apabila laungan "Merdeka...Merdeka...Merdeka' bergema di Dewan Merdeka yang dipenuhi dengan warna merah, putih dan merah jambu.

Presiden UMNO itu juga mengajak rakyat seluruh negara agar terus bersatu padu di bawah lembayung UMNO dan BN sebagai usaha untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

"Penyatuan juga penting bukan sahaja untuk menang dalam PRU14 tapi menjadikan negara lebih hebat dan maju dalam satu ikatan solidariti yang tidak mungkin mampu terpecah bentengnya.

Najib menarik perhatian perwakilan apabila mengakui takwim 2014 adalah tahun penuh cabaran buat Malaysia apabila diduga dengan pelbagai ujian termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada Mac dan nahas pesawat MAS Penerbangan MH17 Julai lepas.

Beliau berkata, ketika menghadapi detik tragis membabitkan Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, tiada negara kuasa besar yang mampu menolong Malaysia, namun atas semangat solidariti, segala kesukaran berjaya diatasi.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya berunding dengan pemberontak yang tidak mempunyai identiti negara. Nawaitu (niat) saya tak lain tak bukan hanya nak dapatkan kotak hitam dan masuk ke kawasan kejadian," kata Najib.

Ketibaan jenazah secara berperingkat disambut dengan penuh istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan solidariti terbukti apabila kesemua rakyat menghormati Hari Perkabungan Negara pada 22 Ogos lepas ketika ketibaan kumpulan pertama 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Najib menjelaskan semangat solidariti sekali lagi terbukti apabila sama-sama merasakan kesedihan pencerobohan oleh pengganas dari selatan Filipina di perairan Pantai Timur Sabah pada 12 Feb 2013. Insiden berdarah itu meragut nyawa 10 anggota keselamatan negara.

"Memetik lagu (Seniman Agung Allahyarham Tan Sri) P Ramlee "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari." Insiden pahit Lahad Datu telah memalit dan mencalarkan sejarah watan negara, tetapi ia berjaya pertautkan lagi persaudaraan dan ikatan silaturahim antara rakyat Malaysia," katanya.- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 27, 2014

Najib beri jaminan akan pertahan Akta Hasutan 1948?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Perhimpunan tahunan parti Melayu terbesar negara yang kini dianggotai 3.47 juta orang itu berlangsung sejak Selasa dan akan melabuhkan tirai pada Sabtu ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan akan mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Malah beliau yang juga Perdana Menteri turut menegaskan, akta itu akan ditambah baik dengan memasukkan dua peruntukan khas iaitu melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain tidak dibenarkan disentuh.

Dalam masa sama tambah Najib, akta itu juga akan diperkuatkan dengan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Suara Politik
Belantan

Melayu, fikirkan masa depan bangsamu!


Setiap orang Melayu, apatah lagi anggota Umno, mesti berterus terang dan jujur merenung masa depan yang akan mereka persiapkan untuk anak cucu mereka.

Orang Melayu dan bumiputera, yang merangkumi kira-kira 67 peratus penduduk majoriti Malaysia, mestilah menerima hakikat bahawa bangsa ini sedang berada di persimpangan amat getir.

Berlatarbelakangkan landskap politik semasa, kaum ini yang terbahagi kepada tiga kelompok parti utama iaitu Umno, Pas dan PKR mestilah berpijak di bumi nyata dan memikirkan di manakah kedudukan kuasa politik yang semakin menyusut pada masa akan datang.

Perhimpunan Agung Umno 2014, yang bermula hari ini sehingga Sabtu, menjadi medan terbaik seluruh orang Melayu, bukan sahaja 3.5 juta anggota parti, untuk menilai perkara berkaitan bangsa Melayu termasuk Islam, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Menjelang perhimpunan Umno dan ketiga-tiga sayapnya, yang dihadiri 5,739 perwakilan, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, anggota parti mesti bermuhasabah, mengkaji Kelemahan dan kekuatan diri dan bermuafakat merencana langkah drastik memperbaiki kedudukan.


Katanya, sebagai parti yang ditubuhkan dengan asas perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air, anggota Umno mesti terus bermuafakat, terus beri pandangan, terus berusaha mewujudkan barisan pelapis kepimpinan agar parti menjadi kuat, disegani dan dihormati.

"Perhimpunan agung parti menjadi medan untuk anggota Umno dan orang Melayu menilai diri apakah cukup sudah pengorbanan dilakukan, benar-benar mengamalkan ajaran Islam dan apakah yang telah dilakukan untuk mempertahan agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Berpegang teguh dengan cogan parti "Bersatu Bersetia Berkhidmat", Badruddin yang pernah menjadi wakil rakyat selama empat penggal berkata anggota Umno mesti merapatkan barisan dan saling tegur-menegur memperbaiki kelemahan di setiap peringkat.

"Organisasi perjuangan tidak akan kukuh jika tidak bersatu dan bangsa Melayu lemah jika tidak bermuafakat," katanya tegas.

Bagi orang Melayu di luar sana, sama ada yang berparti atau tidak, fikirkanlah dan nilai apakah dengan memaki hamun, menghina bangsa seagama, menghina Umno ini menguatkan bangsa?, kata veteran Umno yang mengabdikan diri selama 40 tahun bersama parti.


Tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain, beliau berkata anggota Umno tidak perlu apologetik untuk membincangkan isu-isu semasa seperti cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, isu pendidikan termasuk sekolah vernakular, isu berkaitan Islam yang menjadi agama 61.3 peratus rakyat Malaysia, dan ekonomi bumiputera.

"Inilah platformnya, medan untuk orang Melayu berbincang mengenainya mengikut lunas-lunas perlembagaan. Kalau kita tidak boleh bercakap di sini (Perhimpunan Agung Umno), forum apa lagi yang boleh bincang tentang hak Melayu?," katanya.

Badruddin, yang akan mempengerusikan perhimpunan buat kali keenam, mengingatkan perwakilan yang akan berucap supaya tertib dan membuat teguran dengan berhemah tanpa sesekali mengaibkan mana-mana pihak.

Acap kali dipilih menjadi perwakilan Kedah untuk berbahas di perhimpunan agung parti sebelum ini, Badruddin yang sering berlawak, membuat sindiran dan cerita-cerita lucu berkata perwakilan tidak perlu bernada keras dan lantang untuk menegur pemimpin parti.

"Ibarat sindir anak pukul menantu, cara ini lebih sopan daripada menghentam pemimpin yang telah kita pilih untuk berada di atas," katanya menyudahi perbualan. - Bernama

Suara Politik
Belantan

Rabu, November 26, 2014

Bajet Defisit : Khalid Ibrahim Bidas Azmin Ali?


Jangan frust Anwar!

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan bajet Selangor yang dibentangkannya sejak 6 tahun lalu, mengatakan ia disokong Laporan Ketua Audit Negara.

Khalid berkata, menurut Laporan Ketua Audit Negara, walaupun kerajaan negeri Selangor memohon perbekalan tambahan rizab setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah.

“Adalah terpesong sama sekali dakwaan Selangor mengalami belanjawan defisit sejak 2008.

“Harus diingatkan juga kemewahan yang dinikmati Selangor pada Belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil pentadbiran terdahulu tetapi amat tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti dalam laporan kewangan dan audit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor The Malaysian Insider

Penggantinya, Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya membentangkan Bajet 2015 yang mengalami defisit RM450 juta, dengan mendakwa Menteri Besar sebelumnya, Khalid Ibrahim juga membelanjakan kewangan negeri secara defisit.


Azmin berkata, walaupun pembentangan bajet dibuat Khalid menunjukkan kaedah bajet yang berimbang, tetapi tiga bulan kemudian membawa semula ke Dewan Undangan Negeri (DUN) meminta bajet tambahan.

Ia sekaligus menyebabkan perbelanjaan perbekalan tambahan bertambah setiap tiga hingga enam bulan.

“Mengikut rekod bajet sejak Khalid memegang pemerintahan negeri pada 2008 sehingga 2014, semuanya mengalami defisit,” katanya pada sidang media di perkarangan Dewan Annexe di Shah Alam, semalam

Malaysiakini melaporkan Belanjawan Selangor bagi tahun 2015 merupakan satu belanjawan defisit dan terbesar sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini kerana, anggaran perbelanjaan negeri pada tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan berjumlah RM1.97 bilion.

Jumlah defisit ialah sebanyak RM450 juta.

Suara Politik
Belantan

Selasa, November 25, 2014

Benarkah MH370 terdampar di Sumatera?

Gambar menunjukkan lokasi pesawat MH370 dilaporkan terhempas di Lautan Hindi.

SYDNEY - Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley mendakwa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka terdampar di kawasan pantai setelah dibadai ombak dan kemungkinan besar terdampar berhampiran pantai Sumatera.

Laman web Mirror.Uk memetik Foley sebagai berkata, beliau percaya serpihan pesawat itu daripada jenis Boeing 777 akan bergerak ditolak ombak ke Indonesia dan jika perkara itu benar, segala misteri tentang kehilangan pesawat itu bakal terjawab.

“Sesuatu (daripada pesawat MH370) pasti akan terdampar di kawasan pantai dan kemungkinan besar di kawasan pantai di Sumatera. Kami dimaklumkan banyak orang telah menemui objek pelik di kawasan pantai dan menyerahkannya kepada polis tempatan.

“Kami kemudian menyerahkan objek berkenaan kepada Boeing untuk dikenal pasti, namun sehingga kini tiada sebarang berita positif diterima tentang pesawat itu. Objek yang berada di laut mengambil masa lama untuk terdampar di pantai setelah dibadai ombak,” jelas Foley.

Kata Foley, dua buah kapal masih menjalankan kerja-kerja mencari pesawat MH370 di dua buah kawasan yang telah dikenal pasti, menggunakan peralatan pengimbas sonar.

Jelasnya, 40 orang krew bekerja di atas kapal berkenaan 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan usaha mencari dapat dijalankan dengan lancar.

“Ada kalanya cuaca di laut begitu buruk, tetapi kami percaya kami akan mendapat jawapan misteri tentang kehilangan (MH370) ini. Penting untuk semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pesawat tersebut,” ujar Foley.

Kehilangan pesawat MH370 hampir memasuki sembilan bulan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal.-UMO

Suara Politik
Belantan

Perwakilan kritik Guan Eng beli Mercedes-Benz?


BUKIT MERTAJAM 23 Nov. – Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini hari ini dikejutkan oleh seorang perwakilan yang secara terbuka dalam perbahasannya mengkritik parti tersebut.

Perwakilan Chai Leng Park, Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta terdahulu yang masih elok.

Katanya, Lim yang juga Setiausaha Agung parti itu telah mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang membeli kereta Mercedes- Benz serupa pada 2008 tetapi beliau telah melakukan perkara sama dalam pentadbirannya.

“Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes-Benz, Apa sudah jadi?,” katanya ketika sesi perbahasan.


Keberanian Shamsher Singh mempersoal isu berkaitan kerajaan negeri di hadapan Guan Eng menyebabkan lebih 309 orang perwakilan lain tergamam.

Shamsher Singh, pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, turut mempersoalkan kelebihan kuasa Guan Eng yang kebal daripada tindakan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

“MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar kolej, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah,” katanya.


Namun, persoalan itu dijawab oleh Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang berkata akan memberi arahan kepada MPPP untuk memberi saman kepada pemandunya.

Guan Eng turut menyalahkan media yang didakwanya sering memperbesarkan isu kecil serta melaporkan berita berat sebelah mengenai dirinya.

“Apabila saya bercakap mengenai perkara yang lebih mustahak, media langsung tidak laporkan. Tetapi isu mengenai kereta saya, ia menjadi begitu besar,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Gempar...!!! Kepala manusia ditemui dalam beg plastik?


BUKIT MERTAJAM - Penemuan satu beg plastik berisi kepala manusia dipercayai warga asing yang diletakkan di sebuah kedai menggemparkan penduduk di Taman Impian Ria di sini.

Beg plastik berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 5.30 petang, yang kemudiannya menghubungi polis.

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang dari dua lelaki itu turun dari motosikal dan meninggalkan bungkusan plastik berkenaan berhampiran kedai sebelum beredar.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan telinga kiri dan kanannya dipotong sebelum kepala itu dibuang di situ.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan dan identiti mangsa sedang dikenal pasti.

Suara Politik
Belantan

Isnin, November 24, 2014

Isu RM2.6j : Rakyat berhak diberi penjelasan?


Rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan berkenaan pemberian wang pampasan kepada lapan pegawai bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana ia melibatkan wang awam.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Perbadanan Menteri Besar (MBI) perlu menjawab sama ada wujud terma dan syarat pelantikan seumpama itu dan bagaimana pemberian itu dikira.

Menurutnya, beliau percaya setiap syarikat mempunyai cara yang berbeza dalam memberi pampasan kepada pekerja yang diberhentikan, tetapi dalam kes ini ia perlu didedahkan.

“Apabila ada yang membangkitkan, maka MBI perlu beri penjelasan dan laporan mengenainya kerana ia melibatkan kepentingan kepada rakyat dan mereka mahu tahu sama ada RM2.6 juta itu dikeluarkan secara adil.


“Pemberian itu perlu mengikut terma pelantikan sama ada wujud sebegitu atau tidak kaedah itu, ia perlu dedahkan supaya rakyat dan pihak tertentu tidak lagi mempertikaikannya," katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan bahawa kebiasaannya sesebuah syarikat itu akan memberi pampasan mengikut pengiraan kadar yang termaktub dalam pengurusan sumber manusia.

“Kalau ditamatkan lebih awal, maka akan menjejaskan pendapat individu itu dan syarikat besar seperti MBI sudah tentu ada memberi pampasan cuma terma dan syarat yang mungkin berbeza dengan yang lainnya.

“Pembayaran pastinya berbeza mengikut pangkat yang mungkin mengambil kira tempoh penggal dan sebagainya.

“Bagaimanapun MBI perlu menjawab banyak persoalan yang mungkin akan timbul seperti kenapa MBI mempunyai syarat seperti itu dan kenapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri lain tiada,” katanya.


Azizuddin dalam pada itu percaya, Abdul Khalid meluluskan pemberian itu atas dasar yang dipatuhi kerana beliau merupakan pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pertikaian mengenai pampasan hanya boleh dipersoalkan dari sudut integriti, bukan politik.

Pemberian pampasan bergantung kepada persetujuan berdasarkan undang-undang kerana ia membabitkan persoalan integriti.

“Kita perhatikan isu MBI ini lebih cenderung kepada pembunuhan karakter politik kerana ia seolah-olah cubaan menyalahkan bekas menteri besar,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 23, 2014

MH17 'pembunuhan beramai-ramai yang dirancang'?


Tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan kru disifatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airline, Sir Timothy Charles Clark sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai yang dirancang’.

Oleh itu Clark berkata, beliau berharap dalang yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu di bawa ke muka pengadilan supaya mereka dikenakan hukuman sewajarnya atas tindakan itu.

“Kapal terbang tersebut ditembak jatuh. Ada yang menyatakan ia satu kemalangan, tapi saya tidak mempercayainya. Kapal terbang itu ditembak dengan pengetahuan sepenuhnya apa yang dilakukan.

“Pihak Belanda menyatakan bahawa insiden ini adalah satu tindakan jenayah dan pelakunya perlu dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

"Ia memang jenayah. Saya menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang dirancang dan dalang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.” kata Clark dalam satu temu bual bersama wartawan Andreas Spaeth yang diterbitkan di Sydney Morning Herald.


Mengulas lanjut, Clark berkata, tragedi MH17 perlu menjadi satu ‘game changer’ kepada industri penerbangan di mana perlu ada perkongsian maklumat yang lebih baik supaya syarikat penerbangan boleh memilih laluan penerbangan yang selamat.

“Komuniti syarikat penerbangan kadang-kadang perlu melalui zon-zon konflik dan ada yang terus mengelakkan kawasan tersebut. Setakat ini, kami telah hentikan penerbangan ke Erbil, Damsyik dan Tripoli.

"Terbaru kami hentikan penerbangan ke Sana’a dan kami masih menimbangkan kemungkinan penghentian penerbangan ke atas Peshawar, Pakistan juga.

"Pengurusan penerbangan perlu mengimbangi perkara sebegini sepanjang masa. Jadi, kerja ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan jika kami mendapat lebih maklumat,” katanya

Emirates telah menghentikan penerbangan menerusi ruang udara Iraq semenjak kejadian MH17.


Sementara itu, apabila ditanya tentang masa hadapan MAS, Clark berkata, cabaran yang dihadapi MAS sangat berat kerana setakat ini tiada syarikat penerbangan yang mendepani dua tragedi berturut-turut dalam tempoh beberapa bulan.

Oleh itu, katanya buat masa ini MAS mungkin perlu menilai semula modal perniagaan mereka dan mempertimbang untuk menjenamakan semula syarikat.

“Malaysia Airlines melambangkan jenama Malaysia. Ia merupakan duta perniagaan (Malaysia). Sememangnya amat sukar untuk mendepani stigma. MAS perlu menilai semula modal perniagaan dan penjenamaan semula.”

“Industri penerbangan tidak harus duduk dan melihat (MAS) ‘hilang’ berikutan dua insiden tersebut. Kami perlu cuba menolong mereka mendepani masalah-masalah yang dihadapi.” katanya.

Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru.- SH

Suara Politik
Belantan

Sabtu, November 22, 2014

Persoal dari mana 
sumber kewangan DAP?


Barisan kepemimpinan DAP yang belum diiktiraf diminta memberi penjelasan berhubung sumber kewangan yang digunakan me­reka dalam mentadbir parti itu sejak dua tahun lalu.

Bekas Naib Penge­rusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, beliau bimbang sekiranya DAP yang kini mentadbir Pulau Pi­nang menyalahgunakan peruntukan milik ne­geri tersebut untuk disalurkan ke­pada parti berkenaan.

Jelasnya, meman­dangkan Jawatan­kuasa Eksekutif Pu­­sat (CEC) DAP belum diiktiraf, adalah men­jadi perkara yang mus­tahil bagi sebarang peruntukan ke­wangan parti diluluskan pada ketika ini meskipun melibatkan kegunaan pentadbiran.

“Mengikut Perlembagaan DAP, sebarang peruntukan kewangan parti perlu melalui kelulusan serta ditandatangani Pengerusi Kebangsaan dan Setiausaha Agung DAP.

“Lebih-lebih lagi, peti tunai yang diselenggara Bendahari DAP hanya dibenarkan menyimpan sebanyak RM2,000 sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Dalam analisis yang disi­arkan sebelum ini menyatakan rasa hairan terhadap tindakan pemim­pin kanan DAP yang tidak tahu malu membiarkan parti itu terus beroperasi tanpa pengiktirafan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Perkara itu ekor­an banyak aduan ahlinya berhubung salah laku dalam pemilihan CEC sebelum ini.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sudah tiba DAP mengakui kesalahan mereka dan mengambil tanggungjawab atas kesalahan mereka selama ini.

Dalam isu CEC parti itu, jelas beliau, tiada pihak lain yang perlu dipersalahkan selain diri mereka sendiri.

Kata beliau, sekarang bukan masanya bagi kepemimpinan DAP untuk menuding jari kepada ROS kerana rakyat mahukan penyelesaian, bukannya polemik yang berterusan.

“DAP perlu ada keberanian moral dalam menyelesaikan semua ini, rakyat melihat tindak-tanduk mereka, sekiranya terus begini, nescaya rakyat akan hilang kepercayaan kepada parti ini,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Isu 'bertudung'...Ini jawapan dari Azwan Ali?


Blogger Fitnah Saya Itu Tak Takut Rentung Dalam Neraka!

Bila Azwan Ali terlibat kontroversi sudah pasti kisah itu menjadi juara carta kisah paling panas dibincangkan dan tidak mungkin akan berakhir begitu sahaja.

Kisahnya yang bertudung menjadi viral sudah semestinya menjadikan ramai pihak terutamanya haters panas punggung melayan cerita yang sebenarnya fitnah menurut Azwan Ali.

Tiga keping foto di atas yang jelas menampakkan Azwan cuba menampilkan watak selebriti berhijab seperti Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa itu bukanlah untuk mana-mana produk makanan seperti yang didakwa ramai, sebaliknya ia merupakan projek peribadi yang diputarbelitkan oleh pihak blogger yang tidak bertanggungjawab.


“Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali.

“Mereka (blogger) sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.

“Ini semua kerja blogger yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan.



“Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?,” antara petikan ungkapan panas daripada Azwan Ali ketika ditemubual melalui telefon sebentar tadi.

Azwan juga kesal dengan komen yang diberikan dimana kesemua tuduhan yang dibuat tidak benar dan semua disebabkan fitnah pihak yang memang tidak senang hati dengan dirinya. Walhal lebih banyak pendedahan yang menampilkan golongan lelaki berpakaian perempuan serta bertudung di dalam filem serta di kaca televisyen.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, November 21, 2014

Mahu bawa UMNO ke mana?


Setahun berlalu, pertemuan orang Melayu terbesar kembali lagi. Enam puluh lapan tahun berlalu, UMNO masih menjadi rumah kepada orang Melayu dan bu­miputera malah terus memayungi pelbagai kaum di negara ini.

Cuma dari tahun ke tahun orang Melayu semakin be­­­­ra­sa sesak nafas. Hal yang demikian kerana UMNO menjadi satu-satunya parti siasah tempat bergantung dan berharap. Rumah lain sudah lama tidak peduli hal Melayu. Mempertahan dan memperjuangkan hal berkaitan Melayu bagi mereka tidak lagi sesuatu yang perlu dan dianggap ketingalan zaman malah mudah dilabel rasis. Mahu diha­rap Pas, parti itu sudah tidak ketahuan arahnya.

PKR dari sejak ditubuhkan tidak lain hanya lebih sibuk mengurus masalah moral ketuanya sehinggakan apa sa­ha­ja ‘benda’ asing yang disogok akan diterima. Dan, terlalu naif jika ada sesiapa yang mengharapkan DAP dapat mem­­perjuangkan nasib Melayu. Tiada tanda-tanda, jauh panggang dari api.

Dalam keadaan Melayu, Islam dan institusi raja dihambat dengan ancaman dari segenap penjuru dan pilihan raya umum berbaki tiga tahun lagi, UMNO bertungkus lumus mem­betulkan rumahnya agar terus relevan dengan tun­tutan dan harapan orang Melayu terutama golongan muda.


Sekali lagi perhimpunan kali ini diadakan dalam keadaan orang Melayu masih berpecah belah. Perasaan gusar dan rasa terancam orang Melayu yang menjadi tunjang kepada kemakmuran bernegara yang dinikmati selama ini semakin meluas. Sebab itu pertemuan kali ini lebih kepada ujian tahap mana UMNO mahu mendengar suara orang Melayu selain membetulkan tingkah pemimpin-pemimpinnya yang masih terlihat lebih sibuk menguruskan kepentingan diri sendiri.

Apakah UMNO benar-benar telah berubah? Kunci uta­ma kepada transformasi adalah ketua bahagian. Ketua ba­hagian yang sentiasa peka dengan persekitarannya, kreatif berinteraksi dengan masyarakat termasuk me­na­wan ahli baharu dan mampu berfikir di luar kotak. Ra­sa­nya tidak sukar untuk mengenal pasti ketua bahagian yang bertingkah songsang, hanya bijak mencatur strategi bagi mengukuhkan kedudukannya sedangkan rakyat di persekitarannya tidak dipedulikan.

Orang Melayu kini semakin gusar kerana masa depan yang samar. Apa yang dilakukan belum mencukupi. Bi­langan orang Melayu sahaja bertambah tetapi kualiti hidup relatifnya tiada anjakan yang signifikan. Pokoknya, orang Melayu berasa masih tertinggal di negara sendiri.

Menggugat

Orang Melayu melihat pe­man­suhan Akta Keselamatan Da­­lam Negeri (ISA) tambah meng­­gugat kedudukan paksi-paksi asas negara. Ketiadaan ak­ta pencegahan itu telah me­nyebabkan agama, negara dan bangsa terdedah dengan an­ca­man. Sebab itu UMNO me­ngambil langkah yang betul ji­­­ka kelak menolak saranan un­­tuk memansuhkan Akta Ha­sutan 1948. Siapakah yang ber­sungguh-sungguh mahukan ak­ta itu dimansuhkan? Mengapa perlu dilayan pembangkang dan kumpulan NGO mereka?


Pembangkang di Malaysia me­mang aneh. Tidak berbaloi me­nuruti kemahuan dan de­sa­kan mereka. Dulu menen­tang pembangunan mega, se­telah berkuasa lakukan hal sa­ma. Dulu mengecam pe­ngam­bilalihan syarikat tetapi itulah yang mereka lakukan apabila ber­kuasa.

Dulu menentang Kidex (Le­buh raya Bertingkat Da­man­sa­­­­ra-Kinrara) kini me­nyo­kong projek itu dengan ca­tatan “kita gunakan cara berbeza”. Du­lu menghasut rak­yat membenci KLIA, Pu­trajaya dan lebuh raya kini ma­hu membina terowong da­sar laut yang belanjanya juga berbilion ringgit.

Sama juga dulu mengecam IPP (pengeluar tenaga bebas) kerana lubuk mudah mengaut keuntungan tetapi mereka ce­pat-cepat mengherdik ke­ra­jaan apabila mahu mengam­bilalih IPP. Bagi pakatan pem­bangkang, tugas mereka hanya semata-mata mahu me­nunjukkan kerajaan yang ada adalah buruk dan tidak relevan daripada segala sisi. Hal yang sama nescaya akan mereka lakukan kepada Akta Hasutan.

Dalam pada itu, kos sa­ra hidup yang semakin meng­him­pit rutin harian ter­u­tama Melayu bandar se­lain rasuah dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan perlu diselesaikan segera. UMNO harus diihat mengambil daya usaha mem­be­tul­kan kepincangan ini.

UMNO harus dilihat sebagai sebuah parti yang sihat. Parti yang sihat seharusnya mempunyai ciri-ciri mudah didekati, inklusif dan kepemimpinan yang berkesinambungan selain khidmat kepada khalayaknya dapat dirasai.


Kesederhanaan kerajaan yang dijadikan alasan kepada pihak-pihak tertentu sesuka hati mengadaptasi nilai-nilai song­sang yang menjadi ancaman kepada agama, bangsa dan negara juga perlu ditangani secara bijaksana. Dalam ke­adaan kerajaan sukar melakukan kawalan berikutan langit sudah terbuka dan dunia tanpa sempadan, UMNO mesti menggunakan segala cara untuk meyakinkan rakyat bahawa parti ini tetap tegar mempertahankan Melayu dan memayungi kaum-kaum lain.

Dalam keadaan kejernihan berfikir dan ketulusan hati dilihat semakin menjauhi sanubari sebahagian pemimpin akar umbi UMNO, parti ini perlu segera mengambil inisiatif menangani kepincangan ketara itu. Sekali lagi kata kuncinya ialah ketua bahagian. Mahu dibawa ke mana UMNO ba­nyak bergantung kepada sikap dan cara berfikir ketua ba­ha­gian dalam menanggapi aspirasi dan harapan rakyat.Ketua bahagian jugalah yang perlu bijak menasihati dan membetulkan salah tingkah pemimpin kanan parti.

Yang jelas, koordinasi dan sinergi antara semua peringkat parti perlu diperkemaskan lagi. Jangan ada sikap berasa pa­ling berjasa dan paling berperanan dalam kalangan pemimpin parti kerana mereka kini menghadapi bukan sekadar cabaran tetapi ancaman yang berbeza.

Oleh : Warung Rakyat

Suara Politik
Belantan

Khamis, November 20, 2014

Dimana para pemimpin Pas yang lain bila Presiden mereka dibalun kaw-kaw oleh DAPig?


PAS ditadbir seorang lelaki bernama Abdul Hadi Awang dan mengatasi sesiapa sahaja dalam parti itu kata Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Gobind berkata kerana dikuasai oleh seorang individu menyebabkan PAS sering tidak sehaluan dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu.

Katanya, rakyat berharap agar pemimpin Pakatan Rakyat akan bersatu hati untuk membina parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

"(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.

"Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

"Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas kenyataan Presiden PAS itu bahawa terpulang kepada dirinya untuk hadir ke mesyuarat atau tidak, Gobind berkata ia memberi gambaran sikap "tidak hormat" kepada rakan dalam Pakatan Rakyat.

Gobind turut menyanggah kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata DAP hanya menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat demi kebaikan gabungan parti pembangkang itu.

"Beliau (Mohd Amar) nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

Nak diharap pada Mat Sabu (Pro-Anwar) untuk membela Presiden?

"Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.

"Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan Rakyat," katanya

Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu

Suara Politik
Belantan

Rabu, November 19, 2014

Pembuli pemandu wanita mengaku tidak bersalah?

Khoo Kok Ann, 58, yang gambarnya tersebar dalam laman sosial kerana dipercayai membuli seorang pemandu wanita dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin keretanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Seorang lelaki yang gambarnya tersebar di laman sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi, dua hari lalu.

Pengarah syarikat konsultan Khoo Kok Ann, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari warna putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45.




Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Suara Politik
Belantan

Menuntut 12 janji DAP di P.Pinang?


Mungkin sudah ramai yang terlupa tentang 12 janji pembangkang atau lebih tepat DAP antara 2005 hingga 2008 dalam usaha merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN). Janji-janji itu dijaja di seluruh negeri ini sebagai gula-gula untuk menarik penduduk negeri ini supaya menyokong mereka. Kini selepas enam tahun berlalu, penduduk Pulau Pinang berhak bertanya apa nasib dan kesudahan janji yang dibuat pembangkang itu? Jika terlupa, ada baiknya jika diingatkan semula sebahagian janji itu untuk penduduk Pulau Pinang sama-sama melihat di mana letaknya nilai janji-janji tersebut pada kerajaan negeri.

Menghapuskan rasuah, proksi dan kronisme

Isu ini dimainkan cukup hebat oleh pembangkang kononnya kerajaan BN di Pulau Pinang bergelumang dengan rasuah. Hari ini adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang berani mengakui pentadbiran mereka benar-benar bersih dan bebas daripada unsur-unsur rasuah, menggunakan proksi dan kronisme? Jika begitu, apa penjelasan kerajaan negeri terhadap projek terowong dasar laut bernilai lebih RM60 bilion yang sehingga kini masih mencetuskan misteri berhubung pemberian tendernya? Bukan sahaja penduduk negeri ini yang mempersoalkan mengenai perkara itu, tetapi rakan mereka dalam pembangkang turut tertanya-tanya mengenai ketelusannya.

Mengatasi masalah banjir

Siapa yang dapat melupakan slogan DAP yang berbunyi ‘Masalah banjir 40 tahun dapat diselesaikan dalam sembilan bulan’? Namun malangnya sehingga ke hari ini, masalah banjir tidak juga selesai malah bencana itu turut berlaku di kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini termasuk di Bayan Baru baru-baru ini. Masalah banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) juga semakin kerap meskipun ketika hujan tidak begitu lebat.

Menurunkan harga rumah yang terlalu tinggi

Hakikat harga rumah di negeri ini yang tidak masuk akal kerana terlalu mahal bukan lagi rahsia. Malah, harganya juga sudah mengatasi harga rumah di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan hanya mampu dibeli warga asing.

Memperbanyak pembinaan rumah rakyat

Kerajaan DAP sepatutnya berasa malu dalam isu ini kerana ketika mereka mendakwa kerajaan BN terdahulu tidak banyak membina rumah rakyat, mereka hari ini pula langsung tidak meluluskan satu unit pun rumah rakyat yang mahu dibina Kerajaan Pusat. Malah, usaha Kerajaan Pusat membina rumah mampu milik menerusi JKP Sdn. Bhd. dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) juga seolah-olah sengaja dilengah-lengahkan dan dikenakan pelbagai sekatan.

Mengurangkan kesesakan

Selepas enam tahun, masalah kesesakan nampaknya tidak juga selesai malah semakin buruk. Jalan-jalan dua hala yang ditutup menjadi sehala langsung tidak membantu malah makin menyukarkan penduduk. Bayangkan bagaimana sekiranya projek terowong dasar laut siap kelak yang bakal menyaksikan lebih banyak kenderaan memasuki negeri ini. Penduduk tempatan perlu bersiap sedia kerana mereka bakal terperangkap lebih lama dalam kesesakan.

Mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

Bukit Botak atau Bukit Relau adalah contoh terbaik betapa ‘prihatin’nya kerajaan DAP terhadap masalah pencemaran alam sekitar di negeri ini. Bukit itu menghijau ketika era kerajaan BN tetapi hari ini, kegondolannya boleh dilihat sejauh dari atas jambatan Pulau Pinang.

Apa yang disebut di atas itu adalah sebahagian daripada janji DAP itu terhadap penduduk Pulau Pinang sebelum ini. Amat jelas sebahagian besar janji itu bukan sahaja gagal dilunaskan, malah semakin buruk di bawah tampuk pemerintahan mereka. Sebagai rakyat yang memberi kuasa kepada DAP mentadbir negeri ini, penduduk Pulau Pinang berhak mempersoalkan mengapa DAP membelakangkan janji-janji yang pernah dibuat mereka suatu ketika dahulu. Jika keadaan sebegini berterusan, ada baiknya penduduk Pulau Pinang menilai semula pilihan mereka kerana mereka sebenarnya sudah tertipu dan termakan dengan janji-janji palsu selama ini.

Suara Politik
Belantan

Selasa, November 18, 2014

Kilang roti terkemuka Pulau Pinang dipenuhi lipas dan najis tikus?


GEORGETOWN – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini telah mengarahkan sebuah kilang roti ditutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi piawan kebersihan.

Kilang yang dimaksudkan adalah milik pengeluar roti terkemuka iaitu Patchee Bakery yang terletak di jalan Datuk Keramat.

Serbuan yang dilakukan pihak kesihatan mendapati persekitaran kilang bukan sahaja amat kotor malah dipenuhi lipas, najis tikus dan lipan.


Kegagalan mematuhi etika kebersihan juga menjadi salah satu sebab penutupan. Para pekerja didapati tidak berpakaian bersih, berseluar pendek, tidak memakai kasut, berkuku panjang dan tidak menutup kepala.


Suasana kilang berkenaan amat kotor ditambah dengan lebihan-lebihan doh yang di buang atas lantai. Minyak yang digunakan untuk menguli doh pula telah tercemar dengan rambut pekerja selain troli-troli yang disusun doh diletakkan di tepi pintu masuk tandas.


Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ku Nafisah Ku Ariffin, telah mengesahkan perkara ini.

Suara Politik
Belantan

Persekitaran punca orang Cina gagal kuasai bahasa Melayu?

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim

Masalah utama orang Cina tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan fasih kerana terdapat kekangan persekitaran di sekolah vernakular yang tidak membantu mereka berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

Aktivis bahasa, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim berkata, orang Cina, termasuk pelajar bukannya tidak suka, benci atau anti dengan bahasa Melayu tetapi mereka sebenarnya tidak boleh bertutur dengan baik meskipun memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Katanya, bagi menyelesaikan masalah itu, kerajaan perlu mengubah sistem pengajaran dan pem­belajaran (P&P) bahasa Melayu di sekolah vernakular, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Ini sahaja langkah yang perlu diambil dan saya yakin semua pihak termasuk Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan turut bersetuju.

Apa tujuan mereka terbalikkan Jalur Gemilang?

“Kerajaan tidak perlu mengambil langkah menutup sekolah-sekolah vernakular ini kerana sekolah Arab juga terlibat sama, sedangkan sekolah seperti itu penting dalam mendidik pelajar untuk menguasai bahasa Arab sekaligus memahami maksud hadis dan al-Quran,” katanya kepada di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya masyarakat Cina sensitif terhadap orang Melayu seperti mana orang Melayu bertindak sama terhadap kaum tersebut bagi memastikan negara terus aman dan harmoni, semalam.

Mengulas lanjut Swee Tim berkata, perubahan P&P itu secara tidak langsung mengatasi masalah polarasi atau berpuak-puak dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, situasi itu wujud kerana orang Cina atau India tidak boleh bergaul mesra dengan orang Melayu atas sebab kekangan pemahaman dalam bahasa kebangsaan.

Mengapa mereka menolak?

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Zafry Mohd. Yunus berkata, kaum Cina harus menyemai semangat kenegaraan yang tinggi dalam diri mereka.

Perkara itu, kata beliau, kerana sejak kebelakangan ini banyak isu perkauman serta penghinaan terhadap negara dan institusi diraja berlaku.

Katanya, perkembangan tersebut adalah berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni serta pemahaman mendalam terhadap Rukun Negara dalam kalangan masyarakat.

“Penguasaan dalam penggunaan bahasa Melayu dengan betul juga harus ditekankan kerana dengan adanya persamaan dalam bahasa dapat kita memastikan komunikasi yang lebih berkesan dan semangat 1Malaysia boleh direalisasikan.

“Saya ingin mencadangkan agar parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA, MIC dan Gerakan melakukan satu inisiatif bersama untuk menggalakkan kaum bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu dengan lebih efektif,’’ katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Isnin, November 17, 2014

Amerika Syarikat sahkan video pancung ISIS adalah benar?


DAMSYIK - Kumpulan Negara Islam (ISIS) semalam telah mengeluarkan video dimana seorang ahli militan itu memancung kepala seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat (AS) yang diculik di Syria.

Presiden Barack Obama dalam sidang media di rumah putih telah mengesahkan bahawa lelaki yang didakwa warga Amerika Syarikat itu adalah Peter Kassig.

"Peter adalah pencinta keamanan, dan mendedikasi dirinya untuk menyelamatkan rakyat Syria yang cedera dan ditindas. Tindakan kumpulan pengganas itu sama sekali tersangatlah zalim!” tegas Presiden Obama.

Pembunuhan Peter Kassig dilakukan sebagai amaran kepada negara kuasa besar itu. Kepala mangsa dipaparkan dalam satu klip video yang turut menyiarkan kumpulan militan berkenaan memenggal sekurang-kurangnya 18 lelaki yang dikatakan anggota tentera Syria.

“Ini ialah Peter Kassig, rakyat AS,” ujar seorang lelaki berpakaian hitam dalam klip video tersebut.

Ahli militan itu memakai pakaian sama yang dipakai oleh seorang lelaki yang memenggal kepala dua wartawan AS dan dua pekerja bantuan Britain dalam beberapa klip video terdahulu.

Klip video terbaharu itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di sisi kepala manusia yang menyerupai Kassig.

Insiden yang dirakamkan itu merupakan paparan pembunuhan beramai-ramai terbaharu yang dilakukan oleh ISIS.

Suara Politik
Belantan

Ahad, November 16, 2014

Pas Selangor selar pihak pertikai fatwa?


Pas Selangor akan merujuk tiga ahli Parlimen daripada parti itu kepada Pas Pusat untuk tindakan lanjut kerana membuat kenyataan secara terbuka dengan menyifatkan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap liberalisme dan pluralisme sebagai usaha terburu-buru dan drastik.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Sa­mad; Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor secara terbuka adalah satu perbuatan yang tidak wajar.

Jelasnya, hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan membuka ruang untuk semua fatwa dipertikaikan sekali gus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.


“Tindakan ahli-ahli Parlimen Pas tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan Pas Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

“Wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding dalam pilihan raya umum atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selasa lalu, Khalid, Mujahid dan Mohamed Hanipa mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada Julai lalu terhadap Sisters in Islam (Sis) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng dari­pada ajaran Islam.

Berikutan itu, Sis memfailkan semakan kehakiman di mahkamah pada 31 Oktober lalu dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan negeri sebagai responden.

Selanjutnya sila baca disini.

Suara Politik
Belantan

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Pakatan Rakyat perlu sediakan payung sebelum hujan?


Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 11 November 2014 menyiarkan artikel mengenai masa depan pakatan pembangkang sekiranya Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan?

Artikel bertajuk ‘Pakatan Rakyat sepatutnya sediakan payung sebelum hujan’ yang merupakan pendapat pengarang akhbar berkenaan disiarkan dalam ruangan Pendapat Yanlun halaman W3.

Kes liwat Anwar sudah tiba ke penghujungnya. Keputusan mahkamah ini menarik perhatian semua orang kerana ia bukan sahaja bersabit dengan kerjaya politik Ketua Pembangkang malah ia berkait rapat dengan masa depan pakatan pembangkang. Jika akhirnya Anwar didapati bersalah, adakah pakatan berkenaan akan dibubarkan?

Mengikut laporan sebuah portal berita, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama parti itu telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju terus kekal dalam pakatan walaupun setelah Anwar dipenjarakan. DAP juga dikatakan akan terus kekal bersama pihak pembangkang.

Walaupun parti-parti terbabit sebulat suara menyatakan jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada Anwar, ia tidak menjejaskan nyawa pakatan berkenaan, tetapi dari segi realiti adalah sebaliknya.

Ini kerana pakatan berkenaan akan berada dalam kedudukan tiada peneraju dan ini adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan.

Gara-gara tiada kesepakatan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah berdendam dengan Pas yang bertindak melawan arus.


Perasaan dendam itu masih lagi wujud sehingga sekarang dan jika benar Anwar akan dipenjarakan, sudah pasti hubungan Pas dengan PKR dan DAP akan menjadi lebih buruk.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini tidak mahu menghadiri mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan ini memberikan contoh yang tidak baik.

Sikap tidak patuh kepada peraturan demokrasi ini akan menyebabkan Pas dan parti lain dalam pakatan berkenaan tidak dapat duduk bersama untuk membincangkan masa depan pembangkang secara jujur.

Kewujudan PKR kerana Anwar dan beliau juga ialah pemimpin yang menyatukan pakatan pembangkang. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dan dengan ketiadaan Anwar bagaimana parti-parti dalam pakatan ingin mengatasi masalah sesama mereka.

Ketiga-tiga parti dalam pakatan perlu sediakan payung sebelum hujan dan dari sekarang perlu wujudkan pelan tindakan bagaimana memastikan ia terus kekal walaupun tanpa Anwar. Jangan setelah Ketua Pembangkang itu dipenjarakan baru hendak bertindak.

Antara yang perlu difikirkan ialah siapakah yang akan mengisi kekosongan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat?

Setakat ini penulis mendapati tiada seorang pun yang setanding dengan Anwar yang cukup berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta mahir dengan kerja-kerja di peringkat Kerajaan Persekutuan.-UMO

Suara Politik
Belantan