Jumaat, November 07, 2014

Khalid Samad pertahan SIS?


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tergamak mengkritik Dewan Pemuda partinya sendiri bagi mempertahankan Sisters in Islam (SIS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat meminta Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi agar tidak mudah menghukum pertubuhan itu berhubung kata-kata ‘childrens of god’ yang dituturkan pengasas SIS, Zainah Anwar tanpa diberi peluang menjelaskan maksud sebenar.

Beliau yang bertindak seolah-olah jurucakap SIS berkata, ‘childrens of god’ tidak boleh ditafsirkan secara terus sehingga membawa erti ‘anak-anak tuhan’ kerana dakwa Khalid, apa yang dimaksudkan oleh Sis ialah semua manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang wajib patuh kepada pencipta-Nya.

Malah pada satu ketika, beliau yang dilabelkan sebagai salah seorang kumpulan ‘Anwarinas’ dalam Pas kerana mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghurai aspek kepatuhan kepada tuhan berkata, maksud patuh itu adalah ‘sama sebagaimana anak perlu patuh kepada ayahnya’.

“Dia (Muhammad Khalil) mengatakan bahawa apa yang diperjuangkan oleh SIS adalah kesalahan dan kesesatan yang nyata. Saya nak kena tanya dialah, apakah dia sudah jumpa Sis atau pun belum? Adakah dia pernah bertemu dan bertanya apa yang dimaksudkan dengan ‘children of god’ yang dipegang oleh Zainah?

“Nasihat saya kepada Dewan Pemuda Pas Pusat sebelum kita menghukum, hukum orang sesat, bawa ajaran liberalisme atau pluralisme. Ini bukan ringan tetapi tuduhan serius. Kalau kita nak menghukum, kita kena lakukan dengan cara yang adil,” katanya dalam sidang akhbar bersama SIS, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Saifuddin Abdullah.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: