Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, November 01, 2014
Shafee kenal Anwar?
Para peguam Anwar Ibrahim telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai peguam pemerhati menyatakan ianya adalah tanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar.
Tambahan pula ramai pengamal undang-undang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri lagi.
Anwar dikatakan sangat gerun kepada TS Shafee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun helah Anwar yang tidak difahami oleh TS Shafee.
"Saya lebih kenal DS Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir"; demikian kata TS Shafee.
Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam-peguam kedua-dua belah pihak, dan hak hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada Anwar atau kepada Saiful.
Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.
Ianya bukan soal siapa kalah siapa menang. Rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu.
Kalah atau menang adalah di luar kuasa kita sebgai hambaNya tetapi insya Allah berkat ketulusan TS Shafiee menentang yang mungkar kemenangan akan memihak pada yang benar.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Jika Tun M dan Tun Abdullah mendengar nasihat Tan Sri Shafie ini dahulu rasanya Malaysia akn aman antara kaum..Malaysia porak peranda dari hasil anak didik Tun M dan hasil kebaikkan Tun Abdullah..PM DSN pun x pecah kepala mengurus tadbir Malaysia ini..semoga Allah sbt memberkati merahmati rakyat Malaysia semuanya
Catat Ulasan