Isnin, Oktober 31, 2011

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak - PAS dan Elton John!

Agak menarik dengan isu yang menjadi perbualan hangat sekarang. Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan PAS.

Pemuda PAS Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini!

Terbaru, isu itu mencetuskan perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang. Para pemimpin DAP dan PKR mempersoalkan pendirian PAS sambil menyokong konsert tersebut. Malah pemimpin DAP memberi kata dua agar PAS tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.

Elton John telah berkahwin dengan pasangannya, David Furnish pada 2005 selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di Britain. Persembahan di Genting Highlands itu nanti merupakan yang pertama di Malaysia.

Penulis tidak menyokong atau membantah tetapi tertarik dengan isu tersebut atas banyak sebab. Salah satunya, ialah mengapa PAS tidak melihat ke dalam negara sendiri? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Bukankah di Malaysia ada pemimpin yang kita ketahui biseksual tetapi terus mendapat sokongan parti-parti tertentu. Sampaikan ada yang taksub. Tidak perlu dinyatakan siapa, sendiri boleh tahu. Tepuk dada, tanya selera. Fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Oktober 30, 2011

Kalau betul, mengaku sajalah - Koh nafi beritahu blogger akan cabar Lim Guan Eng pada PRU-13!

Kalau betul, mengaku sajalah. Tak perlu takut dan mencari alasan untuk menghina blogger Pro-UMNO/BN! Rakyat masih ternanti-nanti apakah "pengorbanan besar" yang bakal dilakukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon!

Presiden GERAKAN itu hari ini menafikan beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU-13 itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan kepada seluruh kepimpinan GERAKAN.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan, A Kohillan Pillay.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 29, 2011

Apabila "Ratu Porno" kesayangan Nik Aziz bercakap mengenai bekalan air - S'gor dakwa kadar NRW tidak terkawal!


Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam kenyataan.

Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu.

"Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus.

"Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

"Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan," tambahnya.

Elizabeth berkata, menteri-menteri kerajaan pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, yang didakwanya, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi terbabit.

Sebaliknya, tegas beliau, isu yang patut diberi perhatian oleh kerajaan pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada kerajaan Selangor yang didakwanya sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

"Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan.

"Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun," tambahnya.

Wahai 'Eli Bogel' : Tak payah lah memberi pelbagai alasan. Cakap saja kerajaan Selangor nak menguasai SYABAS supaya semua hutang tertunggak selama 3 tahun sebanyak lebih dari RM300 juta untuk air percuma dapat dilangsaikan! Ingat lah wahai 'Eli Bogel' bahawa kaedah pemberian air percuma ini juga tidak betul kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.

Dalam pada itu pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal, terdapat ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana mereka masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini. Adakah ini 'adil' untuk mereka!

Contohilah cara SYABAS melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka. Ada faham ka 'Eli Bogel'!

Suara Politik
Taminsari..

Jumaat, Oktober 28, 2011

'Biar papa asalkan bergaya' - Akibat air percuma, anak syarikat kerajaan Selangor rugi!

Hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi air percuma kepada rakyatnya adalah semata-mata untuk menunaikan janji pilihan raya yang dahulu.

Tetapi hasrat yang baik sahaja tidak akan melahirkan natijah yang baik juga apabila Laporan Audit Negara baru-baru ini mendedahkan yang anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, kerugian lebih RM112 juta kerana menanggung kos memberi air percuma kepada rakyat.

Malah bagi dua tahun berturut-turut sebelumnya KDEB juga mengalami kerugian sebanyak RM131 juta dan RM68 juta. Ini ditambah pula oleh sikap penggunaan air secara membazir dan tidak berhemah oleh sebilangan besar pengguna.

Kaedah pemberian air percuma ini juga tidak tepat kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.

Dalam pada itu pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal, terdapat ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana mereka masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini.

Kita mungkin tertarik dengan cara Syabas melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka.

Nasihat kepada Menteri Besar Selangor, sebelum melaksanakan apa juga program untuk kebajikan rakyat, rancanglah dengan teliti terlebih dahulu. Buat penilaian daripada segi impak positif dan negatif program tersebut, kadar keupayaan bajet sama ada mampu atau membebankan kerajaan atau tidak serta perkiraan lain seperti pembaziran, kerugian wang rakyat dan pelbagai lagi.

Tidak kurang pentingnya ialah adakah nasihat pakar yang arif dalam bidang berkaitan telah dirujuk atau sekadar menggunakan teori sendiri atau mendengar nasihat pakar yang 'yes man' sahaja.

Pendedahan tentang kerugian KDEB ini berserta kegagalan kerajaan Selangor memberi kebenaran membina loji Langat 2 adalah petanda jelas kerajaan Selangor tidak berdaya menangani isu kepentingan rakyat dengan bijak dan pertimbangan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, mungkin kita boleh membuat kesimpulan disini bahawa matlamat untuk memenuhi konsep negeri berkebajikan sudah jauh menyimpang. Malah kegagalan kerajaan negeri bertolak ansur dalam memberi kebenaran membina loji Langat 2 adalah semata-mata kerana mereka hendak menguasai Syabas sebenarnya! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

MB Selangor tertekan - Kes Khalid Vs BIMB Dibicarakan Mahkamah Tinggi!

Mahkamah Persekutuan Selasa mengembalikan kes pertikaian sivil antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan itu selepas panel berkenaan menolak untuk menjawab isu-isu perlembagaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk memutuskannya.

Hakim Arifin berkata panel itu berpandangan bahawa sebarang isu perlembagaan yang timbul dalam kes itu tidak akan diputuskan dengan cara merujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

Mahkamah Tinggi merujuk lima persoalan perundangan berhubungan permohonan Abdul Khalid.

Satu daripada persoalan itu adalah sama ada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Majlis Penasihat Syariah yang diberi kuasa untuk menentukan undang-undang Islam.

Seksyen 56 menyatakan jika di dalam mana-mana prosiding berhubung dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah dan penimbang tara, apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, hendaklah mempertimbangkan mengikut mana-mana keputusan Majlis Penasihat Syariah atau merujuk persoalan itu kepada majlis untuk keputusannya.

Terdahulu, Hakim Arifin bertanya sama ada Mahkamah Tinggi telah membuat apa-apa keputusan berhubung kes membabitkan undang-undang Islam dan peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili Abdul Khalid, menjawab tiada.

Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003, menyaman BIMB yang didakwanya melakukan kesalahan melupuskan saham-saham beliau dalam Guthrie Berhad yang diperoleh menerusi kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).

Beliau mahu satu deklarasi bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dengan bank berkaitan kemudahan pinjaman BBA dan memohon ganti rugi daripada BIMB.

BIMB memfailkan satu saman balas untuk mendapatkan jumlah RM66.67 juta pada 24 Mei, 2007, mendakwa bahawa perjanjian BBA telah dimungkiri berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman berkenaan.

Pada Ogos 2009, Abdul Khalid diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar balik RM66.67 juta itu kepada BIMB tetapi Mahkamah Rayuan pada 3 Mac tahun lepas memerintahkan kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Bank Negara dibenarkan sebagai amicus curiae (rakan mahkamah)-Bernama.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Oktober 27, 2011

Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie ditempelak Noh Omar kerana belajar tak " habis "!


Penulis merujuk kepada cabaran daripada Adun Sri Muda terhadap Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian Dan Asas Tani mempertikaikan insentif kepada petani yang gagal dibayar sebanyak RM110 Juta yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa ketirisan dan hutang adalah dua perkara yang cukup berbeza, malangnya tidak difahami oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie.

" Akibat mahu 'menunjuk pandai' dengan cuba menyalahkan pihak lain kononnya berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif kepada petani, Suhaimi disarankan supaya belajar apa makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu", kata Datuk Seri Noh.

Suhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri.


Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kerajaan tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu bukan bermaksud berlaku ketirisan. Ketirisan boleh dikelasifikasikan sebagai berlaku penyelewengan dalam sesuatu peruntukan yang akan diberikan kepada rakyat.

Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian. Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh YAB PM pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut.

" Kita juga harus melihat lebihan permintaan insentif kepada petani adalah satu kejayaan Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan hasil pertanian melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion hanya untuk memastikan hasil petani semakin baik dari masa ke semasa ", kata Noh Omar.

Katanya, kerajaan juga mensasarkan peningkatan pada pada tahun 2010 iaitu sebanyak 2.95 juta tan berbanding 2.57 juta tan setahun pada tahun 2008. Maklumat lanjut berkenaan Dasar Jaminan Bekalan Negara boleh dirujuk di laman web rasmi kementerian. Sila klik di sini.

Kerajaan juga telah membekalkan pelbagai jenis bantuan seperti baja-baja yang berkualiti, bantuan kapur, kawalan serangga perosak, menaik taraf sistem saliran dan sebagainya tidak termasuk bantuan subsidi lain untuk kemudahan petani di seluruh negara.

Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dan buktinya adalah peningkatan permintaan insentif petani melebihi daripada peruntukan yang dicadangkan oleh kementerian kepada Kerajaan Pusat.

Noh Omar berkata, kenyataan dangkal Suhaimie itu jelas sebagai satu cubaan untuk menutup isu kenaikan elaun kepada wakil rakyat Selangor tetapi didakwa oleh MB Selangor sebagai insentif. Ini juga salah satu kenyataan hipokrit pemimpin PKR yang hanya nampak 'kuman di seberang laut tetapi bangkai gajah depan mata' buat tidak tahu sahaja.

Penulis bersependapat dengan Noh Omar, suka mencadangkan kepada Suhaimie Shafei supaya terlebih dahulu membuat kajian terperinci sebelum mempetikaikan sesuatu yang akhirnya memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau kepada rakyat khasnya.
Wallahuallam.

Sumber : Pena Noh Omar

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Oktober 24, 2011

HIMPUN - Suatu permulaan yang baik!


Kita bersyukur, Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu baru-baru ini berjalan lancar, tenang dan tanpa provokasi. Ribuan hadir di sebalik pelbagai usaha pihak tertentu untuk menggagalkannya. Ada sabotaj secara langsung mahupun tidak langsung.

Minggu lalu, Pas Pusat mengeluarkan pendirian rasmi tidak menyokong perhimpunan itu. Aneh, sedangkan dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja, parti itu tidak pun mengeluarkan pendirian rasmi walaupun didesak oleh pimpinan Dewan Pemudanya. Sebaliknya ada beberapa pemimpin Pas mengenakan tekanan ke atas JAIS menyamai pendirian pemimpin DAP dan PKR. Siasatan kes itu akhirnya mendapati ada cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam.


Selain faktor Pas menolak Himpun, pihak tertentu di Selangor menggunakan pelbagai taktik mengalihkan perhatian daripada perhimpunan itu. Antaranya mengadakan beberapa acara keramaian berhampiran stadium.

Apa yang berlaku menyerlahkan suatu hakikat bahawa parti pembangkang termasuk sebahagian pemimpin Pas menjadi penghalang kepada usaha mempertahankan akidah umat Islam.

DAP, parti paling berpengaruh dalam kerajaan Selangor, tentunya lega betapa percaturan parti itu terus berjaya untuk memecah belahkan dan melemahkan umat Islam. Begitu bijaknya DAP berpolitik tanpa mengorbankan agama anutan ahli dan penyokong mereka.


Sekali lagi jelas menunjukkan Pas tunduk kepada DAP demi politik untuk meraih undi bukan Melayu pada pilihan raya akan datang. Buat pertama kali dalam sejarah, kepimpinan Pas begitu tunduk dan dayus.

Pas lebih rela bertuankan S. Ambiga untuk menjayakan perhimpunan haram Bersih daripada berpegang kepada kesatuan Islam untuk menangani ancaman murtad. Menjijikkan. Sedangkan semua NGO Islam memperakukan bahawa ancaman murtad di negara ini semakin serius dan membimbangkan.

Untuk mengharapkan PKR, jauh sekali. Ternyata kumpulan Anwarinas yang menguasai Pas terus menghanyutkan parti itu daripada masyarakat Islam akar umbi.


Mujur ada kelompok dalam Pas yang masih rasional dan berada di landasan sebenar. Antaranya ialah Hasan Ali dan Dewan Pemuda Pas Pusat. Apa pun, tahniah digucapkan kepada seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menjayakan Himpun. Begitu juga kepada semua yang hadir kerana meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya.

Himpun bukan ancaman kepada agama lain, cuma mahu melindungi akidah umat Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan. Matlamat usaha tersebut akhirnya adalah untuk mengekalkan keharmonian pelbagai agama di negara ini demi kesejahteraan rakyat.


Tanpa bantuan dana asing, tanpa provokasi luar biasa dan tanpa kekecohan, Himpun telah membina tapaknya untuk melangkah lebih jauh. Walaupun jumlah kehadiran tidak seperti mana yang diharapkan, usahlah gusar. Sememangnya umat Islam dilanda sindrom selesa dan itulah cabaran terbesar. Namun ia bukan bermakna umat Islam tidak akan bangkit apabila tiba masanya. Ada hikmah dan iktibarnya, yang menuntut gerak kerja dan komitmen luar biasa daripada semua NGO selepas ini.

Setidak-tidaknya semalam, mesej perhimpunan itu telah sampai ke sanubari semua termasuk segelintir yang ghairah memurtadkan orang Islam. Deklarasi Himpun cukup mantap dan tegas. Himpun adalah suatu permulaan, bukan pengakhiran. Jika ada cadangan perhimpunan seperti itu diadakan di seluruh negara sehingga jumlah audiens mencecah sejuta, kita sepatutnya bersetuju.

Himpun boleh mewujudkan gelombang baru untuk mencetuskan kesedaran di kalangan umat Islam. Bahang itu sudah terasa Sabtu lepas. InsyaAllah.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 22, 2011

Jom kita ke Himpunan Sejuta Umat!


Ia diumpamakan seperti sekumpulan harimau yang sedang mengganas untuk mencari mangsanya. Itulah ungkapan yang sesuai digunakan bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam di tanah air ketika ini.

Pada asalnya ia dijalankan oleh mereka dalam kelompok yang kecil dan kini ternyata mereka bergerak dalam kumpulan yang besar serta dana yang mungkin mencecah ratusan juta ringgit.

Inilah merupakan satu ancaman kepada semua umat Islam di Malaysia yang perlu dipandang dengan serius dan ditangani dengan kadar segera. Bangsa Melayu merupakan sasaran utama kumpulan mereka ini.

Cadangan daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar diwujudkan Akta Murtad bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam tidak seharusnya dipandang sepi tanpa ada tindakan susulan daripada semua umat Islam sehinggalah akta ini dapat dilaksanakan.

Kumpulan yang terlibat dalam memesongkan akidah umat Islam di negara ini dilihat begitu bebas tanpa ada sekatan. Mereka begitu rakus dan bertambah agresif dari semasa ke semasa.

Mereka tahu tiada peruntukan undang-undang yang boleh menyekat kerja-kerja 'syaitan' mereka ini. Kumpulan ini begitu licik dan terancang. Berbagai agenda dan tipu muslihat yang mereka lakukan untuk memurtadkan umat Islam sama ada dalam bentuk tulisan (bacaan) juga bantuan kewangan kepada umat Islam yang lemah pegangan agamanya.

Gesaan dan harapan banyak pihak yang mewakili umat Melayu Islam telah mula kedengaran agar orang Melayu perlu bersatu hati dalam menangani gejala isu murtad.

Perpecahan umat Melayu angkara fahaman politik masing-masing amat serius sehingga mereka lupa tanggungjawab yang paling utama iaitu soal akidah. Mereka lupa bahawa setiap umat Islam adalah saudara mereka. Demi perjuangan parti politik, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia menyentuh soal akidah dan persaudaraan sesama Islam.

Di atas perpecahan yang berlaku sesama umat Islam telah diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan syaitan ini untuk memurtadkan umat Islam. Serangan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan syaitan ini amat bahaya.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah mengenai 'Himpunan Sejuta Umat' yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam hari ini Sabtu, 22 Oktober 2011 . Semua umat Islam tidak kira anda dari kelompok parti atau puak mana perlu hadirkan diri bersama-sama dalam perhimpunan ini di atas kalimah syahadah. Jangan ada sesiapa di kalangan anda yang memakai baju atau membawa sepanduk yang melambangkan parti tertentu dalam himpunan ini. Perhimpunan ini perlu bebas tanpa ada agenda lain di sebaliknya.

Himpunan ini mempunyai mesej dan isyarat awal tentang kebangkitan umat Islam bagi menentang anasir-anasir jahat yang cuba memesongkan akidah umat Islam sehingga menjadi murtad. Kita kena pastikan himpunan ini berjaya dan mencapai matlamat.

Kini masa sudah tiba untuk umat Islam bangkit dan bersatu bagi menentang anasir-anasir jahat ini yang bebas menjalankan kerja-kerja syaitan sama ada di kota juga di desa.

Kita gerakkan kerja-kerja ini bermula dari sekarang. Kepada NGO-NGO yang mewakili bangsa Melayu Islam seluruh Malaysia perlu memberi fokus utama mengenai gejala murtad ini.

Kita perlu hentikan segera kerja-kerja kumpulan syaitan ini. Kepada golongan-golongan agama, perbanyakkan ceramah atau pengajian kepada seluruh umat Islam tentang isu sekarang ini bagi membangkitkan kesedaran dan keinsafan umat Islam dan seterusnya menggerakkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan dalam jemaah di kariah masing-masing.

Gerak kerja ini perlu bersepadu, tersusun dan konsisten. Tiada tempoh masa dan waktu untuk ditamatkan dalam kerja-kerja ini. Jangan kita biarkan saudara mara kita, jiran-jiran kita juga orang kampung kita menjadi mangsa akibat angkara kumpulan syaitan ini.

Salam perjuangan dari saya, ALLAH HU AKHBAR!

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Oktober 21, 2011

Kenyataan YB Zulkifli di Dewan Rakyat berasas - HUDUD ala-PAS mengelirukan!


Dari petikan warta kerajaan negeri Terengganu [ perkara 14 ] Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah menyebut:

" Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seseorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan diluar tabii iaitu MELALUI DUBUR" ?

Manakala dalam warta kerajaan negeri Kelantan [ perkara 16] Kanun Jenayah Syariah 11 juga menetapkan hal yang sama.

Bukankah ianya mengelirukan rakyat terutama para suri rumah yang akan mempertikaikan kewajaran anakmen tersebut! Dan apa yang YB Zulkifli pertikaikan itu ada asasnya kerana jika dihalusi anakmen tersebut sah membenarkan suami meliwat isteri!

Semalam sidang Dewan Rakyat digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen bahawa hukum hudud yang diluluskan Pas semasa memerintah Terengganu pada 2004 membenarkan suami meliwat isteri dan ia tidak menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, perkara itu tercatat di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan Pas Terengganu ketika itu.

“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud Pas) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud Pas ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat.



Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.

“Yang paling saya takut adalah kenyataan seorang tokoh politik PAS senior pada saya bahawa memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak. Bila saya semak semula, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” jelas beliau.

Katanya, keputusan Dr. Mahathir yang menolak pelaksanaan hudud itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Dalam pada itu, pendedahan Zulkifli mengenai perkara berkaitan liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun mencelah sambil mendakwa kenyataan Zulkifli itu sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mengulangi kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pendedahan Zulkifli dalam sidang parlimen semalam menunjukkan satu lagi bukti terbaru PAS hanya mempermainkan agama dalam menyelamatkan survival politik mereka. Pendedahan terbaru bahawa meliwat isteri tidak termasuk didalam hukum hudud PAS menyerlahkan lagi sikap mereka yang tidak menghormati maruah seorang wanita.

Kita jangan terlupa bagaimana mereka menggunakan sumpah baiah kepada semua ADUN yang bertanding di atas tiket PAS di mana-mana pilihanraya sekalipun. Secara jelas sumpah Baiah itu mengatakan bahawa sekiranya Adun PAS itu meninggalkan perjuangan PAS maka tertalak tiga isteri mereka secara automatik.

Untuk Anakmen lengkap KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M, sila klik di sini .

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Oktober 20, 2011

Bantah elaun: Serlah pemimpin pembangkang bersikap hipokrit!




















Tindakan beberapa pemimpin pembangkang membantah kenaikan elaun ahli Parlimen seperti diumumkan dalam Bajet 2012 Jumaat lalu hanya memperlihatkan sikap hipokrit mereka, kata Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, pemimpin pembangkang khususnya dari Selangor sengaja mencari publisiti murahan kerana sebelum ini mereka tidak membantah kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

“Mereka sebenarnya ketandusan isu serta terdesak untuk menagih simpati rakyat. Jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat ( dengan menolak kenaikan elaun ahli Parlimen ), mereka juga sepatutnya menolak kenaikan elaun Adun Selangor itu,” katanya.

Justeru Noh mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik semula kenaikan sebanyak RM2,000 yang diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Mac lalu yang dibayar bermula Januari 2011 (secara backdated).

Dalam pengumuman Bajet 2012 lalu, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli Parlimen kerana menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja mereka semakin bertambah.

Bagaimanapun, peruntukan elaun baru itu hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan sekiranya kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang termasuk Ahli Parlimen Bebas bersetuju.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor berkata, pemimpin pembangkang sebenarnya ‘menggelabah’ apabila bajet dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Mereka bertindak ( membantah kenaikan elaun ahli Parlimen ) seolah-olah menjadi’ juara rakyat’ sedangkan pada masa sama mereka menerima elaun Adun Selangor kerana mungkin jumlahnya lebih besar.

" Tidak sampai sepenggal mentadbir negeri sudah menaikkan elaun wakil rakyat. Ironisnya Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim sendiri gagal dalam memacu pembangunan dan ekonomi negeri,” katanya.

Malah katanya, beliau hairan kerana salah seorang pemimpin pembangkang yang membantah cadangan itu, Azmin Ali tidak menggunakan hujah yang sama ketika Sidang Dun meluluskan cadangan menaikkan elaun tersebut.

“Dalam Dewan Rakyat, dia (Azmin) membantah tetapi sebagai Adun Bukit Antarabangsa, dia hanya diam sahaja. Elaun ahli Parlimen dia tolak, tapi elaun Adun Selangor dia ambil,” katanya.

Noh berkata, ini juga membuktikan perjuangan pemimpin pembangkang sebenarnya tidak ikhlas kepada rakyat dan tidak berlaku adil kepada rakan dalam pakatan menyebabkan ramai yang tidak puas hati dan bertindak keluar parti.

“Ramai pemimpin pembangkang di Selangor dapat dua gaji sebagai ahli Parlimen dan Adun. Sama ada sedar atau tidak, perjuangan pemimpin pembangkang hanya untuk kepentingan masing-masing sahaja,” katanya.

Sementara itu : MB Selangor dicabar dedah senarai !

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar mendedahkan senarai wakil rakyat yang layak menerima insentif yang disebutkan itu. Selangor ada 56 Adun yang mewakili pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Demikian tegas Datuk Seri Noh Omar yang mempertikaikan kenyataan Abdul Khalid bahawa penambahan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah satu insentif kepada yang layak.

Noh berkata, Abdul Khalid cuba menegakkan benang basah, sekali gus menyembunyikan fakta sebenar bagi melindungi sikap hipokrit pemimpin pembangkang yang menolak cadangan kenaikan elaun ahli Parlimen baru-baru ini.

“Siapa yang membuat penilaian terhadap prestasi wakil rakyat bagi membolehkan mereka layak menerima insentif seperti yang didakwa Abdul Khalid?” katanya lagi?

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor yang ke-12 pada 31 Mac lalu meluluskan kenaikan elaun Adun negeri tersebut daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.




Kenaikan itu dibuat berdasarkan Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan (Pindaan) 2011 Semua Peringkat dan berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

Dalam pengumuman Bajet 2012 lalu, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli Parlimen kerana menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja mereka semakin bertambah.

Peruntukan elaun baru itu hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan sekiranya kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang termasuk Ahli Parlimen Bebas bersetuju.

Bagaimanapun beberapa pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Salahuddin Ayub membantah menyebabkan cadangan kenaikan elaun itu ditarik balik.

Noh berkata, Abdul Khalid tidak perlu memberikan alasan dangkal semata-mata menutup sikap hipokrit pemimpin pembangkang kerana akhirnya mendedahkan lagi tembelang mereka kepada rakyat.

“Saya ingin tahu apakah jawatankuasa penilai diwujudkan untuk menilai prestasi-prestasi Adun di Selangor? Jika ada, bagaimana pula penilaian diberikan kepada Adun BN, adakah penilaian itu adil?

Noh berkata, beliau juga ingin tahu wakil rakyat mana yang tidak menunjukkan prestasi seperti tidak turun kawasan lima kali dalam sebulan sebagaimana didakwa oleh Abdul Khalid.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Oktober 19, 2011

Laporan Pemeriksaan Di HKL, Sangkal Anwar Tidak Mampu Meliwat!

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pegawai penyiasat kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa tiada aduan diterima oleh mereka sehingga hari ini daripada Ketua Pembangkang itu mahupun peguam-peguam beliau berhubung kandungan satu laporan perubatan 16 Julai 2008.

Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dan Supritendan Judy Blacious Pereira yang hadir memberi keterangan sebagai saksi penyanggah pertama dan kedua menyatakan demikian sewaktu disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan di Mahkamah Tinggi di sini.

Laporan perubatan tersebut adalah berkaitan dengan pemeriksaan fizikal terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh dua doktor pakar HKL, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai dan Dr Ee Boon Leong pada malam 16 Julai 2008.

Dalam keterangan Zaininah, beliau memaklumkan telah menerima surat melalui faksimile daripada firma guaman mewakili Anwar, Tetuan S. N. Nair & Partners yang memohon dibekalkan laporan perubatan terhadap anak guamnya itu bertarikh 16 Julai 2008.

Sewaktu pemeriksaan balas terhadap Judy pula, peguam bela utama, Karpal Singh mempertikaikan laporan perubatan tersebut yang hanya mengandungi tandatangan seorang doktor sedangkan Anwar diperiksa oleh dua orang doktor pakar HKL.

Pegawai penyiasat itu turut memaklumkan beliau tidak membuat sebarang siasatan mengenai perkara tersebut, walaupun pada 21 Disember 2008, beliau menerima satu lagi laporan perubatan yang mengandungi kedua-dua tandatangan doktor yang memeriksa Anwar kerana menganggapnya ‘tidak penting’.

Menurutnya satu salinan dokumen tersebut yang bertanda ‘sulit’ diserahkan kepada seorang peguam bernama Wan Anuar Shaddat di firma guaman berkenaan pada 24 Disember 2008.

Bagaimanapun, kandungan laporan perubatan tersebut tidak dibacakan di mahkamah malah ketika saksi penyanggah keempat iaitu Jeyaindran yang menyediakan laporan tersebut memberikan keterangan, pihak pembelaan memohon agar keterangan doktor pakar itu dibuat secara tertutup.

Pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan pada 3 Mac lalu, Anwar dalam keterangannya memberitahu bahawa beliau dibawa ke HKL oleh Judy sebelum dipertemukan dengan Jeyaindran dan Boon Leong.

Anwar berkata, beliau telah diberi satu borang, dan kedua-dua doktor itu memberitahunya bahawa mereka diminta untuk mengambil sampel darah dan rambut untuk ujian asid deoksiribonukelik (DNA).

Bagaimanapun, atas nasihat peguamnya, R. Sivarasa, beliau hanya membenarkan dirinya diperiksa tetapi tidak memberikan sebarang sampel ekoran pengalamannya pada tahun 1998.

Tanpa kehadiran peguam, pegawai penyiasat dan jururawat, katanya, beliau diminta membuka pakaian dan pemeriksaan dilakukan terhadap kemaluan dan duburnya termasuk diukur zakar dan bulu kemaluannya.

Sambil menyifatkan pemeriksaan itu sebagai menjatuhkan maruahnya dan memalukan, Anwar menyatakan, walaupun doktor-doktor terbabit menggunakan putik kapas sewaktu memeriksa alat sulitnya, beliau tidak bersetuju sebarang peralatan dimasukkan ke dalam duburnya.

Selain Zaininah, Judy dan Jeyaindran, turut dipanggil sebagai saksi penyanggah ialah penolong pegawai penyiasat, Sarjan Ahmad Abdullah yang bertanggungjawab menyerahkan salinan dokumen perubatan tersebut kepada firma guaman yang mewakili Anwar.

Kesemua mereka dipanggil bagi menyangkal keterangan saksi pembela ketujuh, Dr Thomas Hoogland berhubung keupayaan Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks seperti dalam pertuduhan yang dihadapinya.

Sejurus selepas Jeyaindran selesai memberikan keterangan secara tertutup selama kira-kira 20 minit, mahkamah menetapkan 23 dan 24 November ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pembelaan.

Seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita, tarikh keputusan kes itu akan ditetapkan oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas selesai mendengar hujahan tersebut.

Anwar, 64, dibicarakan selama 87 hari sejak 3 Februari tahun lalu atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Oktober 18, 2011

MP Shah Alam yang semakin BIADAP, wajar letak jawatan!



Kenyataan Media GAPS

Rakyat Shah Alam tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen mereka yang ligat memutarkan pelbagai isu yang cuba meruntuhkan institusi Islam di negara ini.

Ia bermula dengan isu kalimah Allah dimana Khalid Samad menyokong agar kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain. Kemudian ke isu perlantikan SUK dimana Khalid mengkritik hebat perlantikan bekas Pengarah JAIS, Dato' Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Kemudian Khalid telah mengkritik hebat JAIS. Isunya kerana JAIS tidak mahu memperbaharui tauliah berceramah agama dimasjid dan surau.

Dalam isu paling hebat pemeriksaan Gereja DUMC pula Khalid telah mencemuh hebat JAIS yang melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang Enakmen pentadbiran Islam Selangor. JAIS cuma buat pemeriksaan keatas pusat gereja itu kerana terdapat aduan gereja itu cuba mengalihkan aqidah umat Islam disitu.

Dalam kemelut Aziz Bari yang berlaku kurang ajar kepada Sultan Selangor pula, Khalid sengaja mengheret dirinya dalam isu ini dengan menghentam sultan dan cuba untuk mengaibkan Sultan Selangor.

Tingkah laku Khalid yang bersengkokol dengan Aziz Bari dengan mempertikaikan Institusi Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam di Selangor merupakan satu perbuatan yang sangat biadap.

GAPS nak cadangkan agar Khalid menegur dulu ketua umum pkr yang mempunyai rekod dan bukti Liwat dan seks bebas, Timbalan Presiden Pas yang mempunyai rekod khalwat dan anak seorang pembesar Dap yang dikatakan meraba tetek seorang gadis.

Jika Khalid gagal berbuat demikian ini maknanya Pas Selangor sedang berada didalam alam kesesatan yang nyata dengan sedia berkerjasama dengan semua aliran liberal, sosialis dan komunis tetapi parti itu menentang habis-habisan Institusi Umat Islam khususnya di Selangor seperti Masjid, Surau, JAIS, SUK dan Raja Melayu.

GAPS amat bimbang jika pemikiran ultra liberal, radikal dan pluralisme agama seperti ini tidak dibendung, Selangor akan berhadapan dengan kancah kekusutan politik dan kacau bilau masyarakat kerana sikap pemimpin yang tidak mempunyai pedoman agama tetapi berlandaskan sistem nilai yang diimport dari luar yang akan mengkucar-kacirkan keamanan dan keharmonian yang di nikmati rakyat selama ini.

Kalau sudah derhaka kepada Sultan, Khalid Samad tidak layak memegang sebarang jawatan dalam perkhimatan awam termasuk Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. GAPS mencabar kalau Khalid Samad anak jantan, dia wajib letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Oktober 17, 2011

UMNO Selangor tolak cadangan tubuh badan pemantau JAIS!

UMNO Selangor membidas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menubuh satu badan pemantau yang kononnya bagi memastikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Setiausaha Perhubungannya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, penubuhan badan tersebut hanya akan menyekat kebebasan pihak JAIS untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

"Kami lihat tidak ada rasionalnya untuk menubuhkan satu badan pemantau untuk JAIS sebagai agensi penguat kuasa di bawah Enakmen Jenayah Syariah negeri.

"Ini kerana, semua telah sedia maklum bahawa JAIS telah ditauliahkan dengan Persijilan ISO dan ini telah terbukti bahawa agensi agama itu mampu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Khalid membuat kenyataan mengenai cadangan penubuhan badan pemantau tersebut sejurus selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tersinggung dengan cubaan sesetengah pihak memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Abdul Khalid berkata, badan pemantau tersebut akan dilantik daripada kalangan pakar undang-undang dan pemimpin agama yang nama mereka akan diumumkan tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Mohd. Zin berkata, Abdul Khalid sepatutnya menerima setiap laporan JAIS dan menelitinya bagi menegakkan undang-undang syariah di negeri ini sekali gus menjaga kesucian agama Islam.

"Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sepatutnya menerima setiap laporan JAIS dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin negeri dengan sebaik-sebaiknya.

"Beliau juga sepatutnya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu ini dengan baik dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan dengan idea penubuhan badan pemantau seperti ini," tegasnya.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Zin turut mendesak Abdul Khalid supaya membuat penjelasan mengenai lebihan wang sebanyak RM55 juta yang diberi Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri bagi tujuan perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur pada 2009.

Menurut Mohd. Zin, pada 2009 bagi tujuan penyelenggaraan itu, Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM315 juta kepada kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, berdasarkan penelitian kami mendapati, pada tahun itu, sebanyak RM183 juta disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya, RM900,000 kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) manakala RM76 juta lagi diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini bermakna peruntukan pada 2009 mempunyai lebihan sebanyak RM55 juta yang kerajaan negeri dakwa disalurkan kepada tabung amanah negeri. Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menjelaskan adakah lebihan wang tersebut telah dibelanjakan dengan baik," jelasnya.-UM

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Oktober 14, 2011

Ketuanan rakyat - Anwar sanggah Raja Melayu!



Inilah Anwar Ibrahim, pelopor kepada ketuanan rakyat! Bagi memberi tekanan kepada UMNO dengan menolak Ketuanan Melayu, Anwar memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Impactnya amat besar semasa PRU ke-12 yang lalu! Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.

Adakah kita melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu. Mungkin ini yang sebenar Anwar mahukan! Malah Anwar anak beranak termasuk Nurul Izzah juga pernah persoalkan tentang Perlembagaan Malaysia! Dikatakan Pakatan Rakyat sudah bersedia membuat satu deraf baru perlembagaan jika mereka menang dalam PRU nanti bagi menggantikan Perlembagaan yang sedia ada!

Jadi apakah yang ingin diruntuhkan oleh Anwar melalui slogan ketuanan rakyat beliau? Mungkin apa yang kita akan nampak tentang ketuanan rakyat ini adalah, Anwar akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini pun kita sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kesucian Khalimah Allah di pertaruhkan untuk digunakan bersama oleh ugama lain! Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu? Apakah cita-cita Anwar selepas ini untuk menjadi seorang Presiden satu negara republik yang baru!

Rakyat perlu ingat dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu.

Ini semua adalah agenda sulit Anwar dan Pakatan rakyat untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu. Dan ketika itulah nanti baru orang Melayu akan tahu bahawa langit itu tinggi ke atau rendah!

Adakah rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini berlaku! Mungkin kita boleh mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi dinegara jiran kita iaitu Singapura. Orang Melayu perlu sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat yang dipeloporkan oleh Anwar ini. Yang menjadi kebimbangan kita adalah jika perkara ini berlaku, maka akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.

Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara. Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.

Apa yang penulis nak ingatkan kepada Anwar adalah ideologi ketuanan rakyat ini akan membawa kepada satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.



Penulis sebenarnya tertarik dengan penafian Anwar sebelum ini yang cuba memutarbelitkan kenyataannya mengenai Ketuanan Melayu! Apakah Anwar sebenarnya tak faham akan Ketuanan Melayu sehingga nak menegakkan ketuanan rakyat! Setelah melihat Raja dan orang Melayu sudah mula marah dan bangkit membantah ketika itu, Anwar cuba putar belit konsep Ketuanan Melayu. Nampak sangat Anwar cuba memperbodohkan orang Melayu dengan kenyataan beliau!

Semasa sidang akhbar di lobi Parlimen , dilihat Anwar tetap mempertahankan pendiriannya untuk menolak konsep ketuanan Melayu. Katanya, ini kerana konsep yang menjadi polemik tersebut merujuk kepada amalan 'tuan dan hamba' dalam masyarakat."

Tuan hanya boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kita lihat 'tuan' adalah untuk kaum yang memiliki kuasa."Kalau Melayu itu 'tuan', bagaimana dengan kaum Cina, Kadazan dan kaum yang lain?"

Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya juga berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.

Anwar dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera. Anwar berkata, dalam setiap ucapan pakatan pembangkang, prinsip Perlembagaan, isu agama Islam dan orang Melayu tidak dibangkitkan tetapi ia dipertahankan.

Nampak sangat apa yang diutarakan oleh Anwar amat bercanggah sekali dengan makna Ketuanan Melayu yang sebenar! Hakikatnya Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini "Tuan" dan bukan Melayu sebagai "Hamba". Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu. Adakah Anwar faham dengan maksud diatas?

Kepada Anwar,Wan Azizah dan Azmin, janganlah anda semua menjadi duri dalam daging kepada orang Melayu. Janganlah jadi bangsat kepada bukan Melayu. Sesungguhnya apa yang anda lakukan telah mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu dan juga orang-orang Melayu. Jangan gadaikan maruah bangsa dan menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu sendiri.

Diharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya dapat berfikir untuk maju tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita. Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Oktober 12, 2011

Sejarah 1977 mengapa Pas disingkirkan dari BN!



Penulis mendapati di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Disini diceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Dihuraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ikutilah ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Komen tambahan dari penulis :

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3 - Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8 - Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10 - Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11 - Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13 - Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14 - Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18 - Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Dengan apa yang dihuraikan diatas, maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.

Kerana itulah jika kita melihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari