Isnin, Mei 31, 2010

Raja ' Ekzos' Terus Perlekeh Mahkamah, Menteri Pula Jadi Mangsa!





















Selepas menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim terus menggunakan pentas politik untuk memperlekehkan institusi kehakiman negara ini.

Sambil mengulangi apa yang disebutnya pada malam kelmarin, Anwar dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Perdana di sini malam tadi, menuduh pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan maruahnya.

Beliau mendakwa Jamil Khir mengarahkan pihak pendakwaan tidak mengambil tindakan ketika permohonan qazaf dilakukan terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah.

"Doktor periksa 'ekzos' tapi tidak ada apa, kita bagi tahu mahkamah tidak ada kesan apa pada 'ekzos' tetapi hakim kata 'ya betul tetapi mungkin ada yang lain', apa benda ini, ini semua kerja UMNO yang mahu terus mengaibkan saya dan keluarga saya," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Hadir sama ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggalkan majlis lebih awal tanpa sempat menyampaikan ceramah kerana kurang sihat.

Semalam, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejutkan dengan menggambarkan hakim yang mendengar kes liwatnya sebagai 'bahalol' kerana meneruskan perbicaraan itu. Beliau turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak.

Sementara itu, Anwar terus berdolak dalik untuk mengemukakan bukti bahawa wakil-wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan. Katanya, bukti tersebut akan dikemukakan kepada khalayak sekiranya UMNO menafikan bahawa mereka membayar kepada wakil rakyat terbabit.

"Saya ada keterangan dan bukti, kita akan bagi pada masa yang sesuai. Saya nak tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata bohong, kemudian saya akan bagi satu demi satu macam filem hindustan. "Kalau saya kata ada, bermakna ada. Tetapi bukti itu tiada di rumah saya, tiada di pejabat saya, tiada dalam beg saya... tetapi ada," katanya.

Komen : Apa lagi Raja Putar Alam @ Raja Ekzos ni nak bersandiwara! Kalau rasa tak bersalah, bersumpah saja didalam masjid. Tak perlu mengelabah tak tentu pasal. Mengapa sampai sekarang masih lagi berdolak-dalik dan menjaja cerita yang beliau di fitnah dan menuduh pula ini adalah konspirasi UMNO! Kes Liwat-II dah lebih 25 kali tertangguh di mahkamah. Silap-silap haribulan hari ini pun ditangguhkan lagi! Rakyat bukan bodoh untuk menilai kamu 'Raja Ekzos'. Sekali di tipu mungkin boleh kami terima, tetapi bila dah banyak kali kami tertipu..minta maaf lah ya. Karpal Singh dah tunjuk jalan yang kamu sudah berbuat sesuatu di ' ekzos ' Saiful. Kalau tidak takkan Karpal boleh tanya kepada Saiful..selepas itu kamu mandi wajib tak? Fikirkan lah ya..!

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mei 29, 2010

Kenapa Anwar ' berdiam diri ' pasal Judi Bola!



Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

Mungkinkah disebabkan pernah mengeluarkan lesen judi semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu membuatkan Anwar ' berdiam diri' tanpa mengeluarkan sebarang ' fatwa ' sepertimana rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS!

Artikel ini adalah wawancara Tamadun (Julai 1998, 2 bulan SEBELUM Anwar dipecat) Dengan Mohd Sabu Mengenai Siapa Anwar Sebenarnya.

"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini.

Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut. Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!” Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

Berbanding zaman Mat Sabu dua belas tahun lepas dengan zaman Dewan Pemuda PAS sekarang di lihat amat berbeza sekali. Dari empat lesen ke sembilan lesen judi yang diluluskan, tiada pula kelihatan ketika itu ahli-ahli dan para pemimpin PAS hendak berdemo di masjid-masjid berbanding dengan sekarang hanya ' lesen judi lama yang di hidupkan semula' begitu mendapat tentangan yang hebat sekali! Kelihatan Mat Sabu juga ' tupang sekaki berdemo ' untuk membantah, tetapi tidak pula ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu. Adakah kerana Anwar adalah ' seABIM' dengan Mat Sabu, maka perkara itu tidak perlu diperbesarkan!

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara lain yang mana Anwar telah banyak ' menghentam ' PAS ketika beliau di dalam kerajaan. Penulis memang bersimpati kepada penyokong-penyokong PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara Anwar Ibrahim. Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong. TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.

"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah."
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
"Pas rela korbankan umat Islam."
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
"Pas khianati orang Melayu".
"Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992).

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995).

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995). Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....!

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.

Pas khianati orang Melayu.

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995).

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar adalah penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu adalah seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar dan terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa. Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak sebelum ini. Sebab itu jelas kita dapat lihat sekarang mengapa DAP walaupun menguasai kerusi pembangkang di parlimen, tetapi masih tetap mahukan Anwar sebagai ketua pembangkang!

Dan terbaru apabila Anwar menjanjikan jawatan TPM untuk DAP! Anwar berjanji akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Matlamat Anwar ialah untuk memastikan momentum sokongan kaum Cina kepada pembangkang, sekali gus membolehkan beliau mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang disiarkan pada 26 Mei lalu, Anwar mendakwa pakatan pembangkang tidak mempunyai perasaan curiga jika ada di kalangan orang Cina layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sambil memberitahu bahawa pakatan pembangkang sudah mewujudkan Kabinet bayangan, Anwar berkata, beliau telah dipilih menjadi calon Perdana Menteri. Pada masa yang sama, katanya, pakatan itu bersetuju menambah jawatan Timbalan Perdana Menteri namun ia belum diputuskan lagi. ‘‘Jika ada yang lebih layak daripada dua orang atau pun ada keperluan dalam politik, saya anggap tidak salah jawatan Timbalan Perdana Menteri itu ada dua orang, sebaliknya ia lebih baik,’’ katanya.

Anwar juga percaya, jika keadaan memerlukan Pas akan menerima jika calon Timbalan Perdana Menteri II daripada kalangan DAP kerana kesemua anggota pakatan mempunyai hasrat yang sama iaitu menyingkirkan Barisan Nasional (BN) dan memerintah kerajaan pusat. Dalam wawancara itu, Anwar mendakwa, walaupun konsep pemerintahan Pas berbeza dengan DAP, tetapi pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang telah banyak membuat perubahan.

Janji Anwar itu jelas membuktikan beliau sanggup melakukan apa juga dengan hasrat untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Cina yang ditafsirkan oleh pembangkang semakin menyebelahi mereka. Penulis tidak dapat membayangkan dimanakah kedudukan PAS didalam Pakatan Rakyat ketika itu? Jika dilihat sikap Anwar dahulu dan sekarang, masih sanggupkah PAS ' bersekedudukan' dengan Anwar! Wallahuallam.

Suara Politik

Taminsari

Khamis, Mei 27, 2010

Nasihat kepada PAS : Jangan permainkan HUKUM – Apa bezanya antara ARAK dan JUDI!

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya ( tentulah termasuk sama babi ) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”.

Sama juga semasa PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Agak menghairankan juga apabila melihat gelagat ahli-ahli dan para pemimpin PAS tentang isu judi bola ini! Mengapa mereka beria-ria sangat membantah apabila kerajaan BN meluluskan judi bola sempena pertandingan bolasepak piala dunia yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Setiap minggu kelihatan mereka akan berdemo dimasjid-masjid di seluruh negara. Pemimpin-pemimpin mereka bersilihganti mengeluarkan ‘ fatwa’ masing-masing mencemuh kerajaan kerana dikatakan ‘menghalalkan’ judi bola.

Memang benar judi tu haram. Semua orang UMNO dan Melayu Islam lain pun tak suka berjudi kerana mereka tahu judi itu adalah haram. Tetapi bukankah judi dibolehkan untuk bukan Melayu/Islam. Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan sendiri pernah berkata jika sesuatu yang sudah menjadi budaya atau cara hidup bagi bukan Islam, jika ianya diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.( berjudi dan sebagainya ).

Jadi apa bezanya dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan PAS diKedah dan Kelantan dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan BN kepada judi bola? Mungkin kerajaan BN juga memikirkan untuk menjaga hati bukan Melayu, maka lesen judi bola dibenarkan. Mengapa perlu ada ‘ double standard ‘ dalam membuat keputusan. Adakah ini bermakna kalau PAS buat boleh dan BN buat tak boleh? Bukankah PAS selalu mencanangkan bahawa rakyat sudah cerdik dan sudah tahu membezakan antara kaca dan permata, jadi mengapa PAS perlu risau! Kalau PAS dah tahu arak dan judi itu haram disisi Islam tak perlulah berdalih untuk mempermainkan hukum demi menjaga hati bukan Islam!

Semasa PAS memberi kelulusan lesen judi, arak dan sebagainya kepada bukan Islam, adakah mereka pernah terfikir yang orang Islam juga akan turut sama berjudi dan minum arak! Tidak bukan dan mungkin tidak ada syak wasangkakan. Bermakna mungkin PAS terfikir bahawa tidak akan ada orang Islam di Kelantan dan Kedah yang nak berjudi dan minum arak jika mereka tahu perkara itu adalah haram di sisi Islam. Mungkin kerajaan BN pun berfikiran yang sama!

PAS jangan ingat orang Melayu Islam dinegara ini suka berjudi kerana mereka pun tahu JUDI itu haram bagi Islam. Bagi penulis semua ini bergantung kepada individu Islam itu sendiri. Kalau dah tahu judi tu haram , maka tak perlulah berjudi! Tak perlu berwasangka buruk terhadap orang Melayu Islam lain dinegara ini kerana mereka pun tahu membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Penulis pun bersetuju jika semuanya diharamkan sama sekali tidak kira arak, judi dan sebagainya, tetapi bagaimana pula dengan reaksi bukan Islam nanti. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mei 25, 2010

Selangor Bangkit : Apa sudah jadi dengan pakej ransangan ekonomi Selangor!

Pada tahun lalu kerajaan negeri telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya belum nampak lagi. Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun.

Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, YAB. Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya.

Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, ‘was approved’ dengan izin, oleh Menteri Besar.

Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu?

(1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati.

(2) Bagaimana RM 50B dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek.

(3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor.

(4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

(5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh YAB. Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka.

(6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam.

(7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani ‘Integrity Pacts’ dengan izin, atau ‘perjanjian integriti’ dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban.

Suara Politik
Taminsari

DAP mengamalkan 'double standard' dalam kes rasuah!

DAP sengaja mengamalkan standard yang berbeza dalam tindakan mereka apabila parti itu mengambil sikap berdiam diri terhadap tuduhan rasuah yang membabitkan syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir milik Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan mengapa DAP mengambil sikap berdiam diri terhadap tuduhan rasuah apabila ia melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.

Katanya, sebaliknya ia akan terus mencetuskan isu apabila tuduhan rasuah membabitkan pentadbiran Barisan Nasional (BN). "Apa dah jadi kepada perjuangan memerangi rasuah yang diketengahkan DAP, ia jelas menunjukkan DAP mengamalkan double standard," katanya selepas merasmikan mesyuarat cawangan UMNO Parit 2 di sini hari ini.

Noh berkata demikian sebagai merujuk tuduhan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam bahawa terdapat aktiviti rasuah yang melibatkan pegawai kanan KSSB.

Menteri Besar, Abdul Khalid Tan Sri Ibrahim sebelum ini berkata, isu tuduhan rasuah dalam KSSB itu akan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau berpendapat, tuduhan rasuah itu seharusnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya Selcat. Katanya, pembangkang termasuk DAP kini kehilangan arah dan tidak lagi relevan dalam perjuangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Pihak pembangkang terutama DAP beberapa kali sebelum ini menuntut supaya dibentuk satu suruhanjaya khas bagi menyiasat sebarang tuduhan penyelewengan dalam kerajaan, namun mereka memilih untuk berdiam diri apabila tuduhan itu dilontarkan terhadap mereka pula," katanya. - BERNAMA

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mei 24, 2010

Kafirkan UMNO Angkara Militan Pas – Nik Aziz!

Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.

Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini? Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO.

Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah. Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam?Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat.Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian.

Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir? Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan?

Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas. Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.

Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz. Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah. Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan. Hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya?

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mei 22, 2010

Melayu Perlu Matang Dalam Politik!

Pada pilihanraya umum 1969, lima buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah jatuh kepada pembangkang. Kelantan jatuh kepada Pas, Pulau Pinang jatuh ke Gerakan ( pembangkang ) manakala Perak, Selangor dan Negeri Sembilan jatuh kepada DAP.
Di peringkat Parlimen pula, orang Melayu ( UMNO dan Pas ) hanya memenangi 53 kerusi dari 144 kerusi dengan jumlah undi hanya 44.3%. Walaupun parti Perikatan ketika itu masih juga menguasai Parlimen dan kerajaan tetapi pada hakikatnya orang Melayu melalui UMNO sudah tidak berkuasa lagi. Kuasa tawar menawar ( bargaining power ) sudah luput. Pada hakikatnya juga, Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu.

Orang-orang bukan Melayu khususnya Cina dan India merasakan bahawa mereka telah berjaya menguasai negara ini. Maka itu satu perarakan kemenangan ( victory parade ) telah diadakan. Di dalam perarakan itu, mereka telah menghina dan mencaci maki orang-orang Melayu dan menyuruh orang Melayu masuk hutan kerana negara ini kini milik mereka. Kata-kata dan perbuatan penghinaan ini telah membuatkan orang-orang Melayu bertindak balas dengan mengadakan pula satu perarakan. Akhirnya berlakulah pergaduhan antara kaum dan tercetuslah Peristiwa 13 Mei 1969 itu.

Pergaduhan antara kaum ini mengorbankan begitu banyak nyawa dan harta benda. Jika dibiarkan ia pasti meranapkan negara dan sia-sialah nanti perjuangan dan pengorbanan datuk nenek orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan dahulu. Atas perkenan DYMM Paduka Agong, Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) ditubuhkan untuk mentadbir negara. Pengerusinya adalah Tun Abdul Razak.

Tujuan utama MAGERAN ditubuhkan ialah untuk mengembalikan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara. Namun begitu, MAGERAN telah mendapat tentangan dan kecaman dari media Barat terutama British ( yang telah meletakkan syarat untuk kembali jika berlaku pergaduhan kaum dalam tempoh 10 tahun ). Tentangan kuat juga datangnya dari DAP, PEKEMAS, PSRM dan Gerakan. Lebih malang lagi terdapat juga sebahagian pelajar-pelajar Melayu yang telah menentang MAGERAN padahal ia adalah untuk menyelamatkan Melayu.

Akibat dari Peristiwa 13 Mei 1969 itu, lahirlah Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1970. DEB bermaksud untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Syarat-syarat kemasukan ke universiti kepada pelajar-pelajar Melayu telah dilonggarkan.

Maka didirikanlah USM, UKM, UPM, ITM ( UiTM ) dan UTM. Dipenuhkanlah pula dengan pelajar-pelajar Melayu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditubuhkan dan penuhlah jabatan-jabatan kerajaan dengan orang-orang Melayu. Diperkenalkanlah pula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mana Menteri Pelajaran berkuasa untuk melantik Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Dekan. Ini semua bagi mempastikan nasib bangsa Melayu terbela dan hak mereka tidak terabai.

Persoalannya kini ialah apakah kuasa seperti MAGERAN itu dapat dipertahankan? MAGERAN itu sendiri sudah tiada, tetapi kuasa semasa MAGERAN dapat kita terus miliki jikalau orang Melayu bijak dan matang berpolitik. Ingatlah, kestabilan dan kemakmuran negara boleh diganggu gugat bukan sahaja oleh orang asing tetapi juga oleh orang Melayu sendiri. Kita renung kembali sejarah dan berdoa semuga tidak ada lagi orang Melayu yang cuba musnahkan Melayu, ibarat gunting dalam lipatan.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mei 21, 2010

Sudah Lebih Setengah Abad PAS Memusuhi UMNO !

























Dalam menuju alaf baru ini, banyak perkara yang patut diambil kira oleh masyarakat Malaysia. Di samping berusaha berusaha menjadi sebuah negara yang serba membangun dalam bidang ekonomi, teknologi maklumat, sains dan teknologi, soal-soal dasar survival negara patut menjadi suatu hal penting dalam agenda kita. Dalam hal ini, orang Melayu perlu berbuat sesuatu untuk menguatkan perpaduan mereka, walaupun dalam masa yang sama perbezaan pendapat politik di antara mereka tetap ada. Perpecahan mutlak di antara mereka akan membawa kehancuran kepada kedudukan dan kuasa politik yang dimiliki.

Perpecahan di antara golongan kanan dan kiri Melayu antara 1946-1948 dan perpecahan ulama UMNO daripada badan induknya untuk membentuk Parti Islam Se-Malaya pada 1951, patut menjadi teladan. Soal mementingkan pendapat sendiri ataupun menegakkan kepentingan sekumpulan kecil pemimpin Melayu sehingga perpecahan politik Melayu menjadi begitu ketara, patut dielakkan.

Tanpa parti yang mengutamakan kepentingan Melayu sebagai modus operandinya, seperti di Singapura, nasib orang Melayu pada masa depan akan terancam. Tanpa ada parti yang kuat untuk menjadi wakil orang Melayu dalam setiap pilihanraya kebangsaan,kuasa politik yang tinggal sedikit ini akan musnah. Atas kesedaran ini UMNO dapat terus bertapak selama 64 tahun dalam politik negara ini.

Pergelutan politik Melayu secara tegas bermula dengan perebutan kuasa sebagai wakil politik Melayu kepada British, apabila Malayan Union diperkenalkan pada Januari 1946. Golongan kiri dan kanan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan British supaya penjajah itu menerima mereka sebagai wakil orang Melayu. Malah, ada pihak telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya demi untuk mengalahkan lawannya walaupun kepentingan bangsa Melayu menjadi taruhannya.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945 di Ipoh , Perak atas anjuran Parti Komunis Malaya, cuba menyatukan orang Melayu dalam politik. Dalam dasar Malayan United Front, Parti Komunis Malaya cuba menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu untuk menyokong ideologi komunisme sebagai satu alternatif kepada sistem politik beraja yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan negeri-negeri Melayu.

British pula cuba memperkenalkan sistem kerajaan republik dan unitary state kepada Tanah Melayu melalui Malayan Union. Segala sistem politik Melayu yang diterima oleh British sebelum Perang Dunia Kedua dihapuskan dengan meletakkan seorang Gabenor yang bertanggungjawab terus kepada Raja England. Tekanan dua kuasa besar ini menyedarkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terhadap perlunya mereka bersatu tenaga dalam sebuah gerakan politik yang bersifat kebangsaan.

Soal parokialisme atau kenegerian yang menguasai politik orang Melayu selama ini cuba dilupakan. Seruan untuk bersatu itu mengatasi sempadan politik yang menguasai orang Melayu Semenanjung sejak awal kurun ke 20. Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1-4 Mac 1946 di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, menjadi benteng perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan pemerhati politik masa itu.





















Perhimpunan bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju menubuhkan UMNO, yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu orang Melayu menentang Malayan Union. Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama. Inilah perpaduan yang pertama dan terakhir bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.

Namun , perpaduan ini tidak disenanagi oleh Parti Komunis Malaya. Berbagai-bagai helah dilakukan untuk memecahkan perikatan UMNO-PKMM ini. Melalui beberapa pemimpin kedua PKMM, Parti Komunis Malaya menjalankan jarumnya untuk menjadikan PKMM sebuah parti yang sentiasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan UMNO.

Hal pertama yang dibangkitkan ialah soal pendekatan politik UMNO. Pendekatan politik UMNO yang sederhana dan suka berunding itu dianggapnya kolot. Keduanya, UMNO dibidas kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh daripada British; matlamat UMNO yang hanya mahu status quo tradisional Melayu ( kedudukan peribumi dan pengembalian takhta Raja-Raja Melayu ) dihidupkan semula sebelum menuntut kemerdekaan, dianggap terlalu remeh.

PKMM lebih suka sebuah republik dan kerakyatan sama rata kepada semua penduduk Tanah Melayu. UMNO dituduh tidak progresif. PKMM juga membangkitkan soal ketidakadilan UMNO dalam memberi undi/suara kepada parti besar dalam pengundian UMNO, ini tercetus dalam dalam soal pemilihan bendera UMNO. PKMM juga mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa. Kesemua sungutan PKMM disebarkan dalam akhbar rasminya Pelita Malaya, yang berpusat di Kuala Lumpur. Musuh utamanya ialah Majlis yang menjadi jurucakap UMNO.

Parti Komunis Malaya secara terbuka menyokong PKMM dengan menuduh UMNO memanjangkan penjajahan British, tidak progresif dan feudalistic. Melalui desakannya, PKMM menarik diri dari UMNO pada Jun 1946, setelah hanya tiga bulan bekerjasama. Selepas penarikan itu, kerjasama di antara keduanya dipertingkatkan. UMNO dibidas bukan sahaja oleh Pelita Malaya, tetapi juga oleh Malaya Tribune yang memang bersimpati dengan gerakan radikal dan komunisme.

Pengaruh Parti Komunis Malaya terus mencengkam PKMM apabila kepimpinan Dr. Burhanuddin yang sederhana tidak disenanginya. Melalui dua kumpulan berbeza, iaitu kumpulan komunis PKMM dan golongan radikal Melayu PKMM, Parti Komunis Malaya berjaya meletakkan Ishak Mohamad sebagai Presiden PKMM manakala Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat. Dengan kepimpinan lebih radikal, PKMM lebih cergas menentang UMNO.

Keupayaan UMNO bersama Raja-Raja Melayu meminta British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu merancakkan permusuhan PKMM dengan UMNO. Dengan sokongan AMCJA ( All Council of Joint Action ) yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya, PKMM mengubah nama kepada PUTERA. Dengan nama dan kerjasama itu, golongan anti UMNO menegakkan prinsip demokrasi dan kerajaan republik serta membidas Perjanjian Persekutuan tidak demokratik dan progresif.

Kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dianggap satu diskriminasi kepada bangsa lain. Kedudukan istimewa Melayu dipersoalkan. Pemulangan takhta dan negeri kepada Raja-Raja Melayu juga dibantah. Perjanjian Persekutuan 1948 dianggap pro-Melayu. Ia juga dianggap tidak progresif kerana kerana suara rakyat dan pilihanraya tidak diperkenalkan.

Konsep Malayan Malaya menjadi pegangan PUTERA dan sekutunya. Mereka mengemukakan perlembagaan 10 perkara untuk menentang UMNO, Raja-Raja Melayu dan British yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. Ternyata prinsip utama sistem politik Melayu sebagai dasar politik Tanah Melayu ditolak oleh PUTERA-AMCJA-Parti Komunis Malaya, dan mendesak sistem politik sama rata diwujudkan. Kegagalan mendapatkan kedudukan politik sama rata itu telah menyebabkan pemulauan perniagaan diadakan diseluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Bagaimanapun, ini gagal mengubah pendirian British, Raja-Raja Melayu dan UMNO. Perjanjian Persekutuan 1948 yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 21 Januari 1948 itu mengesahkan kejayaan UMNO dan mengetepikan PKMM/PUTERA sebagai wakil politik orang Melayu dalam kerajaan British. Parti Komunis Malaya yang gagal mendapatkan kuasa melalui cara perlembagaan, mengadakan pemberontakan bersenjata. British dan orang Melayu menentangnya sehingga 1960. Kekuatan perpaduan orang Melayu sederhana secara langsung mengalahkan golongan radikal kiri.

Parti Komunis Malaya juga menggunakan ulama yang bekerjasama dengan PKMM untuk menentang kekuatan perpaduan orang Melayu dalam UMNO. Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO. Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.

Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO. Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya. Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.

Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu. UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO. Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO. Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.

Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu. Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.

UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar. Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP. Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas). IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.

Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya. Keterbukaan yang tidak bertempat, perebutan kuasa dan kelalaian kepada perjuangan utama, tanpa mengambil kira kehidupan generasi Melayu akan datang dan perpecahan yang berlarutan akan menjadi senjata makan tuan kepada orang Melayu. Semangat bulan Mac 1946 patut menjadi indeks politik masyarakat Melayu Malaysia. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Mei 20, 2010

Akibat tumpuan kepada kuasa, parti politik Islam bergolak !

Pergolakan politik dalam dunia Islam masa kini sukar untuk diatasi kerana umat Islam sudah jauh terpesong daripada garis panduan Islam. Politik jika tidak didasarkan kepada prinsip dan konsep perjuangan menegakkan keamanan, keadilan dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi adalah mudah terpesong kepada perjuangan politik berteraskan kekuasaan dan kebendaan.

Prinsip dan konsep perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat dan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap ahli politik dalam negara Islam. Apabila pemikiran dan jiwa pemimpin politik disematkan dengan semangat memperjuangkan nasib bangsa dan agama maka mereka akan bertolak ansur dalam pelbagai aspek berkaitan dengan kepentingan negara dan agama tanpa menghiraukan kepentingan peribadi.

Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan nasib yang akan menimpa anak bangsa pada masa akan datang boleh membangkitkan semangat wira dalam jiwa setiap ahli politik beragama Islam. Apabila jiwa mereka telah dibangkitkan dengan semangat wira maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada objektif perjuangan mereka dalam arena politik. Kesedaran begini kurang wujud dalam jiwa dan pemikiran kebanyakan pemimpin politik dalam dunia Islam.

Politik dalam dunia Islam semakin hari kian bergolak kerana dalam pertarungan politik konsep 'menang' merupakan matlamat perjuangan. Apabila konsep ini dijadikan sebagai matlamat perjuangan ahli-ahli politik maka mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kemenangan tanpa melihat kepada kesan dan risiko yang akan mereka hadapi apabila kuasa berada dalam tangan.

Konsep 'menang atau berjaya dalam pertarungan' sepatutnya dilihat dalam perspektif yang boleh menguntungkan bangsa, agama dan negara. Realiti yang jelas kelihatan masa kini ialah kemenangan yang dicapai oleh parti-parti politik Islam lebih menjurus kepada penghakisan kuasa dan kewibawaan umat Islam dan bangsa. Setiap parti politik lebih menumpukan perhatian kepada kemenangan yang hanya dapat bertahan dalam jangka masa singkat.

Ini disebabkan ahli-ahli politik beragama Islam kurang menumpukan perhatian kepada pergolakan dan pertelingkahan sesama umat Islam. Pergolakan dalam politik umat Islam bukan sahaja memusnahkan kewibawaan bangsa dan agama malah ia juga membangkitkan semangat pergaduhan dan dendam kesumat sehingga ke tahap yang boleh memporak-perandakan parti politik mereka sendiri.

Paling memalukan ialah ahli-ahli politik yang memperjuangkan objektif parti yang sama bertarung untuk mendapat kemenangan sehingga ke tahap yang paling serius. Keadaan ini melambangkan bahawa ahli-ahli politik umat Islam kurang peka terhadap akhlak dan budaya berpolitik. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh memusnahkan sebuah parti politik yang berwibawa.

Perselisihan ketika berebut jawatan tertentu dalam parti politik boleh diibaratkan seperti orang lapar berebut makanan ketika berada dalam suasana negara ditimpa bencana alam. Apabila suasana begini dipertontonkan kepada rakyat maka timbul persoalan, apakah yang diperjuangkan oleh ahli-ahli politik Islam dalam negara mereka?

Jika sikap dan mentaliti begini dipertontonkan kepada rakyat maka secara spontan mereka boleh menilai dan memahami matlamat perjuangan ahli-ahli politik bukan lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi untuk kepentingan diri dan kebendaan. Sikap perjuangan begini menyebabkan umat Islam hilang arus ketika bertarung untuk mendapat kuasa. Mereka tidak menghiraukan tentang hakikat kelemahan diri mereka dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara.

Pemikiran mereka disemat dengan ideologi kekuasaan yang dianggap sebagai satu kenikmatan yang berbentuk syurga dunia dan mampu menyumbang kekayaan dan kemewahan dalam sekelip mata. Ideologi begini menghumban ahli-ahli politik Islam dalam kancah permusuhan yang berkekalan. Perasaan dendam kesumat menjadi sebati dalam pemikiran dan hati nurani mereka.

Kejahilan dan kelemahan diri dalam kepimpinan tidak pernah dijadikan sebagai satu cara untuk menundukkan diri supaya menginsafi bahawa diri mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana kewibawaan mereka dalam soal ini adalah terlalu tipis dan tidak berkemampuan.

Apabila perkara ini menjadi lumrah hidup ahli-ahli politik maka kepimpinan dalam negara Islam menjadi semakin pudar dan sistem kepimpinan dan pentadbiran negara menjadi kian lemah. Akhirnya negara boleh dikuasai oleh orang asing akibat kurang matang dalam arena politik.

Oleh itu ahli-ahli politik Islam perlu bermuhasabah dan memperakui kelemahan diri ketika berjuang dalam parti politik. Penilaian dan kehebatan dalam kepimpinan dan pentadbiran hanya dapat dinilai oleh Allah kerana Dia mengetahui isi hati manusia dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kewibawaan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mei 18, 2010

Apakah PAS sedang di SEKULAR kan oleh Pakatan Rakyat!

PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS.

Nik Aziz sanggup menangis semasa berdoa dihadapan ribuan penyokong di stadium pada pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah SEKULAR dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya ikhlas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS bersekongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kearah kecelakaan besar.

PKR telah pun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam seperti yang di suarakan oleh bekas ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan lagi oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 2008, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk peribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam. Bayangkan Tian Chua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah SEKULAR. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar dan terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak sebelum ini. Sebab itu jelas kita dapat lihat sekarang mengapa DAP walaupun menguasai kerusi pembangkang di parlimen, tetapi masih tetap mahukan Anwar sebagai ketua pembangkang!

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR ( bagi yang sedar percaturan politik DAP ) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan, tetapi sudah mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Seolah-olah apa yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyanggah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam? Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mei 17, 2010

Tahniah PAS : Sanggup jadi ‘ balaci ‘ untuk tegakkan ISLAM bersama DAP!

PRK Sibu kali ini menjadi bukti apabila PAS sendiri telah mem"balaci"kan dirinya kepada DAP. Dengan sedikit dana dan tiket kapal terbang, PAS telah menerbangkan beberapa peraih undinya untuk "beraksi" di Sibu. Antaranya Khalid Samad, Dr.Mariah, Mat Sabu dan lain-lain lagi. Dilihat mereka galak berkempen untuk DAP dan itulah sebenarnya agenda mereka. Maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat bendera " bulan " berselang-seli dengan bendera " roket " dari hari penamaan calon sehinggalah hari pembuangan undi. Hati penyokong PAS, hanya Allah swt sahaja yang tahu! Terpaksa menyokong DAP walaupun jiwa mereka sebenarnya memberontak!

Adakah dunia sudah terbalik bagi PAS! Atau adakah perkara yang dilakukan oleh PAS ini boleh dikatakan perkara pelik tapi benar! Apakah mungkin PAS menyokong 100% kehendak DAP yang melaungkan konsep " Malaysian Malaysia "? Apakah mungkin PAS sudah berfikir beratus-ratus kali untuk mengorbankan laungan mereka selama ini untuk mendaulatkan Islam di Malaysia? " Mimpi " menubuhkan negara Islam yang PAS laungkan dahulu telah pun dilaksanakan oleh UMNO dengan mendahului PAS mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Nampaknya, UMNO telah berjaya melangkah " over Karpal Singh's (DAP) body " dalam hal ini.

Adakah PAS sudah terdesak sangat untuk menunjukkan kesetiaan mereka pada DAP sehingga sanggup ‘ melacurkan ‘ ugama! Apakah PAS terpaksa " menyokong 100% " seteru politik utama mereka pada suatu ketika dahulu. Walaupun kini mereka bergelar " rakan sepakatan ", ternyata dasar antara PAS dan DAP sangat berbeza dan bercanggah antara satu sama lain. Bezanya bagaikan " air dengan minyak ". Itu hakikatnya, walaupun dinafikan oleh kedua-dua pucuk pimpinan masing-masing tetapi semua orang sudah tahu akan cerita yang sebenarnya.

Kita lihat pakatan antara PAS dan DAP hanya sekadar mempunyai satu persamaan iaitu untuk " menjatuhkan kerajaan BN ", khususnya UMNO. Tiada " tujuan " lain dalam " ikatan PAS dan DAP ". Semua ini amat jelas dan rakyat sangat maklum tentang perkara ini.

Fakta itulah yang amat dikesali oleh penyokong-penyokong PAS di seluruh Malaysia. Kerana " satu matlamat " itulah maka PAS bersedia " menghalalkan apa jua cara " dalam percaturan politik mereka. Hatta jika terpaksa bersaudara dengan " DAP " pun mereka sanggup " telan ", demi kuasa politik yang " belum pasti milik mereka ". Jika disoal mengenai perkara ini, maka tidak segan silu pemimpin mereka menjawab " inilah yang dikatakan siasah Islam "! Islam bagaimana jika perjuangan itu merugikan umat Islam sendiri? Islam bagaimana jika perjuangan itu men"jumud"kan pemikiran umat Islam itu sendiri? Islam apa yang cuba PAS perjelaskan jika terpaksa menjadi " kuda " kepada kafir harbi iaitu DAP?

Semasa berkempen Timbalan Mursidul Am PAS, Dato’ Haron Din telah melarang keras parti politik khasnya DAP dari menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan politik, tetapi Tok Guru Nik Aziz pula menghalalkan DAP menggunakannya! Malah Tok Guru Nik Aziz menyanggah pula pandangan Dato’ Haron Din kononnya itu merupakan pendapat peribadi dia, tapi saya ( Nik Aziz) benarkan. Politik menghalalkan cara! Ugama di pergunakan untuk kepentingan politik! MasyaAllah..

Kalau dilihat ceramah DAP penuh dengan ugutan berbau perkauman. Dalam siri ceramah DAP segala jenis hasutan telah mereka keluarkan malah ada seorang penceramah mereka dengan bangganya mengatakan, negara ini dari zaman nenek moyang kita (cina) lebih dulu telah berada di Malaysia. Malaysia bukan milik melayu!. Nampak tak bertapa teruknya DAP memainkan sentimen perkauman, segala fakta dan sejarah tentang kedatangan kaum Cina telah mereka buang ke longkang, hasutan dan fitnah sahaja yang mereka angkat dan jual sebagai fakta dan penceramah cuba meniup sentimen perkauman dikalangan pengunjung yang datang supaya membenci kaum melayu. Adakah penyokong-penyokong PAS bertakbir ketika itu bagi menyahut seruan DAP itu! Apakah penyokong-penyokong PAS terlalu dunggu untuk menerima apa sahaja yang dikatakan oleh DAP tanpa dapat mempersolakannya walaupun kepala mereka sendiri sudah dipijak-pijak oleh DAP!

Pas sanggup menghabiskan duit infaq yang berikan oleh penyokongnya untuk kegunaan DAP, tak cukup dengan itu mereka sanggup meminta lagi sedekah dari penyokong mereka di semenanjung supaya meninfaqkan duit mereka untuk membantu DAP menang dalam pilihanraya di Sibu. Duit infaq yang di berikan oleh penyokong mereka di gunakan untuk membantu DAP dan bukan di gunakan untuk perjuangan islam. Kita kena ingat, bukan semua ahli PAS yang bersetuju dengan kerjasama PAS dan DAP itu, apa agaknya perasaan mereka bila mereka dapat tahu yang PAS menghabiskan duit sumbangan mereka untuk membantu kafir harbi DAP?

Kita lihat pula apa yang berlaku di negeri Perak sebelum ini. Lihat saja bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak apabila PAS menjadi MB dan diperkudakan oleh DAP? Bagaimana Nizar boleh menderhaka kepada DYMM Sultan Perak dan menjadi " boneka " kepada Ngeh dan Nga? Lihat saja bagaimana Nizar hilang rasa hormatnya pada Ketua Agama Islam di Perak dan tidak hairanlah jika dia menghina mufti Perak yang ternyata lebih berilmu agama dari dirinya.

Berbeza dengan BN yang sejak dahulu menghormati perkongsian kuasa di antara parti komponen, BN tetap konsisten dengan peranannya. Selain mematikan hujah Pakatan Rakyat ( masih lagi Pakatan Haram? ), BN bertindak mengupas isu yang cuba dimanipulasi oleh pihak PR dalam setiap kali pilihanraya.

BN menyedarkan semua rakyat betapa Pakatan Rakyat itu suka berbohong dan menabur fitnah jahat. Tiada niat sekelumit pun dari Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat, malah perjuangan sebenar mereka hanyalah tidak lebih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menipu rakyat dengan janji-janji yang bakal dimungkiri. Begitulah resam " sesumpah ". Hakikatnya PAS menjadi " balaci " lagi kali ini. PKR menjadi " tukang sorak " manakala DAP menjadi " raja ".

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Mei 16, 2010

Apabila tetamu yang tidak diundang masih mahu memalu gendang !

Dilihat DAP masih lagi membawa isu perkauman semasa kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu. Penceramah mereka dengan bangganya mengatakan, negara ini dari zaman nenek moyang kita (cina) lebih dulu telah berada di Malaysia. Malaysia bukan milik Melayu!. Lihat betapa angkuhnya DAP yang tidak tahu mengenang budi memainkan sentimen perkauman. Segala fakta dan sejarah tentang kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu telah mereka buang ke dalam longkang malah hasutan dan fitnah sahaja yang mereka angkat dan jual sebagai fakta.

Penceramah DAP dilihat cuba meniup sentimen perkauman dikalangan pengunjung yang datang supaya membenci kaum melayu. Adakah ini faktur yang menyebabkan DAP menang tipis di Sibu. Nampak gayanya sentimen kuasa pengundi Cina dari Hulu Selangor ke Sibu berjaya!

Adakah DAP sudah lupa sejarah! Lupa sejarah kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu! Adakah DAP sudah lupa sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Adakah jika orang Melayu berbicara tentang perkara ini maka akan dituduh pula dituduh bersifat perkauman. Kalau mereka ( DAP ) buat tak apa, tetapi bila Melayu persoalkan mereka akan kata Melayu rasis! Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.

Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu.

Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan.

Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India, Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Disebabkan politik peribadi ahli poltik yang mempunyai kepentingan peribadi dan agenda dalam melemahkan kuasa Melayu dalam pada yang sama telah mengelirukan pemahaman kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang mereka, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini.

Lebih malang lagi, Majlis Peguam kini telah menjadi seakan sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya. Kini bangsa Melayu telah menjadi semakin dihimpit dan sedaya upaya menangkis serangan terhadap pencabulan kontrak sosial yang telah dimertai sekian lama.

UMNO sebagai pejuang kepada bangsa Melayu demi menegakkan agama Islam dan Melayu khasnya harus merapatkan barisan untuk mempertahankan tanahair tumpah darah iaitu Tanah MELAYU, MALAYa dan MALAYsia dari diporak-perandakan.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mei 15, 2010

P212 Sibu : Pesanan buat penyokong-penyokong PAS yang bakal mengundi DAP di Sibu!

Ini adalah peringatan buat penyokong-penyokong PAS yang bakal mengundi DAP di Sibu esok. Sebelum keluar mengundi sila renungkan kembali ‘fatwa’ yang pernah PAS keluarkan pada suatu ketika dahulu:

Pada tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

Ketika PRU ke-12 yang lalu, PAS sudah menggunakan taktik yang sama iaitu semasa bekas MB Perak bertanding di DUN Pasir Panjang, Lumut Perak. PAS mengeksploitasikan isu ini dengan mengatakan adalah haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Sebelum pembuangan undi pada 8 Mac 2008 yang lalu, petugas-petugas PAS mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan HARAM bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S. Vasan ketika itu daripada MIC yang mewakili BN. Agak menarik apabila sudah berjaya membentuk kerajaan buat sementara waktu, beliau ( Mohammad Nizar ) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah PAS yang sebenar .

Sebenarnya, bukan hanya ahli PAS yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin PAS sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli. Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut PAS yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka PAS – Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz perlu menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Bagaimana pula undi bukan Islam kepada PAS? Halal ke Haram ? Persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata PAS? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi PAS? Adakah bagi PAS, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi PAS sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang mana rata-ratanya bukan orang Islam.

Ustaz Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum pilihanraya ( PRU – 12 ) tidak lama dahulu dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh kafir, tapi bila PAS buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada PAS yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke PAS dengan Kelab Penyokong PAS mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah PAS jawab: ``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara PAS, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha PAS sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong PAS yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. PAS atau UMNO.?

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan PAS iaitu kafir tetapi PAS yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat dikecualikan? Mungkin itu sebabnya Ustaz Abdul Hadi boleh berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam PAS.

Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya. Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan Tok Guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan menghadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong PAS?

Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh PAS?

Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam PAS. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.Ketika berbaik dengan DAP, PAS tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu.

"Kita anggap dia ( Kit Siang dan Karpal Singh ) tokoh yang sudah luput masa, macam ubat yang habis tempoh," adalah ayat yang disuarakan. Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang di tempat masing-masing keadaan berubah. Sekarang kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi. Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram ?

Slogan undi PAS masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh. UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.

Pada penyokong-penyokong PAS yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri.

Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk PAS itu akan masuk syurga kerana beliau sendiri pun tiada kepastian. Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk PAS. Adakah dengan mengundi PAS akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.

Dan kepada penyokong-penyokong PAS yang bakal mengundi calon DAP di Sibu esok diharap dapat berfikir dua kali sebelum membuang undi anda. Jika PAS mengatakan adalah HARAM jika anda mengundi bukan Melayu, adalah lebih baik anda mengundi calon BN. Walaupun calon BN juga bukan melayu, tetapi BN tidak menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik.

Mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk kepada mereka yang semakin keliru itu kembali kepanggal jalan. Insya Allah.
Amin.

Salam 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan.

Suara Politik
Taminsari