Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mei 31, 2010
Raja ' Ekzos' Terus Perlekeh Mahkamah, Menteri Pula Jadi Mangsa!
Selepas menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim terus menggunakan pentas politik untuk memperlekehkan institusi kehakiman negara ini.
Sambil mengulangi apa yang disebutnya pada malam kelmarin, Anwar dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Perdana di sini malam tadi, menuduh pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan maruahnya.
Beliau mendakwa Jamil Khir mengarahkan pihak pendakwaan tidak mengambil tindakan ketika permohonan qazaf dilakukan terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah.
"Doktor periksa 'ekzos' tapi tidak ada apa, kita bagi tahu mahkamah tidak ada kesan apa pada 'ekzos' tetapi hakim kata 'ya betul tetapi mungkin ada yang lain', apa benda ini, ini semua kerja UMNO yang mahu terus mengaibkan saya dan keluarga saya," katanya.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Hadir sama ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggalkan majlis lebih awal tanpa sempat menyampaikan ceramah kerana kurang sihat.
Semalam, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejutkan dengan menggambarkan hakim yang mendengar kes liwatnya sebagai 'bahalol' kerana meneruskan perbicaraan itu. Beliau turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak.
Sementara itu, Anwar terus berdolak dalik untuk mengemukakan bukti bahawa wakil-wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan. Katanya, bukti tersebut akan dikemukakan kepada khalayak sekiranya UMNO menafikan bahawa mereka membayar kepada wakil rakyat terbabit.
"Saya ada keterangan dan bukti, kita akan bagi pada masa yang sesuai. Saya nak tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata bohong, kemudian saya akan bagi satu demi satu macam filem hindustan. "Kalau saya kata ada, bermakna ada. Tetapi bukti itu tiada di rumah saya, tiada di pejabat saya, tiada dalam beg saya... tetapi ada," katanya.
Komen : Apa lagi Raja Putar Alam @ Raja Ekzos ni nak bersandiwara! Kalau rasa tak bersalah, bersumpah saja didalam masjid. Tak perlu mengelabah tak tentu pasal. Mengapa sampai sekarang masih lagi berdolak-dalik dan menjaja cerita yang beliau di fitnah dan menuduh pula ini adalah konspirasi UMNO! Kes Liwat-II dah lebih 25 kali tertangguh di mahkamah. Silap-silap haribulan hari ini pun ditangguhkan lagi! Rakyat bukan bodoh untuk menilai kamu 'Raja Ekzos'. Sekali di tipu mungkin boleh kami terima, tetapi bila dah banyak kali kami tertipu..minta maaf lah ya. Karpal Singh dah tunjuk jalan yang kamu sudah berbuat sesuatu di ' ekzos ' Saiful. Kalau tidak takkan Karpal boleh tanya kepada Saiful..selepas itu kamu mandi wajib tak? Fikirkan lah ya..!
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam bro,
persoalan karpal itu memang bodoh kerana ia secara tidak langsung mengiayakan perbuatan anwar ke atas saiful. Sekiranya benar, Anwar memang sejak daripada awal sedaya upaya menafikan perbuatan terkutuknya kerana sekiranya dia mengaku maka musnahlah karier politiknya.
Sebaliknya jika Anwar terus berdolak dalih dengan mengalihkan pertuduhan kepada berbagai jenis konspirasi umno, amalan rasuah oleh BN, sabotaj ke atas dirinya dan bermacam-macam maka penyokong PKR sendiri akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya di samping meraih simpati kepada rakyat melaysia yang lain.
Kwn pasti, kes perbicaraan anwar ini akan ditangguh dan disambung sehingga ke akhir hayatnya nanti. Bro, paling sesuai anwar jadi Raja Enjin... Habislah rakyat diperdaya dengan kepakaran jentera enjin yang terdapat dalam kepala otaknya. :)
Catat Ulasan