Rabu, April 30, 2014

MH370 Day 54: Australia dismisses claims by exploration firm?


Australian authorities on Wednesday dismissed claims by a marine exploration company that material found in the Bay of Bengal could be from missing Malaysia Airlines flight MH370.

Adelaide-based GeoResonance was quoted in Malaysian media and by Australia's Channel Seven as saying it had detected possible debris from a plane 5,000 kilometres (3,100 miles) from the current search location.

On Tuesday, Malaysia's acting transport minister Hishammuddin Hussein said he was verifying the information but Australia's Joint Agency Coordination Centre, which is fronting the search, downplayed any link.

"The location of MH370 suggested by the GeoResonance report (in the Bay of Bengal) is not in the Australian search and rescue zone," a spokesman for the government agency told AFP.

"The Australian led search is relying on information from satellite and other data to determine the missing aircraft's location. The location specified by the GeoResonance report is not within the search arc derived from this data.

"The joint international team is satisfied that the final resting place of the missing aircraft is in the southerly portion of the search arc."

The Beijing-bound Malaysia Airlines flight with 239 people aboard disappeared shortly after take-off from Kuala Lumpur on March 8.

Based on calculations involving the plane's speed and fuel and satellite data, investigators believe it veered off course and crashed into the southern Indian Ocean off Australia, although a massive hunt for evidence has so far yielded nothing on the surface or below.

The aerial hunt has been called off while the underwater search by an unmanned mini-submarine and other technology is being expanded across a huge swathe of seabed of about 56,000 square kilometres (21,600 square miles).

GeoResonance, which specialises in geophysical surveys to find oil and gas, groundwater, and uranium, said its research using images from satellites and aircraft had identified elements on the ocean floor consistent with material from a plane.

The company said it surveyed over 2,000,000 square kilometres.

"We identified chemical elements and materials that make up a Boeing 777… these are aluminium, titanium, copper, steel alloys and other materials,” company representative Pavel Kursa told Channel Seven.

Another company representative, David Pope, told the broadcaster: "We’re not trying to say that it definitely is MH370, however it is a lead we feel should be followed up."

Suara Politik
Belantan

Hudud: Pas jangan kecut-perut dengan DAP, PKR?


Hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud melalui pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat meletakkan parti itu di persimpangan, sama ada meneruskan cita-cita tersebut yang menjadi teras perjuangan Islamnya atau akur dengan tekanan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk melupakan hasrat tersebut demi pakatan.

Sememangnya, Pas dalam dilema antara mempertahankan maruah parti yang semakin dicabar oleh sekutunya atau terus menjadi ‘hamba politik’ dalam pakatan pembangkang demi meraih kuasa. DAP sudah jelas memberi peringatan kepada Pas supaya meninggalkan pakatan tersebut jika mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan manakala PKR pula secara konsisten mahu Pas akur dengan persetujuan yang dicapai berhubung perkara berkenaan.

Dalam istilah mudahnya, jika Pas mahu terus berada dalam pakatan, lupakan hukum hudud buat selama-lamanya. Tidak usahlah Pas hendak bernostalgia apatah lagi mengungkit sumbangan parti itu kepada pakatan selama ini, semua ini tidak ada dalam perkiraan PKR dan DAP.

Bagi kedua-dua parti itu, mereka senada menolak hukum hudud dan Pas mesti patuh kepada kehendak mereka. Suara Pas seolah-olah tidak dipedulikan.

Oleh itu di manakah maruah Pas jika mahu terus berada dalam pakatan sedangkan sudah terbukti PKR dan DAP tidak pernah menghormati perjuangan Islam Pas apatah lagi menghargai pengorbanan Pas selama ini dalam memantapkan kedudukan politik pakatan?

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan DAP, mereka ternyata tidak mahu mendengar apa juga hujah Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud, waima usaha Pas untuk bermuzakarah bagi me­nerangkan perkara itu.

Sikap PKR dan DAP itu jauh lebih buruk jika mahu dibandingkan dengan UMNO yang sudah menegaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak menolak hukum hudud tetapi mahu persediaan yang rapi dilakukan bagi mengelakkan salah faham khususnya dalam kalangan bukan Islam.

Tetapi malangnya, ada dalam kalangan pemimpin Pas masih memandang sinis kepada UMNO dengan menganggap sokongan yang diberikan oleh parti itu kepada hukum hudud sekadar usaha bagi meraih undi orang Melayu.

Namun apa yang anehnya, kenapakah pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berkata-kata terhadap penentangan terbuka oleh orang yang dianggap ‘tidur setilam dan sebantal’ dengan mereka. Apakah keberanian sesetengah pemimpin Pas hanya dengan UMNO sahaja tetapi ‘kecut perut’ apabila berhadapan dengan PKR dan DAP?

Justeru tidak perlulah, pemimpin Pas memandang serong terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO hatta sokongan kepada hukum hudud sekali pun. Jangan hanya tunjuk berani dengan UMNO sedangkan yang menentang keras pelaksanaan hukum hudud bukannya UMNO tetapi PKR dan DAP.

Atas sebab itulah, semua pihak memberi tumpuan sejauhmanakah keberanian Pas untuk berhadapan dengan penentangan ke­dua-dua parti tersebut. Sebagai sebuah parti yang bermaruah, Pas diharapkan tidak akan tunduk semata-mata kerana bimbang kehilangan kedudukan untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP jika pembangkang menawan Putrajaya.

Apa gunanya berkongsi kuasa, kalau Pas terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya? Apa gunanya bergembira kerana memperolehi kuasa, kalau Pas sekadar menjadi ‘pak turut’?

Sememangnya tiada siapa pun yang meminta Pas meninggalkan pakatan, kalau Pas berpendapat dengan cara itu sahaja mereka boleh berkuasa dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, teruskanlah kerjasama itu tetapi soalnya apakah Pas akan memperolehi keuntungan melalui perjuangan dan pengorbanannya?

Pemimpin dan ahli Pas perlu faham hukum hudud satu-satunya sisa perjuangan parti itu selepas matlamat menubuhkan negara Islam terpaksa ‘dikuburkan’ akibat penentangan keras DAP dan PKR. Oleh itu apa mungkin perjuangan menegakkan hukum hudud ini juga akan ‘dikafankan’ kerana penentangan kelompok berkenaan? Kalau itulah yang berlaku maka selepas ini mungkin perjuangan politik Pas pula menunggu masa untuk ‘ditalkinkan’ oleh sekutunya.

Semua senario ini seharusnya memberi kesedaran kepada Pas untuk tidak lagi tunduk kepada PKR dan DAP, cukup-cukuplah selama ini pemimpin kedua-dua parti itu dilihat lebih dominan dalam pakatan pembangkang, biarpun sejarah perjalanan politik Pas membuktikan pemimpin dan parti itu jauh lebih hebat daripada sekutunya.

Seperkara lagi, jika betul pakatan pembangkang begitu mendabik dada mengatakan mereka memperjuangkan demokrasi sebenar maka mereka perlu memberi peluang kepada Pas membentangkan rang undang-undang ber­­­­­kaitan hukum hudud seperti mana UMNO memberi ruang kepada Pas membuat persediaan.

Janganlah soal demokrasi ini hanya terpakai apabila melibatkan kepentingan PKR dan DAP sahaja tetapi apabila Pas mahu mempraktikkan amalan demokrasi itu, mereka berhujah pula soal Perlembagaan Persekutuan.

Sepatutnya, Pas diberi peluang berbuat demikian kerana setakat ini belum ada kerangka yang jelas apa yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, berilah ruang kepada Pas untuk menjelaskannya sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat. Janganlah melayan Pas bagaikan ‘parti yang tidak bermaruah’!

Namun begitu tumpuan kini diberikan pemimpin dan ahli Pas yang diharapkan istiqamah dalam perjuangan mereka untuk menegakkan hukum hudud. Jika benar mereka pejuang Islam dan mahu menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini. Inilah masanya untuk Pas membuktikan Islam bukanlah alat politik apatah lagi kuda tung­gangan kepada mereka bagi meraih kuasa.

Jika kali ini Pas tunduk kepada kehendak DAP dan PKR dengan memberi 1001 alasan kenapa rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hukum hudud tidak dapat dilakukan, maka terbuktilah Pas adalah parti yang paling tidak bermaruah dan tidak berprinsip dalam arena politik tanah air.

Sudah tentulah Pas tidak mahu keadaan itu berlaku, justeru mereka perlu bertegas dengan sekutunya. Pas perlu faham, sejarah politik negara sudah membuktikan parti itu mampu berjuang sendirian tanpa sokongan parti lain.

Dan berdasarkan rentetan perjalanan kerjasama dengan PKR dan DAP, kedua-dua parti itu lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya.

Berikutan itu Pas tidak boleh membiarkan parti itu terus diperbodohkan dengan mengerah pemimpin dan ahlinya menyokong agenda politik PKR dan DAP termasuklah perhimpunan pada 1 Mei ini tetapi apabila Pas memerlukan sokongan mereka bagi melaksanakan agenda parti itu, ia ditolak mentah-mentah seolah-olah Pas hanya layak dilayan bagaikan ‘lembu dicucuk hidungnya’.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Selasa, April 29, 2014

MH370 Hari ke-53: Rakaman audio pesawat dimainkan kepada keluarga China?


Pegawai Malaysia telah memainkan rakaman audio terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan udara kepada keluarga penumpang di China.

Ia berbunyi seperti perbualan radio biasa dengan nombor penerbangan diulang berkali-kali.

Mengikut laporan CNN, sesi pertama mendedahkan kronologi perhubungan terakhir pesawat berkenaan dengan stesen radar dan juga satelit yang berlegar di atas Lautan Hindi.

Pada 2.03 pagi 8 Mac, pusat operasi Malaysian Airlines menghantar pesanan kepada kokpit mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara Vietnam tetapi MH370 tidak menjawab.

Tiada komunikasi antara Malaysian Airlines dan MH370 selama lima jam sehingga syarikat penerbangan itu cuba menghubungi kokpit semula.

Keluarga China berkenaan diberitahu bahawa pesawat MH370 akan kehabisan bahan api setelah tujuh jam dan 31 minit dalam penerbangan.

Berdasarkan pengiraan bahan api, pesawat berkenaan akan kehabisan bahan api pada jam 8.12 pagi.

Delegasi Malaysia juga menunjukkan data satelit antara pesawat dan Inmarsat di Lautan Hindi.

Hubungan keenam dan juga terakhir dengan satelit berlaku pada jam 8.11 pagi.

Suara Politik
Belantan

MH370 Hari Ke-53: Syarikat Australia dakwa kemungkinan jumpa pesawat?


Sebuah syarikat penerokaan Australia dakwa telah temui bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan, Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Catu air: Selangor gagal beri kata putus?


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masih gagal memberi kata putus berhubung pemberhentian catuan air di negeri ini dan Wilayah Persekutuan yang sepatutnya berakhir esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat membuat ketetapan sama ada catuan air perlu diteruskan atau mencari alternatif lain.

"Setakat ini Sungai Selangor yang merupakan empangan terbesar ha­nya mencatat jumlah peningkatan air sebanyak 1.18 peratus," katanya dalam sidang akhbar mengenai status semasa kapasiti empangan air di Selangor di sini hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan berhubung isu status catuan air yang berlarutan sejak dua bulan lalu bakal diketahui minggu ini.

Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Yunus memberitahu, berdasarkan kajian dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri mendapati, sumber air di Kolam Hang Tuah bebas daripada penyakit kencing tikus.

"Unsur bakteria yang membawa kepada kencing tikus mematuhi parameter kandungan kimia yang ditetapkan," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Obama lawat Masjid Negara, monumen terkenal Malaysia?


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.

Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.


Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.

Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.

Masjid Negara, yang boleh menampung 15,000 jemaah, adalah lambang aspirasi Persekutuan Malaysia yang baru dibentuk ketika itu dan satu penghormatan kepada Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj atas usaha murni beliau ke arah kemerdekaan negara.

Masjid berkenaan, yang dibina pada 1965, menandakan keagungan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan setiap tahun menerima kunjungan banyak pelancong beragama Islam dan bukan Islam.

Menara setinggi 73 meter dan berbumbung utama konkrit berbucu 16 adalah antara ciri utama keunikan masjid ini yang menarik kedatangan pelancong.


Bangunan berharga RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 5.2 hektar, yang terletak di tengah-tengah persekitaran hijau Taman Tasik Perdana dan berhampiran Muzium Kesenian Islam.

Makam Pahlawan adalah tempat persemadian Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba serta Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Pada Jumaat, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star memetik Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai berkata 'bukan lazim' bagi seorang pemimpin kuasa terbesar untuk memasukkan kunjungan ke masjid dalam aturcara lawatan mereka.

"Tiada cara yang lebih baik bagi Obama untuk memuliakan Islam melainkan dengan melawat Masjid Negara. Agak menarik untuk mengetahui apa yang akan diperkatakannya tentang masjid dan Islam," katanya.


Akhbar itu turut memetik Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut sebagai berkata sungguhpun Obama tidak didesak untuk melawat masjid itu, keputusannya untuk berbuat demikian membawa makna yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

"Ini menunjukkan presiden adalah sensitif dan beliau mahu lebih dekat dengan dunia Islam," kata Nooh.

Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal itu semasa melawat Turki pada 2009.

Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar dunia.

Selepas kunjungannya ke Masjid Negara, Obama berlepas ke pusat pentadbiran persekutuan Malaysia di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Najib.

Suara Politik
Belantan

Isnin, April 28, 2014

Obama jawab kenapa tak jumpa Anwar?



Semalam Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjelaskan sebab sebenar beliau tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam rangka lawatannya ke negara ini.

Menurut laporan, Obama berkata beliau tidak berjumpa dengan ramai orang dan subjek kebebasan awam merupakan salah satu agenda utamanya semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa yang saya telah berkongsi adalah kepercayaan teras bahawa masyarakat yang menghormati kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara, hak pembangkang untuk menentang walaupun ia menyusahkan, kebebasan berhimpun, menghormati rakyat berbilang kaum dan falsafah politik, adalah baik untuk mengukur bagaimana masyarakat akan berjaya dalam abad ke-21, "kata Obama dalam sidang media bersama Najib di Putrajaya petang semalam.

Suara Politik
Belantan

MB Khalid 'panas bontot' di sergah Jeff Oii?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menempelak Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dengan menyifatkan pemimpin kanan DAP itu tidak mempunyai hak untuk memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Abdul Khalid yang mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 2008 menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun wujud desakan daripada pihak yang mahukannya berbuat demikian.

"Saya ingat dia tidak ada kuasa meminta saya meletak jawatan Menteri Besar," katanya dengan ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat peringkat daerah Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini hari ini.

Jeff Ooi menerusi laman Facebooknya dilaporkan secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid dan menggesa beliau dipecat sebagai Menteri Besar kerana didakwa gagal menangani isu air di negeri ini.


Pemimpin DAP itu dikatakan berang dengan pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor di bawah Abdul Khalid yang didakwa gagal menguruskan isu catuan bekalan air di negeri ini yang disifatkannya tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Selain Jeff Ooi, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerusi sebuah portal berita, www.astroawani.com hari ini dilaporkan turut mempersoalkan kredibiliti Abdul Khalid dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, Abdul Khalid enggan mengaitkan kenyataan Jeff Ooi dan Zuraida itu mempunyai kaitan dengan pemilihan PKR yang beliau akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang jawatan tersebut, Azmin Ali serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya tidak mahu kata perkara itu ada hubung kait. Kalau saya kata begitu, nanti saya pula dikatakan membuat fitnah.

"Mengenai kenyataan Zuraida, saya pun ada nama calon untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Wanita PKR," katanya.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, April 26, 2014

ANWAR DITAWAR KELUAR DARI MALAYSIA?


Anwar Ibrahim mungkin mengharapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu dan menunjukkan sokongan kepada beliau sebagaimana bekas naib presiden AS, Albert Arnold Gore atau Algore.

Terbaru, Algore dikatakan bertemu dengan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu di London.

Anwar dalam posting beliau di akaun Twitter miliknya pada Khamis, mendakwa Algore menawarkan kepada beliau untuk keluar dari negara ini tetapi ditolak olehnya atas alasan mahu meneruskan perjuangan.

Selain tawaran Algore, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa orang rakannya dari kumpulan Islam di United Kingdom (UK) berusaha untuk menyakinkan beliau untuk terus berada di London, katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang, Khamis.

Sementara itu dalam satu wawancara dengan majalah The Diplomat, Anwar berkata beliau terpaksa akui kini hampir tiada jalan lain lagi dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Kes Liwat II ke atas beliau.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau yakin akan kembali ke penjara kerana mendakwa tidak akan mendapat pendengaran yang adil di mahkamah.

“Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Persekutuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan,”

“Maka, melihat kepada penghakiman (Mahkamah Rayuan) saya fikir ia secara asasnya cacat, kerana mereka tidak menangani fakta yang disalahgunakan.

“Maka saya berpendapat, ianya jelas bahawa badan kehakiman bertindak mengikut arahan pemimpin politik mereka.

“Oleh itu, saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti.

“Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan peguam terbaik bagi mendedahkan porak peranda ini di mahkamah.

“Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan,” katanya seolah cuba meraih simpati.

Sementara itu, cara PKR dan Anwar berfikir berhubung lawatan Obama ke Malaysia disindir bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Dr Mahathir berkata, ianya terpulang kepada presiden AS itu sama ada mahu menemui Anwar atau tidak.

“Siapa yang beliau (Obama) mahu jumpa, itu adalah hak beliau, malah beliau juga tidak mahu berjumpa saya pun selaku bekas perdana menteri,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya, Khamis.

Beliau diminta mengulas kenyataan PKR bahawa parti itu kesal Obama yang akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula Sabtu ini tidak akan bertemu Anwar.

Dr Mahathir selanjutnya berkata, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada menemui sesiapa sahaja, termasuk Anwar.

“Jika mereka (PKR) tidak berpuas hati, mereka boleh tanya Obama sendiri sama ada kerajaan menghalang beliau daripada bertemu Anwar,” katanya.

Lawatan Obama ini adalah lawatan rasmi pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia selepas lawatan Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966.

Selain Malaysia, Obama juga akan melawat Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Asia di Filipina.

Suara Politik
Belantan

Pas Kelantan perlu kaji semula pelaksanaan?


Kerajaan Pas Kelantan disaran agar mengkaji semula pelaksanaan hukum hudud yang ingin dijalankan negeri itu kerana hukum hudud Islam merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam.

Pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah berkata, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini menyatakan hukum hudud yang ingin dijalankan di Kelantan hanya merangkumi orang Islam sahaja.

Sedangkan kata Abdullah, hukum hudud yang sebenarnya adalah merangkumi ke atas orang Islam dan orang bukan Islam.

“Hudud Islam kena dua-dua pihak (orang Islam dan bukan Islam), tetapi hukum hudud Pas hanya merangkumi orang Islam sahaja, ini zalim.

“Di dalam kitab Majmuk Al Imam Al-Nawawi ada menyebut bahawa jika ada kes berkaitan orang Islam dan bukan Islam, contohnya orang bukan Islam mencuri harta orang Islam, tidak ada khilaf lagi bagi hakim untuk menjatuhkan hukum hudud ke atas orang bukan Islam tersebut.

“Kalau hendak suruh orang bukan Islam ke mahkamah lain dan bukannya laksanakan hukum hudud untuk satu kes seperti ini, ia adalah tidak betul," katanya ketika ditemui di Mentaloon di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan itu susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana negeri menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, DAP menerusi Penasihat, Lim Kit Siang dan Ketua Publisiti, Tony Pua serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Tambah Abdullah, semua pihak wajib menolak pelaksanaan hukum tersebut jika Kerajaan Pas Kelantan ingin menjalankannya mengikut cara mereka sendiri.

“Jadi wajib untuk kita menolak hukum hudud Pas ini kerana ia bukan hukum hudud Islam, mereka ingin laksanakannya semata-mata kerana politik," jelasnya.

Suara Politik
Belantan

China's shadow to follow Obama around Asia?


President Barack Obama will not visit China on his Asia tour next week, but its broadening shadow will be cast everywhere he goes at a time of complex regional disputes and questions about US strategy.

American China policy has been based for two decades on the goal of easing the emerging giant into the international system while avoiding a classic geopolitical clash between an established power and a rising one.

China's regional ascent is now reality, with its growing economic and military influence nudging and worrying neighbors that look to Washington as a counterweight.

China is the "leitmotif that's going to be running through the trip," said Christopher Johnson, a former CIA China analyst now at the Center for Strategic and International Studies.

"The thing that both Beijing and those of us who watch at all closely will be watching ...will the president be saying the 'C-word' -- China -- on a regular basis throughout the trip?"

- Balancing act -


Obama will use visits to Japan, South Korea, Malaysia and the Philippines to placate allies uncertain over his diplomatic and military "rebalance" towards Asia -- with Washington preoccupied by crises elsewhere, including in Ukraine.

But he must at the same time find language that will not exacerbate suspicions in Beijing that the true aim of the rebalance is to contain China.

Obama's tour will be his first to Asia since Beijing declared an air defense zone in the South China Sea last year, raising the temperature of festering maritime and territorial disputes.

Washington branded the move as "illegitimate" and ignored the zone by sending its aircraft through it.

The episode, however, compounded worries in the US capital about China's ultimate military intentions.

But the two sides have continued talking.


Obama met Chinese President Xi Jinping in The Hague a few weeks ago, following their successful informal summit in California last year.

US officials appreciate Xi's diplomatic style, which is more freewheeling than that of former Chinese leader Hu Jintao.

First Lady Michelle Obama recently got a warm welcome in China. And the US president will go to November's APEC summit in Beijing.

Washington was also intrigued by China's decision to abstain but not to veto a UN resolution condemning Russia's referendum in Crimea last month.

But the potential for blunt exchanges remains, as evidenced by the public face-off between US Defense Secretary Chuck Hagel and his counterpart Chang Wanquan over Japan and territorial questions this month.

Obama's national security advisor Susan Rice says Obama will make clear that regional territorial disputes must be resolved "not through coercion, not through threats, not through anything other than peaceful diplomatic means based on the rule of law ... particularly the law of the sea."


Jeff Bader, who ran Obama's first term White House East Asia policy, said the president faces a balancing act with Beijing inside its rebalance.

"The message for China is the US is here to stay in the Asia Pacific, that the US expects international norms to be respected and countries not to be bullied, and that the US has developed and will continue to develop a cooperative relationship with Beijing," said Bader, now with the Brookings Institution.

But Chinese leaders will parse Obama's language.

Comments by top State Department official Danny Russel in February that China had created "uncertainty, insecurity and instability" in the region angered Beijing and opened debate on whether Washington had adopted a more hawkish policy.

There is talk in Washington that China might have again overplayed its hand with its neighbors, replicating the opening that Obama exploited in his first term to launch a diplomatic offensive.

Beijing's handling of the disappearance of a Malaysian airliner, its military buildup and the air defense zone may make Obama's audience especially receptive.


The Americans "want to take advantage of the fact that China is scoring own goals throughout the region," said Douglas Paal of the Carnegie Endowment for International Peace.

US-China economic relations are not without aggravation but the Treasury declared last week that Beijing was not a currency manipulator -- though Washington wants the yuan to rise further.

Trade disputes also niggle. What's more, the two sides are at odds over alleged Chinese cyber hacking of the US military and businesses though US leverage has yet to recover from revelations of National Security Agency eavesdropping by Edward Snowden.

- Chinese concerns -

So how will Obama's visit play in Beijing?

Professor Shen Dingli of Fudan University said China would rest easy in the knowledge that, ultimately, the US-China relationship was more important than Washington's ties with either Japan or South Korea.

China would also like Obama to tell Japanese Prime Minister Shinzo Abe that acknowledging war criminals with visits to World War II shrines is unacceptable, Shen said.

Jia Qingguo, dean of international studies at Peking University, said the US swing to Asia made sense given the region's growing influence and prosperity.

"But of course there are people in China and in other countries who are worried about its intentions -- that is only natural. The US is a big country."

Suara Politik
Belantan

Jumaat, April 25, 2014

Peguam gesa Putrajaya tidak teruskan rayuan kes hasutan Karpal Singh?


Keluarga Karpal Singh boleh singkirkan sabitan mengikut Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1997 yang membenarkan waris mendiang merayu terhadap sabitan berkenaan, kata peguam.

Menurut laporan berita The Malaysian Insider, Putrajaya perlu menggugurkan rayuan terhadap hukuman Karpal yang didenda sebanyak RM4,000.
Selain itu, mereka juga berkata Putrajaya juga tidak harus teruskan rayuan dan menunjukkan tiada elemen hasutan dalam kes Karpal.

Karpal menyuarakan pendapatnya sebagai peguam dan pemimpin berikutan krisis Perlembagaan rampasan kuasa yang menyaksikan kerajaan 10 bulan yang dibentuk Pakatan Rakyat (PR) di Perak jatuh.

Karpal dijatuhkan bersalah melakukan hasutan pada 2009 dan didenda RM4,000.

Karpal memfailkan rayuan terhadap pendakwaan dan hukuman dan menantikan hakim perbicaraan memberikan penghakiman sebelum membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan.

Naib Presiden PKR dan peguam N Surendran berkata Putrajaya perlu menggugurkan rayuan mereka dan tidak menghalang rayuan Karpal.

Mahkamah Tinggi pada 21 Februari menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Karpal kerana dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Karpal berkemungkinan gugur kelayakan sebagai anggota Parlimen, memandangkan kelayakan boleh terlucut apabila wakil rakyat dikenakan hukuman denda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun serta tidak menerima pengampunan.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung minggu lalu.

Suara Politik
Belantan

Khamis, April 24, 2014

Sudah terantuk, baru tergadah. Tiada rotan, akar pun berguna...!!! Tahniah MB Khalid, catuan air diteruskan?


Kerajaan Selangor akan meneruskan catuan air berikutan paras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dan bekalan air yang ada hanya mampu bertahan 29 hari lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sehingga 20 April, empangan itu mencatat paras air 89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 juta meter padu jika ia penuh.

“Berikutan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) pada masa ini sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutama di kawasan lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.

“Dengan cara ini, pelepasan air dari empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Baca Selama 10 minit di Perpustakaan Tun Uda di sini Selasa.




Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengenal pasti untuk membeli pam berbanding menyewa alat itu daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan.

Abdul Khalid berkata, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada masa ini turut menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Empangan Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

Selain itu, kaedah pembenihan awan dikenali sebagai ‘royal rain making technology’ juga akan digunakan untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di negeri ini.

“Kita jangka usaha-usaha itu akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH (juta liter sehari) air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula keputusan catuan air ini,” tambahnya – BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Rabu, April 23, 2014

UNISEL rugi lagi...!!! Kenyataan yang paling tak masuk akal dari seorang pemegang PhD bernama Dr. Halimah?


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali menegaskan kerugian yang dialami Universiti Selangor (UNISEL) selama lima tahun berturut-turut bukan berpunca daripada kegagalan beliau mentadbir urus institusi pendidikan di negeri itu.

Sebaliknya, Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selat Klang dilaporkan Antarapos berkata faktor lokasi dan asrama yang jauh dan tidak strategik menyebabkan institusi itu tidak menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Berpunca dari segi asrama itu sendiri yang tidak kondusif dan tidak mengikut spesifikasi. Ini menyebabkan dalam masa dua tahun ini Ketua Audit Negara sendiri mengatakan pembinaan asrama itu menyebabkan tidak sesuai diduduki oleh pelajar.

“Apabila asrama itu jauh, mereka terpaksa tinggal jauh dari Unisel dan terpaksa berulang sejauh 15, 20 km sekaligus menyebabkan mereka terpaksa mencari pilihan lain. Maka Unisel tidak menjadi pilihan di Bestari Jaya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Jurnal Unisel dan Pusat Fisioterapi dan Makmal, Klinikal, Diagnostik di Unisel kampus Shah Alam, petang tadi.

Halimah berkata demikian ketika ditanya adakah kerugian UNISEL itu mencerminkan kegagalan beliau sebagai Exco Pendidikan.

Halimah bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa kerajaan negeri tidak mengatasi masalah itu dan menukar strategik pemasaran agar UNISEL menjadi antara pilihan pelajar lepasan SPM.

Sejak mengambil alih Selangor, Pakatan Rakyat (PR) Selangor mula menuding jari kepada kerajaan terdahulu sebagai faktor kemerosotan UNISEL, meskipun dua penggal PR memerintah negeri itu.

Laporan Audit 2013 mendedahkan Unisel mengalami kerugian kira-kira RM37 juta, berikutan bilangan penuntut di universiti itu merosot sejak 2009.

Laporan itu menyebut kedudukan kampus yang jauh dari asrama telah menyumbang kepada kemerosotan bilangan penuntut universiti itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Kerugian secara konsisten itu mengundang persoalan mengapa rizab negeri yang melebihi dari RM3 bilion seperti yang dicanang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini tidak digunakan untuk mengatasi masalah ini.

Diajukan hal itu, Halimah berkata dana berjumlah RM60 juta disalurkan kepada UNISEL seperti yang diumumkan melalui Sidang DUN Selangor baru-baru ini.

“RM60 juta ini untuk tujuan itulah (baikpulih Unisel). (Diambil) daripada rizab negeri itu,” katanya.


Sementara itu, pada 17 April lalu, The Malaysian Insider melaporkan sekumpulan aktivis mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di hadapan pintu utama bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) mendesak kerajaan Selangor mewujudkan pendidikan percuma serta kebebasan akademik.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Bebas 2.0 mengemukakan lima tuntutan, iaitu bebaskan mahasiswa daripada hutang, bebaskan universiti daripada campur tangan politik, bebaskan mahasiswa menguruskan kewangan persatuan sendiri, mahu menguruskan pilihan raya kampus sendiri dan membebaskan universiti daripada sistem budaya berfikir yang tidak demokratik.

Mereka juga menuntut supaya kerajaan negeri menjadikan UNISEL sebagai perintis kebebasan akademik dan pendidikan percuma tersebut.

“Kami yakin Selangor mampu melaksanakan tuntutan ini.

“Kami juga mahu Selangor duduk semeja dengan mahasiswa untuk membincangkan hala tuju mahasiswa,” katanya dalam kenyataan bersama lapan organisasi pelajar iaitu Gerakan Mahasiswa Sedar, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis),Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Sister in Movement (SIM), Pro Mahasiswa Universiti Malaya dan Pro-Mahasiswa Nasional.

Membawa sepanduk “Mahasiswa tuntut kebebasan akademik dan pendidikan percuma” merancang menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Abdul Khalid.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar itu tidak dibenarkan masuk ke dalam premis Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) apabila dihalang pengawal keselamatan yang kemudiannya bertindak menutup pintu pagar utama.

Jurucakap kumpulan itu, Abdul Muqif Muhammad ketika ditemui berkata sebelum ini memorandum sama telah dihantar ke Parlimen dan disambut baik.

“Kami tidak diberikan sebarang sebab mengapa kami dihalang daripada masuk.

“Kami kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ini yang sebelum ini begitu lantang menyuarakan isu kebebasan akademik dan pendidikan percuma.

“Tuntutan kami ini relevan dengan kehendak dan keperluan rakyat terutamanya golongan mahasiswa sama dengan dasar yang diambil PR Selangor iaitu pemerintah berjiwa rakyat

“Kami juga mahu kerajaan PR Selangor membuktikan kelantangan mereka sebelum ini dan bukan sekadar indah di bibir sahaja,” katanya.

Suara Politik
Belantan

MB Khalid dicabar bubar DUN segera?


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran gagal menangani krisis air yang tenat.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, ia perlu dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal me-nguruskan krisis air di negeri itu.

"Tan Sri Khalid perlu bubarkan DUN segera, pelbagai masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah negeri itu. Selalu sahaja ada bantahan dari parti yang menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat.

"Yang susah adalah rakyat dan pelabur, bukan orang politik, jadi saya gesa mereka bubar DUN segera sebagai langkah mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air, bukannya berdolak-dalik dengan macam-macam alasan yang tidak masuk akal," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.


Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia (PSI), Suud Ridzuan Maarof mencabar kerajaan negeri untuk berdebat isu air Selangor dengan pakar air daripada Truth Squad (Skuad Benar).

"Kami mahu Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim buktikan kenyataan mereka sebelum ini bahawa teknologi membran adalah alternatif kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Di mana teknologi membran yang mereka janjikan boleh selesaikan isu air selama ini?" katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paras air di Empangan Sungai Selangor kini berada dalam keadaan kritikal dan meminta kerajaan negeri segera mencari jalan penyelesaian.

"Jika kita tengok paras air berada pada kadar 37 peratus dan ini membimbangkan semua pihak. Malah sudah ada pakar air yang membayangkan program catuan air di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan berlarutan sehingga Oktober ini jika kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air," katanya.

Suara Politik
Belantan

Selasa, April 22, 2014

AnuGAY 'terkilan': Obama meeting would have been 'helpful'?


Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim said Monday a meeting with US President Barack Obama during a coming visit to Malaysia would have been "consistent with US democratic ideals," after Washington said there would be no such encounter.

But Anwar, who was convicted of sodomy in March and whose opposition is engaged in a fierce political battle with Malaysia's longtime government, stopped short of criticising the US president.

"I am not upset," he told AFP, but he added that a meeting would have been "helpful" and "consistent with US democratic ideals and its foreign policy of promoting freedom and justice."

US officials said Friday that Obama did not plan to see Anwar while he is in Kuala Lumpur, marking the first visit by a sitting US president to the Southeast Asian nation in nearly half a century. They did not rule-out a lower level meeting.

Obama arrives in the Malaysian capital on Saturday for a three-day stop as part of his Asia tour, which also includes Japan, South Korea and the Philippines.

Washington has expressed disquiet about what it says are politically motivated charges to keep the veteran opposition leader out of Malaysian politics.

In March, a Malaysian Court of Appeal overturned Anwar's 2012 acquittal on sodomy charges, finding him guilty of having had sex with a former male aide in 2008 and sentencing him to five years in jail.

Anwar remains free pending an appeal to Malaysia's highest court.

A former deputy premier with the ruling coalition, Anwar has cultivated strong friendships in Washington, where he is lauded for his calls for reform.

The 66-year-old said there was "opposition from the Malaysian government" against him meeting Obama.

US national security advisor Susan Rice said while Obama was unlikely to meet Anwar "there may be other engagements at other levels" without elaborating.

Prime Minister Najib Razak's Barisan Nasional (National Front) coalition has ruled Malaysia since independence from Britain in 1957.

In elections last year, an Anwar-led opposition won the popular vote for the first time, but Barisan Nasional retained control of parliament due to what critics say is gerrymandering.

An annual report by the US-based academic study Electoral Integrity Project published in February ranked Malaysia's elections 66th out of 73 for democratic integrity.

Suara Politik
Belantan

Adakah Anwar jadi rujukan Dinasti Lim untuk menyatakan pendirian mengenai hudud?


Selepas ketiadaan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tumpuan kini beralih kepada siapa di dalam parti itu yang akan menentang pelaksanaan hukum hudud Pas.

Umum mengetahui selama ini hanya Karpal yang begitu lantang bersuara membantah cadangan Pas itu.

Sebagai seorang ahli politik yang mempunyai prinsip sendiri, Karpal tidak bermuka-muka dalam menyatakan pendiriannya meskipun mengetahui kesannya terhadap kesepakatan dalam pembangkang.

Keberanian serupa tidak mungkin dapat dilihat daripada mana-mana pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng.

Di sebalik pelbagai desakan banyak pihak supaya Dinasti Lim itu menyatakan pendirian, mereka sebaliknya selesa memilih untuk membisu.

Pilihan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam isu besar dan kontroversi seperti hudud, berdiam diri adalah lebih baik daripada bersuara yang boleh menyebabkan mereka hilang sokongan.

Adalah mustahil untuk mereka mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak menguntungkan meskipun tindakan itu mungkin dilihat seolah-olah mempermainkan ahli-ahli parti sendiri.

Nampaknya untuk tempoh lebih lama, ahli-ahli DAP tidak mungkin akan mengetahui secara rasmi pendirian Dinasti Lim berhubung hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.

Ahli-ahli DAP ketika ini hanya boleh bergantung kepada ketegasan Karpal dalam menolak hukum itu yang perlu terus dihidupkan di sebalik kehilangan ahli politik berkenaan.


Bagi Pas pula, ketiadaan Karpal meskipun satu kehilangan besar rakan sekutu tetapi mengurangkan tekanan terhadap hasrat melaksanakan hukum Allah SWT itu.

Hilangnya suara lantang Karpal yang menentang hasrat Pas itu turut membawa maksud hilangnya imej buruk kepada kesepakatan dalam pembangkang.

Pas tidak perlu gusar dengan Dinasti Lim kerana sangat menyedari baik Guan Eng mahupun Kit Siang tidak akan bersuara kerana bimbang hilang sokongan ahli-ahli parti itu.

Malah, pengaruh Dinasti Lim dalam isu hukum hudud ini boleh dikatakan langsung tidak ada kerana dalam kalangan ahli Pas terutama di Pulau Pinang, rata-ratanya sangat yakin Guan Eng dan Kit Siang tidak akan menghalang.

Tidak dapat dipastikan sama ada keyakinan itu datangnya daripada jaminan yang diberikan Dinasti Lim sendiri atau menerusi pemimpin-pemimpin Pas.

Tetapi inilah yang dipegang mereka iaitu Dinasti Lim sebenarnya bersama-sama Pas dalam pelaksanaan hukum hudud.

Namun, dalam meyakini perkara itu, mereka juga berasa hairan kerana sehingga kini Dinasti Lim tidak pernah menyatakan pendirian rasmi.

Lebih menghairankan mereka apabila dalam kalangan ahli DAP pula mendakwa Dinasti Lim tidak pernah bersetuju dengan hasrat Pas itu.

Apatah lagi ketika ini kesemua 38 Ahli Parlimen DAP termasuk yang beragama Islam dikatakan tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat kelak.

Adakah Dinasti Lim tidak bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen daripada partinya sendiri?

Perkara ini mencetuskan tanda tanya besar mengenai kejujuran Guan Eng dan Kit Siang terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

Bagaimana mungkin dua pemimpin utama parti itu boleh didakwa bersetuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud tetapi dalam masa sama tidak menghalang hasrat 38 Ahli Parlimen partinya menentang di Parlimen kelak? Siapa yang sedang dipermainkan Guan Eng dan Kit Siang ketika ini?

Ahli-ahli Pas dan DAP berhak bertanya perkara ini kerana Dinasti Lim tidak boleh bersetuju dalam dua perkara yang jelas bertentangan.

Persoalannya, adakah Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian mereka. Jika berani, siapa yang mereka akan pilih untuk dikhianati?

Suara Politik
Belantan

MH192 : Tayar pecah punca patah balik?

Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan.

MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku.

"Pesawat ini yang berlepas dari KLIA ke Bangalore pada pukul 10.09 malam semalam, selamat mendarat semula di lapangan terbang yang sama pada pukul 1.56 pagi tadi, membawa 159 penumpang dan tujuh krew pesawat.

"Pesawat ini terpaksa berpatah balik selepas pihak ATC memaklumkan terdapat serpihan tayar di landasan dan dengan segera OCC dimaklumkan berhubung keadaan itu. Berikutan keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak MAS, pesawat ini diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan krew pesawat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua penumpang kemudian telah dibawa ke hotel berdekatan sebelum menaiki pesawat berikutnya dari KLIA ke Bangalore pada pukul 3.30 petang hari ini.


Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, sebaik sahaja pesawat itu diarahkan berpatah balik, Unit Menyelamat Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan bagi langkah berjaga-jaga.

"Pihak MAS memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penumpang pesawat ini.

"Semua penumpang telah dibawa ke tempat penginapan berdekatan sementara menunggu penerbangan MH192 yang dijadualkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijangka tiba pukul 5 petang pada hari sama," katanya.

Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang, Kapten Nor Adam Azmi bersama pembantu juruterbang, Prakash Kumar.

Sementara itu, Siasat segala kemungkinan - Hishammuddin!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat segera sebarang kemungkinan termasuk berlakunya unsur sabotaj dalam kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu melibatkan MH192 yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Bangalore, India, awal pagi ini.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul berhubung kejadian yang menimpa MAS termasuklah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing, China.

"Biarpun MAS di bawah Khazanah Nasional, namun pihak kami mahukan satu laporan lengkap disediakan secepat mungkin. Ini kerana sudah banyak insiden menimpa MAS termasuk kes kehilangan MH370 dan laporan itu perlu diserahkan kepada kementerian ini dan Kabinet pada Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini selepas menemui krew dan penumpang pesawat MH192.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin memuji kecekapan juruterbang MH192, Nor Adam Azmi Abdul Razak, melaksanakan tugasnya dengan profesional dalam memastikan kesemua 166 penumpang dan anak kapal selamat, semasa mendarat cemas.


"Walaupun keletihan, para penumpang sempat meluahkan rasa kagum mereka terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya mendaratkan pesawat dan kesemua penumpang terselamat. Perkara ini diluahkan semasa saya berjumpa dengan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada juruterbang pesawat itu,’’ katanya.

Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita dan meninggalkan tempat itu bersama Hishammuddin.

Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin memakaikan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan termasuk unsur sabotaj seperti yang dimahukan oleh Hishammuddin.

"Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Interpa di Kuala Lumpur, hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

Isnin, April 21, 2014

Raja Bomoh buat hal lagi!


Biarpun sudah ditegur pihak berkuasa, Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, masih lagi menjadi tumpuan berita. Baru-baru ini beliau dilihat membuat upacara “pembersihan” di sekitar lebuh raya KM306.1 di Lebuh raya Utara-Selatan.

Lebuh raya tersebut mendapat perhatian kerana MP Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di jalan raya tersebut.

Malaysian Insider laporkan bahawa Ibrahim membuat upacara pembersihan untuk membuang roh-roh dari kawasan tersebut. Menurut laporan tersebut, Ibrahim menyatakan bahawa kawasan Gua Tempurung tersebut terkenal dengan kawasan gangguan roh.

Pengguna media sosial telah mengutuk tindakan Ibrahim dan ramai yang menyuruh pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.

Suara Politik
Belantan

Ahad, April 20, 2014

Mahkamah Putuskan Kenyataan Anwar Dari Kandang Tertuduh Penafian Semata-mata?


Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.

“Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau,” kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan Jumaat.

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

“Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu,” kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.


Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

“Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah,” kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah ‘armchair expert’ (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

“Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen,” kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Sabtu, April 19, 2014

'Diam' kata Khairy Jamaluddin kepada Zulkifli Noordin?


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan orang ramai marah atas tweet yang tidak sensitif naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin tentang kematian tragis Karpal Singh, MP Bukit Gelugor.

Cuma beberapa jam selepas kemalangan kereta yang meragut nyawa Karpal dan pembantu dia, C. Michael pada hari Khamis, Zulkifli terus ke Twitter dan berkongsi pendapat dia tentang kematian Karpal.

Zulkifli melalui akaun dia @zulkiflinoordin tweet: “Dlm keadaan kemelut Krjn PAS Klntn mau mlaksanakn hudud dgn bantuan UMNO,Allah tlh mmatikn Karpal yg mnjadi pnentang utama prlaksanaannya!”

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegur Zulkifli, memberitahunya untuk, "Shut up. Really, just shut up." (Diam. Benar-benar, sila diam)

Tweet Khairy menerima 1330 retweets oleh ahli politik, orang awam dan tokoh negara termasuk Marina Mahathir dan MP Termerloh Datuk Saifuddin Abdullah.

Karpal, ahli pembangkang terkemuka dan pemimpin DAP serta pembantu dia terbunuh serta-merta apabila kereta mereka merempuh sebuah lori berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara-Selatan.

Anak lelaki Karpal, Ramkarpal, pemandu C. Selvam dan pembantu rumah telah cedera dalam kemalangan itu.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, April 18, 2014

MH370 : Adakah Kehilangannya Memang Sesuatu Yang Dirancang?


Adalah suatu yang menakjubkan, bagaimana pesawat MH370 boleh memilih tempat yang sangat sukar untuk dicari. Melihat gambaran lokasi di mana pesawat malang itu kemungkinan terhempas, bukan merupakan satu kebetulan, melainkan memang satu perancangan.

Jika pesawat itu terjunam pada satu gaung dasar laut yang dikenali sebagai Diamantina Trench, besar kemungkinan kehilangan pesawat dengan 239 penumpang termasuk kru akan menjadi misteri selama-lamanya.

Dengan kedalaman 19,000 kaki, tiada peralatan lagi yang ada mampu mencapainya, tidak juga Remus dan remura kenderaan bawah laut yang digunapakai mencari AF447 tahun 2009. Setiap juruterbang yang terlatih, setidak-tidaknya tahu, lokasi-lokasi pelik dalam peta dunia; dan jika pesawat terhempas dilokasi itu, maka pusara tanpa nisan bakal wujud.

Pencarian MH370 sudah 31 hari, tiada sebarang clue, kecuali 3 pings yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat itu, namun kini pancarannya tidak dikesan lagi. Memang benar berbagai teknologi digunakan, baik di udara mahupun dasar laut. Britin telah mengirim HMS Echo dan HMS Tireless, tetapi dikatakan mempunyai misi rahsia, yang engan berkongsi banyak dengan pengetahunan orang awam.

Jikalah demikian, mungkin sahaja, pencarian pesawat MH370 bisa dijumpai dua kapal Britin itu, tetapi akan merahsiakannya sehingga suatu waktu tertentu. Sebabnya, kehilangan MH370 adalah satu misi misteri yang sukar untuk dijawab. Melihat, kehilangan pesawat itupun, merupakan satu misteri; bagaimana boleh berakhir di Lautan Hindi, sedangkan tujuannya adalah Beijing, China.

Hari ini merupakan hari ke-3 tamatnya masa bateri dua kotak hitam- data recorder dan voice cockpit recorder. Pihak pencari dikatakan menunggu sehingga kotak hitam tidak lagi menghantar pancaran; selepas itu baru menggunakan underwater vehicle- Bluefin 21. Bluefin 21 tidak boleh diguna selagi underwater locator beacon masih digunakan. Ertinya penggunaannya tidak boleh bersamaan dalam sesuatu masa.

Pencarian MH370 sudah menjadi HOPE FOR HOPE- walaupun sehingga kini, tiada sebarang petanda berkaitan pesawat itu. Istilah mencari jarum dalam tumpukan jerami, tidak dapat digunakan, atas sebab jeramipun tidak diketahui di mana lokasinya.

Pesawat bisa saja tidak memberikan sebarang serpihan, jika pesawat terjunam melalui hidung pesawat. Badan pesawat akan terus ke dasar laut seperti panah. Sayap dan ekor, akan turun tenggealam selepas itu. Kalau badan pesawat intact, kemungkinan besar benda-benda ringan seperti kerusi atau pelampung tidak akan mengapung.

Suara Politik
Belantan

#MH370 : Laporan akhbar tentang anak kapal pesawat hubungi bantuan diselidik?


Akhbar tempatan New Straits Times telah membuat laporan eksklusif berkaitan satu panggilan telefon yang telah dibuat oleh seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan tersebut, sumber panggilan itu datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid).

Setakat hari ini, tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Agensi media antarabangsa AFP melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia akan teliti laporan akhbar NST tersebut.

Sebelum itu, Hisham nafikan laporan akhbar tentang telefon Fariq!

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan muka depan akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.


Menurut Hishammuddin, jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Memetik laporan Bernama, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Suara Politik
Belantan

Rabu, April 16, 2014

Tiada kata sepakat untuk hudud : Azmin Ali menegaskan PR kekal tolak hudud?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat (PR) untuk tidak melaksanakan hukum hudud dalam negara.

Menurut Azmin, perkara ini dipersetujui dalam Majlis Pimpinan PR pada tahun 2011 yang dihadiri semua pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR.

“Perkara ini bagi saya tidak berbangkit kerana kita telah berbincang dengan terperinci dalam Majlis Pimpinan PR yang dihadiri semua pemimpin tertinggi. Perbincangan (ketika) itu berkisar kepada kertas kerja yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita telah menjelaskan pendapat kita dan berdasarkan konsensus itu, kita memutuskan banyak kali. Bagi saya kita tetap akan berpegang kepada pendirian PR dalam sesi tersebut,” kata Azmin dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

Azmin bagaimanapun berkata beliau yakin pimpinan kerajaan negeri Kelantan akan merujuk kepada pimpinan PR mengenai isu ini.

“Saya pasti yang orang ramai akan dapat penjelasan lanjut mengenai isu itu. Jika ada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan, saya pasti pemimpin negeri akan berbincang dengan pimpinan PR supaya kita boleh beri pendapat kita,” katanya lagi.

Belum dirujuk

Azmin bagaimanapun memberitahu majlis pimpinan PR belum lagi dirujuk oleh kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini.


“Saya tak nak membuat spekulasi…usul ini belum lagi dibincangkan (di Parlimen) dan saya pasti perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR yang seterusnya.

“Apa yang saya rujuk sebelum ini ialah bil (Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II) di Kelantan dibuat lebih awal sebelum penubuhan PR dan kita telah bincangkan perkara ini dalam mesyuarat sebelumnya.

“Apa pun jika ada perkembangan terbaru saya yakin PAS akan merujuk kembali kepada majlis pimpinan untuk membincangkannya,” tegas Azmin.

Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai PAS baru-baru ini bercadang untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II.

Cadangan ini kemudiannya ditentang oleh Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dengan alasan bahawa perlaksanaan hukum hudud bertentangan dengan perlembaagaan kerajaan persekutuan walaupun ianya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Suara Politik
Belantan

Hudud : PAS Diminta Tidak Tunduk Kepada Bantahan DAP/PKR?


PAS diminta oleh bekas pemimpinnya supaya tidak tunduk kepada bantahan DAP dan PKR dalam membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata inilah masa terbaik bagi PAS membentangkan rang undang-undang itu untuk membolehkan kerajaan negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hudud memandangkan kerajaan persekutuan dan Umno sudah menyatakan sokongan.

"Hudud merupakan antara teras perjuangan PAS, yang telah lama kita perjuangkan kerana ia tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik.

"PAS perlu pastikan ia jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam," katanya ketika ditemui pada seminar antarabangsa 'Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah' di sini Khamis.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) akan dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Ditanya mengenai tindakan PAS di negeri-negeri tertentu yang gagal tampil menyatakan sokongan terbuka kepada hasrat Kerajaan PAS Kelantan itu, Nasharudin berkata keputusan mengenai hudud dan langkah membentangkan di Parlimen adalah usaha kolektif.

"Apabila keputusan secara kolektif telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, ia harus dihormati walaupun mungkin individu ada pandangan sendiri," katanya.

Suara Politik
Belantan