Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 14, 2014
Apabila 'peliwat tegar' gila meroyan - Tuduh hakim Fitnah II macam bomoh, tengok atas bawah terus jatuh hukum?
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, hukuman lima tahun penjara berhubung Fitnah II ke atasnya sebegitu mudah dan diputuskan sekelip mata oleh hakim, yang diibaratkan beliau umpama seorang bomoh.
"Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun," katanya pada Himpunan Jelajah Reformasi 2.0 di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, sistem penghakiman di Malaysia sudah tidak bebas dan adil ekoran rencana Umno untuk menjatuhkannya supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan.
"Tak payah buat perbicaraan kalau sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana Umno nak jatuhkan saya," kata Anwar merujuk tindakan Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.
Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, perbicaraan Fitnah II terlalu singkat tanpa penelitian keseluruhan kes dan dengan pantas beliau dijatuhkan hukuman 7 Mac lalu, sebelum penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil Kajang, 11 Mac.
Selain Fitnah II, Anwar juga diserang bertalu-talu oleh Umno BN dalam beberapa isu lain termasuk kehilangan pesawat MH370 dan pencerobohan Lahad Datu.
"Sebut sahaja Anwar, (tak habis-habis) isu liwat, sebut sahaja Anwar, isu MH370, isu Lahad Datu yang lama dulu pun dikaitkan dengan saya juga.
"Umno sebenarnya nak tutup isu rakyat dengan aibkan saya dan masukkan saya ke penjara.
"Saya akan tetap lawan habis-habisan, saya tak takut dengan kekejaman dan kezaliman Umno," tegasnya.
Sumber : keadilandaily!
Anwar mungkin lupa yang para hakim dari awal-awal lagi sudah baca dan selidik sebelum hari perbicaraan! Selepas kes ini ditangguhkan selama lebih 60 kali dan mengambil masa lebih 2 tahun sebelum hakim Mahkamah Tinggi mendapati 'Anwar tidak bersalah', berapa lama masa yang diambil oleh hakim ketika itu untuk membuat keputusan? Bila menang akan kata hakim baik, adil dengan segala kepujian, tetapi bila kalah macam-macam lah pula segala tuduhan dilemparkan kepada para hakim?
Ketika Karpal Singh yang masih menunggu rayuan kes hasutan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan, Anwar yang juga sedang menunggu rayuan hukuman kes liwat menawarkan diri bertanding. Kenapa Karpal sanggup berbuat demikian tetapi tidak bagi Anwar? Pelik tetapi inilah drama politik yang sedang dipentaskan.
Rakyat Malaysia berterima kasih dan mengucap syabas kepada hakim yang terlibat kerana tidak goyah dan ter-intimidated oleh insan 'teristimewa' ini.. Terima kasih kerana telah menjalankan menjalankan tanggungjawab dan amanah tanpa takut dan ragu.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan