Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran gagal menangani krisis air yang tenat.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, ia perlu dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal me-nguruskan krisis air di negeri itu.
"Tan Sri Khalid perlu bubarkan DUN segera, pelbagai masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah negeri itu. Selalu sahaja ada bantahan dari parti yang menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat.
"Yang susah adalah rakyat dan pelabur, bukan orang politik, jadi saya gesa mereka bubar DUN segera sebagai langkah mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air, bukannya berdolak-dalik dengan macam-macam alasan yang tidak masuk akal," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.
"Kami mahu Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim buktikan kenyataan mereka sebelum ini bahawa teknologi membran adalah alternatif kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
"Di mana teknologi membran yang mereka janjikan boleh selesaikan isu air selama ini?" katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, paras air di Empangan Sungai Selangor kini berada dalam keadaan kritikal dan meminta kerajaan negeri segera mencari jalan penyelesaian.
"Jika kita tengok paras air berada pada kadar 37 peratus dan ini membimbangkan semua pihak. Malah sudah ada pakar air yang membayangkan program catuan air di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan berlarutan sehingga Oktober ini jika kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air," katanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan