Rabu, Disember 31, 2008

Hudud AlaPAS, Hududeologi DAP! : Siri - 2





Konflik Hududeologi DA'PAS


Pertentangan ideologi yang wujud antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam.

Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Presiden PAS mengesahkan ada mengarahkan Hadi Awang untuk membentangkang rang undang-undang bagi mengawal dan menyekat propaganda agama bukan Islam pada persidangan Dewan Rakyat. Cadangan Hadi itu bertentangan dengan ikrar yang dibuat oleh PAS dan rakannya dalam manifesto barisan pembangkang bertajuk "Ke Arah Malaysia Yang Adil".

DAP yang terkejut beruk dengan kenyataan itu mengarahkan PAS mengawal tingkah laku dan mengenakan tindakan displin terhadap Hadi Awang kerana cadangannya itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan sungguh mengecewakan DAP.

Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

DAP juga dilihat macam "kudung dapat cincin" cuba menyerapkan budaya parti itu yang suka memecat ahli-ahlinya dalam parti lain. Dalam Pakatan Rakyat ini, PAS betul-betul dijadikan hamba pada DAP hingga terpaksa tunduk dengan setiap tindakan yang ingin dilakukan DAP. PAS hilang suara, PAS hilang maruah, PAS hilang kuasa akibat gila kuasa dan terkurung dalam kebodohannya.

Pakatan Rakyat ini hanya retak menanti belah kerana pemimpin PAS dan penyokongnya tidak akan mahu selama-lamanya menjadi macai DAP. Kalau PAS masih sayangkan pakatan ini jadilah PAS sebagai macai yang dungu yang sentiasa tunduk di bawah telunjuk DAP, si kafir yang tak pernah menghormati Islam dan Ketuanan Melayu ini.

DAP semakin bimbang kerjasama disifatkan memakan diri apabila mula meragui keikhlasan parti gabungannya terutamanya PAS. Walaupun pembangkang cuba meyakinkan rakyat melalui manifesto yang dikeluarkan bersama tapi yang nyata masing-masing menyimpan gunting dalam lipatan.

Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kit Siang mendedahkan perkara ini untuk menjaga kepentingannya dan penyokong DAP yang amat takut akan sikap PAS yang radikal dan tidak mengendahkan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Pihak pembangkang lainnya sudah membuat pendirian dan meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap Negara Islam.

Namun kenapa PAS masih boleh berdiam tentang hal ini dan membiarkan penyokong-penyokongnya meracau di dalam gelap? Di dalam semua ceramahnya Pemimpin PAS mengelakkan dari menyentuh tentang komprominya dengan DAP dan PKR. Kenapa PAS takut sangat berbincang hal sebenarnya sedangkan penyokong dan rakyat Malaysia masih menunggu luahan dari mulut Nik Aziz tentang pengorbanan PAS yang terbesar ini?

Mengapa PAS mengambil jalan menfitnah pemimpin Kerajaan yang telah memulihkan ekonomi, membawa pembangunan dan merangsang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia? Adakah ini untuk mengalih pandangan rakyat dari kebaculan PAS yang sanggup mengorban teras perjuangannya menegakkan Negara Islam hanya untuk mengambil hati DAP dan PKR?

Sedihnya bukan saja PAS sanggup berbohong kepada pengikutnya tentang komprominya dengan pembangkang lain PAS juga ternyata tidak mementingkan perjuangannya dan kepentingan para pengikut setianya bahkan umat Islam keseluruhannya.

Rakyat Malaysia terutama umat Islam diharapkan tidak mempercayai parti PAS ini yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana pemimpinnya sanggup melakukan apa saja yang buruk dan kotor hanya untuk menang pilihan raya. Soal masa depan rakyat tidak penting bagi PAS yang penting hanyalah menjatuhkan Barisan Nasional yang telah membawa seribu macam pembangunan, kemajuan dan keamanan kepada rakyat dan negara ini.

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP. "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. DAP hari ini membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. Sah kini bahawa Anwar telah menjadi penasihat bagi Islam dan bukannya Ustaz-ustaz, tok-tok guru dalam PAS. Adakah Anwar kini telah dilabel sebagai penasihat Islam dalam Pakatan Rakyat selain dari PAS?

Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Hakikatnya, perjuangan mereka juga sama dengan perjuangan parti-parti politik lain yang terdapat dalam negara ini. Begitu juga dengan para penyokong parti PAS.

Takbir sana...takbir sini, hinggakan bila cicak terjatuh dari siling dewan pun takbir juga. Tetapi hakikatnya perangai mereka sama saja dengan perangai ahli-ahli parti politik lain. Melalak melaungkan Takbir, tetapi apabila kilang arak berleluasa kononnya akan menghapuskannya jika diberi kuasa kini Tak'BIR' hanyalah salakan sahaja.

Cuba kita lihat yang terkini bersabit pendirian Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Dalam forum beliau membuat pengakuan PAS akan melaksanakannya jika mereka memerintah negara ini. Disebaliknya bila diasak oleh DAP, beliau segera menukar kenyataan tersebut.

Persoalan penting di sini "Adakah pemimpin PAS lebih takut kepada DAP"?

Jika begitulah pendirian dan halatuju PAS masa sekarang, adalah lebih baik mereka bergabung semula dengan UMNO seberapa segera sebelum PRU-13 demi kepentingan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Kini tidak ada apa-apa perbezaan lagi antara Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan Islam yang diterapkan oleh UMNO. Semakin lama PAS bersekongkol dengan DAP, maka semakin tersasar arah perjuangan parti mereka. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya mereka berpatah balik dengan segera.

PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat DAP reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?

Memang sesuatu yang dijangkakan DAP pasti menentang cadangan Hudud dan Qisas ni. Kenyataan Husam yang dbuat akibat tekanan dan provokasi oleh Khairy Jamaluddin hanya memakan dirinya sendiri. Tentulah kata-kata Husam itu disorak gembira oleh penyokong PAS sewaktu wacana itu, tapi jika dibuat untuk populariti semata-mata akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Nampaknya Lim Guan Eng yang dianggap khalifah dan dikatakan 'faham Islam' sendiri yang mengeluarkan kenyataan menentang Hudud dan Qisas. Malangnya selama ini pemimpin PAS hanya menganggap orang UMNO sahaja yang tak nak Hudud tapi jika direnungkan dengan melihat penyokong PAS dan PR, sebenarnya mereka sendiri pun takut pada pelaksanaan Hudud ini.

Jika benarlah PAS ikhlas nak buat Hudud dan Qisas, lebih baik mulakan di Kelantan di mana DAP langsung tak ada pengaruh dan tak ada kuasa di sini. Mampukah?

Dulunya menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. "Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara...gunakan panduan itu dalam politik juga," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :

"Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

"Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW". - Prof. Zulkifli Mohamad

Perosak Menjadi Ulama
Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI
PAS

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA
MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN
AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN
MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN
DENGAN PAS

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE)

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM
BIDANG PERUNDANGAN ISLAM)

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI
MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI,
TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG
ISLAM

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI
PILIHANRAYA

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK
MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN
PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM
PERUNDANGAN ISLAM

Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi
alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja
dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat
amalannya.


Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Suara Politik

Isnin, Disember 29, 2008

Hudud AlaPAS, Hududeologi DAP! : Siri - 1


DIA menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990)

"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998)

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.

PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain itu, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.

Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!

Pemimpin PAS suka menyembunyikan perkara yang sebenar dalam Islam.

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Jampi Adunan Mistik, Politik dan Agama

Melihat politik yang dibawa oleh golongan PAS lazimnya akan menemui jawapan yang sedikit berlainan berbanding pandangan sesetengah penceramah politik biasa. Faktor kemistikan dan pengaruh agama diambil kira dalam berpolitik oleh golongan PAS. Ada beberapa penceramah PAS yang berkempen terpaksa membahagikan masa antara ceramah agama, cerita politik dan keahliannya dalam bidang perubatan.

Orang yang datang mendengar kempen turut datang membawa bersama botol-botol air. Selepas selesai berceramah, terpaksa melayani permintaan orang ramai yang mengadu pelbagai masalah diri mereka, daripada masalah kesihatan hinggalah kepada kekusutan jiwa. Ada kalanya bilangan mereka yang menunggu lazimnya tidak dihampakan mereka dalam membacakan doa-doa untuk memohon kepada Allah bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh orang yang bertemunya. Selepas mendengar dan berdoa menyelesaikan masalah orang, kadangkala bertanya orang yang menemuinya sama ada "sudah menjadi ahli PAS ke belum?"

"Jika sudah, alhamdulillah. Kalau belum, kena jadi ahli PASlah". Habis sesi ceramah itu, orang yang menemuinya akan pulang membawa bersama botol-botol air tadi. Cerita doa-doa bukan terpencil dalam politik orang Melayu. Di Kelantan, sejak menjadi Menteri Besar pada tahun 1990, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ahli politik PAS, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, juga terpaksa berhadapan dengan fenomena yang sama.

Sejak bertahun lalu, Nik Aziz meluangkan masa di pejabatnya di Kota Bharu untuk menerima orang ramai yang hendak berjumpanya. Terdapat orang yang berjumpa untuk mengadu mengenai hal-hal pentadbiran, dan ada masa-masanya Nik Aziz terpaksa mendengar rungutan-rungutan mereka selama berjam-jam.

Di kalangan mereka, ada juga yang datang dari luar Kelantan semata-mata untuk meminta Nik Aziz membacakan doa air penerang hati untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Nik Aziz yang lemah lembut jarang menghampakan orang. Dia akan membacakan doa-doa, dan orang tadi biasanya balik ke rumah dengan buah tangan daripada Menteri Besar. Anak-anaknya mungkin dapat meminum air penerang hati yang dibacakan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Apabila anak-anak mereka ini lulus peperiksaan, maka sibapa menjaja akan keberkesanan air penerang-hati kepada ahli-ahli keluarga lainnya dan ahli jemaah PAS lainnya bahawa kemujaraban air penawar Nik Aziz. Maka secara tidak langsung tergadailah AQIDAH kerana mempercayai air penawar hati Nik Aziz dan bukannya ALLAH. Begitu mudah ahli, penyokong PAS terpesong aqidah mereka.

Apa yang ditawarkan Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain tidak dapat dilakukan oleh para pemimpin UMNO. Penyelesaian masalah kehidupan dalam UMNO ialah jika rakyat sakit, mereka perlu pergi ke klinik-klinik dan hospital; kalau anda ingin anak anda berjaya, pastikan dia rajin belajar, menerima pendidikan agama dan diasuh oleh guru-guru diiktiraf dan berkelayakan yang baik di sekolah-sekolah.

Jika anak-anak anda mempunyai masalah untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman pelajaran, wakil-wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO, bersedia menulis surat cadangan atau rayuan kepada Menteri dan institusi tertentu.

PAS menawarkan satu perjuangan politik yang sekali-sekala bertaut dengan unsur-unsur keghaiban dan mistik manakala UMNO memberikan satu dimensi kemodenen.

Pemimpin UMNO berkempen ke kampung-kampung bercakap mengenai wajah-wajah Islam moden, pembangunan, kestabilan, kemakmuran, cabaran globalisasi, tuntutan perindustrian, kemerdekaan, perpaduan dan seribu lagi perkataan-perkataan yang membawa kemakmuran masa depan bagi negara ini.

PAS berkempen atas isu-isu murtad, kafir-mengkafir, pembangunan akhirat, taksiran Islam secara tradisional, kuasa dari langit, keadilan peribadi, pembaziran pembangunan, keyakinan kepada ulamak dan pengaruh syaitan.

Dalam beberapa kes, strategi PAS di negeri-negeri itu dibantu oleh gambaran umum kononnya pemimpin seperti Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS lain mempunyai kekuatan spiritual.

Bagaimana UMNO hendak berhadapan dengan orang ramai yang percaya bahawa pemimpin PAS yang berceramah juga pada masa yang sama boleh membantu mendoakan supaya penyakit yang mereka hadapi sembuh dan anak-anak menjadi cerdik.

Keyakinan itu menjadikan telinga dan mata sesetengah mereka tertutup dan ini dipagarkan lagi oleh tafsiran-tafsiran ortodoks tentang definisi ulamak, peranan golongan intelektual agama dan konsep politik Islam tradisional.

Politik pembangunan UMNO tidak membawa makna besar kepada golongan ini terutama yang ekstrim.

Susah untuk berhujah dengan mereka mengenai rasionaliti. Amalan dan fahaman ini banyak dikalangan pengikut fahaman Syiah dimana mereka akan berhujah dalam mempertikaikan hal-ehwal Islam walaupun ada kalanya hujah-hujah mereka bertentangan daripada Al-Quran dan Hadith sahih. Mereka akan membuka kitab-kitab Syiah dalam menyangkal apa sahaja yang dipersoalkan oleh ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Para pemimpin UMNO mempunyai tugas berat untuk membetulkan interpretasi-interpretasi tersebut yang berakar daripada perbezaan system nilai dan pandangan hidup kelompok Melayu-Islam di negara ini.

Jika diletak ke tepi segala emosi dan sandiwara yang dilihat dalam kempen dan ceramah PAS, UMNO tetap mewakili suara politik sederhana yang membawa harapan kestabilan, perpaduan kaum dan kemajuan di Malaysia ke sempadan yang lebih jauh.

UMNO menjanjikan kemakmuran bangsa, ketinggian martabat dan kekukuhan kuasa Melayu-Islam yang nilainya tidak sekali-kali setaraf dengan sebotol air penerang hati.

Suara Politik

Sabtu, Disember 27, 2008

Propaganda Ajaran Hindu Didalam PKR!














Penulis ingin menarik perhatian pembaca kali terhadap sesuatu itu yang penulis fikir penting, dan perlu dihebah kepada semua yang menyokong dan juga ahli PKR yang beragama Islam khususnya.

Jika kita perasan, Anwar selaku ketua/penasihat PKR selalu menyebut perkataan "Makkal Shakti" didalam ceramah-ceramahnya sebelum dan juga selepas kemenangan besar PRU lepas. Tapi adakah beliau faham maksud disebalik perkataan itu?

Secara umum ramai yang berpendapat Makkal Shakti membawa maksud kuasa rakyat, tetapi tahukah kita maksud sebenar perkataan tersebut? Atau mempunyai propaganda daripada mereka yang beragama Hindu? Mengikut Wiki, Shakti membawa maksud:

“'The Divine Mother'. Shakti represents the active, dynamic principles of feminine power. In Shaktism, Shakti is worshiped as the Supreme Being.

However, in other Hindu traditions of Shaivism and Vaishnavism, Shakti embodies the active energy and power of male deities (Purushas), such as Vishnu in Vaishnavism or Shiva in Shaivism. Vishnu's shakti counterpart is called Lakshmi, with Parvati being the female shakti of Shiva.”
Rujukan: Wikipedia

Ianya adalah nama seorang dewa didalam ajaran Hindu! Malah ianya juga merupakan satu lagi cabang didalam ajaran hindu yang dipanggil Shaktism. Saya tidak mahu membuat andaian melulu tentang pegangan agama Anwar, tetapi samada dia sengaja ataupun tidak perasaan, Anwar telahpun menyekutukan Allah dengan melaung-laungkan mereka ini adalah 'Rakyat Shakti'. Rakyat kepada dewa hindu bernama shakti :

“ Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah, dan apabila engkau memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan itu kepada Allah.”
- HR. At-Tirmidzi

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
(Rujukan: Wikipedia)

Apabila kita bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah, ini merupakan mempersekutukan Allah dan ianya adalah syirik. Bahkan ianya boleh membatalkan Islam( Rujukan: Harakah). Mungkin apa yang dilakukan oleh Anwar adalah dengan tidak sengaja, atau kerana dia adalah naif atau tidak sedar kerana asyik melihat sokongan yang diberikan kepadanya sehingga terlupa tentang halal dan haram dan syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jadi (terang dan nyata).

“ Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
– az-Zumar:65

Tetapi jika apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar dan pengikutnya(yang beragama Islam) tidak mempunyai niat untuk menyekutukan Allah, ianya tetap salah,makhruh dan mungkin juga berdosa. Ramai yang terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyedari buruknya perbuatan tersebut. Janganlah kita terikut-ikut dengan cara sesuatu puak/kaum, kerana kita mempunyai cara kita sendiri sebagai Muslim.

“ Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.”

- HR. At-Tirmidzi

Janganlah kita melaung-laungkan sesuatu perkataan yang kita tidak fasih atau faham, kerana takut apa yang dilaungkan kita itu mungkin terjatuh kedalam syirik khafi kerana kejahilan kita. Kes yang sama juga kita boleh berikan didalam lirik-lirik lagu didalam bahasa selain bahasa ibunda kita kerana takut terdapat propaganda jahat daripada agama lain cuba merosakkan akidah umat Islam kita ini.

Cuba kita selidiki secara mendalam perkataan yang terkandung dalam sesuatu ayat itu sebelum kita menelannya, takut-takut ada propaganda yang tersirat dan juga tersurat. Akhir kata, penulis harap penyokong PR janganlah kita dengan sembrono menyebut-nyebut apa yang dilaungkan oleh Anwar. Mungkin ada udang disebalik batu.

Warna-warna politik
Taminsari
Shah Alam

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA


KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..

Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com

Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )
Blog rasmi BPN :
http://parlimenbpn.blogspot.com

Jumaat, Disember 26, 2008

HUDUD Senjata Politik Pas!


Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.

Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO. Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.

Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.

Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”. UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

Taminsari
Shah Alam

Rabu, Disember 24, 2008

Kafirkan UMNO Angkara Militan Pas – Nik Aziz!

Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.

Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini? Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO.

Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah. Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam?Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat.Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian.

Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir? Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan?

Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas. Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.

Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz. Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah.
Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan. Hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya?

Taminsari
Shah Alam.

Isnin, Disember 22, 2008

Artikel Pilihan : Pas ditipu Anwar ditipu DAP !

Patutkah penyokong Melayu-Islam UMNO bersimpati kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Mereka juga Melayu, mereka juga Islam sama seperti Melayu-UMNO.


Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.
  • "Pas gagal hormati prinsip Islam."
  • "Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
  • "Pas gagal majukan umat Islam."
  • "Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
  • "Dakwah Pas bukan cara Islam."
  • "Hujah Pas timbulkan fitnah."
  • "Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
  • "Pas rela korbankan umat Islam."
  • "Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
  • "Pas khianati orang Melayu".
  • "Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)

Homoseksual di sebalik pusat kecergasan. Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.

Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)

ULASAN:

Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.

Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang

Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP).

DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).

MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.

TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAMKesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.
Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Disember 21, 2008

Calon Syiah belaan Nik Aziz belaan PR !


Melihat di dada akhbar pro-pembangkang hari ini, nampaknya serangan Pakatan Rakyat terutama PAS telah bermula. Walaupun terpaksa melupakan isu Eurocopter dan Isu Attantuya nampaknya kini Pakatan Rakyat telah mengeluarkan isu dari 'peti sejuknya' iaitu isu mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri.

Rakyat boleh menilai dengan jelas, setelah 9 bulan memerintah nampaknya kinilah masa yang sesuai untuk mengeluarkan isu dari peti simpanan Pakatan Rakyat yang semakin hari ketandusan isu dan terpaksa mencari isu yang boleh diputar-belitkan setelah isu nak tubuh kerajaan tak boleh hendak diguna lagi.

Kalau dahulu tuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan orang kafir, kali ini mereka pun berkawan dengan orang kafir dan lagi teruk ialah DAP Laknatullah, kafir harbi..
Kalau dulu juga tuduh UMNO sekular, kali ini Pakatan Rakyat ini lebih sekular dan dengan jelas mengakuinya sebagaimana kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebagai 'kawan rapat' PAS.

Kalau dahulu kata nak laksanakan hukum hudud, sekarang apabila memerintah negeri Perak, Selangor, Perak dan Kedah tak dengar langsung hukum hudud hendak dilaksanakan. Senyap seribu bahasa. Kalau dahulu tuduh kerajaan rasuah, mereka pun ada lakukan rasuah. Rasuah seks lagi.

Kalau dahulu tuduh kerajaan dapat sumber wang haram kerana membenarkan kilang arak, kali ini apabila mereka memerintah tak tutup pun kilang arak dan menikmati hasilnya. Kalau dahulu bising sangat...

Kalau dahulu kata nak perjuang untuk haramkan arak dijual dikedai-kedai, tetapi apabila ditegur oleh 'kawan rapat' DAP Laknatullah. Nak kemukakan usul arak haram pun takut kononya untuk menjaga persahabatan diantara syaitan dan PAS.
Isu rasuah pula, kerajaan dah tunaikan janji, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun diluluskan di Dewan Rakyat dan diakui pula oleh Pengerusi ICAC Hong Kong bahawa skop pencegahan rasuah Malasyia lebih luas dari ICAC Hong Kong.

Isu-isu di atas adalah sebahagian bukti penipuan mereka kepada rakyat. Dan banyak lagi mereka ini cakap tak serupa bikin sebab tida kejelasan perjuangan PAS. Kelantan lain Terengganu lain. Penyokong PAS sana tak kisah jika kasut pun diletak sebagai calon yang penting ada simbol PAS pasti kawasan tersebut akan menang.
Penyokong PAS Kelantan pun tak kisah jika pemimpin PAS tempatan tidak diletakkan sebagai calon. Walaupun PAS Kelantan terkenal dengan pemimpin kawasannya, apakah di Terengganu situasinya sama? Sebenarnya apa yang patut difikirkan oleh PAS ialah apa sebenarnya hala tuju perjuangan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat perjuangan Islam semakin kabur dan berkubur?
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi. Gurindam itu antara lain berbunyi:

Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.

Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.

Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini. Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:

Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.

Jika dikombinasikan gurin"damn" Pok Nik ini diadaptasi maksudnya, adakah rasuah menjadi amalan puak-puak PAS selama ini yang mereka halakan kesalahan kepada kerajaan? Petikan berikut:

Nak beri rasuah salah,
Beri duit ambil,
Tak beri rasuah kalah,
Beri kain pakai,
Bila mengundi pangkah bulan,
Beri gula kacau,
Kerana itu jom pakat undi PAS,
Akhirnya jadi serba salah.

Gurindam Nik Aziz inilah yang akhirnya membawa kepada perpecahan bangsa Melayu beragama Islam di Malaysia yang tidak mahu mengerti maksud disebalik kata-kata yang dilafaskan oleh Tok Guru Maksum kononnya bertaraf wali oleh pengikut PAS.

Sebab itu Nik Aziz menyatakan bahawa nampaknya ada harapan Mohamad Sabu akan bertanding di Kuala Terengganu ini, manaka Mr Hj Hadi Awang pula kata "line clear" untuk Mohamad Sabu dan akan berputih matalah PAS Kuala Terengganu. Nampaknya tiada orang dalam yang lebih layak lagi untuk menjadi calon PAS untuk bertanding.

Tapi, nak buat macam mana sekalipun Nik Aziz sayang Mohamad Sabu ni. Kenapa Nik Aziz tak letak Mohamd Sabu bertanding di Kelantan sahaja pada pilihanraya umum yang lepas? Pasti menang, sayang tapi tak berapa sayang?

Ayam Laga PAS belaan Nik Aziz

Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya.

Namun sedarkah bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka.

Mungkin atas sebab itulah jarang dilihat beliau solat jamaah bersama-sama. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi). Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman syiah kedalam parti PAS, terutamanya ke atas golongan pemuda. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.

Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan keduataan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah, ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini/Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan tahukah bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah!

Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri P.Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.

Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala ahli tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ketempat tersebut.)

Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah. Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain.
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah crowd puller bagi PAS. Ceramah beliau seringkali mendapat sambutan orang ramai, baik ahli PAS mahupun UMNO. Tetapi seringkali juga ceramah beliau menjadi fitnah kepada PAS.

Umum mengetahui, beliau sentiasa nampak hebat dengan gaya bahasa yang kasar dan kesat, kadangkala mencarut dan selalunya mencerca dan memaki pihak lawan sesuka hati. Ramai orang suka (terutamanya ahli PAS) tetapi terlebih ramai yang benci dan meluat (terutamanya dikalangan orang awam dan ahli UMNO). Sebab itulah beliau dilarang berceramah di kebanyakan tempat yang menjadi kubu kuat UMNO termasuk di dalam beberapa pilihanraya kecil kerana dikhuatiri menjadi fitnah kepada parti dan ramai orang akan lari dari mengundi pembangkang.

Ceramah beliau bukan membawa kepada kesedaran Wai Islam ataupun pembentukan Syakhsiyah Islamiyah tetapi hanya menyemai dan menyubur perasaan benci dan marah kepada mereka-mereka yang sepatutnya menjadi madu kepada PAS.

Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela keperibadian Mohd Sabu, dikhuatiri akan memalukan dan mengaibkan pimpinan jemaah PAS. Cukuplah mengingati kembali peristiwa khalwat beliau sewaktu menjadi ahli Parlimen di Kelantan. Kes tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas sebab-sebab teknikal, semua orang tahu tentang kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum AlFadhil Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari penyakit?. dengan membenarkan perempuan bukan muhram memasuki bilik hotel beliau??

Beliau seringkali menyarankan jemaah PAS didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang disarankannya sendiri. Mungkin boleh bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana apakah ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan?

Dalam keadaan beliau tidak ada pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu? Bayangkanlah kehidupan sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri!

Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk melaksanakan konsep kerahsiaan dan keterbukaan dalam gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli parti atas dasar maslahat umum terutamanya hal-hal berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun konsep ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Mohd Sabu. Jika tidak masakan maklumat rahsia Parti boleh bocor ke tangan pihak ke tiga.
Beberapa kali dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu mengenai beberapa keputusan di peringkat pimpinan daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa suasana ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti dan gerakan Islam keseluruhannya.
Ini menunjukkan wujudnya di dalam barisan saf pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS/PIS) dipengaruhi oleh Syiah, termasuk juga barisan Pemuda di dalam Parti tersebut. Cacian ke atas para sahabat Nabi s.a.w. dilakukan dalam majlis-majlis tertutup mereka.

Sedia umum tahu, apabila ada usaha dari umat Islam untuk diadakan muzakarah bersama untuk menyelesaikan isu Islam, politik dan perkara-perkara untuk penyatuan umat Islam, para pimpinan dan barisan pemuda PAS telah memberi berbagai pandangan dan alasan supaya pertemuan tidak dapat direalisasikan.

Kenapa? Adakah ia di ibaratkan pertembungan diantara fahaman Syiah dan Ahl Al-Sunnah Waljamaah yang sudah tentu puak-puak yang berfahaman Syiah dalam PAS mencuba mengelak sedaya-upaya untuk belakunya muzakarah. Mereka juga mengatakan Islam itu PAS, PAS itu lebih Islam. Fahaman yang di serapkan kedalam permikiran jamaah PAS umpama seperti puak-puak berfahaman Syiah yang mengatakan Al-Quran yang ada sekarang ini tidak tepat berbandingkan dengan kitab-kitab Syiah?

Ketika ditanya kepada salah seorang pemimpin SYIAH di Iran (Misbah al-Yazdi) mengapa kerajaan Iran melarang Ahl al-Sunnah dari membina masjid di Tehran, katanya : "Kami membenarkan pembinaan masjid di Tehran jika dibenarkan pembinaan Husainiyah (tempat ibadat penganut Syi'ah) di Mekah." Kerana itu kerajaan SYIAH Iran melarang para ulama Ahl al-Sunnah dari mengajar di masjid-masjid (walau yang kecil), sekolah-sekolah dan universiti-universiti.

Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawasanya ketika kebangkitan revolusi Iran, golongan Ahl al-Sunnah merupakan antara yang membantu kebangkitan tersebut kerana mereka ketika itu beranggapan bahawasanya pemerintahan yang hendak ditegakkan oleh Khomeini adalah lebih baik dari pemerintahan Syah Iran. Akan tetapi yang jelas berlaku hari ini adalah sebaliknya. Inilah hasil daripada sangka baik yang diamalkan oleh golongan Ahl al-Sunnah yang tidak mengetahui hakikat ajaran SYIAH.

Tindak-tanduk keperibadian sikap dan cara yang diamalkan puak-puak golongan fanatik PAS banyak dipengaruhi oleh sikap-sikap penganut Syiah. Perhatikan gerak-geri mereka jika berjaya memerintah negeri. Perkara yang akan diutamakan adalah mengambil-alih pentadbiran Masjid, Surau, SAR, Dewan orang ramai dan sebagainya? Kenapa? adakah mereka tergolong dari mereka-mereka yang berfahaman Syiah? Mengapa kepentingan institusi dan umat Islam diporak-perandakan oleh puak-puak golongan PAS?

Adakah amalan ibadat, aqidah orang Islam umumnya tidak setanding dengan orang-orang PAS? Berapa masjid yang telah dibina oleh PAS untuk menegakkan syiar Islam? Adakah sumber tidak mencukupi setelah berpuluh-puluh tahun? Ini boleh diertikan apabila berbalik kepada isu masjid di Iran diatas. Sejarah telah berlaku dengan adanya sembahyang dua imam, sembelihan dan bermacam-macam unsur Syiah yang membawa kepada wujudnya fatwa-fatwa songsang.
Adakah ini cara Ahl Al-Sunnah Waljamaah yang berpandukan Al-Quran dan Sunaah atau Fahaman Syiah yang telah meresapi pemikiran, fahaman kebanyakan orang-orang PAS?
Nik Aziz juga memberi seribu alasan dan menganggap UMNO sebagai musuh sudah sekian lamanya. Adakah Nik Aziz juga menyokong perjuangan Syiah sepertimana Mat Sabu yang disayanginya?

Tuan Guru turut menolak telah berlaku dua golongan dalam PAS di Terengganu sehingga menjadikan pilihan raya kecil itu nanti sebagai medan untuk menguji kekuasaan masing-masing.

"Itu hanya andaian musuh, oleh kerana musuh dalam keadaan kelam kabut sekarang, jadi pandai-pandailah dia mengadakan sesuatu pada parti lawan, itu memang dah jadi kaedah manusia.

Biarlah lawan nak kata PAS sampai ada dua tiga kumpulan pun namun yang penting kita akan berdepan dengan senang hati," ujarnya. Siapakah dua golongan yang dimaksudkan itu? Erdogan? Sunah Wal-Jamaah atau SYIAH?Kebanyakan mereka ini berselindung di sebalik jemaah Ahl Al-Sunnah Waljamaah supaya fahaman mereka tidak dihidu dan di cop berfahaman Syiah dimana PAS telah mendidik ahli-ahli mereka supaya menyimpan rahsia. Sebab itulah keburukan dan kesilapan mengenai mereka tidak diumumkan secara terperinci melalui Harakah dan media sealiran dengan mereka.

Kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, jemaah Ahl Al-Sunnah Waljamaah, mulalah untuk menentang kebatilan, kepalsuan dan penipuan yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Jangan lupa bahawa musuh sebenar umat Islam telah berada didepan mata, cuma ramai yang tidak melihatnya.
Fokus adalah untuk membela dan memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara yang tidak mungkin diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat yang tak tentu arah ini dan selamatkan umat Islam dari di keliru dengan fahaman yang telah dibawa oleh Penganut Ajaran Sesat/Syiah (PAS) ini supaya Islam di muka bumi Malaysia ini terpelihara hendaknya.

Selamat berjuang... Semoga Allah selamatkan ' Kuala Terengganu ' .
Pesanan rakyat..

Jumaat, Disember 19, 2008

Biar Salah Pilih Isteri Daripada Salah Pilih Kerajaan!


Lebih baik salah pilih isteri daripada salah pilih Kerajaan.’ Ungkapan yang selalu menjadi gurauan di kalangan kelompok elit ketika Eropah mula bertatih mengamalkan demokrasi dan mencari kecemerlangan kepimpinan pada awal abad ini. Ia menggambarkan betapa rakyat yang sanggup berkorban untuk mendapatkan Kerajaan yang baik biarpun terpaksa menghadapi ketidaktentuan rumahtangga.

Pada hari ini semua orang mahu mempunyai kedua-duanya iaitu isteri yang baik dan sudah tentu Kerajaan yang cemerlang.Mengapa perlu sebuah Kerajaan yang cemerlang? Memperkatakan soal ini selalunya menyaksikan perbezaan persepsi. Bagaimanapun pembinaan persepsi di kalangan sebahagian rakyat kadangkala ditenggelamkan dengan emosi, dendam. Jurus pandangan yang tertutup dan perkiraan yang dangkal.

Itulah senario di negara ini sekarang ketika setiap kali rakyat menanti pilihanraya umum sebagai kesempatan terpenting demokrasi untuk melaksanakan keinginan politik mereka samada mahu mempertahankan status quo atau mencuba pakatan alternatif terdiri daripada pakatan pembangkang.Menilai parti pembangkang di negara ini bukanlah suatu yang sukar.

Tidak perlu dilakukan analisis mendalam sebagaimana tradisi parti alternatif di Amerika Syarikat atau di Britain.Di negara-negara berkenaan parti alternatif menekankan soal kualiti supaya mereka dilihat dinamik. Di Malaysia parti alternatif lebih merupakan parti emosi daripada parti bercirikan kekuatan akhliah selain tidak bersandar kepada nasionalisme.

Mereka tidak banyak memperkatakan soal kecemerlangan ekonomi, sistem pentadbiran terkini, pengembangan Islam secara berhemat, pembangunan teknologi tinggi dan pembangunan pendidikan yang menyeluruh.Dengan kata lain adalah sukar mengharapkan pakatan alternatif meneruskan revolusi akhliah di negara ini apatah lagi menghadapi cabaran alaf baru. Sejak kebelakangan ini parti pembangkang yang mendapat nikmat besar daripada demokrasi di negara ini mengalakkan ribuan ceramah politik di merata pelosok negara dalam usaha mendapat sokongan.

Ceramah-ceramah ini sarat dengan menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan dan bukannya mahu menyaingi kerajaan yang ada secara berkualiti. Jangan mimpi untuk mendengar ceramah yang berwacana, berhemat dan bermoral selain asyik menafikan kebaikan dan kecemerlangan kerajaan. Para pemimpin pembangkang tidak seharusnya membawa budaya “denial syndrome”.

Alangkah baiknya jika Ustaz Hadi berkata begini, " Kami menyambut baik kejayaan Kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi tetapi jika kami diberi peluang memerintah, kami akan menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik misalnya dengan …." Alangkah baiknya jika Wan Azizah berkata,"projek MSC yang dibangunkan kerajaan bersifat strategik untuk kepentingan rakyat masa depan tetapi jika kami diberi peluang memerintah kami akan mengembangkan lagi projek itu supaya lebih berjaya. Kami sudah mengatur program pembangunan teknologi maklumat yang berdaya maju untuk dinilai oleh rakyat.

"Alangkah baiknya jika Nik Aziz menasihatkan penyokong pembangkang dengan berkata, "Memandangkan UMNO sebagai parti nasionalis yang memperjuangkan Melayu bererti memperjuangkan Islam maka kita harus juga bersaing dengan cara yang lebih terhormat supaya rakyat lebih menerima kita. Konsep musyawarah Barisan Nasional (BN) adalah baik dan sebab itulah kita tiru mana sesuai seperti mengadakan kerjasama dengan DAP."

Alangkah baiknya jika Pemuda Keadilan yang selama ini begitu emosi dalam tingkahlaku serta ucapan turut menjuruskan pemikiran mereka kepada soal wacana supaya boleh dikongsi oleh rakyat. Misalnya dengan memperkatakan soal cabaran alaf baru seperti kewujudan masyarakat global yang dipanggil “Children of plenty” dan “Generation X”. Inilah budaya pemimpin muda parti alternatif negara lain.

Jika pemimpin pembangkang mengamalkan kematangan berpolitik, majoriti rakyat kemungkinan besar boleh menerima tawaran alternatif mereka. Pakatan pembangkang miskin dengan kematangan dan kesederhanaan tetapi kaya dengan kerakusan. Kesederhanaan dan kematangan mampu menundukkan apa saja ancaman, kegawatan dan ketidaktentuan sebagaimana percatusan Nabi Muhammad S.A.W ketika merangka Perjanjian Hudaibiyah.Dalam menjamin "national security" negara tidak perlu nafsu tetapi sebaliknya kebijaksanaan, kerja keras dan muafakat selain kesederhanaan dan kematangan.

Setakat ini pakatan pembangkang telah mengamalkan beberapa pendekatan antaranya demonstrasi jalanan seperti di Jakarta, memanfaatkan sepenuhnya internet dengan cara yang cukup jijik, kegelojohan memasang bendera parti sebagai kesan psikologi awal dan kempen-kempen yang malangnya dipenuhi dengan tuduhan liar, fitnah dan janji-janji yang tidak masuk akal.

Siapa mahu percaya jika Allahyarham Fadzil Noor pernah berjanji mahu memberikan rumah kepada setiap warganegara Malaysia sedangkan kini Pas yang memerintah Kelantan selama lebih tiga penggal, bilangan rakyat miskin terus bertambah apalagi bercakap soal menyediakan rumah kepada setiap orang. Siapa mahu percaya dengan niat Keadilan menimbulkan soal kronisme, nepotisme dan korupsi di samping soal moral kerana pemimpin mereka juga menjadi perhatian besar kerana isu-isu ini.Berapa ramai orang Islam yang dinamis mahu percaya terhadap DAP apatah lagi setelah kejayaan strateginya membawa roket parti itu mencecah bulan Pas sehingga Pas tidak lagi berani bercakap soal penubuhan Negara Islam.

Nampaknya laungan ‘langkah mayat saya sebelum menegakkan Negara Islam’ oleh DAP sebelum ini benar-benar mencorakkan semula matlamat perjuangan Pas.Melihat rekod percaturan dan budaya yang dibawa oleh parti-parti alternatif ini rakyat nampaknya memerlukan masa yang panjang untuk mempunyai parti alternatif yang berwibawa. Dengan kata lain bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini, pakatan pembangkang bukan pilihan meyakinkan kepada majoriti rakyat yang mahu menyediakan yang terbaik kepada generasi anak cucu mereka.

Janganlah keputusan PRU ke-12 menjadi kayu ukuran kerana kemerosotan undi BN adalah disebabkan oleh undi protes. Jadikanlah ia sebagai pengajaran yang berguna kepada BN kerana sesungguhnya BN masih lagi relevan kepada rakyat. Tingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh bagaimana hendak menambat semula hati rakyat dan pengundi-pengundi protes ini nanti.

Bukanlah mudah untuk membangunkan negara secara strategik dengan mengambilkira kepentingan ‘national values’ yang merangkumi kekuatan Melayu dan Islam sebagai teras.Malaysia di alaf baru memerlukan Kerajaan BN yang canggih, berani dan berdaya maju untuk berurusan dengan percaturan dan muslihat antarabangsa yang sememangnya menunggu masa untuk menumbangkan sebuah lagi Negara Islam dan Kuasa Melayu di nusantara ini.

Taminsari
Shah Alam.