Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.
- "Pas gagal hormati prinsip Islam."
- "Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
- "Pas gagal majukan umat Islam."
- "Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
- "Dakwah Pas bukan cara Islam."
- "Hujah Pas timbulkan fitnah."
- "Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
- "Pas rela korbankan umat Islam."
- "Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
- "Pas khianati orang Melayu".
- "Pas tak ada akhlak" .
Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.
Pas gagal hormati prinsip Islam
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)
Pas gagal majukan umat Islam.
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.
Anwar bidas taktik kotor Pas
DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)
Pas hanya tonjol imej Islam palsu
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
Pas rela korbankan umat Islam: Anwar
KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....
Anwar seru rakyat tolak Pas
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.
CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)
Pas cemar ukhuwah Islam
BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)
Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).
Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.
PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)
Homoseksual di sebalik pusat kecergasan. Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.
Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)
ULASAN:
Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.
Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?
DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA
DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang
Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP).
DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).
MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.
TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.
PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAMKesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.
PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.
Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.
Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.
DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.
Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.
Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.
Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?
Suara Politik
Taminsari
7 ulasan:
Ha ya sangat tepat sekali. Pas dah teruk. Tetapi jika sekiranya sanggup berbincang dan bersatu dengan Umno, Pas akan terus hidup.
Salam, sdr belantan, pembentangan sejarah keratan akhbar dan fakta yang jelas, baik unt di pertontonkan kepada golongan muda melayu.
tiga parti yang baru mengikat pertalian cinta monyet, masing2 mencuriga antara satu sama lain, masing2 masih was2 antara satu sama lain, ini sikap yang hanya retak menunggu belah, ini keadaan telur di hujung tanduk, setiap individu tertinggi mempunyai ego yang cukup gergasi terutama AN War yang cukup gagah ego nya, yang dikatakan akan menjadi PM walaupun parti nya baru setahun jagung.
PAih cukup cemburukan PKR kerana intimnya lebih kan DAP, teman wanita yang dianggap oleh AN War cukup seksi dan menawan, cukup jelita dan berkulit puteh dan selesa mata memandang berbanding PAih yang tak pandai menghias diri, umpama tak pandai bergaya, umpama kuno dan berpakaian kampong, ini tidak tertarikh dik AN War seorang gigolo politik seorang playboy politik. ini lah nasib malang PAih dibandingkan DAP.
terbukti di PR Permatang Pauh DAP ditempatkan sebagai TPM manakala presiden PAih hanya layak menjadi menteri menjaga Agama saja.
Rakyat tk boleh bergantung kepada mereka, hubungan cinta monyet amat rapuh kekuatannya, hancur negara, hancur bangsa, hancur agama.
Ingat kepimpinan Negara bukan cinta monyet.
Tahniah Sdr. Belantan, InsyaAllah ada masa teman hadir lagi, tetapi teman banyak kan masa di blog sahabat baik teman Pemuda Enggang, Abangtuah dan Apai Ngelai, apa pun tahniah. Wassalam
Ya, sokong tulisan encik yang padat dan penuh berisi ni.
Salam Sdr.Kuntakinte & Sdr.Sedingin Salju.
Terima kasih di atas ulasan yang diberikan. Sesungguhnya " cinta haram " mereka tidak akan berkekalan lama. Umpama " cinta segitiga " yang belum didaftarkan dan masing-masing masih bertepuk sebelah tangan kerana was-was antara satu sama lain.
Apa-apa hal DAP adalah Abang Besar kepada PKR dan PAS. Hitam kata DAP, maka hitamlah. Putih kata DAP, maka putihlah.Contoh terbaik di Selangor dan Perak dimana kedua-dua MB adalah boneka kepada DAP..itupun masih tak sedar-sedar lagi..baru semalam " abang besar " dah bersuara...sorry to PAS, no to HUDUD!!!
Teringat kata-kata Ustaz HAdi..Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam ...Beliau mengakui pelaksanaan hukum hudud akan melalui proses masa yang panjang. Inilah alasan yang diberikan oleh mereka jika gagal melaksanakannya termasuk menyalahkan kerajaan!!!
Itu adalah biasa bagi mereka yang terlampau nampak kesalahan orang tetapi, kesalahan diri sendiri, tak nampak.
Salam Taminsari...
Jack kagum dengan pededah yang sering kali tamin bongkarkan... Jack rasa tamin ni memang banyak menyimpang fakta2 yang pengting kot... Dulu Jack Fakta yang tamin bongkarkan pasal Anwar ni, tapi tak jumpa... dah puas search pun tak dapat juga... Hebat betul tamin ni...
Jack ingat Anwar dah berubah….rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.
Sekali tak mengapalah tetapi kalau berkali-kali nanti orang perasan juga. Lagi pun Pas dan DAP takkan boleh tahan ditipu sedemikian rupa. Mereka pun ada hati dan perasaan juga.
Lagi kerap mereka ditipu maka lagi ramai yang lari meninggalkan si kaki penipu. Ia sedang berlaku dan akan terus berlaku. Ada yang masuk Pas dan ada yang masuk parti lawan.
Diakhirnya nanti yang tinggal hanyalah parti anak beranak saja, dan tidak menghairankan kalau akhirnya Anwar terpaksa membuat pilihan. Lompat ke dalam kapal Pas atau lain-lain bahtera.
Kepada Husam dan kumpulan erdogannya… cukuplah tu. Janganlah anda pulak nanti yang terpalit dengan sifat menipu dan bohong Anwar. Sedarlah bahawa anda semua telah terpedaya dengan dakyah serong Anwar sehingga anda terlebih kagum dan taat kepada beliau berbanding dengan pemimpin sendiri. Sedarlah bahawa disebabkan temberang Anwar sudah banyak kerosakan yang telah berlaku di dalam jamaah kita.
Salam Perjuangan
CJ
Salam Jack..
Apa-apa isu penting yang berlaku sekarang eloklah di simpan. Untuk 5 hingga 10 tahun akan datang ianya akan menjadi " peluru " yang berguna untuk menyerang balik. Begitu juga dengan artikel2 yang boleh dijadikan rujukan, eloklah disimpan. Bila ada masa yang sesuai kita gunakan semula untuk menyokong fakta. Seperti ulasan saya pada blog Jack tentang Husam Musa..mengenai Pakatan Rakyat dan Islam hanya idealisma bagi Pas..kalaulah KJ keluarkan isu ini masa berdebat tentang HUDUD, saya merangkak Husam Musa nak jawab..Jadi fakta tentang Anwar eloklah Jack simpan untuk rujukan di masa depan..yang pastinya diperlukan suatu hari nanti..
Salam Perjuangan
Taminsari
Catat Ulasan