Selasa, Disember 16, 2008

Kaum India mesti bersatu angkat taraf hidup!

Seperti yang disiarkan di ruangan rencana Utusan Malaysia pada hari ini Selasa 16-12-2008.

AGAK pelik juga apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendakwa hak kaum India telah diabaikan termasuk sukar menyertai sektor awam, gagal memasuki universiti awam, tidak diagihkan rumah murah dan tersisih daripada tender kerajaan.

Apakah tujuan sebenar Samy Vellu hendak memburukkan kerajaan Barisan Nasional dan di mana semangat setiakawan yang dijunjung sebelum ini. Jika semasa menjadi menteri, beliau menyatakan telah melakukan yang terbaik untuk kaum India di Malaysia, tetapi mengapa sekarang lain pula nada nadanya.

Sepatutnya Samy Vellu, MIC dan parti-parti yang mewakili masyarakat India berkerja keras untuk memperbaiki taraf hidup kaum India serta membendung penyakit sosial di kalangan mereka supaya tidak menjadi wabak. Samy Vellu pun tahu beberapa tempat di Lembah Klang, penduduk setempat hidup dalam ketakutan akibat gangguan daripada kumpulan-kumpulan haram.

Hindraf sendiri dalam salah satu tuntutannya mendakwa pihak polis tidak mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah sosial kaum India. Mereka menyalahkan pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa. Dan apabila pihak polis bertindak agak keras dan tegas, mereka menuduh pihak polis cuba menghapuskan kaum India. Dengan sebab itu timbullah satu laman web yang diberi nama police watch oleh Hindraf sendiri dengan matlamat untuk mengawasi pergerakan polis. Inilah Hindraf yang dikatakan memperjuangkan hak asasi kaum India di Malaysia di mana Samy Vellu sendiri sudah mula terikut-ikut rentaknya.

Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang- orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Samy Vellu mungkin telah cuba sedaya upaya semasa beliau berada di dalam Kabinet. Malangnya, masalah terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin India adalah kerana mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan ketua barunya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya.

Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang 2 juta dari penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat berpegang dengan 'sistem kasta' seperti yang diamalkan di negara India itu sendiri.

Perkara itu memang tidak boleh dinafikan. Kita boleh lihat sendiri cara-cara golongan bertaraf sederhana dan tinggi (kasta atasan) berinteraksi dengan golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf tinggi pada kebiasaan akan memandang rendah golongan bertaraf rendah. Agak sukar untuk dipercayai apabila ada kalangan masyarakat India yang masih berpegang kepada amalan ini. Sebab itu kita boleh lihat orang kaya dari golongan bertaraf tinggi akan bertambah kaya, manakala yang miskin dari golongan bertaraf rendah akan menjadi bertambah miskin.

Yang kaya agak sukar untuk membantu golongan miskin. Mereka tiada kata sepakat dalam mencari jalan untuk membantu kaum mereka sendiri. Mungkin di atas sebab-sebab inilah mendiang Tan Sri Pandithan keluar dari MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin di kalangan penduduk keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet di seluruh negara.

Selagi ikatan 'kasta' tidak terlerai, selagi itulah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah-masalah lain kerana di kalangan mereka sendiri tiada kata sepakat. 'Sistem kasta' inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri.

Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO seperti yang didakwa oleh Hindraf kononnya kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri. Akhir sekali satu soalan kepada Datuk Seri Samy Vellu. Mengapa hendak mendapatkan bantuan dari luar setelah anda sendiri berasa gagal memimpin kaum India di Malaysia?


TAMINSARI
Shah Alam

5 ulasan:

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Lekir dengar masyarakat India semakin tidak suka M.I.C kerana isu Maika Holding yang tidak selesai sampai ke hari ini

Mereka juga mahu muka baru menjadi pemimpin M.I.C

Taminsari berkata...

W/sallam saudara..masyarakat India membenci MIC kerana Sammy Vellu masih tidak mahu letak jawatan..tinggal sorang ni aje yang masih degil lagi..memang betul ahli mahukan muka baru memimpin mereka, tapi Sammy buat2 tak faham aje...mungkin disebabkan oleh isu MAIKA ini Sammy sayang nak tinggalkan MIC..ada udang disebalik batu kot?

Salam perjuangan

Tai berkata...

Sebenaknya, depa ni sayang kat MIC. Tapi depa meluat kat Samy sorang ni pasai ketegak tak mau lepas jawatan.

Captain Jack berkata...

Salam Tamin...

Apa yang Samy nak melalut ni... hairan betul jack ngan Samy ni... Udah-udah la samy... kalu Samy nak jd macam Kayveas jugak... Tunggu apa lagi, boley bla... bukan kaum india sahaja yang tak suka ngan samy ni... semua kaum pun x suka ngan samy... banyak lg pemimpin muda boleh ganti tempat dia... ara cit... porah da...

Salam Perjuangan


CJ

Taminsari berkata...

Salam Jack..

Samy ni rasa-rasanya teringin nak jadi MAHARAJA SEMI VALUE kot..baru dapat ilham nak lapas jawatan..cakap tarak surupa bikin..ane Samy..

Salam perjuangan