Lebih baik salah pilih isteri daripada salah pilih Kerajaan.’ Ungkapan yang selalu menjadi gurauan di kalangan kelompok elit ketika Eropah mula bertatih mengamalkan demokrasi dan mencari kecemerlangan kepimpinan pada awal abad ini. Ia menggambarkan betapa rakyat yang sanggup berkorban untuk mendapatkan Kerajaan yang baik biarpun terpaksa menghadapi ketidaktentuan rumahtangga.
Pada hari ini semua orang mahu mempunyai kedua-duanya iaitu isteri yang baik dan sudah tentu Kerajaan yang cemerlang.Mengapa perlu sebuah Kerajaan yang cemerlang? Memperkatakan soal ini selalunya menyaksikan perbezaan persepsi. Bagaimanapun pembinaan persepsi di kalangan sebahagian rakyat kadangkala ditenggelamkan dengan emosi, dendam. Jurus pandangan yang tertutup dan perkiraan yang dangkal.
Itulah senario di negara ini sekarang ketika setiap kali rakyat menanti pilihanraya umum sebagai kesempatan terpenting demokrasi untuk melaksanakan keinginan politik mereka samada mahu mempertahankan status quo atau mencuba pakatan alternatif terdiri daripada pakatan pembangkang.Menilai parti pembangkang di negara ini bukanlah suatu yang sukar.
Tidak perlu dilakukan analisis mendalam sebagaimana tradisi parti alternatif di Amerika Syarikat atau di Britain.Di negara-negara berkenaan parti alternatif menekankan soal kualiti supaya mereka dilihat dinamik. Di Malaysia parti alternatif lebih merupakan parti emosi daripada parti bercirikan kekuatan akhliah selain tidak bersandar kepada nasionalisme.
Mereka tidak banyak memperkatakan soal kecemerlangan ekonomi, sistem pentadbiran terkini, pengembangan Islam secara berhemat, pembangunan teknologi tinggi dan pembangunan pendidikan yang menyeluruh.Dengan kata lain adalah sukar mengharapkan pakatan alternatif meneruskan revolusi akhliah di negara ini apatah lagi menghadapi cabaran alaf baru. Sejak kebelakangan ini parti pembangkang yang mendapat nikmat besar daripada demokrasi di negara ini mengalakkan ribuan ceramah politik di merata pelosok negara dalam usaha mendapat sokongan.
Ceramah-ceramah ini sarat dengan menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan dan bukannya mahu menyaingi kerajaan yang ada secara berkualiti. Jangan mimpi untuk mendengar ceramah yang berwacana, berhemat dan bermoral selain asyik menafikan kebaikan dan kecemerlangan kerajaan. Para pemimpin pembangkang tidak seharusnya membawa budaya “denial syndrome”.
Alangkah baiknya jika Ustaz Hadi berkata begini, " Kami menyambut baik kejayaan Kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi tetapi jika kami diberi peluang memerintah, kami akan menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik misalnya dengan …." Alangkah baiknya jika Wan Azizah berkata,"projek MSC yang dibangunkan kerajaan bersifat strategik untuk kepentingan rakyat masa depan tetapi jika kami diberi peluang memerintah kami akan mengembangkan lagi projek itu supaya lebih berjaya. Kami sudah mengatur program pembangunan teknologi maklumat yang berdaya maju untuk dinilai oleh rakyat.
"Alangkah baiknya jika Nik Aziz menasihatkan penyokong pembangkang dengan berkata, "Memandangkan UMNO sebagai parti nasionalis yang memperjuangkan Melayu bererti memperjuangkan Islam maka kita harus juga bersaing dengan cara yang lebih terhormat supaya rakyat lebih menerima kita. Konsep musyawarah Barisan Nasional (BN) adalah baik dan sebab itulah kita tiru mana sesuai seperti mengadakan kerjasama dengan DAP."
Alangkah baiknya jika Pemuda Keadilan yang selama ini begitu emosi dalam tingkahlaku serta ucapan turut menjuruskan pemikiran mereka kepada soal wacana supaya boleh dikongsi oleh rakyat. Misalnya dengan memperkatakan soal cabaran alaf baru seperti kewujudan masyarakat global yang dipanggil “Children of plenty” dan “Generation X”. Inilah budaya pemimpin muda parti alternatif negara lain.
Jika pemimpin pembangkang mengamalkan kematangan berpolitik, majoriti rakyat kemungkinan besar boleh menerima tawaran alternatif mereka. Pakatan pembangkang miskin dengan kematangan dan kesederhanaan tetapi kaya dengan kerakusan. Kesederhanaan dan kematangan mampu menundukkan apa saja ancaman, kegawatan dan ketidaktentuan sebagaimana percatusan Nabi Muhammad S.A.W ketika merangka Perjanjian Hudaibiyah.Dalam menjamin "national security" negara tidak perlu nafsu tetapi sebaliknya kebijaksanaan, kerja keras dan muafakat selain kesederhanaan dan kematangan.
Setakat ini pakatan pembangkang telah mengamalkan beberapa pendekatan antaranya demonstrasi jalanan seperti di Jakarta, memanfaatkan sepenuhnya internet dengan cara yang cukup jijik, kegelojohan memasang bendera parti sebagai kesan psikologi awal dan kempen-kempen yang malangnya dipenuhi dengan tuduhan liar, fitnah dan janji-janji yang tidak masuk akal.
Siapa mahu percaya jika Allahyarham Fadzil Noor pernah berjanji mahu memberikan rumah kepada setiap warganegara Malaysia sedangkan kini Pas yang memerintah Kelantan selama lebih tiga penggal, bilangan rakyat miskin terus bertambah apalagi bercakap soal menyediakan rumah kepada setiap orang. Siapa mahu percaya dengan niat Keadilan menimbulkan soal kronisme, nepotisme dan korupsi di samping soal moral kerana pemimpin mereka juga menjadi perhatian besar kerana isu-isu ini.Berapa ramai orang Islam yang dinamis mahu percaya terhadap DAP apatah lagi setelah kejayaan strateginya membawa roket parti itu mencecah bulan Pas sehingga Pas tidak lagi berani bercakap soal penubuhan Negara Islam.
Nampaknya laungan ‘langkah mayat saya sebelum menegakkan Negara Islam’ oleh DAP sebelum ini benar-benar mencorakkan semula matlamat perjuangan Pas.Melihat rekod percaturan dan budaya yang dibawa oleh parti-parti alternatif ini rakyat nampaknya memerlukan masa yang panjang untuk mempunyai parti alternatif yang berwibawa. Dengan kata lain bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini, pakatan pembangkang bukan pilihan meyakinkan kepada majoriti rakyat yang mahu menyediakan yang terbaik kepada generasi anak cucu mereka.
Janganlah keputusan PRU ke-12 menjadi kayu ukuran kerana kemerosotan undi BN adalah disebabkan oleh undi protes. Jadikanlah ia sebagai pengajaran yang berguna kepada BN kerana sesungguhnya BN masih lagi relevan kepada rakyat. Tingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh bagaimana hendak menambat semula hati rakyat dan pengundi-pengundi protes ini nanti.
Bukanlah mudah untuk membangunkan negara secara strategik dengan mengambilkira kepentingan ‘national values’ yang merangkumi kekuatan Melayu dan Islam sebagai teras.Malaysia di alaf baru memerlukan Kerajaan BN yang canggih, berani dan berdaya maju untuk berurusan dengan percaturan dan muslihat antarabangsa yang sememangnya menunggu masa untuk menumbangkan sebuah lagi Negara Islam dan Kuasa Melayu di nusantara ini.
Taminsari
Shah Alam.
3 ulasan:
Ha Tamingsari, parti alternatif kat negara kita ni, wujud atas dasar dendam dan nak balas dendam. Bukan nak tolong rakyat, tapi nak musnahkan rakyat dan keharmonian rakyat.
yang herannya ada juga rakyat yg terkinja kinja menyokong mereka...apo nak jadi nih.. ontahlah
TAK BOLEH JUGA DEK.... SILAP PILIH ISTERI DI TAROK RACUN SURUH KITA MAKAN. BELAKANG KITA KONGKET DGN JANTAN LAIN TU.DAN KALAU TIDUR DIA TIKAM KITA...BUKAN KITA TIKAM DIA SEBAB MUSUH DALAM SELIMUT
HMMMM GURAU DEK
TERUSKAN HENTAM PAKATAN PERTERNAK ROBABI@RABABI
Catat Ulasan