Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengenakan kadar premium tanah kediaman yang tinggi kepada rakyat di negeri itu disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Malah, bayaran RM1,000 yang dikenakan di bawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian (SPKP) sejak Jun lalu juga tidak menguntungkan rakyat apabila mereka tidak berhak sepenuhnya ke atas tanah berkenaan sekiranya keseluruhan premium tidak dibayar.
Sebelum ini, PKR telah menguar-uarkan membantu untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengenakan premium tanah yang rendah namun, semua itu hanyalah janji palsu. Kadar premium tanah yang ditetapkan oleh kerajaan PKR itu meliputi seluruh Selangor. Dua pilihan diberikan sama ada, membayar premium mengikut formula yang ditetapkan oleh kerajaan PKR atau bayaran RM1,000 menerusi SPKP.
Bagaimanapun, di bawah skim berkenaan, pemilik tidak boleh membuat pinjaman menerusi bank selagi tidak menjelaskan premium tanah manakala pindah milik tanah hanya boleh ditukarkan kepada warisnya!
Sebelum ini, kerajaan PKR Selangor telah memperkenalkan SPKP yang mula dilaksanakan awal Jun lalu bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel. Bagaimanapun, kita mendapati rakyat perlu menjelaskan bayaran premium yang tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah sebelum sah menjadi pemilik hartanah.
Ini berbeza dengan apa yang ditetapkan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih rendah, PKR ternyata lebih mementingkan keuntungan.
Sebagai contoh, premium untuk tempoh pegangan selama 60 tahun yang ditetapkan kerajaan BN hanya RM2,500 bagi keluasan tanah 464 meter persegi berbanding RM75,000 yang ditetapkan kerajaan PKR. Bagi tempoh pegangan 99 tahun pula premium yang ditetapkan BN sebanyak RM12,500 manakala PKR menetapkan sebanyak RM123,750!
Pembohongan yang dilakukan kerajaan PKR perlu didedahkan agar semua rakyat tidak terpedaya dengan taktik kotor mereka. Mereka dilihat beria-ia menyediakan pilihan kedua kepada rakyat dengan mengenakan bayaran RM1,000 tetapi tidak pula menjelaskan syarat-syarat yang terkandung.
Justeru, ramai rakyat tidak tahu mereka sebenarnya diperdaya dengan taktik pemilikan tanah melalui bayaran SPKP namun, hakikatnya mereka tidak berhak ke atas tanah tersebut! Fikir-fikirkan lah.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan