Khamis, November 06, 2014

Shafee dakwa Anwar hina mahkamah?


Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa Ketua Pembangkang itu telah menghina mahkamah tersebut ketika bercakap kepada media, Selasa lalu.

Memetik laporan portal propembangkang, Malaysiakini dan portal berita, Malay Mail Online, Muhammad Shafee menyatakan, kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membayangkan Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan merupakan alat kerajaan untuk memaksanya bersara.

‎Sementara itu, pasukan pembelaan Anwar akan menjawab dakwaan tersebut.

Menurut peguam Ramkarpal Singh, pihaknya kini meneruskan hujahan balas bagi menjawab hujah pendakwaan yang dijangka selesai lewat petang ini.

“Kami kini teruskan hujahan balas dan berhubung isu yang baharu ditimbulkan oleh pendakwaan itu, kita akan jawab kemudian,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berhenti rehat.

‎Bagaimanapun beliau turut menjangkakan kemungkinan hujahan balas diteruskan sehingga esok pagi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: