Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, November 12, 2014
DAP Yakin PasMa Mampu Perkukuh PR?
DAP Perak yakin Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mampu menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pemangkin kepada kekukuhan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat (PR), lapor Sinar Harian.
Setiausahanya, Wong Kah Woh berkata,keyakinan itu disuarakan ekoran perkara yang dibincangkan oleh PasMa banyak berkisar tentang penambahbaikan, hala tuju dan masa depan PR dalam mewarnai landskap politik tanah air.
“Pelbagai cadangan, usul, pendapat yang dikemukakan oleh pihak Pasma banyak menyentuh berkaitan masa depan PR selain saya percaya sekiranya perkara ini diberi perhatian serius dan diperhalusi bersama, PR akan kekal relevan serta mendapat tempat di hati rakyat,” katanya.
Menurut Kah Woh, semua pihak seharusnya menyokong Pasma kerana matlamat utama penubuhan NGO terbabit adalah untuk memastikan BN tewas pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Saya hadir ke program mereka selaku panelis dan semua hujah yang dibincangkan bersama adalah bermatlamat untuk menumbangkan BN khasnya pada PRU14 nanti,” katanya.
Kah Woh berkata, kehadirannya selaku panelis dalam program itu juga sebenarnya adalah untuk menerangkan tentang kejayaan PR di Perak dalam menjalinkan pelbagai aktiviti bersama.
“Saya diminta untuk berhujah tentang hubungan erat yang dijalinkan antara DAP, PKR dan PAS di Perak dan bagi saya perkara itu baik dan boleh dijadikan contoh oleh pihak lain dalam PR,” katanya.
Mengulas tindakan PAS yang melarang ahlinya terlibat dengan PasMa, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara tersebut.
“Itu hak mereka dan saya rasa setiap perbezaan pendapat itu perlu dihormati dan diraikan,” katanya.
Akhbar yang sama sebelum ini turut melaporkan kenyataan Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh kekal presiden parti untuk selama-lamanya.
“Hakikatnya jawatan presiden ada tempoh tertentu, iaitu dipilih dalam muktamar setiap dua tahun. Mana-mana presiden sedia ada perlu dicalonkan semula untuk bertanding dan perwakilan yang akan tentukan siapa layak,” katanya.
Phahrolrazi berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan yang dibuat olehnya di laman sosial, pasmapr.blogspot.com, yang dimuat naik 31 Oktober lalu, ‘Presiden PasMa menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden Pas seumur hidup’.
Katanya, kenyataan itu untuk menjawab pertanyaan seorang peserta pada program dialog NGO yang diadakan di Sungai Petani, baru-baru ini.
“Jawapan saya itu tiada kaitan dengan dakwaan PasMa berhasrat mahu jatuhkan Abdul Hadi, sebab kami adalah NGO dan kedudukan kami adalah di luar parti. Ahli PasMa juga bukan perwakilan dalam PAS. Tuduhan itu tidak berasas,” katanya.
Tambahnya, hanya perwakilan PAS berhak menentukan siapa Presiden PAS seterusnya, kerana berdasarkan perlembagaan parti, ahli-ahli PAS berhak dicalonkan memegang sebarang jawatan dalam PAS.-SH
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan