Ahad, Ogos 17, 2014

Demonstrasi desak Khalid letak jawatan Menteri Besar?


Demonstrasi pertama berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor bermula hari ini apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Teo Beng Hock Trust For Democracy mengadakan perhimpunan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor hari ini.

Kira-kira 30 orang yang menganjurkan kempen 'Reben Hitam, Kembalikan Selangorku" itu membawa pelbagai sepanduk mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan Selangor.

Antara lain sepanduk yang dibawa berbunyi 'Khalid we voted PR not you' (Khalid kami undi PR bukan kamu), 'Black ribon for democracy in Selangor' (Reben Hitam untuk demokrasi di Selangor), dan 'Please step down for the sake of the people' (Tolong letak jawatan demi rakyat).



Seorang ahli NGO tersebut, Toh Chin Hong berkata, rakyat Selangor tidak selesa dengan krisis perebutan jawatan menteri besar itu.

"KIta tidak selesa dengan situasi ini. Demokrasi perlu menjadi keutamaan dan ia perlu dikembalikan kepada rakyat," kata Chin Hong, yang menghadiri tunjuk perasaan tersebut yang diadakan semasa waktu solat Jumaat.

Kumpulan tersebut bagaimanapun gagal untuk memasuki bangunan SUK kerana dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertindak mengunci pintu pagar ke dalam kawasan bangunan.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak dihalang untuk berkumpul di luar bangunan dan beberapa anggota NGO tersebut juga bertindak mengikat 'reben hitam' di pintu pagar sebagai tanda kecewa dengan situasi tidak menentu di Selangor.

Suara Politik
Belantn

1 ulasan:

usin berkata...

Semua cina? Boleh baca ma...