Sabtu, Ogos 02, 2014

Amaran Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP kepada Pas?


Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” yang berbunyi;

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini...”

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

“Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!

Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai “think tank” kepada PAS boleh “mengimaginasi” untuk “menjentik DAP, gereja dan non Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan “PAS for ALL”?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh “mengimaginasi” seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP. Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Satu Kapai ..... berkata...

Alhamdulillah allah Swt telah memberi petunjuk kepada PAS . Dr Zuhdi telah diberi hidayah supaya berani mengaku plan parti islam PAs untuk mengekalkan TSKI sebagai MB.kerana tidak percaya dengan puppet DAP si anwar ibrahim yang mahukan isterinya menjadi MB baru.
kita melayu islam satu shahadat mengapa perlu takut tanpa sokongan pengundi cina yang rata-rata 80 persen mahukan Si anwar memerintah supaya senang nak kontrol periuk nasi depa.kalau Dap kata Dr Zuhdi atau Parti Pas mencabuli kepercayaan rakyat... DAp do Big Mistake... Dap sendiri ada agenda untuk menjadikan malaysia negara Kristian... Zulkifli SU LIM Guang Eng yang dedahkan.Pasal apa Pas takut dengan gertakan Loke Siew Fook .kalau kita Pas dan Umno Bersatu campur sikit orang dari PKR dan 20 persen lagi kaum cina yg sokong kerajaan sediaada, insyaallah ,... kedai judi,kedai arak,rumah urut,ISA,dam macam-macam lagi perkara yang baik kita bersama-sama boleh memperbaiki.
Balik kepada cerita orang cina ... Orang cina hanya fikir satu perkara ... kalau aku undi dap anwar berkuasa dari Najib aku lebih untung.itu prinsip mereka Datuk hakim yang dedahkan.Kita hidup kemuncak dia mati takkan kita nak mati dengan anakbini keluarga kita semakin meningkat umur semakin susah semakin sakit.
nak bagi tau kat semua orang kita, kita kalah dengan sikap hasad dengki je ... lain ok. tak dapat jawatan kira nak buat kacau. UMNO satusatunya parti hidupmati orang melayu. Pemimpin yang salah kita dedahkan ganti yang baru dan bersih. tapi kalau bagi jawatan dekat orang yang baik pun kerja tak boleh buat kita juga yang rugi.oleh yang itu saya tulis artikel ni pasal geram sangat dengan Dap yang tak sedar diri dok kejut kita.Depa asal pendatang tok nenek depa mai sini dulu ada yang kerja angkut taik. la ni dah maju lagu nak pijak melayu.... awat hangpa ingat kami melayu bodoh ka.....
najib tak bagi lampu hijau saja nak suruh bertumbuk dengan hangpa.
Oleh itu aku harap PARTI PAS tak payah dok heran dengan ugutan DAP.