Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mei 01, 2013
PRU -13 : DAP ugut tangkap Dr. Mahathir....barua punya Karpal?
Pengerusi DAP, Karpal Singh sudah mula menunjukkan sikap kurang ajar apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
Belum lagi memerintah, sudah mula nak menunjukkan 'taringnya'!
"Bila kami (pakatan pembangkang) memerintah nanti, kami akan tangkap Mahathir dan hadapkannya ke mahkamah kerana menuduh Kit Siang sebagai rasis (perkauman).
"DAP parti berbilang kaum, mereka kata kami parti orang Cina, saya nak jelaskan saya bukan orang Cina dan boleh jadi Pengerusi DAP," katanya dalam ceramahnya di sini, malam tadi.
Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber.
Selain itu, Karpal turut menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Pada 2008, kami menang lima negeri tetapi Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) bertindak tidak mengikut undang-undang. Saya ditangkap dan didakwa tetapi saya tidak takut, saya akan lawan dan boleh menang," katanya.
Sementara itu, Karpal berkata, walaupun terhutang budi kepada Pas yang membenarkan parti itu menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP tidak akan sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan.
Karpal dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun tidak bermakna DAP menerima konsep negara Islam iaitu hudud.
"Kami (DAP) hargai kerelaan Pas dan PKR meminjamkan simbol mereka kepada DAP ketika isu pemilihan CEC (Jawatankuasa Kerja Pusat) dulu, tetapi tidak bermakna kami menerima dasar Islam kerana Pas dan PKR hanya meminjamkan lambang mereka.
"Kami menerima apa saja yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi Malaysia pun kami terima," katanya.
Ceramah itu turut disertai calon DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Tan Hong Pin dan calon DAP Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
tangkap saja kalau berani. tp ingat itu spt bermain dgn api
over my death body if u think of doing that!!!!
KARPAL... you are sick!!!
Catat Ulasan