Khamis, Mei 16, 2013

Anwar tersentak bila Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13!


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.


"Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini," jelas kenyataan itu.

Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa.


Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat.

Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.

Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Awani Dan TV3 baru menayang perkara ini. Wah, bangga penyokong najib.

Dah sembunyi menanam ranjau. Obama dan PM Israel, bagaikan air dicincang tak putus.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)

Maksudnya, Allah SWT menegaskan, janganlah kamu mengambil sesetengah yahudi dan nasrani sbg teman mu jika mereka(yahudi n nasara) berkawan dan saling lindungi-melindungi antara satu sama lain. Nyatalah selama ini memang APCO yang memberi dana kepada kerajaan BN.

Adakah Najib dan Anwar bekerja antara satu sama lain. Supaya umat islam malaysia seperti KELUAR DARI MULUT HARIMAU MASUK KE MULUT BUAYA. Maksudnya Yahudi mahu kita pilih dua pemimpinnya, BN atau PR. Hatta tetap dalam pegang para mason.

Wallahualam. Sekadar pendapat. Hamba sudah sedar permainan ini. Demokrasi ciptaan Yahudi Nak lawan Darul Islam yang tertera dalam Al-Quran yang dicipta oleh Allah SWT