Khamis, Mei 09, 2013

Nik Aziz@Pok Nik bayangkan lepas jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik membayangkan untuk melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan namun beliau menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, kebiasaannya jawatan tersebut akan disandang oleh Menteri Besar bagi memudahkan proses pentabdiran negeri dan pengurusan parti.

"Oleh kerana Pesuruhjaya Pas Kelantan masih saya pegang dan belum diubah maka hari ini saya hadir mempengerusikan mesyuarat perhubungan Pas Kelantan, boleh jadi yang terakhir walaupun saya boleh wakilkan kepada Menteri Besar baru tetapi saya nak tengok juga kawan lama dan baru kita yang berjaya.

"Pesuruhjaya tidak boleh orang lain daripada Menteri Besar, ia boleh menimbulkan masalah, Pas Pusat perlu lantik (pesuruhjaya baru).

"Jadi selagi dia (Pas Pusat) tidak lantik orang baru, saya pegang. Tidak boleh Menteri Besar orang lain, pesuruhjaya orang lain, Menteri Besar mesti pesuruhjaya," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: