Ahad, Mei 19, 2013

Rakyat berketurunan Cina malukan Malaysia di luar negara?


Ini bukan kali pertama, rakyat Malaysia berketurunan Cina yang bekerja atau belajar di luar negara bertindak memalukan negara sendiri dengan perbuatan mereka yang biadab dan melanggar undang-undang negara luar.

Tindakan mereka mengadakan demonstrasi bukan sahaja jelas menentang kerajaan yang dipilih rakyat tetapi juga tidak menghormati undang-undang negara asing.

Sebelum ini, berlaku beberapa insiden pelajar Malaysia di luar negara menghina lagu kebangsaan Negaraku dan beberapa insiden lain yang jelas mengkhianati negara ini.

Kali ini, sekumpulan 21 rakyat Malaysia berketurunan Cina ditahan oleh pihak berkuasa Singapura apabila mereka didapati melanggar undang-undang republik itu kerana menyertai perhimpunan haram untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Malaysia.


Ekoran tindakan mereka itu, pihak berkuasa Singapura, kelmarin mengambil tindakan membatalkan permit kerja seorang daripada mereka dan membatalkan permit lawatan dua orang lagi, sementara 18 yang lain sedang disemak permit kerja mereka oleh pihak berkuasa republik itu sehingga siasatan ke atas mereka selesai.

Sebenarnya bukan sebanyak 21 rakyat Malaysia berketurunan Cina sahaja yang menyertai perhimpunan haram itu di Taman Merlion pada Sabtu lalu, tetapi jumlah sebenarnya beratus-ratus orang.

Sebelum itu sembilan orang rakyat Malaysia berketurunan Cina telah pun diberi amaran oleh pihak berkuasa Singapura kerana tindakan yang sama mengadakan perhimpunan haram di tempat yang sama pada 8 Mei lalu.

Tindakan rakyat Malaysia berketurunan Cina itu bukan sahaja tidak menghormati undang-undang Singapura tetapi telah memalukan negara sendiri apabila mengadakan demonstrasi secara haram sehingga menyebabkan mereka ditangkap.


Pekerja dan pelajar Malaysia itu sepatutnya sedar bahawa mereka membawa nama Malaysia dan sebarang tindak tanduk mereka akhirnya akan memberi kesan kepada negara ini.

Mereka tahu perbuatan mereka itu salah dan tindakan mereka itu jelas sengaja melanggar peraturan di negara orang, semata-mata untuk menunjukkan sikap biadab mereka.

Perbuatan mereka itu tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan imej Malaysia tetapi mempunyai agenda jahat bagi mencabar kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Sayugia kerajaan tidak harus berlembut dengan golongan ini dan tindakan keras harus diambil terhadap mereka.

Apa yang lebih mengecewakan, tindakan rakyat Malaysia itu turut mendapat sokongan segelintir rakyat Singapura yang turut mengadakan perhimpunan kononnya sebagai sokongan kepada kumpulan rakyat Malaysia itu.


Tindakan rakyat Singapura itu yang merupakan anggota kumpulan NGO dan dipimpin oleh aktivis sosial, Jolovan Wham jelas merupakan campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Dalam insiden itu, beratus-ratus rakyat Singapura berhimpun di Hong Lim Park, awal minggu ini kononnya bagi ‘menunjukkan persaudaraan’ dengan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

Demonstrasi yang dianjurkan oleh aktivis sosial, Jolovan Wham itu yang kebanyakan pesertanya memakai pakaian berwarna hitam dan memegang lilin berwarna kuning jelas satu tindakan campur tangan asing dalam politik Malaysia.

Sebagai rakyat negara jiran, mereka sepatutnya sensitif dengan isu-isu seperti ini kerana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala dan tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Tindakan mereka itu memperkuatkan lagi dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan pembangkang di negara ini mempunyai hubungan dengan pihak luar.


Ini kerana, penglibatan rakyat Singapura dalam politik Malaysia sebelum ini turut dikesan ketika kempen PRU-13 baru-baru ini apabila terdapat kenderaan berdaftar di Singapura menampal pelekat tertulis ‘Bersihkan Malaysia’.

Meskipun kerajaan Singapura bertegas menyatakan negara itu tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara asing, tetapi kehadiran banyak kereta Singapura yang melakukan perbuatan itu menunjukkan seolah-olah rakyat negara itu menyokong pembangkang di negara ini dan campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Kita berharap kerajaan Singapura akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan rakyat Singapura terbabit serta aktivis sosial itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: