Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 23, 2013
Perkembangan Terkini Kes kalimah Allah Mahkamah Rayuan, Putrajaya!
Pada hari ini, 23.5.2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai YA Dato’ Seri Abu Samah Nordin, bersidang bersama YA Dato’ Balia Yusof Haji Wahi dan YA Dato’ Rohana Yusuf, di Istana Kehakiman, Putrajaya telah mengesahkan perintah persetujuan terhadap permohonan perayu-perayu yang terdiri daripada enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia, (MACMA), yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu untuk menjadi pencelah (intervener) di dalam kes ini.
Mahkamah telah, di antara lain, memerintahkan bahawa: i) Rayuan perayu dibenarkan; ii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 diketepikan; iii) Perayu hendaklah disifatkan telah menjadi pihak kepada prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sebagai responden di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan dibenarkan untuk didengar sebagai penentang dan dalam hal ini perayu telahpun didengar sedemikian di hadapan Mahkamah Tinggi; dan v) Tiada perintah mengenai kos serta deposit dikembalikan.
Perintah persetujuan ini pada hakikatnya menjadikan Majlis-majlis Agama Islam Negeri & MACMA sebagai pihak-pihak di dalam kes ini dan dibenarkan mengemukakan hujahan masing-masing di dalam rayuan utama terhadap permohonan semakan kehakiman (judicial review) kes tersebut.
Sebelum ini, rayuan kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perintah Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah itu ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 30.05.2013.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kes inilah yg sepatutnya diberi perhatian oleh umat Islam terutama penganut2 pas yg diperbodohkan oleh gerakan liberalisasi aljub dan lks.Mati kerana mempertahankan kalimah Allah adalah infiniti kali lebih baik dari mempertahankan budak kena buang sekolah yg biadap.
Tiap bulan aku ke Tawau Sabah atas urusan perniagaan keluarga. Lebih kurang 2 bulan lalu aku ternampak satu papantanda dekat bulatan dari Airport Tawau menghala ke Bandar Tawau. Papantanda tu didepan tingkat atas shoplot tepi jalan..Sebesarbesarnya terpampang, 'GEREJA KRISTUS DOMBA ALLAH'. Tenguk gambarnya yang aku baru jumpa linknya kejap tadi.
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/01/misteri-gereja-kristus-domba-allah.html
Adakah kita sebagai orang Islam nak tenguk benda macam ni di Semenangung Malaysia juga? Bangkitlah sikit, hai orang PAS, hendakkah kamu lihat benda macam ni di Kota Bharu nanti?Janganlah lembik sangat pasal isu agama.
Catat Ulasan