Isnin, Mei 13, 2013

Surat Anwar kepada pengundi Cina sebelum PRU ke-13?


Diatas ni merupakan kiriman email dari seorang sahabat yang menguatkan lagi dakwaan bahawa kaum Cina telah ditipu oleh Anwar.

Surat ini katanya telah disebarkan dan dijadikan sebagai bahan sepanjang tempoh berkempen dikawasan - kawasan yang majoritinya berbangsa Cina.

Mungkinkah ini sebabnya mengapa pengundi Cina berubah hati dan mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum yang lalu? Adakah itu sebabnya mengapa mereka tidak mengundi BN?

Jelas, isi kandungan surat tersebut sendiri menyebut yang Si Ketua Penipu tu berjanji akan menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun sahaja.

Selepas itu, jawatan PM akan diserahkan kepada Guan Eng diatas kredebilitinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebab itu pengundi Cina pun berpaling tadah.

Perkara ini tidak mustahil dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu dengan puak - puak Pakatan Haram. Lagi pun mereka dah cakap nak tawan Putrajaya 'At All Cost'!!!

Sekarang, apabila Pakatan GAGAL untuk merampas Putrajaya seperti yang telah direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu, baru la mereka tersedar.

Baru la mereka tahu yang kemenangan BN mampu diperolehi walaupun tanpa sokongan dari bangsa mereka. Kini mereka sudah terdesak. Kini mereka mula tersedar!

Dan mungkin sebab itulah Si Ketua Penipu tu dengan Kit Siang sibuk nak mengubah perhatian rakyat dari mengetahui perkara sebenar.

Mereka jelas dalam keadaan yang tidak terkeruan dan cuba untuk menutup kesilapan yang telah dilakukan. Mereka kini sudah menjadi sasaran.

Nah!!! Dari paparan ini pun, masih juga kita nak beri kepercayaan kepada Si Ketua Penipu tu? Masih juga kita nak bergantung harap kepada Si Ketua Penipu tu untuk menjadi Perdana Menteri? Simpang di malaikat 44! Anda fikir dan renong-renongkan lah!!! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

anwar pembohong bersiri di siang hari. sedarlah, manusia ini sanggup gadai apa saja kerana kemaruk nak jadi PM.