Selasa, Mei 07, 2013

Video seks: Mustafa gagal lenyapkan kesangsian umum?


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali gagal melenyapkan kesangsian umum terhadap pelaku video seks yang dikaitkan dengannya apabila enggan bersumpah laknat.

Biarpun langkah itu dilihat paling mudah untuk dilakukan bagi membersihkan namanya, Mustafa masih mengelak daripada melakukan sumpah tersebut malam tadi dengan alasan atas nasihat Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam ceramahnya di pekarangan Masjid Rusila iaitu hari yang dijanjikan untuk memberi penjelasan selepas berdiam diri selama ini, beliau hanya mengulangi penafian dengan mengatakan tiada kena mengena dengan video seks tersebut.

Dalam ceramahnya, Mustafa cuma memberitahu, beliau telah dinasihatkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi Pas terbabit supaya tidak membuat akuan bersumpah berhubung perkara itu selain tidak mahu menemui media untuk memberikan penjelasan lanjut selepas majlis.

Hari ini, dalam sidang akhbar khas yang diadakan di pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, beliau menegaskan, tidak lagi akan memperkatakan tentang isu video itu.

"Oh, no more video (tidak ada lagi pasal (isu) video)..I've given no more (saya takkan beri lagi kenyataan). (Isu) video saya tutup dulu.

"Kalau nak ikut peguam saya cakap, we gonna face them in court (kita akan berhadapan dengan mereka di mahkamah)..jadi, kalau nak detail (keterangan lanjut), tunggu di mahkamah la. Suruh UMNO tunggu di mahkamah. Jumpa di sana," katanya dengan nada yang agak berang.

Jelas Mustafa, peguamnya juga telah menasihatkan supaya tidak membuat laporan polis sebaliknya perlu melawan saman yang dikemukakan UMNO selepas Pas menuduh parti itu yang menyebarkan video berkenaan.

"Kita hadapi dia (UMNO) dulu..polis tengah siasat dah (kes video). Jadi, continue (sambung) siasatlah, apa lagi? Doesn't need any more report (tidak perlu buat laporan lagi) untuk disiasat," tegasnya.

Mustafa dilihat cuba mengalih tumpuan semua pihak dengan membangkitkan isu atau topik lain yang kononnya dirancang dengan teliti dan digunakan untuk 'memerangkap' beliau.

Isu yang dimaksudkan adalah penyebaran surat berhubung keputusan Majlis Syura Pas yang melarang ahli-ahlinya mengundi parti lain pada hari pengundian nanti yang menggunakan tandatangan beliau tanpa pengetahuannya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Member2 aku dalam PAS pun tak menafikan isu Stopa Spender ni. tapi biasalah demi untuk mengelak dari kena batang hidung, mereka pusing buat lawak kata Spender yang Stopa pakai tu milik Rosmah. Ape ke jadah buat lawak macam 2... Bodoh punya puak PAS... Kadang2 aku terasa adakah solat aku sah bila berimam kan mereka ini yang menyokong LGBT, Pluralism dan mengadai kalimah Allah... kafirkah aku?????? atau kafirkah mereka???..