Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mei 06, 2013
Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri petang ini.
KUALA LUMPUR 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada pukul 4 petang ini
Ini selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan melantik Najib menjadi Perdana Menteri berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri memberitahu, beliau juga dijangka menghadap Seri Paduka Baginda untuk menyembah warkah memohon perkenan terhadap senarai Jemaah Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri dalam masa terdekat ini.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan