Sabtu, Mei 18, 2013

Apabila sudah kalah, diri sudah mula meracau?


Saifuddin: Umno-BN kena taubat nasuha!

Umno-Barisan Nasional (BN) perlu melakukan taubat nasuha apabila rakyat mula menegur dalam beberapa siri pilihan raya umum mengenai isu pentadbiran dan rasuah, kata Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, Umno-BN perlu mengikut "garis putih" yang telah ditetapkan untuk mendapat sokongan rakyat secara berterusan pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, transformasi untuk ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik telah dimulakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mula menjawat jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata pasukan BN turut perlu memberi komitmen dan serius dengan tranformasi yang dibawa oleh pengerusinya untuk mencapai sasaran tersebut.

"Apabila kerangka program transformasi dirangka, kita utamakan masalah rasuah, kita akui masalah itu berlaku.

"Setiap tender kerajaan sekarang dikenakan satu indeks akauntabiliti yang telah dilaksanakan sebanyak 82 peratus, tapi sepatutnya ia dilaksanakan 100 peratus.

"Ini yang dikatakan tidak mencukupi, kita sepatutnya perlu tingkatkan komitmen dan menunjukkan keseriusan itu.

"Kita terima teguran-teguran rakyat terutamanya pada PRU13, baiklah kami ditegur pada PRU 2004 dan 2008, kami ditegur 2013, taubat nasuha," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi berkata, hakikatnya "tsunami Cina" berlaku semenjak 1999.

"Walaupun Lim Kit Siang kata tsunami itu berlaku pada 2004, tapi saya melihat tsunami itu pada PRU199 lagi," katanya lagi.

Dalam pada itu, Saifuddin yang menjawab soalan moderator mengenai perubahan nilai pada PRU berkata, pilihan raya umum kali ini terbahagi kepada dua kelompok besar yang menjadi penyumbang kepada kemenangan sesuatu parti.

"Satu kelompok besar mereka mengundi dengan harapan pembangunan termasuk isu air, api dan jalan raya.

"Satu lagi kelompok yang besar di mana pengundi-pengundi pergi ke peti undi dengan harapan demokrasi yang membawa isu kebebasan, hak asasi rasuah dan sebagainya," katanya.

Satu sahaja teguran buat Saifuddin : Kalau sudah rasa tidak suka pada UMNO, keluar sahaja dari parti. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain. Jangan bangga sangat dengan Politik Baru kamu! Ingatlah diri kamu pun tak sempurna!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: