Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mei 08, 2013
Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz?
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.
Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.
"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.
Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Perkataan itu yang menyebabkan ada ahli PAS yg nak bergabung dengan UMNO tak berani menyuarakan pendapat beliau , bagi saya perbincangan harus di buat bukan untuk menyatukan dua parti tetapi perbincangan tentang penyatuan dan nasib orang melayu pada masa akan datang , Kuatkah melayu apabila kita tidak bersatu , percayalah kaum lain takkan menolong islam dan orang melayu , mereka hanya tunggu masa saja untuk menjadikan orang melayu merempat dinegara sendiri
Jika itu niat pok Nik maka ia nya tidak akan berlaku kerana sebaik sahaja puak umno sampai rasanya poknik dah lupa apa yang beliau katakan. Lebih tepat ia cuma gimik.
PokNik sedar apa yang dia katakan tidak akan berlaku kerana lebih baik kekalkan perkataan kebangsaan dari negara islam atau negara kebajikan yang dilaungkan slogan pas ini bersama dap. ini dapat mengurangkan rasa tension poknik sendiri kerana dari negara islam turun ke negara kebajikan dan selepas ini mungkin poknik kata pula 'pas tidak lagi mempertahan idelogi menubuhkan negara islam atau kebajikan sebaliknya boleh bekerjasama dengan umno asalkan nilai islam sekarang diperkemaskan lagi ikatannya
Amin!!!
kira ludah dia je, ludah kita letak mana, kat pajak gantung???
bolehke dia ludah?takut nanti semput dan........
Datuk nik aziz knp bersatu dgn pkr di mana izzah berusaha memberi kebebasan agama kpd muslim? Dan kenapakah bersatu dgn dap yg jelas terang lagi bersuluh kafir. Apakah datuk suka melihat kaum berpecah? Itu salah satu tanda tanda kiamat datuk dan datuk lah yg mendorong tanda tanda itu.
Catat Ulasan