Khamis, Mei 23, 2013

Terkini...!!! Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur?


KUALA LUMPUR 23 Mei - Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini, malam tadi.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut.-UMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

iee berkata...

sudah tiba masanya kerajaan menyediakan satu pulau untuk ditempatkan orang-orang yg suka merusuh dan berdemo bagi memudahkan mereka berdemo hari-hari.