Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mei 06, 2013
PANAS PRU13..!!! Mustafa Ali buat laporan?
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menghampakan banyak pihak termasuk ahli parti itu apabila ke balai polis semalam hanya untuk membuat laporan terhadap UMNO berhubung dakwaan pengeluaran surat palsu, bukannya berkaitan penyebaran video aksi seks membabitkan individu mirip dirinya seperti dijangka.
Mustafa ke balai polis daerah di sini semalam untuk membuat laporan terhadap UMNO berhubung dakwaan mengeluarkan surat palsu yang ditandatanganinya meminta penyokong PAS supaya tidak mengundi calon selain daripada parti itu dalam PRU-13.
Surat itu yang tersebar di laman sosial juga menyebut kelulusan Majlis Syura untuk PAS keluar daripada pakatan pembangkang.
" Ini adalah satu-satunya laporan polis yang saya buat sepanjang musim pilihan raya ini, mengenai hal lain (video), saya tak perlu buat sebab polis ini apa pun yang dia dengar dia akan siasat." Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
"Ini adalah satu-satunya laporan polis yang saya buat sepanjang musim pilihan raya ini, mengenai hal lain (video), saya tak perlu buat sebab polis ini apa pun yang dia dengar dia akan siasat.
"Jadi terus siasatlah, dah tak ada apa lagi, tak perlu buat sebarang laporan," katanya pada sidang media di pejabat PAS di sini, semalam.
Mustafa pada ceramah di Rusila malam kelmarin, juga menghampakan penyokongnya yang mahu melihat beliau bersumpah laknat menafikan pembabitannya dalam video itu.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan