Ahad, Mei 12, 2013

Zuraidah Mak Lampir beri amaran...!!! Kerusi MB ini memang PKR punya, jadi kenapa Pas dan DAP sibuk?


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin@Mak Lampir menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.

Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.

“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.

“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas.

Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti.

Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga.

“PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?.

Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Pergh,,,power betul Mak Lampir ini membuat keputusan yang kerusi MB Selangor hanya untuk PKR sahaja! Kalau PKR menang 5 kerusi berbanding dengan PAS 25 kerusi pun, Mak Lampir nak consider kerusi MB untuk PKR jugak! Siapa yang sebenarnya gila kuasa  Mak Lampir oii..!!!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: