Khamis, Mei 09, 2013

Anwar seperti 'penyamun' hak rakyat Malaysia?


Anwar Ibrahim disifatkan seperti 'perompak' yang merampas hak rakyat Malaysia apabila merancang menganjurkan perhimpunan haram semalam gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar merompak hak rakyat Malaysia yang mahu hidup aman, harmoni serta bertoleransi dalam negara ini.

"Anwar, jangan lagi mencari pelbagai alasan untuk tidak mengotakan apa yang dikatakannya iaitu menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum kali ini," katanya kepada di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang yang merancang menimbulkan kekecohan dengan menganjurkan demonstrasi bagi membantah keputusan PRU-13.

Anuar berkata, Anwar kini terus dengan sikap 'putar alam' yang memanipulasi penyokong dan rakyat untuk tidak melakukan apa yang telah beliau katakan sebelum ini iaitu mahu menjadi pensyarah di Eropah.

Katanya, proses demokrasi berjalan lancar seperti apa yang dimahukan rakyat Malaysia dan sewajarnya keputusan itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.

"Anwar tidak wajar menangis dan bersikap kebudak-budakan demi meraih simpati rakyat. Saya percaya universiti di Eropah tidak sabar-sabar mahu menerima pensyarah 'anugerah tuhan' sebagai tenaga pengajar mereka," katanya.

Nurul kata, 'PAPA HEBAT'...betoi ka HEBAT..!!! HEBAT tang mana tu...?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: