Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mei 22, 2013
Anwar semakin kepanasan dengan isu Lahat Datu, terus hasut rakyat?
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang sedang kepanasan sekarang dengan isu dalang Lahad Datu terus menunjukkan sikap tidak dapat atau enggan menerima hakikat kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Mungkin untuk mengalih isu agaknya?
Dalam satu ceramahnya di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini malam tadi, beliau juga terus menghasut rakyat terutama golongan muda agar membenci kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Tanpa menghiraukan kemarahan rakyat terhadap tindak-tanduknya yang meresahkan masyarakat pembagai kaum di negara ini, Anwar juga mengajak orang ramai menyatakan protes.
Anwar masih menganggap pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 namun ia dinafikan oleh SPR melaui pelbagai penipuan yang didalangi oleh Barisan Nasional (BN).
"Kita telah menang namun ada undi awal untuk BN daripada orang Bangla, Myanmar, Indonesia.
"Ada penipuan besar dan jenayah yang telah dilakukan oleh SPR dan BN, sebelum pilihan raya tipu, selepas pilihan raya pun tipu.
"Jadi saya seru rakyat untuk bangkit lawan penipuan ini, kita mesti pertahankan kemenangan, kita mesti tuntut Putrajaya daripada sekarang," katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Aku tak percaya Anwar boleh kena hukum apa-apa, sekalipun dia bunuh orang! Dia "Spesial".
Aku tak percaya Anwar boleh kena hukum apa-apa, sekalipun dia bunuh orang! Dia "Spesial".
Catat Ulasan