Bumiputera mesti pertahan hak, tangkis pandangan serong kaum lain
Penjelasan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengenai hak pelbagai kaum dalam negara ini mengikut Perlembagaan Persekutuan menimbulkan pelbagai reaksi yang sungguh tidak menyenangkan daripada sesetengah pihak.
Maka bersuaralah jaguh yang sering persoalkan kedudukan Melayu, Karpal Singh terhadap bekas hakim itu hingga mahu menyamannya.
" Ada pelajar Melayu yang cemerlang menerima biasiswa untuk belajar di luar negara sering dipandang serong, kononnya pelajar Melayu itu boleh berada di universiti luar negara itu hanya kerana bangsanya, dia tidak mungkin boleh diberikan biasiswa kerana kononnya keputusan peperiksaannya tidak seberapa. Inilah persepsi berterusan digembar-gemburkan oleh bukan Melayu sehingga mereka berterusan memandang serong terhadap kebolehan Melayu."
Demikianlah halnya dengan Pengerusi DAP ini. Sedikit yang disentuh mengenai hak Melayu, dia dan rakannya yang seumpamanya berterusan saja mengeluarkan ugutan mahu saman.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sepatutnya tidak berdiam diri tetapi perlu bertindak menyaman sesiapa saja yang mengungkit hak Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kini sudah tiba masanya Melayu jangan lagi bersikap pasif hanya untuk mempertahankan diri daripada tohmahan yang terang-terangan boleh menggugat kedudukan mereka seperti dibenarkan oleh Perlembagaan.
Ini kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak diingini sehingga menjejaskan hubungan baik antara Melayu dan Cina dan boleh pula menggugat keadaan aman dan tenteram dalam negara.
Melayu bosan dengan tohmahan
Pendirian sebegini oleh orang Melayu tidak harus dilihat sebagai satu usaha mahu berkonfrontasi tetapi hanya setakat memberi isyarat kepada anasir anti-Melayu bahawa Melayu sudah bosan dengan tohmahan dusta mereka itu - kononnya orang Cina berterusan ditindas dan didiskriminasi. Cukuplah dengan tohmahan dan penipuan sedemikian itu.
Orang Melayu juga berhak mempertahankan kedudukan mereka seperti bukan Melayu yang sering melaungkan tohmahan bahawa mereka didiskriminasi walhal hakikatnya mereka juga menikmati pelbagai hak tetapi mereka yang berpendirian seumpama DAP seolah tidak mahu bersyukur.
Lihatlah bagaimana orang Cina dengan propaganda mereka memboikot barangan keluaran orang Melayu
Oleh itu, tindakan supaya Melayu memboikot barangan dari kedai Cina, penyokong DAP adalah juga hak Melayu. Tetapi kita juga tidak berhajat mahu bermusuhan dengan rakyat keturunan Cina di negara ini yang juga cintakan keamanan dan ketenteraman.
Kita hanya mempersoalkan mereka yang tidak senang dengan kedudukan Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan dan berterusan memberi gambaran bukan Melayu ditindas. Apakah benar orang Cina dalam negara ini ditindas?
Usaha sesetengah NGO Melayu mengeluarkan kenyataan boikot itu bukan pun dituju kepada semua orang Cina, hanya mereka yang mahu bermusuhan dengan kita saja. Ia pun sebenarnya tidak ditekankan sangat hingga menjadi satu tindakan berleluasa. Harapannya mesej itu sudah sampai kepada puak yang melampau.
Orang Melayu juga perlu ingat bahawa mereka sebenarnya digalak membeli-belah di kedai orang Islam kerana mereka membayar zakat. Yang diketahui terang-terangan tidak mungkin membayar zakat ialah kedai kepunyaan orang bukan Islam. Kita boleh lakukan tanpa menunjukkan bahawa kita memboikot kedai Cina. Jika tindakan demikian dilaksanakan, tidak siapa pun boleh mengkritik kita. Ia bukannya memboikot kedai Cina tetapi hanya melakukan apa yang digalakkan agama.
Ia ini adalah sebagai pengajaran bahawa Melayu sudah mual dengan pelbagai tindak-tanduk yang sering menggambarkan seolah-olah mereka yang bersuara lantang itu didiskriminasi.
Begitu berkesan kempen mereka itu hingga ada pelajar Melayu yang cemerlang menerima biasiswa untuk belajar di luar negara sering dipandang serong oleh pelajar Cina, kononnya pelajar Melayu itu boleh berada di universiti luar negara itu hanya kerana bangsanya.
Kalau tidak kerana dia orang Melayu, dia tidak mungkin boleh diberikan biasiswa kerana kononnya keputusan peperiksaannya tidak seberapa. Inilah persepsi berterusan digembar-gemburkan oleh bukan Melayu sehingga mereka berterusan memandang serong terhadap kebolehan Melayu.
Kita tidak harus berterusan bersikap pasif membiarkan mereka berleluasa memberi gambaran begitu negatif sekali terhadap Melayu. Jika benar mereka mahu hidup dalam keadaan harmoni dan berbaik-baik dengan Melayu dalam negara bertuah ini, mereka perlu mengubah sikap dan pandangan jelik mereka terhadap orang Melayu.
Ubah pendirian bukan Melayu
Selagi mereka tidak bersedia mengubah sikap memperlekehkan Melayu, selagi itulah Melayu juga berhak melakukan tindakan supaya mereka mengubah pendirian dan tidak berterusan memandang rendah terhadap orang Melayu.
Memang diketahui sesama mereka sering saja mengata orang Melayu dalam bahasa Cina dan kerana tidak memahami apa yang dituturkan, orang mereka bersebelahan akan senyum saja terhadap cemuhan mereka itu.
Tentunya ini bukanlah caranya untuk berbaik dan mahu hidup bersama dalam keadaan berharmoni dan berbaik sangka.
Keadaan mahu berbaik ini tidak seharusnya datang daripada orang Melayu saja. Apabila Melayu bertindak terhadap mereka berperangai demikian, Melayu pula yang digambarkan sebagai ekstremis.-BH
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan