Isnin, Mei 06, 2013

Tsunami Cina: Tidak akan ada satu pun wakil MCA dalam Kabinet - Soi Lek?


Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan parti itu akan mengotakan janji untuk tidak akan ada satu pun mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata: "MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."

MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008, itupun kawasan majoriti orang Melayu.

Sementara itu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan Barisan Nasional (BN) hari ini selepas pilihan raya paling sengit akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Pengerusi BN itu, walau bagaimanapun, menyalahkan pembangkang di atas tsunami berikut, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu.

“Saya fikir mereka terpengaruh dengan sesetengah perkara yang dibawa oleh pembangkang … dan sebab itu terdapat peralihan … dan terdapat banyak sentimen di sana, sesetengahnya, perkauman, yang dimainkan dalam pilihan raya ini, yang tidak sihat untuk negara ini,” katanya semasa sidang akhbar jam 1 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Saya menjangkakannya, tetapi tidak menjangka seteruk ini. Tiada siapa menjangkakan ketahap ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: