Selasa, Mei 21, 2013

Kalimullah pulak pertahan CEO AirAsia X?


Selepas kritikan terbuka Azran Osman-Rani, serangan terhadap akhbar Utusan Malaysia kini digerakkan pula ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang bertindak sebagai 'pelakon tambahan' mempertahan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu.

Menerusi laman Twitternya, Kalimullah melahirkan rasa bangga melihat rakyat bersatu mengutuk Utusan Malaysia yang turut didakwa sebagai rasis.

Malah, beliau berkat: "Only the bigots will find comments like that of Azran Osman-Rani offensive. He is a true Malaysian. (Hanya orang yang taksub akan melihat kenyataan Azran Osman-Rani sebagai menyakitkan. Dia adalah rakyat Malaysia sejati."


Beliau menambah: "I wonder sometimes under which rock some of these Utusan personalities crawled out from. Must be a real sank dark place. (Saya tertanya-tanya, dari mana munculnya pihak yang menyokong Utusan ini. Mesti dari ceruk mana )."

Sebagai reaksi kepada kenyataan Kalimullah itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menempelak Kalimullah yang seolah-olah tidak memahami maksud sebenar 'true Malaysians'.

"Kepada Kalimullah, saya ingin bertanya adakah dia faham maksud 'true Malaysians' (Malaysia sejati)? Apakah (true Malaysians) itu orang sepertinya?" katanya kepada Utusan di sini hari ini.


Dalam masa sama, beliau menambah, kenyataan Kalimullah itu tidak penting kerana perkara utama ketika ini adalah penjelasan dan pendirian sebenar Azran.

"Saya cabar Azran tampil membuat kenyataan sama ada dia masih pertahankan pendiriannya terhadap Utusan Malaysia. Tidak guna orang lain buat kenyataan apatah lagi orang seperti Kalimullah," katanya.

Kalimullah sebelum ini pernah menjawat Pengerusi AirAsia X dan jawatan itu kini dipegang Tan Sri Rafidah Aziz.

Dalam pada itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, walaupun Kalimullah merupakan seorang Melayu bandar, ahli perniagaan itu perlu menyedari asal-usulnya.


"Sedarlah apa yang mereka kecapi kini adalah atas dasar siapa yang memperjuangkan dahulu? Mereka ini berjaya hasil perjuangan UMNO. Cuba Kalimullah duduk di Singapura, bolehkan dia menikmati apa yang dikecapi kini?

"Begitu juga dengan Azran. Mereka ini tidak boleh dijadikan contoh kepada pemikiran orang Melayu. Mereka harus bertaubat, insaf serta sedar," katanya.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang menghentam Utusan Malaysia sebenarnya tidak memahami falsafah serta perjuangan akhbar itu malah tidak membaca akhbar tersebut.

"Mereka sebenarnya membaca akhbar bukan Melayu. Sedangkan akhbar Melayu inilah yang menyedarkan orang Melayu serta menerima pandangan Melayu," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: