Isnin, Mei 27, 2013

Bila Polis nak tahan Hishamuddin pengecut mangkok hayon ini?


Sudah terang lagi bersuloh. Terang-terang Hishamuddin mangkok hayun ini cuba menghasut rakyat agar tidak terima keputusan PRU ke-13 dan mengajak rakyat agar turun berdemo di jalanraya!



Hishamuddin Rais ini sebenarnya terkenal sebagai pengecut yang hanya tahu bakar orang tapi cabut lari. Masa reformasi, dia mengatur dan memantau dari jauh tapi bila ditangkap di Jalan Tunku ABdul Rahman, dia kata dia hanya jalan-jalan kerana ada pasar minggu di situ.

Dia adalah mastermind himpunan, demo dan mogok tapi adalah pengecut yang tak mahu bertanggungjawab. Malah dia sering cabut lari bila polis memulakan Ops dan ambil tindakan undang-undang.

Di mana Hishamuddin Rais sekarang ketika Adam Adli ditangkap dan kena caj. Kenapa tak kedengaran suara Hishamuddin dan gelagat dia sejak Tamrin, Tian CHua dan Harris Ibrahim ditangkap untuk siasatan hasutan berdasarkan beberapa ucapan terutama ucapan di Dewan Perhimpunan Cina KL baru-baru ini?

Malam itu, Hishamuddin Rais ada. Cakap berdegar-degar ..." kita akan jatuhkan kerajaan! kita akan ini! Dan kita akan itu!" ....!!!

Kamu nak lari kemana lagi Hishamuddin? Lambat laung kamu akan 'kena' juga...kamu tunggu lah!!!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: