Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mei 12, 2013
Kuasa luar biaya usaha jatuh kerajaan?
Laman web dedahkan hubungan baik AS, Anwar
Kuala Lumpur: Organisasi pemantau pilihan raya didakwa mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di negara ini.
Menurut Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, organisasi Merdeka Center dibiayai oleh Amerika Syarikat menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Penekanan diberi kepada dakwaan penipuan sebelum PRU-13. Ada pengundi yang mengundi awal memberitahu berita British Broadcasting Cor-poration (BBC) bahawa dakwat kekal yang sepatutnya bertahan beberapa hari mudah untuk dicuci.
Kes dakwat kekal
“Seorang pengundi dari Skudai mengatakan ia (dakwat kekal) hanya hilang dengan menggunakan air dalam tempoh beberapa saat saja, manakala seorang lagi pengundi yang dicalit dengan dakwat kekal yang mengundi jam 10 pagi membersihkannya pada jam 12 tengah hari.
“Jika dia mendaftar menggunakan nama lain dan kad pengenalan di kawasan lain, dia boleh mengundi sekali lagi sebelum jam 5 petang,” kata Global Research.
Kata laman web itu lagi, pembangkang juga menuduh kerajaan membiayai penerbangan untuk pengundi, tetapi ia dinafikan oleh kerajaan.
“Merdeka Center juga menerima laporan yang tidak disahkan bahawa warga asing diberi kad pengenalan dan dibenarkan untuk mengundi,” katanya.
Laman web itu juga menjelaskan hubungan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Center, tetapi diteruskan dengan gerakan pembangkang iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Berikut adalah laporan wartawan Amerika, Tony Cartalcucci dari media Canada, Global Research yang menganggap Anwar Ibrahim adalah AGEN, BARUA dan PROXY AMERIKA di Malaysia.
Tony Cartalucci berkata Amerika berbelanja besar mahu gulingkan BN dan menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang akan jadi suruhan Amerika di Malaysia bagi memenuhi rancangan Amerika mahu mengepung dan berperang dengan China di masa depan.
Beliau berkata Amerika lah yang membentuk dan mengekalkan NGO palsu di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.
Tony Cartalucci berkata kerajaan Amerika, melalui KEMENTERIAN LUAR AMERIKA (Jabatan Negara Amerika) telah salurkan berjuta dolar pada NGO anti-kerajaan di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.
Katanya Kerajaan Amerika gunakan agensi Kementerian Luar nya, NED (National Endowment for Democracy) untuk menyalur duit kepada pembangkang diMalaysia dan menghasut pembangkang Malaysia berperang dengan kerajaan BN di Malaysia dan menggulingkan kerajaan Malaysia.
Amerika gunakan taktik sama di RUSSIA, MESIR, LIBYA, SYRIA, LEBANON dan VENEZUELA.
Beliau berkata Amerika Syarikat negara paling kecewa dengan keputusan PRU13 Malaysia apabila PM Malaysia Najib Razak menang selesa dalam PRU 13 baru2 ini.
Sedutan sebahagian laporan dari Tony Cartalucci:
Despite the US mobilizing the summation of its media power and pouring millions of dollars into the opposition party, including the creation and perpetuation of fake-NGOs such as Bersih and the Merdeka Center, Malaysian Prime Minister Najib Razak sailed to a comfortable victory in this year’s general elections. The cheap veneer has begun peeling away from America’s “democracy promotion” racket, leaving its proxies exposed and frantic, and America’s hegemonic ambitions across Asia in serious question.
Laporan Tony Cartalucci adalah dari sini: http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan