Sabtu, Mei 18, 2013

Bersihkan kakitangan awam 'makhluk perosak'?


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah pun menutup tirainya. Alhamdulillah, keputusan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN). Majoriti rakyat Malaysia masih yakin akan kredibiliti dan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Satu petanda dan isyarat yang jelas bahawa kaum Cina menolak BN secara total, dianggarkan tidak sampai 10 peratus yang menyokong BN pada PRU-13.

Mereka memberi kepercayaan penuh kepada parti harapan mereka iaitu DAP. Sukar untuk difahami kehendak mereka dan janji-janji yang telah disimpul rapi antara DAP dan kaum Cina itu sendiri. Satu isyarat juga kepada bangsa Melayu untuk kembali bersatu seperti yang telah kaum Cina tunjukkan kepada kita.

Perkara yang amat penting buat BN terutama kepada UMNO dalam membuat analisis dan kaji selidik PRU-13 ialah sokongan kakitangan kerajaan kepada BN. Perkara ini perlu diambil serius kerana terdapat di kalangan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang pada PRU-13 telah bertindak agak keterlaluan dan mereka ini penulis gelarkan 'makhluk perosak'.

Makhluk perosak ini amat bahaya kerana mereka bukan sahaja menghasut ahli keluarga dan saudara-mara untuk menyokong pembangkang pada PRU-13 malahan hingga ke peringkat menghasut rakan sekerja dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang kebanyakannya dikutip daripada sumber maklumat internet dan program ceramah pihak pembangkang yang mereka ikuti untuk memburukkan imej majikan mereka iaitu pihak kerajaan.

Ia menular ke seluruh tanah air bagaikan virus yang merebak dalam skala yang besar termasuk di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya. Makhluk perosak ini perlu diberi kaunseling dan nasihat supaya menghentikan segera kerja terkutuk mereka.

Sebagai kakitangan awam yang bekerja dengan pihak kerajaan maka mereka tertakluk dengan etika dan peraturan tertentu sebagai penjawat awam.

Mereka ini seperti 'duri dalam daging' atau 'gunting dalam lipatan'. Walaupun PRU-13 telah selesai namun kerja hasutan mereka masih bergerak secara aktif sama ada ditempat kerja mahupun di laman media sosial. Untuk jangka masa panjang, ia amat berbahaya dan akan memberi kesan secara langsung kepada keputusan PRU-14 akan datang.

Jika mereka masih meneruskan kerja terkutuk dengan menabur fitnah untuk memburukkan imej pemimpin dan kerajaan yang memerintah, jalan terbaik untuk mereka ialah ditamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan. Beri peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sebaiknya, makhluk perosak ini berhenti kerja secara terhormat dan bermaruah.

Pihak kerajaan juga perlu menggerakkan kempen kesedaran untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengenai gejala fitnah yang berleluasa di internet terutama di laman sosial seperti Facebook.

Pihak pembangkang menggunakan internet sebagai senjata paling utama sepanjang kempen PRU-13 berlangsung. Kempen kesedaran ini amat penting terutama kepada generasi muda bagi menggelakkan mereka terpedaya dengan segala cerita fitnah yang dijajakan.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

assaad berkata...

Kenapa mesti salahkan kakitangan awam. Kalau negara demokrasi hak memilih adalah hak individu. Undi adalah rahasia. Cuma salahnya kaki tangan awam seharusnya menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan amanah tidak boleh secara terbuka memihak kepada mana-mana parti. Kalau mereka menyalahi undang-undang singkirkan mereka.

Setiap parti harus menunjukkan perestasi mereka yang baik. Jangan adakan fitnah, setiap fitnah harus di ambil tindakan yang sewajarnya. Begitu juga dengan lain-lain tindakan yang menyalahi undang-undang.Berani buat berani tanggung.

Sejak 5 Mei sehingga sekarang pehak PDRM terlampau lembab. Sudah terang-terang DS Anwar dan kuncu-kuncunya berbuat salah kenapa di diamkan.Tindakan yang tegas terlalu lambat dilakukan.

Ini menjadikan DS Anwar dan kuncu-kuncunya besar kepala. Mereka menyangka yang pehak keselamatan tak boleh buat apa-apa terhadap mereka. Mereka sangka mereka sentiasa benar.

Bagi saya tidak kira pengikut apa parti pun , yang bersalah harus di ambil tindakan. Ketegasan yang membuat rakyat menghormati pemerentah. Segala tuduhan yang tidak berasas berhentikan dengan segera, saman mereka kalau perlu.

Kemas kini Mahkamah, pastikan mereka tidak memehak atau melakukan tindakan yang tak adil. Rakyat ada mata dan telinga untuk mendengar. Kenapa kes rasuah pehak pembangkang biasanya terlepas di mahkamah. Bila ini selalu berlaku sudah tentu rakyat menyangka yang PR bersih dari rasuah. Tuduhan melulu kembali kepada UMNO/BN.Kenapa ini dibiarkan tanpa tindakan di ambil? Ataupun SPRM ada sifat pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ataupun gejala rasuah sudah melekat ke SPRM.

Demi Malaysia, ketegasan, ketelusan, keadilan dan kebijaksanaan harus berjalan selari. Malaysia aman, Malaysia sejahtera sudah pasti hidup rakyat selesa, kegembira dan aman sentosa.

Fikir-fikirkanlah.......

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com

Godisuno berkata...

Di tempat kerja saya sebelum PRU 13 ada 2 orang pekerja propembangkang yang dengan lagaknya menyatakan sekiranya pembangkang menang di Pahang, maka dia nak syorkan semua pekerja kerajaan yang menyokong BN dipastikan dibuang kerja. Itu belum lagi mereka menang pilihanraya tetapi sudah berniat jahat kepada rakan sekerja yang lain yang menyokong kerajaan BN. Alhamdulillah, BN menang. Patutkah manusia-manusia tersebut dibuang kerana selepas PRU13 mereka tidak habis-habis mengecam kerajaan kerana kononnya menipu dalam PRU13? Mereka juga bising tentang "kejahatan" UMNO dan BN, mereka juga bising tentang "KENAIKAN HARGA MINYAK" yang sebenarnya tak berlaku. Ya benar, mengundi adalah hak individu tetapi kalau senario di atas berlaku tidakkah ia menyebabkan ketidak harmonian dalam jabatan?

Fikir-fikirkanlah.....