Jumaat, Mei 17, 2013

Segera tubuh suruhanjaya siasatan khas?


Suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat penglibatan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim, Tian Chua dan R. Sivarasa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan sekiranya terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.

Suruhanjaya itu juga penting bagi memastikan keadilan khususnya kepada keluarga anggota keselamatan yang terbunuh. Suruhanjaya khas ini perlu ditubuhkan secepat mungkin kerana ianya penting bagi mencari jawapan dan membongkar strategi jahat pihak tertentu yang sanggup membuka sempadan negara untuk diceroboh pihak asing.


Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan dan hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka disifatkan pengkhianat negara!

Sebelum ini penggendali blog, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan ketiga-tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlibat sebagai dalang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan sebanyak 10 anggota keselamatan negara.

Pengendali laman web Malaysia Today itu mendakwa, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari bertujuan merancang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram tersebut.


Pihak berkuasa perlu bertindak segera menyiasat ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan.

Sekiranya terbukti bersalah, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini perlu ditahan seperti penjenayah lain, tiada lagi keistimewaan kerana perbuatan mereka merupakan pengkhianatan kepada negara.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: