Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Mei 25, 2013
Bangkitlah daripada kekecewaan?
Kaum Cina di negara ini diminta menghentikan kekecewaan nenek moyang mereka yang 'terpaksa' tinggal kekal di negara ini kerana pada asalnya ingin kembali ke Tanah Besar China tetapi terhalang akibat 'dasar tutup pintu' kerajaan komunis republik itu satu ketika dahulu .
Sebaliknya menurut seorang pemuda yang dikenali sebagai Tai Zee Kin, masyarakat Cina tempatan perlu bersedia dan segera mengasimilasikan diri dengan kebudayaan dan persekitaran Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dengan kaum Melayu sebagai teras.
Katanya, rata-rata masyarakat Cina tempatan bersikap cauvinis serta masih gagal berasimilasi dengan budaya dan masyarakat setempat seperti diaspora Cina di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Thailand yang melakukannya dengan rela hati tanpa berkompromi dengan identiti mereka.
"Bangkitlah daripada rungutan dan kekecewaan nenek moyang kita yang tidak boleh pulang ke China. Kita telah selesaikan perkara tersebut. Biarkan rungutan dan kekecewaan itu terkubur bersama nenek moyang kita. Fikirkan semula pendirian anda sebagai rakyat Malaysia.
"Sila berintegrasi dan berasimilasi dengan budaya tempatan dan sudah tentu, kekalkan Mandarin untuk menjejaki asal-usul anda. Bukan sebaliknya kerana ia akan membuatkan anda masih terperangkap dengan kekecewaan nenek-moyang kita," katanya seperti dipetik dalam blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com hari ini.
Zee Kin seterusnya turut mengkritik masyarakat Cina Malaysia yang berterusan mempertahankan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya bagi memelihara kebudayaan serta keilmuan Cina yang berusia lebih 5,000 tahun yang dilihat menganggu proses asimilasi kaum.
Sebaliknya, beliau menimbulkan persoalan adakah benar kewujudan 1,297 sekolah Cina di seluruh negara sejak dahulu bertujuan memelihara kebudayaan dan keilmuan Cina atau semata-mata mempersiapkan generasi kedua Cina di Tanah Melayu ketika itu untuk kembali ke China.
Tambahnya, masyarakat Cina rata-ratanya rela menggunakan nama Kristian yang dianggap berdarjat lebih tinggi daripada Cina seperti Michael atau Joseph walaupun mereka bukan Kristian, berbanding menggunakan nama Islam seperti Zikri atau Melayu seperti Mawar, sebelum diikuti nama keluarga mereka.
"Persoalan mengapa kita (Cina) gagal mengadaptasi nilai dan budaya setempat adalah sesuatu yang perlu kita renungkan. Saya tidak akan menyatakan sebabnya di sini kerana bimbang dilabel 'pembelot bangsa' seperti dilakukan secara biadab oleh golongan cauvinis (Cina) ke atas Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim," katanya.-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan