Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, April 04, 2013
Suara qariah bukan lagi 'aurat' dan 'halal' diperdengarkan di penghujung pemerintahan Pas Kelantan?
Jika sebelum ini suara qariah adalah aurat dan haram diperdengarkan, namun sekarang sudah sebaliknya! Jika sebelum ini kerajaan negeri Kelantan tetap menghantar wakil menyertai tilawah al-Quran, perbezaannya di Kelantan hanya menghantar wakil qari sahaja.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas adalah sesuatu yang menghairankan kerana semasa Pas memerintah Kelantan dari tahun 1959 hingga 1978 mereka menghantar wakil qari dan qariah.
Hanya mulai 1990 iaitu selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat @ Pok Nik menjadi Menteri Besar Kelantan, qariah tidak lagi dibenarkan menyertai tilawah. Alasan yang diberikan ialah suara qariah adalah aurat dan haram diperdengarkan.
Persoalannya kenapa hukum haram itu tidak wujud sebelum itu. Mustahil ada ayat al-Quran baru yang diturunkan selepas Nik Aziz menjadi Menteri Besar.
Qariah termuda, Wan Sofea Aini Wan Mohd. Zahidi, memperdengarkan bacaan pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kelantan di Kompleks Islam Panji, Kota Bharu malam tadi.
Jika ia haram tentunya semua ulama dan mufti khasnya mufti Kelantan dan Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa hukum wanita menyertai tilawah khasnya adalah haram.
Timbul juga persoalan apabila hukum haram tersebut nampaknya hanya di pihak wanita yang menyertai tilawah al-Quran tetapi tidak bagi pihak pendengar. Ini kerana apabila diadakan tilawah al-Quran sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa bukan sedikit ahli dan penyokong Pas yang mendengarnya. Mereka membawa anak pinak ke Dewan ataupun Stadium untuk mendengar suara qari dan qariah membaca al-Quran.
Namun semalam seramai 10 peserta termasuk lima qariah memperdengarkan bacaan mereka pada malam kedua Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-56 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini. Kelima-lima peserta qariah ialah Radziah Ibrahim, 50, dari Bachok; Munirah Kasim, 46, (Tanah Merah); Rohimah Razak, 50, (Gua Musang); Rahmah Ismail, 41, (Pasir Puteh) dan Che Minah Awang, 59, (Kota Bharu).
Agak menarik juga apabila selepas 23 tahun, kini setelah dinafikan hak mereka sejak Pas Kelantan menjadi kerajaan negeri pada 1990, enam qariah mencipta sejarah mengulangi langkah yang pernah dilalui legenda seperti Faridah Mat Saman apabila dibenarkan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di pentas yang sama sebagaimana kaum lelaki.
Hadirin khusyuk mendengar bacaan salah seorang qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Kelantan di Kompleks Islam Panji, Kota Bharu malam tadi.
Kekangan selama 23 tahun itu dipecahkan tepat pada pukul 9.30 malam apabila Fatimah @ Norma Deraman, 52, yang merupakan peserta kedua mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dari surah al-Ahzab yang berkaitan larangan wanita mendedahkan aurat dan bercakap lemah lembut di hadapan lelaki bukan mahram.
Seramai 10 qari dan 11 qariah menyertai majlis tilawah peringkat negeri tahun ini yang berlangsung dari 1 hingga 4 April ini. Sultan Muhammad V dijangka mencemar duli menyampaikan hadiah pada malam terakhir. Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.
Sementara itu, Faridah, 64, yang hadir mengikuti perjalanan majlis sejak malam perasmian lagi menyatakan rasa terharu beliau kerana akhirnya dapat melihat kebangkitan semula golongan qariah negeri ini yang selama ini telah dipinggirkan kerajaan negeri pada saat beliau masih hidup lagi.
Pelik bin ajaib, tetapi itulah hakikatnya. Adakah hukum hakam Nik Aziz boleh berubah setiap masa mengikut peredaran masa! Adakah Nik Aziz yang menentukan hukum haram atau halal sesuatu perkara itu mengikut firasatnya sendiri dan bukannya berpandukan kepada Al-Quran dan hadis!
Dulu tak boleh, tetapi sekarang boleh? Adakah oleh kerana desakan pilihanraya yang semakin hampir , maka ianya dibolehkan sekarang? Fikir-fikirkanlah...!!!
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan